18
Tuan Rahman bersama Puan Halma keluar daripada kereta. Mata mereka meliar sekeliling memerhati suasana di Hospital. Takut juga kalau orang-orang suruhan anaknya, Hadith ada.
"Abang, saya takutlah. Macam mana kalau Hadith tahu kita ke Hospital?" Puan Halma tarik hujung baju suaminya.
"Diam Ma. Kalau kita ikut cakap dia, sampai bila kita nak datang jenguk Harith? Dia anak kita juga kan. Dahlah. Jom ikut abang" lantas lengan Puan Halma ditarik supaya membuntutinya.
Tanpa mereka sedari, seseorang telah memerhati gerak geri mereka berdua. Hasil tangkapan tadi dihantar pada Hadith.
Selepas bertanya pada kaunter, mereka menuju ke bilik 309 ditempatkan oleh Harith. Lambat-lambat Tuan Rahman mahu memulas tombol pintu tetapi dipulas jua.
"Sekejap!" halang Haneesa.
Mereka memusing ke belakang dan senyum kecil. Puan Halma mendekati Haneesa untuk memeluk namun ditolak lembut.
"Tuan Rahman dan Puan Halma buat apa dekat sini? Ada anak sakit ke?" sengaja Haneesa berkata begitu.
Mereka terkedu. Tuan Rahman menggeleng perlahan. Mengapa tingkah laku anaknya begitu.
"Kamu dah kenapa Angah? Kami nak melawat anak kami lah, Harith. Kamu tu kenapa layan kami macam ni?" Tuan Rahman membalas.
Haneesa tergelak sinis. Dia memeluk tubuh dengan memaparkan riak kosong.
"Kenapa baru sekarang nak mengaku Harith tu anak korang, huh? Korang tahu tak, adik Angah derita sebab korang anak beranaklah! Korang tak pernah nak hargai apa kami buat. Tak pernah percaya! Yang dibangganya adalah Along. Dia tu memang an-"
"Sudah Angah!" cantas Tuan Rahman laju.
Jeda.
Tuan Rahman duduk melutut dihadapan Haneesa. Dia agak terkejut dengan tindakan Daddynya itu, tapi biarkan sahaja. Dengar apa mahu perkatakan. Puan Halma menekup mulut sambil menitiskan air mata.
"Maafkan Daddy. Daddy tahu salah Daddy pada semua anak-anak Daddy. Daddy abaikan kamu berdua. Langsung tak pernah ambil berat, tak percaya dan terus tuduh tanpa siasat terlebih dahulu.
Setitis demi setitis air mata Haneesa mula jatuh. Dia masih lagi dengan egonya.
"Daddy dah tahu segalanya. Hadith dah mengaku semuanya. Daddy tak sangka, begitu teruk perangai dia. Maafkan Daddy, Angah. Daddy nak jenguk Harith dekat dalam" Tuan Rahman merayu.
Haneesa mengesat air mata dengan perlahan lalu hembuskan nafas lemah. Dia mengangkat kedua belah bahu Tuan Rahman dan senyum tipis.
"Daddy dengan Mummy pergilah jenguk Harith. Dia mesti rindukan korang. Angah dah maafkan korang. Tapi, melupakan itu mungkin mengambil masa yang panjang" terus Haneesa berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.
"Jom Ma. Kita masuk" Tuan Rahman memaut bahu isterinya dan meloloskan diri ke dalam.
Langkah terasa longlai tatkala melihat keadaan anak bongsunya itu. Terdapat banyak wayar pada badan.
"Assalammulaikum Harith... Anak Mummy. Sedarlah sayang. Mummy minta maaf pada kamu. Kami dah tahu kebenaran. Sedar ya. Nanti Mummy masak makanan kegeraman kamu tu" Puan Halma berbisik lembut sambil menahan sebak.
Dia menoleh ke belakang apabila suaminya menganggukkan kepala. Dia memberikan ruang untuk Tuan Rahman.
"Harith. Daddy tahu kamu seorang yang sangat kuat. Daddy dah terdesak sangat ni. Hanya pada kamu Daddy berharap. Sedarlah anak Daddy. Daddy rindukan keluarga kita yang dulu" Tuan Rahman pula berbisik pada Harith. Dia mencium dahi anaknya dengan lama.
Harith mula mengeluarkan air mata secara perlahan. Mereka melihat itu senyum kelat. Dipeluk erat tubuh kaku itu dengan lama. Melepaskan rindu merangkai dihati.
•••
Hadith melihat keadaan lemah isterinya itu tergelak kecil sambil menggelengkan kepala. Dia menghembuskan kepulan asap rokok ke udara. Dia menyilangkan kedua belah kaki.
"Baby. Tak akan daripada tadi kau tak dapat berjalan? Tak nak mandi? Atau kau nak aku mandikan kau?" Hadith tergelak kuat sehingga memenuhi ruang.
Dia memandang sinis pada Ammara sedang cuba untuk berdiri itu. Rasa puas dalam diri tatkala dapat apa keinginan selama ini.
Ammara mencengkam kuat pada selimut tebal itu. Air mata cuba ditahan di hadapan lelaki itu, namun terbatas juga. Rasa sakit pada bahagian bawah ditambah pula dihati.
"Normal lah Baby. Nama pun 'First time' kan? Lama-lama biasalah" Hadith menghembuskan asap rokok buat kali kedua.
"Awak memang jahat kan? Banyak-banyak perempuan dalam dunia ni, kenapa mesti saya awak pilih Hadith?" Ammara menyoal.
Rokok tadi diletak ke dalam bekas sebelum berdiri. Dia menghampiri Ammara dan duduk bertinggung.
"Kenapa kau? Entah. Aku pun tak tahu kenapa aku pilih kau" Hadith membalas ringkas.
"Kenapa awak bunuh Mak Abah saya?" Ammara menyoalkan soalan 'Pembunuhan' itu pula.
Hadith menguling mata ke atas. Bosan asyik soalan sama sahaja gadis itu bertanya.
"Kau tahu tak aku bosan gila dengan soalan bodoh kau tu. Apa sebab dan kenapa aku bunuh orang tua tu, kau tak perlu tahu!"
"Tak perlu tahu apa nya! Orang yang awak bunuh tu Mak Abah saya, Hadith! Tolonglah jawab dengan jujur! Jangan buat saya tercari-cari sebab tu!" oktaf suara Ammara. Dia menumbuk bidang dada Hadith tidak berbaju itu dengan kuat.
"HEI! Kau dengar sini baik-baik sial" leher Ammara dicengkam lalu menghempas ke belakang tersandar pada dinding.
Dia berdesis sakit.
"Aku akan beritahu perkara tu bila tiba masanya. Mulai hari ni, pada saat ni, aku tak nak dengar kau bercakap pasal 'Pembunuhan' tu lagi. Kalau tak kau akan terima nasib yang tak pernah terfikir dalam hidup kau!" cengkaman itu dilepas dengan kasar. Dia berdiri tegak dan memusing ke belakang mahu pergi.
Ammara mencapai pasu bunga lalu baling tepat ke belakang lelaki itu tanpa memikirkan apa nasib bakal ditanggungnya itu.
Hadith pejamkan mata beberapa saat dan mengetap gigi. Dia memusing ke belakang kembali lalu terus menarik rambut gadis itu dengan kuat.
"Kau memang degilah bodoh! Nak aku ajar kau selalu kan?" tubuh kecil itu diletak ke atas bahu dan menuju bilik air.
"Lepaslah!" Ammara meronta-ronta minta dilepaskan. Namun dibuat pekak badak sahaja oleh Hadith.
Sekali rentapan, bajunya sudah terkoyak dan mendedahkan segalanya. Leka mata Hadith merenung dan senyum. Tidak lama kemudian, dia menggeleng laju. Bukan ini dia mahu, tetapi mahu memberikan gadis itu sedikit hukuman.
Paip getah dicapai lalu melibas pada tubuh Ammara berulang kali tanpa belas kasihan. Dia hanya mampu berdoa dalam hati agar lelaki itu menghentikan segala perbuatannya itu.
•••
Haneesa duduk menghadap adik bongsunya itu. Dia meraih lembut pada tangannya dan senyum kelat.
"Harith, kau nak tahu tak? Aku kasihan dekat Mummy dengan Daddy. Along ugut dia orang, supaya jangan datang jenguk kau. Apa aku lebih kasihan, dekat Mara. Dia dah kahwin dengan Along hari ni. Aku tak boleh halang Harith. Kau tak sedar, macam mana aku nak tolong Mara. Aku tak nak Mara tanggung segala derita tu. Along tu dahlah gila. Aku tak boleh bayangkan apa Along dah lakukan pada Mara. Kau sedarlah Harith. Dah dekat sebulan kau tak sedar lagi. Kau tak rindu ke dekat kami semua? Kami perlukan kau sekarang ni" Haneesa meluahkan rasa.
Matanya membuntang tatkala jari jemari Harith mula bergerak. Dia tersenyum dan menampar lembut pada pipi adiknya.
"Kau dah sedar ke Harith? Aku panggilkan Doktor sekejap" Haneesa terus berlari meninggalkan ruang bilik itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro