20
TOK!
TOK!
TOK!
Pintu rumah diketuk kuat bagaikan mahu roboh. Beberapa minit berlalu, Puan Halma membuka dan tersentak melihat figura di hadapannya itu. Rasa rindu mulai melepas sedikit sebanyak dalam hati.
"Abang! Datang sini!" Puan Halma berteriak memanggil suaminya untuk datang ke mari.
Tuan Rahman menghampiri isterinya lalu berpaling pada figura itu. Dia senyum teruja, lantas memeluk anak bongsunya dengan erat sekali.
"Ya Allah... Kamu balik juga ke rumah ni. Daddy rindu kamu Harith. Kenapa kamu tak beritahu pada Daddy nak balik?" Tuan Rahman berkata dengan teruja sekali.
Tanpa berkata apa-apa lagi, terus dia masuk ke dalam rumah. Haneesa hanya senyum kelat dan meloloskan diri ke dalam juga.
"Harith..." Puan Halma duduk disebelah Harith dan raihkan tangan dengan lembut.
"Lepaskan Harith" Harith tarik balik tangannya tanpa memandang Mummynya.
"Kenapa kamu jadi macam ni? Kami ad-"
"Kenapa baru sekarang nak tanya? Harith dah bosanlah dengan lakonan korang ni. Anak harapan korang dekat mana? Eh, lupa... Dah kahwin kan?" cantas Harith laju terselit sedikit sindiran.
"Daddy dah tahu perkara sebenarnya Harith. Kami minta maaf sebab tak percayakan kata kamu tu. Kami sedar khilaf kami" Tuan Rahman berkata.
Dia tergelak kecil dan pandang wajah Tuan Rahman. Lawak apa dia tengah buat ni, fikirnya.
"Kalau bukan disebabkan Hadith tak belasah Harith malam tu, mesti mata dan hati korang tu masih buta! Sakit Mummy, Daddy! Kalau Harith mati sekali pun, korang langsung tak kisah kan?" Harith meninggikan suara.
"Harith!" terus Puan Halma memeluk erat anaknya.
"Tolong jangan cakap macam tu. Hukumlah kami, andai dengan cara itu kamu dapat maafkan kami" Puan Halma menangis teresak.
Dia pejamkan mata sambil mengeluarkan cecair jernih. Rasa sakit mencengkam di hati. Haneesa hanya jadi pemerhati sahaja. Sudah puas dia memujuk adiknya, namun hatinya sudah berkeras.
"Baiklah, Harith dah maafkan korang. Sekarang, beritahu mana Hadith tinggal?" Harith mula bersuara serius.
Tuan Rahman saling berpandangan dengan Puan Halma. Apa mereka harus perkatakan. Tak akan mahu beritahu, nanti akan membawa maut sahaja.
"Harith... Daddy ta-"
"Bukan Harith terus nak ceroboh rumah dia pun. Jangan takutlah, Harith ada. Harith boleh lindungi korang. Dia boleh jadi syaitan, tak akan Harith tak boleh jadi syaitan juga" cantas Harith laju.
Puan Halma mengangguk kepada suaminya supaya beritahu.
"Lot 217, Jalan Melati mekar. Dekat simpang, kamu belok ke kiri. Kawasan hutan, rumah dia paling last" Tuan Rahman memberitahu.
"Tinggal dekat hutan ya? Patutlah otak macam hutan juga. Banyak cabang nak fikir!" Harith mengutuk abangnya.
"Kamu nak buat apa?" Tuan Rahman bertanya lagi.
"Tak buat apa pun. Saja nak tengok keadaan abang kesayangan buat apa dekat isteri dia" Harith membalas. Dalam diam dia mengukir senyuman sinis.
Haneesa melihat senyuman itu sudah dapat meneka apa bakal berlaku. Dia biarkan sahaja. Nak jadi apa pun, jadilah.
•••
Ammara melihat tepat ke arah jam di dinding. Jarum menunjukkan pukul 8:00 Malam. Dia mengalihkan pandangan ke arah pintu pula. Menantikan pintu dibuka.
KLAK!
Jangkaannya tepat sekali. Mak Cik Yah melangkah masuk sambil membawa dulang makanan. Dia biarkan dahulu. Pintu terbuka itu diperhatikan sahaja.
"Puan Mara, jemput makan malam" Mak Cik Yah berkata sambil senyum manis.
Dia mengangguk sekilas. Dari posisi duduk, terus berdiri tegak. Dia mendekati Mak Cik Yah.
"Mak Cik masak apa?" Ammara menyoal. Sudu di dalam dulang tersebut ditepis hingga jatuh.
Mak Cik Yah senyum kecil lalu bongkokkan tubuh untuk mengambil sudu yang jatuh tadi. Dengan peluang ada, laju dia berlari ke arah pintu untuk bebaskan diri.
"Sila masuk ke dalam semula Puan Mara!" seorang lelaki bertubuh sasa telah menyekat laluan dia. Pistol diacukan tepat pada dahinya.
"Kau siapa? Tolonglah bebaskan aku dari tempat neraka ni!" Ammara merayu dengan menitiskan air mata. Tak akan sampai macam ni sekali lelaki itu menyekat hidup dia.
"Ini arahan dari Tuan Hadith. Sekali lagi saya cakap, sila masuk ke dalam kembali! Mak cik, kau keluar sekarang!" lelaki bertubuh sasa itu mengarah tegas.
Mak Cik Yah terus keluar. Mahu atau tidak, Ammara masuk kembali ke dalam. Pintu ditutup rapat. Dia kembali duduk di atas katil sambil mengamburkan segala tangisan di situ.
"Sampai hati kau Hadith! Kau ingat aku ni patung ke nak kurung di sini?" dipukul bantal itu berulang kali.
"ARGH!" Ammara berteriak kencang.
BAM!
Terhinjut kedua belah bahunya ke atas. Dia melihat dada Hadith naik turun. Rasa gerun mula menyelubungi diri.
"Kau dah kenapa sial!" Hadith menengking kuat. Dia betul-betul berdiri di hadapan gadis itu.
"Sampai bila awak nak kurung saya macam ni, hah! Saya bukan binatang sesuka hati awak nak kurung!" Ammara membalas balik tengkingan tersebut.
PANG!
"Kau memang jenis tak faham bahasa ke? Kau isteri aku Mara! Aku nak buat apa sesuka hati pun, lantaklah!"
"Isteri sampai boleh belasah dan kurung? You are useless!" Ammara mengherdik.
"Aku beri kau peluang Mara. Minta maaf pada aku sekarang. Sebelum aku ulang perkara semalam" Hadith memberikan satu peluang.
Ammara sengaja ketawa terbahak-bahak.
Tajam sahaja dia pandang anak mata gadis itu. Rasa mencabar dalam diri membuak-buak.
"Are you kidding? Saya nak minta maaf pada awak? Sepatutnya awak kena minta maaf pada saya!" Ammara berkata.
"Sebab apa dan kenapa aku kena minta maaf pada kau, huh?" Hadith menyoal.
"Sebab awak tu syaitan, pembunuh, perogol!" Ammara jerkah.
Giliran Hadith pula ketawa kuat. Dia dekatkan lagi jarak antara mereka.
"Betul tak nak minta maaf, baby?" kening terangkat ke atas.
Melihat kebisuan gadis itu, terus dia tumbuk pada perut dan mula belasah sehingga puas.
"Rasakan! Dasar isteri derhaka!" Hadith mula mengamuk.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro