Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15

Harith pejamkan mata sambil memicit pelipis. Ammara sedang duduk di atas sofa itu mengigil perlahan. Dia kembali memandang kawannya lalu mendekati. Kedua belah tangan Ammara digenggam erat dengan memberikan senyuman tipis.

"Maafkan aku, Mara. Aku tak sangka abang aku sendiri, pembunuh Mak Abah kau" Harith mencium kekura tangan Ammara.

Laju Ammara menggelengkan kepala. Dia memegang pipinya dan menitiskan air mata.

"Kau tak salah, Harith. Yang salah abang kau Hadith. Aku tak tahu pun dia yang bunuh. Malam tu aku balik ke rumah Mak Abah, kerana rindu. Aku tak sangka lelaki bertopeng tu muncul. Dia buang topeng dan ternyata Hadith. Sebab tu aku tanya, kau pernah tengok tak badan dia. Dada dia tu ada tatu burung helang"

"Malam kau hantar aku balik, dia ada dalam rumah aku dan paksa aku untuk berkahwin dengan dia. Aku terpaksa Harith. Aku tak nak kahwin dengan dia" Ammara bercerita perkara sebenar dengan menangis tersedu-sedan.

Harith menarik dia masuk ke dalam dakapan dan menggeleng laju.

"Shuhh... Aku tak akan biarkan kau kahwin dengan dia. Aku akan tolong kau, Mara. Aku akan jaga kau macam adik beradik aku sendiri" Harith mengusap kepalanya berkali-kali.

EHEM!

Haneesa berdehem kecil bagi menyedari kehadirannya itu. Dia senyum tipis dan menghampiri mereka berdua. Dia labuhkan punggung bersebelahan Ammara.

Disentuh pipi gadis itu dan senyum. Dia tidak sangka abang sulongnya itu sanggup berbuat begitu juga pada kawan kepada adiknya itu.

"Mara sabar ya. Angah pasti Along akan dapat balasan juga atas apa dia dah buat. Bukan Mara seorang sahaja yang kena macam tu. Angah pun kena, nasib Harith datang selamat" Haneesa berpaling melihat adiknya itu.

"Kau tinggal Mara dengan Angah. Aku boleh jaga. Aku tak rasa selamat kalau Mara balik ke rumah dia malam-malam macam ni. Kau kenal kan Along macam mana? Dia tu terlalu licik" Haneesa berkata.

"Okay Angah. Aku rasa macam tu juga. Aku berterima kasih pada kau. Aku tak tahu nak bawa Mara pergi mana lagi kalau bukan dekat sini" Harith mengeluh lemah.

"Maafkan Mara. Mara tahu Mara menyusahkan Angah" Ammara mencelah.

"Tak Mara. Mara tak menyusahkan Angah pun. Angah tak kisah pun. Lagi pula abang Ngah bukan selalu ada dekat rumah. Tinggal Angah dengan Ayden sahaja" Haneesa membalas dan senyum.

Harith mengerling sekilas pada jam tangan dan berdiri semula. Dia mengambil telefon.

"Angah, Mara. Aku balik ke rumah dulu okay. Dah lewat malam ni. Nanti bising pula Mummy Daddy tu" Harith berkata.

Ammara memegang lengannya dari pergi. Dia berpaling pada gadis itu dan menunggu apa ingin diperkatakan.

"Jaga diri kau elok-elok Harith. Aku sayang kau" Ammara mengukirkan senyuman manis.

Harith turut membalas senyuman itu dan pergi.

•••

Sesusai sahaja sampai di depan rumah, lantas dia keluar dari perut kereta dan menuju ke pintu rumah. Dia perlu beritahu perkara sebenar pada keluarganya.

KLAK!

PANG!

Terteleng kepalanya ke tepi dan pandang pada Tuan Rahman sedang menamparnya tadi. Sesekali matanya menyinggah pada Hadith sedang senyum mengejek padanya itu.

"Kenapa Daddy tampar Harith?" Harith menyoal.

"Sepatutnya Daddy yang tanya kamu! Apa kamu dah buat pada abang kamu sendiri, hah! Kamu sedar tak? Kamu tengok lebam pada muka dia tu" Tuan Rahman membalas.

"Daddy pernah tanya tak apa Hadith dah buat? Harith tak akan sesekali pukul dia tanpa sebab Daddy! Nak tahu apa sebab Harith pukul dia? Dia dah bunuh Mak Abah Mara!" oktaf suara Harith.

"Jangan percayakan dia Daddy! Dia tipu Daddy. Macam mana Hadith nak bunuh Mak Abah Mara, sedangkan Mara bakal isteri Hadith" Hadith mencelah.

Harith mendengus geram. Dia menghampiri Hadith dan tampar kuat pada pipinya.

"Kau mengaku sekarang bodoh! Kau tunjuk tatu burung helang dekat dada kau tu sial!" dada Hadith ditekan kuat.

"Aku tak mengaku sebab aku tak buat. Kau jangan cari pasal dengan akulah, Harith! Sekarang mana kau sorok Mara? Bagi dia balik dekat aku!" Hadith masih menafikan.

Dia meraup rambut ke belakang dan berteriak kencang. Bagaimana lagi dia mahu bukti pada Tuan Rahman supaya buka mata tu.

"Kau jangan buat tak tahulah Hadith! Sampai bila kau nak hidup dalam munafik dan syaitan kau, hah! Tolonglah mengaku depan mereka yang kau tu salah. Aku dah penatlah hidup macam ni!" Harith mendesaknya.

"Harith! Apa kamu merepek ni? Abang kamu tak pernah bunuh sesiapa pun! Jangan nak buat fitnah" Tuan Rahman menyebelahi Hadith.

"Siapa buat fitnah sekarang ni? Harith atau Hadith? Korang tak pernah fikir perasaan Harith kan? Semua salah Harith? Sangat melampau!" Harith berkata.

"Sudah! Sekarang mana kamu bawa pergi Mara? Mereka nak kahwin hujung minggu ni dah. Kamu jangan buat hal" Tuan Rahman menukar topik.

"Sampai bila-bila pun Harith tak akan beritahu mana Mara pergi. Korang semua sangat keterlaluan!" Harith menuju ke anak tangga.

Hadith mengepal penumbuk. Geram dengan perangai degil lelaki itu. Lengan Harith ditarik dan lantas tumbuk pada rahangnya.

"Mana perempuan aku!" Hadith bertanya.

"Kau belasah aku sampai lunyai sekali pun, memang aku tak akan beritahu!" Harith melawan.

Tuan Rahman dan Puan Halma terkejut dengan perubahan drastik Hadith. Mereka cuba menghalangi namun tidak boleh.

"Lepaskan adik kamu tu, Hadith! Kamu nak dia mati ke apa?" Puan Halma menarik lengannya supaya berhenti, malahan dia pula ditepis.

"Biarkan! Dia mati lebih baiklah!" Hadith terus tumbuk rahang Harith sampai mengeluarkan darah.

Kereta milik Haneesa telah memasuki ke dalam kawasan rumah Tuan Rahman. Dia terpaksa datang ke mari atas paksaan Ammara. Lagi pula dia tahu mesti akan berlaku apa-apa pada adik bongsunya itu.

"Angah berhenti. Mara dengar pergaduhan dekat dalam tu" Ammara berubah panik.

Dia tidak yakin Harith pulang selamat ke rumah kerana dia tahu Hadith seorang yang sangat licik. Dia sanggup buat apa sahaja demi kepentingan sahaja.

"Sekejap" Haneesa menarik brek dan turun dari perut kereta.

Mereka berdua berlari masuk ke dalam rumah.

Mata Ammara membuntang luas tatkala melihat Hadith sedang bertindak ganas itu.

"Hadith berhenti! Saya cakap berhenti!" Ammara menghalang.

Hadith berhenti dari terus menumbuk Harith. Dia berdiri semula dan pandang tajam padanya. Ammara menepuk pipi Harith beberapa kali supaya sedar, namun tiada balasan.

"Harith! Bangunlah! Jangan buat aku macam ni!" digoncang kuat lengan Harith bersama tangisan.

"Harith... Kau jangan buat Angah macam ni. Kau kuat kan. Bangunlah" Haneesa turut menggocangkan lengan Harith. Dia melihat wajah Mummy Daddynya itu. Hanya beriak biasa.

"Mummy Daddy! Tak akan sedikit pun tak ada rasa bersalah dekat anak sendiri?" Haneesa menyoal.

Mereka berdua diam. Masih terkaku mahu berbicara. Dia menggeleng tidak percaya. Tergamak orang tua itu membiarkan adiknya dalam keadaan begini. Kalau mereka berdua tidak datang, tak tahulah apa bakal menimpa ke atas adiknya itu. Mungkin sudah jadi arwah?

Ammara mengesat air mata berjujuran keluar dan berdiri tegak berhadapan dengan Hadith. Dia pandang wajah lelaki itu dengan penuh kebencian.

Hadith pula memberikan senyuman mengejek. Apa dia kisah kalau adiknya meninggal ke tak. Janji hatinya puas.

PANG!

"Awak dah bunuh Mak Abah saya. Lepas itu, awak nak bunuh adik awak pula? Saya benci awak sangat-sangat Hadith Dazyen!" Ammara mengherdik.

"Jom Angah, kita bawa Harith ke Hospital" Ammara berkata.

Hadith mengetap gigi dengan kuat. Rasa marah semakin membuak-buak dalam hati.


HARITH SELAMAT KE TAK? KE MENINGGAL?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro