13
Harith menghempas kuat pintu bilik lalu mengorak langkah ke arah katil dan menghenyak punggung dengan kasar. Dia mengusutkan rambut sambil mendengus geram. Dia tidak tahu apa muslihat abangnya kali ini. Makan malam tadi, mereka asyik bergaduh sampai Tuan Rahman menyuruhnya untuk naik ke atas.
"ARGH! Kenapa mesti Mara kau pilih? Kau gila ke sial? Dia tu kawan aku. Bodoh! Sial! Gila!" amuk Harith.
Dada naik turun menahan amarah. Nafas pula tidak teratur bila mengingati kejadian tadi. Dia berpaling ke arah pintu saat dibuka oleh seseorang. Haneesa menghampirinya bersama senyum tipis.
"Mereka dah balik ke belum?" Harith menyoal tegas.
"Dah. Jomlah kita ke balkoni" Haneesa membalas. Dia menarik lengan adiknya ke balkoni bilik.
Mereka berdua duduk ke atas kerusi dan diam. Haneesa mengeluarkan satu keluhan. Dari dulu sampai sekarang, keluarganya tidak pernah damai. Ada sahaja masalah menimpa. Apa pun terjadi, dia tetap membelahi adiknya, kerana dia tahu kebenaran.
"Tenangkan dulu jiwa kau tu, Harith. Angah tahu, semua ini mesti ada hikmah sebaliknya" Haneesa bersuara.
Harith tergelak sinis dan memandang kakaknya.
"Hikmah apa? Hikmah sialah untuk dia tu! Kau tahu kan, aku sayang kan Mara tu. Tapi senang kacang macam tu sahaja dia buat? For what? Untuk seksakan Mara atas tamparan majlis tu? Kalau aku tahu semua ini nak jadi, memang tak akan aku bawa Mara datang jumpa dia tu" Harith meluah rasa.
Haneesa memegang tangannya dan memandang dengan serius.
"Kau suka Mara?" Haneesa bertanya. Lain macam dia punya tak puas hati tu.
"Apa kau merepek ni, Angah? Kau dengar sini. Aku anggap Mara macam adik beradik aku sahaja. Langsung tak pernah terdetik dalam hati ni, suka dekat dia. Aku cuma kesian kan apa dah berlaku dalam hidup dia. Mak Abah dia kena dibunuh, lepas tu si Hadith ni pula yang buat hal. Siapa tak marah? Aku tak nak, Hadith kahwin dengan Mara hanya untuk diseksa sahaja" Harith meraup muka beberapa kali.
"Aku faham. Apa pun, kau jangan bertindak luar jangkaan. Cuba kau tanya elok-elok pada Mara. Apa Along dah buat pada dia, sampai dia setuju nak kahwin. Lagi pula, masa banyak lagi" Haneesa berkata.
Laju Harith menggelengkan kepala.
"Angah. Kau dengar tak apa Daddy cakap tadi? Mereka nak kahwin hujung minggu ni dah. Aku nak buat rancangan pun tak sempat. Licik betul cara Hadith tu" Harith membalas.
"Ya ke? Aku tak perasan pula. Macam mana ek? Ha! Ak-"
KRING!
Lantas Haneesa menjawab panggilan tersebut.
"Alamak. Betul ke? Okay baiklah. Nanti saya balik. Awak bawalah Ayden ke rumah kita dulu"
TIT!
"Kenapa dengan Ayden? Dia baik-baik sahaja kan?" Harith bertanya keadaan anak buahnya.
"Baik sahaja. Abang Ngah kau nak pergi kerja. Bos dia tiba-tiba call cakap suruh masuk kerja sekarang" Haneesa menjawab. Suaminya berkerja sebagai doktor, oleh kerana itu mereka selalu tidak ada masa untuk meluangkan.
"Harith, aku minta maaf sebab tak boleh nak berbincang lama dengan kau. Aku nak kemas barang aku sekejap dalam bilik tu sebelum balik" Haneesa memohon maaf.
"Tak apa. Kau balik nanti hati-hati" Harith berpesan.
Haneesa mengangguk laju dan terus keluar dari biliknya.
•••
Kereta milik Hadith berhenti tepat di depan pagar rumahnya. Terus dia lock apabila Ammara ingin membuka pintu kereta. Dia menarik lengan Ammara hingga merapati ke dada bidangnya dan menghadiahkan senyuman.
"Lepas!" Ammara meronta meminta untuk dilepaskan. Rasa trauma itu masih terasa hingga kini.
"Kau suka tak apa Daddy aku buat pada Harith tadi? Dia tampar Harith sebab kurang ajar dengan aku. So... Kau boleh nampak situ siapa anak paling berguna" Hadith suka menonton drama Daddy dan adiknya itu.
"Tak berguna tu adalah awak sendiri, Hadith! Awak pergunakan lakonan palsu awak tu untuk menutupi segala kesalahan dalam diri. Awak sanggup jadikan adik kandung awak sebagai mangsa dalam keluarga awak sendiri. Abang jenis apa awak ni, Hadith? Langsung tak berguna!"
PANG!
Terteleng kepalanya ke tepi saat terkena tamparan tersebut. Dia memegang pipi terasa perit itu. Air mata mengalir membasahi pipinya. Rahangnya dicengkam kuat, dia terpaksa mendongak memandang Hadith.
"Kau sahaja yang buta nampak aku tak berguna. Semua orang nampak aku berguna. Nak tahu sebab apa? Sebab aku punyai segalanya. Harta, wang, rupa? Dicelah gigi aku sahaja" Hadith mendekatkan lagi mukanya dengan Ammara.
"Aku akan berguna untuk bakal anak kita nanti, Baby... I can’t wait to see my son in your stomach" perut Ammara diusap lembut.
"Siapa nak mengandungkan anak awak? Saya tak nak anak saya ikut perangai bapak dia yang munafik dan syaitan ni!"
"AMMARA DAHLIA!" Hadith pejamkan mata beberapa saat. Cuba untuk mencari kesabaran dalam diri ini.
"Aku tak kira Mara. Kau suka atau tak, kau akan mengandung juga anak aku. Kita bakal berkahwin hujung minggu ni sahaja lagi. Sekarang, aku nak kau jauhkan diri dari Harith. Aku tak suka kau mesra dengan dia. Aku cemburu" Hadith berkata. Dia melepaskan cengkaman tersebut.
"Awak tak ada hak!" lantas pintu kereta dibuka, dia keluar dan berlari masuk ke dalam kawasan rumahnya.
"Ada atau tak, kau tetap akan aku seksa. Aku nak kau rasa betapa seksanya aku menanggung rindu kepada kau beberapa tahun selepas kau menghilangkan diri" Hadith menekan pedal minyak kereta dan beredar pergi dari situ.
•••
Haneesa menuruni anak tangga sambil membawa bermain dengan telefon pintar. Dia mendekati ke arah pintu utama, dan terkejut dengan tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Lantas kepala ditunduk ke bawah tatkala melihat Hadith berdiri tegak di depannya itu.
Dia mahu ke kiri, Hadith ke kiri. Dia mahu ke kanan, Hadith turut ke kanan juga. Walaupun gerun dengan abangnya sendiri, dia terpaksa memandang juga. Air liur ditelan paksa.
"Along nak apa? Tepilah. Aku nak balik ni" Haneesa bersuara perlahan.
Hadith menyandar diri ke pada pintu dengan gaya peluk tubuh. Dia melihat Haneesa dari atas hingga bawah. Senyuman mengukir sinis sekali.
"Berani juga kau balik sini sorang-sorang kan? Tak takut?" sengaja Hadith melewatkan adiknya.
"Kau tepilah. Suami aku nak pergi kerja pula ni. Kau jangan nak macam-macam, aku buat re-"
"Polis? Mummy Daddy?" kening diangkat ke atas.
"Mereka tak akan percaya. Kau dengan Harith tu sama sahajalah. Dua-dua bodoh. Aku anak harapan mereka, sudah tentu semua berpihak pada aku" dengan sinis sekali, Hadith membalas.
"Ya memang betul mereka berpihak pada kau, long. Aku nak cakap sikit dengan kau ni. Lambat atau cepat, mereka akan tahu juga perangai sial kau ni. Aku sokong, Harith panggil kau munafik dan syaitan. Sebab tu adalah perangai kau yang sebenar! Yang bodoh, sial tu adalah kau sendiri. Aku tak tahulah apa nasib Mara lepas kahwin dengan kau nanti. Tak silap hari bulan, bangkai mayat Mara sahaja yang ada!"
"HEI!" Hadith mencengkam rahang Haneesa dengan kuat. Panas hatinya tatkala semua berkata dia munafik dan syaitan. Lebih panas lagi bila kaitkan nama Ammara sekali.
"Kau jangan nak buat aku marah. Nanti suami dengan anak kau tak akan berjumpa kau lagi dah! Mulut kau tu sebijik macam adik kesayangan kau tu! Dua-dua tak guna. Aku munafik ke, syaitan ke, perangai aku sendiri! Kau tak perlu masuk campur!" bengang Hadith.
"Ka-"
"Hadith, Haneesa? Kenapa tu?" Puan Halma menyoal. Pelik dengan anak-anaknya itu.
Lantas dia melepaskan cengkaman itu dan senyum manis pada Mummynya.
"Tak ada apa-apa. Hadith cuma berborak dengan Angah. Dah lama dia tak balik sini. Rindu juga dekat Ayden. Kan Angah?" Hadith memberikan isyarat mata.
"Betul Mummy. Angah pergi dulu" terus Haneesa beredar pergi dari situ.
"Yalah, Hadith. Sekarang pergi naik ke atas, tidur. Mesti kamu penat kan?" Puan Halma berkata.
Dia mengangguk sekilas dan mendaki anak tangga dengan laju.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro