Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17

Digenggam erat tangan Harith sedang terkaku di atas katil itu. Ammara mengemam bibir bagi menahan air mata dari menitis. Dia cium lama pada kekura tangan Harith. Mungkin ciuman ini kali terakhir.

"Aku nak beritahu kau something ni. Lagi dua hari, aku kena kahwin dengan abang kau Hadith. Dia paksa aku, Harith. Aku tak ada kuasa nak bantah. Aku harap, kau kuatkan diri untuk sedar. Kau sebahagian daripada hidup aku. Mungkin ini kali terakhir aku tatap wajah kau. Aku sayang persahabatan kita sampai bila-bila" Ammara mengesat air mata dan berdiri. Dahi Harith dicium dengan lama.

"Aku balik dulu, Harith. Assalammulaikum" Ammara menuju ke pintu Wad dan keluar.

Ammara menghampiri Haneesa lalu memeluk dengan erat. Segala tangisan dihamburkan di situ.

Haneesa mengusap kepalanya sambil senyum tipis. Dia juga tidak mampu menghalangi Hadith untuk mengahwini gadis itu.

"Maafkan Mara, Angah. Mara tak dapat jaga Harith lagi" Ammara mengesat air mata.

Haneesa menggeleng laju.

"Sepatutnya Angah minta maaf pada Mara. Angah tak boleh nak halang Along berkahwin dengan Mara" Haneesa memohon maaf.

"Tak apa Angah. Mara redha. Mara tak nak, kerana Mara, Harith jadi mangsa. Pandai-pandailah Mara jaga diri bila tinggal dengan Hadith" Ammara membalas.

Dia mengeluarkan sepucuk surat dari handbag lalu dihulurkan pada Haneesa.

"Kalau Harith dah sedar nanti, Angah beri surat ni pada dia okay. Mara minta maaf, Mara memang tak dapat jenguk Harith lagi" Ammara berkata.

Sampul surat tadi bertukar tangan. Haneesa merenung lama padanya.

"Baiklah. Angah akan berikan pada Harith bila dia dah sedar nanti. Jaga diri Mara baik-baik dekat sana" Haneesa memberi pesanan.

Ammara mengangguk sekilas dan beredar pergi dari situ.

•••

SAH!

Ammara kini bergelar isteri pada lelaki durjana. Air matanya berguguran jatuh. Bukan air mata kebahagiaan, tetapi air mata terseksa. Mulai sekarang, dia akan hidup selamanya bersama Hadith. Mampukah kebahagiaan hadir dalam rumahtangganya nanti?

Pantas dia mengesat air mata tatkala Hadith sudah berdiri di depannya. Seperti biasa, jari dihulurkan. Cincin disarung pada jari manis. Mata dipejam bila terasa sesuatu hangat pada dahinya.

"Ammara Dahlia, kau selamanya jadi milik aku. Welcome to hell..." Hadith membisik perlahan bersama tawa halus.

Seram sejuk dia rasai sekarang ini. Mereka dinikahi di pejabat agama sahaja. Katanya, membazir sahaja buat kenduri besar-besar.

Sesusai sahaja mereka sah menjadi suami isteri, Hadith menarik lengannya supaya mengikutinya ke arah kereta.

"Sakitlah Hadith! Awak dah kenapa?" Ammara menengking lantang.

"Siapa ajar kau tengking suami? Jaga adab kau depan aku. Jangan sampai aku kerjakan kau sampai lunyai!" Hadith membalas tengkingan itu.

"Hadith..." Puan Halma menegur.

Dia menjeling sekilas pada Puan Halma dengan menunjukkan jam di pergelangan tangannya itu.

"Izinkan Mummy nak bercakap dengan Mara sebentar" Puan Halma meminta izin.

"Cepat sikit. Waktu suntuk sangat ni" Hadith memberikan izin.

"Mara... Mummy dengan Daddy nak minta maaf. Kami bersalah. Kami langsung tak pernah dengar dan percaya cakap Harith. Kami nak minta maaf juga bagi pihak Hadith atas pembunuhan tu" Puan Halma berkata.

"Mummy, Daddy. Kalau betul nak Mara maafkan korang, pergi jenguk Harith dekat hospital. Dia perlukan keluarga dia. Selama bertahun-tahun dia hanya rasa sakit hati dengan korang. Selepas ini, tolonglah percaya cakap Harith. Dia langsung tak bersalah. Yang salah Hadith" Ammara membalas.

Tuan Rahman mengganguk lemah. Begitu juga dengan isterinya. Masing-masing tak mampu bersuara.

"Kami dah cuba Mara. Cuba untuk ke sana jenguk Harith. Tapi Hadith tak izinkan. Dia ugut Daddy, kalau tak semua Syarikat Daddy akan musnah hanya beberapa saat. Itu adalah sumber pendapat Daddy untuk keluarga" Tuan Rahman memberitahu perkara sebenar.

Ammara diam. Dia senyum hambar dan anggukkan kepala.

"Baiklah. Mara faham. Mara da-"

"Waktu dah habis. Pergi masuk ke dalam kereta sekarang!" Hadith mengarah tegas.

Mahu atau tidak, dia terpaksa menuruti. Perlahan sahaja dia masuk ke dalam perut kereta.

"Korang berdua jangan sesekali nak datang jenguk kami berdua. Oh ya, jangan beritahu pada Harith bila dia dah sedar nanti, mana kami tinggal" Hadith memberikan amaran.

"Hadith!" Tuan Rahman menghalang.

Dia mendengus geram sebelum memusing kembali ke belakang. Dia membuat gaya peluk tubuh.

"Sampai bila kamu nak jadi macam ni? Jangan buat kami macam tak ada apa-apa sebarang hubungan dengan kamu" Tuan Rahman bersuara.

"Sorry Daddy. Hadith dah lambat ni. Nanti sahajalah kita bincang hal ni okay. Hadith pergi dulu" terus dia masuk ke dalam kereta dan pergi.

•••

Kereta milik Hadith melangkah masuk ke dalam kawasan rumahnya. Ammara menelan air liur beberapa kali saat menatap banglo tiga tingkat tersergam indah itu. Apalah nasib dia akan berlaku nanti.

"Keluar sekarang" Hadith mengarah.

Dia tersentak tatkala melihat Hadith sedang membuka pintu kereta itu. Cepat-cepat dia keluar dan berdiri disebelah lelaki itu.

"Bawa semua barang dalam bonet" Hadith mencampak kunci pada pengawal di situ.

Ammara membuntuti dia ke dalam rumah. Matanya meliar segenap ruang. Besar dan luas. Keadaan di dalam pula, agak suram kerana semua  diwarnakan hitam dan gold.

BAM!

Terhinjut kedua belah bahu ke atas apabila pintu dihempas kuat. Sedar tak sedar, mereka sudah berada di dalam bilik tidur. Dia terpana seketika, terlihat bingkai gambar dia besar tergantung ditengah dinding.

"Baby..." Hadith meraih tangannya dengan lembut lalu mencium.

"Lepas Hadith, saya tak suka" Ammara cuba merentap, namun Hadith kuatkan lagi pegangan itu.

"Kenapa dengan aku selalu tak nak? Kenapa adik aku, kau selalu nak?" Hadith menyoal. Riak wajah dipasang serius.

"Kenapa awak selalu bawa adik awak dalam hal ni?" soalan dibalas dengan soalan.

"Sebab aku cemburu Ammara. Susah sangat ke kau layan aku seperti mana kau layan adik aku, huh? Aku suami kau" Hadith membalas.

Ammara menggeleng perlahan dan mengatup mata beberapa saat. Anak mata lelaki itu dipandang lunak.

"Cuba saya bunuh orang yang awak sayang. Adakah awak boleh terima perempuan tu? Tak kan. Itulah jawapan saya. Tolong jangan sesekali libatkan Harith dalam hal ni. Awak tak berhak langsung nak masuk campur urusan antara saya dan Harith. Dia baik, penyayang, kasih sayang. Sedangkan awak? Pembunuh, kejam, licik semua ada. Bukan saya pandang buruk pada awak, tapi itulah yang saya nampak atas diri awak, Hadith" Ammara berkata.

Rahangnya bergerak dan senyum menyenget pada gadis itu. Beraninya dia berkata begitu. Rambut Ammara dicengkam kuat lalu menolak kuat ke atas katil. Dia memegang kedua belah tangannya dengan mendekatkan wajah ke telinga.

"Aku tak kisah pun semua itu, Baby. Yang aku tahu, kau adalah milik aku sepenuhnya. Hari ini, esok dan selamanya" Hadith membisik halus.

"Hadith! Apa awak buat ni? Lepaslah! Gila ke?" Ammara meronta minta dilepaskan.

"Aku dah cakap hari tu kan. Aku akan tetap tuntut hak aku, bodoh! Nak atau tak, kau tetap akan jadi hak aku!" Hadith tergelak kuat sehingga memenuhi ruang.

"Tak! Tolong!" Ammara merayu bersama esakkan.

HEY KORANG! ADA YANG RINDU BDS TAK?  SEPATUTNYA ESOK, TAPI JARI NI YANG GATAL NAK UPDATE SO UPDATE JELAH.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro