16
Dua hari selepas kejadian itu, Harith masih tidak sedarkan diri lagi. Kata Doktor, dia mungkin mengambil masa yang agak lama untuk sedarkan diri. Atau tepat lagi, koma.
Dia melihat wajah pucat lesu milik Harith. Dulu, wajah lelaki inilah yang selalu ceriakan setiap hari-harinya. Segala masalah dikongsi bersama. Tanpa sedari, air mata berjujuran keluar membasahi pipi.
Dia mengesat laju air mata itu dan senyum. Diraih lembut tangan Harith dan cium penuh kerinduan. Dia menampal pipi pada kekura tangan lelaki itu.
"Bangunlah Harith. Aku sentiasa tunggu kau sedar. Aku rindu gelak tawa kau. Aku rindu lawak hambar kau tu. Aku rindu setiap kali aku merajuk, kau selalu pujuk. Aku rindu semua tentang kau, Harith. Kau satu-satunya seorang yang faham aku. Kau kuat kan? Dulu kau cakap, kau dengan hulk, kau lagi kuat daripada dia" Ammara tertawa kecil mengingati mereka berbual.
"Siapa lagi nak belanja aku makan pizza semua tu? Kau kena lawan semua ini. Aku takut sangat kehilangan kau. Biar orang lain tak ambil berat pun pasal kau, tapi aku selalu ambil berat tentang kau. Kau masih ada aku, Angah. Aku sayang kan kau Harith Daniel. Kau sahabat sejati aku" Ammara meluah rasa apa dipendam dalam hati.
Air mata Harith jatuh mengalir. Lantas dia mengesat dan senyum tipis.
"Kau tak perlu menangis Harith. Jangan macam ni. Nanti aku pun ikut kau menangis tahu tak? Kau nak rehat, rehatlah. Tapi jangan terlalu lama, nanti aku rindu" Ammara mencium berkali-kali pada kekura tangan Harith.
KLAK!
Lantas dia berpaling ke belakang apabila terasa seseorang datang. Dia bangun dari duduk dan senyum. Tangan Haneesa disalam penuh hormat.
Haneesa turut membalas senyuman itu. Bukan dia tidak dengar apa diperkata oleh gadis itu. Sayang sungguh dia pada Harith sampai sanggup menjaganya.
"Mara dah makan ke belum?" Haneesa bertanya.
"Belum Angah. Tak apa, nanti Mara makan. Mara nak jaga Harith. Mara tak nak, dia sedar nanti Mara tak ada dekat sebelah dia" Ammara menjawab.
"Kenapa pula? Mara tak boleh buat macam ni. Kalau Harith tahu, mesti dia akan marah. Angah nak Mara makan. Dari semalam Mara jaga Harith kan? Malam ni biar Angah pula yang jaga" Haneesa berkata.
Laju dia menggeleng kepala.
"Tak perlu Angah. Mara boleh jaga. Angah mesti kena balik sebab nak uruskan Ayden dengan abang Ngah kan? Mara tak ada tanggungjawab tak apa" Ammara membalas.
"Betul tak menyusah ni?" Haneesa tanya lagi untuk kepastian.
"Betul Angah. Tak perlu risau okay" Ammara senyum.
Haneesa memegang kedua belah tangannya dan tatap matanya dengan lama.
"Angah minta maaf. Mara yang kena jaga Harith. Mummy dengan Daddy tak datang jenguk pun. Kalau Harith tahu, mesti dia terasa. Nampak sangat dia tak penting dalam keluarga tu. Sekali lagi, Angah nak minta maaf atas pihak Along. Angah betul- betul tak sangka dia sanggup berbuat begitu pada Mara sekeluarga" Haneesa memohon maaf.
"Tak apa, Angah. Mungkin bagi mereka tak penting. Tapi bagi kita, Harith penting sangat-sangat. Pasal Hadith, Mara tak nak bercakap lagi pasal dia. Mara dah muak dengan dia tu" Ammara membalas.
"Baiklah Mara. Sekarang Mara pergi isi perut kosong tu dulu okay. Nanti datang lagi" Haneesa mengarah.
"Okay Angah. Ada apa-apa telefon Mara" Ammara mencapai handbag dan keluar daripada bilik Wad tersebut.
•••
Selepas mengisi perut kosong, Ammara melabuhkan punggung di atas kerusi kayu. Dia berada di Taman tidak jauh daripada Hospital. Saja mengambil angin sebentar. Dia pejamkan mata beberapa saat dan kembali membuka.
EHEM!
Dia berpaling ke tepi dan mengerut dahi. Hadith sedang duduk itu sambil memaut bahunya. Pantas dia menepis kasar dan berdiri semula. Ikutkan hati mahu sahaja dia melakukan lelaki itu seperti mana pada malam itu.
"Hei Baby... Why? You don't miss me?" sengaja Hadith berkata begitu.
"Orang gila sahaja yang rindukan awak tu, Hadith. Dahlah bunuh orang lepas tu pukul adik sendiri pula tu" sempat Ammara memerli.
Terus berubah riak wajahnya tatkala diperli sebegitu. Lengan Ammara dicengkam kuat sehingga kuku menekam ke dalam isi lengannya. Dia mengadu sakit.
"Kau dah kenapa? Aku nak bunuh ke, nak pukul sampai mampus pun. Apa masalah kau!" Hadith menengking kuat.
"Awak tu apa masalah? Lepaslah! Sakit!" Ammara cuba merungkai cengkaman itu, tidak berjaya.
"Ammara Dahlia, kau dengar sini baik-baik. Lagi 3 hari kita nak kahwin. Kau jangan buat-buat lupa pula!" Hadith melepaskan cengkaman itu.
Dia menggeleng laju.
"Awak nak kahwin, pergi kahwin sorang-sorang. Saya tak nak. Dan tak akan pernah kahwin dengan awak, Hadith!" Ammara membentak.
"Heh? Nak tengok kawan kau tu tanam esok ke? Ingat, aku cakap aku buat. Satu pun aku tak pernah mungkiri apa aku cakap. Jangan sesekali cabar kesabaran aku, Ammara Dahlia Binti Dato' Amran. Tepat pukul 3 petang, aku tunggu sini. Kita cari baju pengantin" Hadith memberikan ugutan dan beredar pergi.
Ammara terkaku di situ. Dia mengemam bibir dan pejamkan mata. Mengapa begitu berat ujian dia hadapi?
"Aku tak boleh ingkari arahan dia. Aku tak nak, disebabkan kedegilan aku, Harith jadi mangsa" Ammara mengomel sendirian.
•••
Puan Halma mendekati suaminya sedang mengelamun di gazebo kayu itu. Dulang minuman diletak dan menuang air ke dalam gelas tersebut.
"Abang. Termenungkan pasal apa tu?" Puan Halma menegur.
"Pasal anak-anak kitalah. Abang tak tahu nak percayakan siapa. Tapi, apa yang Mara cakap malam tu, buat hati abang tak tenteram" Tuan Rahman meluah rasa.
Puan Halma turut mengangguk perlahan.
"Betul bang. Saya pernah tanya dulu. Dia cakap, Mak Abah dia kena bunuh. Dia tak tahu siapa pembunuh tu. Tak akan anak kita pembunuh abang?" Puan Halma cuba membuang perasaan itu.
"Kalau betul? Mana kita nak letak muka ni? Hadith tu berjaya membangunkan Syarikat sampai luar negara. Tak akan sesenang macam tu sahaja kita menunding jari padanya" Tuan Rahman mencicip perlahan kopi masih berasap itu. Pening kepala mahu memikirnya.
"Abang, bila kita nak jenguk Harith dekat Hospital? Haneesa cakap, Doktor sahkan dia koma. Dan mengambil masa agak lama untuk sedarkan diri" Puan Halma bertanya pada suaminya.
"Tak perlu. Lagi lama, lama bangus. Kalau tak, dia akan menimbulkan sahaja masalah dalam rumah ni" Tuan Rahman berkata acuh tak acuh.
Puan Halma hanya menuruti sahaja kata suaminya itu. Mahu membantah pun tidak ada kuasa.
"Bercakap pasal Harith kan, bang. Macam mana kalau betul apa dia cakap kan tu. Hadith ada tatu dekat dada?" Puan Halma masih memikirkan kata itu.
"Kalau ya, kenapa? Salah ke?" Hadith datang mencelah.
Terkejut mereka berdua di situ. Dia menghampiri sambil gaya berpeluk tubuh.
"Apa kamu cakap ni, Hadith? Daddy tak faham" Tuan Rahman bersuara tegas.
"Yes Daddy. Memang Hadith ada tatu tu" lantas Hadith membuka bajunya.
Terbuntang luas mata mereka berdua memandang tatu itu. Rasa ditipu hidup-hidup.
"Terkejut? Tak perlu kejut sangatlah. Okay, sebenarnya apa yang Harith cakap, semuanya betul. Memang Hadith pergi kelab dan minuman keras. Memang Hadith langgan pelacur dekat kelab. Semua perempuan yang datang ke rumah ni, hamil kan anak Hadith. Memang betul Hadith cuba untuk rogol Angah. And yes, memang Hadith bunuh Mak Abah Mara" Hadith berterus-terang dihadapan orang tuanya tanpa rasa bersalah.
"Kurang ajar punya anak!" Tuan Rahman mengangkat tinggi tangannya ke atas untuk tampar Hadith.
Hadith sempat menghalang. Lengan Tuan Rahman di cengkam kuat. Dia pandang lunak ke dalam anak mata Tuan Rahman.
"Kau jangan sesekali nak salahkan aku dalam masalah ni. Sebab kau dengan dia yang paksa aku buat semua ini! Kau tahu tak, betapa terseksanya aku selama berada dibawah jagaan korang, huh? Kau asyik cakap pasal belajar, belajar dan belajar! Kau tahu tak, kepala aku boleh pecah asyik belajar! Sampai aku nak luangkan masa untuk diri sendirian pun kau tak bagi. Kau ingat aku robot? Kau langsung tak bagi aku kebebasan!"
"Kau hantar aku dekat UK, baru aku tahu apa itu erti kebebasan. Aku ikut kawan aku pergi kelab dan tidur dengan mana-mana perempuan. Kau tahu tak betapa nikmatnya? Dalam satu masa, aku tak nak kecewakan korang berdua. Aku terpaksa jadi munafik dan cuba untuk sorok segala kejahatan aku. Namun Harith tu bijak, bijak sebab tahu segala apa aku buat. Aku tak perlu takut sebab kau tetap akan belahi aku! Pasal Angah tu, aku nak rogol dia sebab aku tak dapat Mara pada malam tu. Semuanya hancur gara-gara Harith juga. Sekarang, musuh aku adalah Harith. Dia punca aku gagal segala rancangan. Sekarang puas hati kau atas pengakuan aku ni?" Hadith menjelaskan segalanya.
Puan Halma menekup mulutnya dan menitiskan air matanya. Dia gagal didik anaknya supaya menjadi anak yang berguna. Selama ini dia hanya bandingkan anaknya sahaja.
Tuan Rahman cuba menghadam luahan anaknya itu. Fikirannya melayang ke arah Harith. Dia sanggup tampar pukul anak bongsunya itu demi membelahi anak sulongnya ini.
"Daddy minta maaf, Hadith. Daddy gagal mendidik anak-anak Daddy. Daddy tak pernah tanya apa kamu semua nak dalam hidup. Daddy mengaku salah" Tuan Rahman kembali duduk ke atas gazebo dengan perasaan bercampur aduk.
Hadith tersenyum sinis. Puas hatinya dapat membongkarkan segala kejahatan dia lakukan selama ini. Lagi pula memang mereka berdua kerana terkongkong dirinya.
"I don't care Daddy. Jangan berani nak laporkan pada pihak polis tentang ini. Setuju atau tidak, Mara tetap akan jadi isteri Hadith. Muktamad!" terus Hadith beredar pergi dari situ.
"Abang. Saya rasa bersalah pada Harith. Dia dah beritahu perkara sebenar, kita yang tak percaya" Puan Halma menangis teresak.
"Abang pun begitu. Kita gagal didik anak-anak kita jadi orang berguna. Nak menyesal pun tiada guna lagi" Tuan Rahman membalas.
YES AKHIRNYA HADITH SENDIRI BONGKARKAN SEGALANYA... BTW, SAYA TAK JADI NAK MATIKAN WATAK HARITH SEBAB READERS BDS HAHAHA. 7/10 NI SAYA AKAN UPDATE LAGI. SEKARANG NAK CUTI SEBAB MY SIS NAK KAWIN SO BUSY LAA HEHEHE
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro