14
Pagi itu, Harith mengunci pintu biliknya sebelum turun ke bawah. Dia berpaling ke sebelah apabila terasa seseorang disisinya. Terlihat Hadith sedang menghampirinya. Dia menguling mata ke atas dan terus pergi.
"Kau nak pergi mana cepat-cepat ni?" lengan Harith ditarik kuat, menghalang dia dari pergi.
Dia merentap kuat dan memandang tajam pada abangnya itu. Rasa tidak puas hati semalam masih tersisa dihati.
"Kau marah aku pasal Mara?" Hadith bertanya.
"Kau rasa? Dia tu kawan aku, bodoh! Licik betul cara kau kan?" Harith membalas.
"Kawan atau cinta hati?" sengaja Hadith bertanya lagi. Saja mahu menguji kesabaran adiknya, Harith.
Harith mendekatkan jarak antara mereka. Dia bertentangan mata dengan Hadith dan memegang bahu kuat.
"Ammara Dahlia bukan perempuan aku cinta. Cinta dia tidak sesekali pernah hadir dalam hati aku. Aku dan dia cuma kawan. Masing-masing menganggap seperti adik beradik. Tapi semuanya hancur gara-gara kau. Persahabatan aku dah musnah. Aku kenal kau macam mana, Hadith. Aku akan cari sampai dapat apa kau ugut Mara. Kalau aku dapat tahu lebih dari apa aku fikir, kau tunggu... Membunuh pun aku sanggup. Itu janji aku"
"Dia bukan perempuan kau langgan dekat kelab. Dia ada maruah dan harga diri yang mahal. Kau tengok sahaja kami bersentuhan, berpeluk bagai. Tidak pernah sedetik pun aku berfikir nak sentuh dia. Kau ingat janji aku tu, Hadith" Harith memberikan amaran dan beredar pergi.
Hadith tertawa kecil dan anggukkan kepalanya.
"Wow... Hebatnya kamu. Sedikit pun aku tak pernah takut amaran kau tu. Apa aku nak, mesti akan dapat. Aku dulu yang jumpa Mara sebelum kau, bodoh" Hadith mengomel sendirian dan turun ke bawah.
•••
Sesampai sahaja di Kolej, terus dia mencari Ammara. Dia menuju ke arah parking kereta dan menunggu gadis itu. Ammara melihat Harith sedang menunggunya itu mengeluarkan keluhan kecil. Dia tidak tahu apa harus dibuat sekarang. Pintu kereta dibuka lalu dia keluar dan bergegas berlari.
"Mara!" lengan Ammara dipaut kasar.
"Lepaslah, Harith. Sakit tahu tak?" Ammara merentap kuat lengannya.
"Hati aku sedang sakit ni, kau tak kisah pula?" Harith berkata.
Ammara diam. Tidak mampu berkata apa-apa lagi.
"Mara, look me here. Kau cakap apa Hadith dah buat pada kau sampai setuju nak kahwin dengan dia?" Harith memegang bahu Ammara.
Mereka bertentangan mata beberapa saat. Ammara menepis lembut tangan Harith dari terus memegang bahunya itu.
"Kau tak perlu tahu. Dia tak buat apa pun pada aku. Kami dah rancang nak kahwin. Aku minta maaf sebab sembunyikan perkara ni daripada kau, Harith. Aku rasa mulai sekarang, kita kena jauhkan diri. Tak manis kalau orang tengok. Aku bakal jadi kakak ipar kau, dan kau bakal jadi adik ipar aku" Ammara senyum tipis dan berlalu pergi.
'Maafkan aku, Harith. Aku terpaksa tipu kau. Aku tak nak sebabkan aku, kau jadi mangsa dalam keluarga tu' getus hati Ammara.
Dia menggelengkan kepala tanda tidak percaya.
"Apa kau merepek Mara. Aku kenal kau macam mana. Aku pastikan kau cerita juga pada aku perkara sebenar" Harith berkata dan pergi.
•••
Ammara meletakkan kasutnya ke atas rak dan menolak daun pintu. Dia terkejut tatkala dirinya terdorong ke depan akibat tarikkan dari seseorang. Dia berpaling ke belakang dan membuntang matanya. Dia menapak ke belakang beberapa langkah setiap kali Hadith menghampirinya.
DUM!
Pintu dihempas kuat. Hadith menghampirinya dengan penuh perasaan marah. Tangan dikepal penumbuk dan rahang mula bergerak-gerak. Lengan Ammara ditarik dan ditolak ke atas sofa. Dia mengunci pergerakkan gadis itu.
"Kenapa kau degil sangat, huh? Tak boleh dengar cakap aku walaupun sekali?" Hadith menyoal.
Dia mengerut kening tidak faham apa maksud lelaki itu.
"Apa maksud awak, Hadith? Saya tak faham" Ammara kembali menyoal padanya.
"Harith. Aku dah cakap jangan nak rapat dengan dia. Aku tak suka, aku cemburu" nada suara mula berubah, keras.
"Tak sekarang apa masalah awak? Saya tak rapat dah dengan Harith. Awak nak cemburu buat apa?" Ammara masih cuba untuk menolak dada bidangnya namun tidak berjaya.
Harith berjalan perlahan masuk ke dalam kawasan rumah Ammara. Dia mengikuti gadis itu kerana mahu mencari kebenaran. Tidak sangka pula dia ternampak abangnya ada sekali. Dia mendekati tingkap. Matanya memerhati dengan mendengar apa mereka bualkan itu.
"Masalahnya kau bercakap dengan dia!" Hadith menjerkah kuat. Dia berdiri dari terus menindih tubuh kecil itu.
"Bercakap pun salah ke? Awak jangan nak kongkong sayalah, Hadith! Awak tak ada hak!"
PANG!
"Kau sedar tak? Aku bakal suami kau bodoh! Aku ada hak semua itu!" dada Hadith naik turun menahan amarah.
Harith sedang melihat itu menggengam penumbuk. Dia sudah agak mesti ada sesuatu berlaku antara mereka. Dia cuba bersabar lagi dan dengar.
"Hak membunuh pun awak ada? Awak tahu tak? Kalau awak tak paksa saya kahwin dengan awak malam tu, memang saya tak akan berkahwin dengan pembunuh Mak Abah sayalah!" Ammara membentak.
Membuntang mata Harith. Dia seakan terkaku mendengar kata Ammara. Langsung tak pernah terfikir abangnya itu adalah pembunuh Mak Abah kawannya.
"Kau memang suka cabar kesabaran aku kan? Kau memang nak aku ajar supaya tak tinggikan suara pada bakal suami kau!" terus Hadith menindih kembali ke atas Ammara dan mula menggila.
Laju sahaja air mata Ammara keluar sambil berteriak kencang. Dia tidak sanggup kalau maruahnya dipijak begini.
"Ini memang dah melampau sangat!" terus Harith berlari menuju ke pintu utama dan merepuh masuk ke dalam.
Dia menghampiri Hadith sedang bertindak gila itu dan tendang kuat pada belakang lelaki itu. Hadith mengerang kesakitan.
BUK!
"SAMPAI HATI KAU BUAT MACAM NI, ABANG! DEPAN KELUARGA KAU MALAIKAT, TAPI BELAKANG KELUARGA KAU SYAITAN TERKUTUK!"
BUK!
"DASAR ABANG TAK GUNA!"
BUK!
"KAU NAK ROGOL PEREMPUAN, BUKAN KAWAN AKU JADI MANGSA KAU SIAL!"
BUK!
"ARGH!"
Harith terduduk ke atas lantai sambil menghamburkan tangisan di situ. Dia kusutkan rambut lalu pandang Ammara sedang menangis teresak itu.
"Maafkan aku, Mara. Aku tak sangka abang aku sendiri sanggup bunuh Mak Abah kau. Aku malu ada abang pembunuh" Harith tendang hujung kaki Hadith dengan kuat.
Hadith pejamkan matanya menahan kesakitan pada rahang dan juga perut. Dia mendengus geram. Sekali lagi rancangannya hancur.
"Kau bukan sesiapa nak masuk dalam urusan aku, Harith. Aku pembunuh ke tak, dia tetap akan jadi milik aku" Hadith bersuara.
Harith tergelak sinis dan menepuk tangan beberapa kali. Dia mengesat air mata dengan kasar. Kolar baju Hadith dicengkam kuat.
"Kau dah bunuh Mak Abah dia, dan cuba nak rogol dia. Aku tahu ini bukan kali pertama kau cuba nak rogol dia kan? Ada hati kau cakap dia milik kau? Gila ke? Tak perlu jawab. Kau memang gila, gilakan sesuatu yang bodoh!" Harith melepaskan cengkaman itu dengan kasar.
"Mara, ikut aku sekarang. Kau tak perlu kahwin dengan lelaki jahanam macam dia ni!" Harith berkata.
Ammara mengangguk sekilas. Dia berjalan perlahan kepada Harith dan memegang erat lengan lelaki itu. Mereka berdua berjalan menuju ke pintu dan pergi.
Hadith sedang melihat itu lantas menumbuk lantai simen dengan kuat. Dia berdiri semula dan mengesat darah pada hujung bibirnya itu perlahan.
"Kau tunggu apa aku buat, Harith. Kau dah cabar aku selama ini kan? Tunggu..." terus Hadith meninggalkan rumah itu.
AKHIRNYA KEBENARAN TERBONGKAR. AGAKNYA MEREKA BERDUA JADI KAHWIN TAK?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro