19
Selepas sahaja Harith disahkan sudah sedarkan diri, dia hanya duduk termenung sahaja. Makan pun tak mahu apa lagi minum. Haneesa sudah hilang idea lagi mahu memujuk dia untuk makan namun degil jua.
"Angah" Harith memanggil kakaknya.
"Ya Harith. Nak makan ke? Atau minum. Kau nak apa, aku tolong ambilkan" Haneesa bertanya.
Dia menggeleng laju lalu berpaling melihat pada Haneesa. Tiada sedikit pun secalit senyuman pada bibir.
"Betul ke Mara dah kahwin dengan Hadith?" Harith bertanya.
Haneesa tersentak. Lambat-lambat dia mengangguk kepala. Harith pejamkan matanya sambil mengalirkan mata.
"Maafkan aku Mara. Aku dah gagal nak hancurkan perkahwinan tu. Aku dah mungkir janji pada kau" lutut merapat pada dada bersama esakkan.
Haneesa mencapai handbag dan mengambil sampul surat itu. Dia memeluk adik bongsunya itu dengan erat sekali sambil mengusap ubun-ubun kepala lelaki itu.
"Angah pun nak minta maaf pada kau. Aku tak dapat halang mereka dari berkahwin. Aku tak mampu dengan Along. Sebelum Mara berkahwin, dia ada kirim surat untuk kau" sampul surat tadi dihulurkan pada Harith.
Sampul surat tadi bertukar tangan. Dia mengesat laju air mata.
"Aku keluar sekejap. Nanti kau nak apa-apa, kau panggil aku okay" Haneesa terus keluar. Dia berikan ruang untuk adiknya itu.
Sampul surat tadi dibuka dan mula membaca isi di dalam.
Seandainya kau baca surat ni, aku dah sah jadi milik abang kau tu. Aku minta maaf, selama ini aku tipu kau. Andai aku beritahu kau pasal ugutan tu, kau boleh tolong aku daripada berkahwin dengan Hadith. Aku tak nak disebabkan aku, kau harus jadi mangsa. Cukuplah selama ini kau terseksa dengan keluarga kau. Selepas ini, kau tak perlu rasa bersalah atas perjanjian tu. Aku tahu kau tak sedar masa tu. Nasib baik firasat aku kata, mesti ada apa-apa berlaku pada kau malam tu. Kalau aku dengan Angah tak datang masa tu, dah arwah kau tau. Aku rasa itu sahajalah yang aku nak beritahu pada kau. Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa. Aku harap kau dapat berbaik semula dengan Mummy Daddy. Dia orang perlukan kau. Terima kasih sudi jadi sahabat aku selama ini. Aku tak akan lupa jasa baik kau tu.
Ammara Dahlia
Surat tadi dilipat dua lalu masukkan kembali ke dalam sampul dan diletak ke tepi. Tajam matanya merenung pada dinding putih itu. Seakan membayangi Hadith dan Ammara. Tangan dikepal penumbuk.
"Aku akan tuntut balik janji tu Mara. Aku pernah janji untuk hancurkan perkahwinan tu, tapi tak jadi. Sekarang aku berjanji untuk hancur hidup Hadith. Sebab dia, segalanya hancur! Aku akan balas dendam atas semua dia lakukan. Aku akan selamatkan kau dari lelaki jahanam tu. Itu janji aku untuk kau" Harith tersenyum sinis sambil menganggukkan kepalanya.
Abangnya boleh jadi syaitan, apa lagi dirinya.
•••
PAP!
"Siapa suruh korang berdua pergi jenguk Harith!" Hadith menengking lantang.
"Kamu jangan nak kurang ajar sangat pada kami, Hadith! Jangan buat kami macam budak kecil! Harith tu anak kami dan adik kamu. Apa salahnya kami nak pergi jenguk dia?" Tuan Rahman membalas balik tengkingan itu.
Bibirnya naik ke atas dan mengangkat kening. Rasa lucu dengan kata-kata Daddynya itu.
"Wow! Baru hari ini, Hadith dengar korang panggil Harith tu, anak korang. Bukan ke Hadith seorang je anak korang,huh?" Hadith tergelak kuat.
PANG!
Satu tamparan padu hinggap pada pipi kanannya. Tuan Rahman mencerlung tajam pada anak sulongnya itu. Berani berkata begitu.
"Asal kau tampar aku? Betulah apa aku cakap tu" Hadith bertentangan mata dengan Tuan Rahman.
"Kau tu kenapa kurang ajar sangat? Aku bapak kau Hadith Dazyen!" Tuan Rahman berkata.
"Hadith tak kisah Daddy. Sekurangnya korang bersyukur sikit bila Hadith masih hormat korang tu! Dulu, korang selalu control apa Hadith nak buat kan? Now, Hadith pula control korang. Jangan sesekali buat perkara Hadith tak suka. Kalau tak nak, Syarikat tu bankrup. Nanti merempat pula" Hadith membalas, sempat dia selitkan perli.
"Hadith pulang dulu ya. Rindu pula isteri dekat rumah tu. Bye... Nanti kita berjumpa lagi ek" terus dia beredar pergi dari sini.
"Anak tak guna!" hambur Tuan Rahman.
"Sudahlah tu bang. Kita dengar jelah apa dia suruh buat tu" Puan Halma menggosok dada suaminya supaya bertenang.
•••
Ammara duduk termenung diluar tingkap. Fikirannya melayang pada Harith. Bagaimana keadaan lelaki itu? Baik-baik sahaja kah? Sesekali dia berdesis apabila rasa sakit pada bahagian belakang atas perbuatan Hadith.
KLAK!
Dia berpaling pada pintu dibuka dari luar itu dengan mengerutkan dahi. Seorang wanita berumur lingkungan 50 telah memasuki ke dalam bilik sambil membawa dulang makanan.
"Puan Mara. Ini makanan tengahari" kata wanita tua itu.
"Mak cik siapa?" Ammara bertanya.
"Panggil Mak Cik Yah sahaja. Saya kerja di sini sebagai pembantu rumah dan pengurus semua keperluan Puan. Ada apa-apa panggil saya sahaja" Mak Cik Yah perkenalkan diri.
"Saya tak perlu apa-apa. Bawa keluar dulang makanan tu. Saya tak makan" Ammara mengarah.
"Maafkan saya Puan Mara. Tapi ini arahan daripada Tuan Hadith. Nanti dia marahkan saya pula" Mak Cik Yah berkata.
Dia memusing menghadap wanita tua itu dengan geram. Dia mengetap gigi dengan kuat.
"Saya cakap tak nak, tak naklah! Cakap dekat Tuan Hadith Mak Cik tu, pergi matilah dengan arahan dia tu!"
"AMMARA DAHLIA!" Hadith tengking kuat. Dia dengar segalanya tadi.
"Keluar sekarang" Hadith mengarah tegas.
Mak Cik Yah mengangguk sekilas dan beredar pergi. Hadith menghempas kuat pintu dan mengunci. Dia menyising lengan kemeja ke paras siku dan duduk berhadapan dengan Ammara.
Ammara diam tidak berkutik. Rasa sakit hati pula apabila melihat lelaki itu. Dia mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Baby... Kenapa ni? Demam ke?" Hadith ingin menyentuh dahinya namun ditepis kuat oleh gadis itu.
"Kau dah kenapa! Aku tanya elok-elok, kau pijak kepala aku pula? Dasar sial!" oktaf Hadith.
"Awak tu sial Hadith! Tak perlu buat ambil beratlah. Saya sakit ke, demam ke, nak mati sekali pun apa kisah?" seoktaf Ammara.
"Okay. Sekarang ni kau nak aku buat apa?" Hadith bertanya.
"Ceraikan saya Hadith Dazyen" Ammara membalas.
"In your dream Ammara Dahlia" Hadith berkata.
Mereka bertentangan mata lama.
"Dah tahu tak boleh nak buat, baik tak perlu tanya!" Ammara mengherdik.
Hadith menarik nafas dalam-dalam. Dia mengumpul banyak kesabaran dalam diri. Tangan Ammara diraih lembut lalu kemaskan lagi pegangan tersebut.
"Kita lupa kan perkara ni. Sekarang aku nak kau makan. Pagi tadi kau tak makan lagi kan? Aku tahu kau lapar" Hadith berkata dengan nada lembut.
"Saya tak nak makan" Ammara berdegil.
"Kalau ya pun, makanlah sikit. Nanti perut tu masuk angin" nada suara Hadith mula bertukar sedikit tegas.
"Hadith, awak pekak ke? Saya tak nak makan, bermaksud tak naklah!" Ammara membentak.
Hadith berdecit geram. Paling pantang anak cucu cicitnya apabila dia berlembut, tetapi tidak dihargai.
"Aku cakap makan, makanlah bodoh!" kepala Ammara didekatkan pada pinggan, lalu nasi dipaksa sumbat ke dalam mulutnya.
Ammara pejamkan mata dan biarkan sahaja kelakuan Hadith padanya. Rasa benci pada lelaki itu semakin bertambah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro