12
Jantung Ammara semakin berdegup kencang tatkala melihat rumah lelaki itu. Apa dia risaukan sebenarnya, adalah Harith. Apa reaksi lelaki itu? Mahu sahaja dia ceritakan semua perkara sebenar pada Harith tentang perangai abangnya ini.
"Keluarlah" Hadith mengarah dengan nada terkawal. Tidak mahulah mereka dalam rumah itu terdengar tengkinganya.
Ammara terus keluar dari perut kereta. Dia menghembuskan nafas lemah. Tidak tahu apa lagi reaksi mahu dipaparkan.
"Kau risau pasal Harith?" Hadith meneka. Dia tergelak sinis.
"Sampai bila awak nak sorok tentang perangai awak sebenarnya ni dari keluarga awak? Tak akan Harith selalu disalahkan kerana cuba memberitahu perangai syaitan awak tu?" Ammara menunding jari tepat pada dada bidangnya.
"Jadi? Kau ada nampak aku peduli pasal dia ke?" Hadith menjeling sekilas padanya.
"Masalahnya aw-"
"Sudah. Sekarang bukan masa untuk kau cari gaduh dengan aku. Ikut aku cepat!" terus lengan Ammara ditarik supaya membuntutinya.
•••
Mereka berempat menunggu diruang tamu. Harith hanya pekakkan sahaja telinga bila Tuan Rahman dan Puan Halma dari tadi tidak henti memuji bakal menantu mereka itu.
'Belum tengok lagi, dah cakap macam-macam. Kalau dah tengok nanti, mesti puji kaw-kaw punya' getus hati Harith.
"Kamu ni bila pula, Harith? Daddy nak tengok juga siapa bakal isteri kamu tu" Tuan Rahman menanyakan soalan padanya.
Dia sedang bermain dengan telefon pintar itu terhenti. Dia pandang Tuan Rahman bersama senyuman menyenget.
"Habis itu, dulu siapa Harith bawa? Daddy layan ke dia? Tak Daddy. Langsung tak" sengaja Harith membangkit perkara dahulu.
"Perempuan apa macam tu? Pakaian tak cukup kain langsung! Sudahlah menggedik" Tuan Rahman menggelengkan kepalanya.
"Kalau Harith bawa, semua tak okay. Tak cukup kain lah, menggediklah. Habis tu, Hadith dengan perempuan-perempuan dekat kelab tu apa kes? Eh tak ingat, mereka tu semua pakaian cukup kain dan tak menggedik langsung" Harith memperlikan abangnya, Hadith.
Terus berubah riak Tuan Rahman tatkala dia berkata begitu. Baru sahaja dia ingin bersuara, isterinya menghalang.
"Harith. Sudahlah. Jangan nak bergaduh lagi" Puan Halma menghalang.
Dia diam sahaja. Deruan enjin kereta milik Hadith, mematikan pergaduhan mereka.
"Dah sampai pun, anak dan menantu kita bang" Puan Halma bersuara.
"Betul tu. Tak sabar abang nak tengok" Tuan Rahman menyokong.
Harith mengguling mata ke atas, menyampah. Dia berpaling ke tepi tatkala bahunya dicuit. Haneesa menggeleng perlahan, supaya tidak mengeruh lagi keadaan.
KLAK!
Hadith melangkah masuk ke dalam rumah dan menghampiri mereka. Senyuman manis terukir dibibir. Kedua belah tangan orang tuanya disalam penuh hormat.
"Mana bakal menantu Daddy?" Tuan Rahman bertanya.
Dia melabuhkan punggung di atas sofa sambil menyilang kaki. Kepala diangguk sekilas.
"Baby, masuklah" Hadith mengarah. Matanya kini tertumpu pada adiknya sahaja, Harith. Mahu melihat reaksinya itu.
Ammara ragu-ragu mahu masuk ke dalam namun dipaksa jua. Dia melihat ke arah Harith sedang terkaku itu.
Harith terkaku dan diam. Dia pandang pada Hadith sedang senyum menyenget sambil mengangkat kening ke atas. Dia pandang kembali pada Ammara.
Ammara menyalami tangan Puan Halma dan senyum kekok. Begitu rasa janggal sekali dengan keadaan begini. Semua di situ terdiam. Tuan Rahman dan Puan Halma saling berpandangan.
"Hadith..." Puan Halma memanggil.
Lantas dia berpaling pada Mummynya.
"Ini bukan ke kawan Harith?" Puan Halma bertanya untuk kepastian.
Langsung dia tidak kisah tentang siapa bakal menantunya, tetapi dia terkejut. Itu gadis kawan kepada anaknya yang bongsu, Harith.
"Ya. Dia memang kawan kepada Harith. Hadith dah kenal dia sebelum Harith lagi. Kan Baby?" Hadith memberikan isyarat mata pada Ammara.
"Betul" Ammara membalas. Dia pandang Harith sedang mengerut dahi itu.
"Kalau macam itu, Daddy dengan Mummy setuju sahaja siapa pilihan kamu, Hadith" Tuan Rahman memberikan restu.
Puan Halma mengangguk perlahan dan senyum. Siapa pun tak kisah, janji anaknya bahagia sudah cukup membuat dia bahagia.
"Tak! Harith tak setuju dengan perkahwinan ini!" Harith berdiri tegak sambil menggeleng laju. Dia menghampiri Ammara.
Haneesa mengeluarkan satu keluhan kecil. Dia sudah dapat agak apa bakal berlaku sekarang ini. Hadith melihat itu mengenggam penumbuk. Geram dengan sikap adiknya itu, suka merosak plannya.
"Ini mesti kau yang ugut kawan aku kan? Eh bodoh! Kau jangan nak pergunakan Mara demi kepuasan kaulah Hadith!" Harith menengking lantang.
"Mara! Kau beritahu aku apa dah terjadi? Dia ugut kau kan? Beritahulah!" Harith mendesaknya.
Ammara diam. Dia hanya mampu menunduk sahaja. Tidak tahu apa lagi harus dibuat. Harith terus memegang tangannya supaya bersuara.
"Hadith... Kau mengaku cepat! Kau dah ugut Mara macam-macam kan? Sampai dia terima kau?" Harith terus mendesak abangnya pula supaya mengaku. Dia tidak mahu kawannya itu menjadi mangsa kepada abangnya.
Hadith mengangkat kedua belah tangan ke atas dan berdiri tegak. Dia berdehem kecil. Sakit pula hatinya melihat Harith memegang tangan bakal isterinya itu.
"Apa pun terjadi, dia tetap jadi isteri aku. Aku tak pernah ugut dia apa-apa. Kita orang dah kenal lama. Kau sahaja yang tak tahu. Aku suruh dia yang rahsiakan pengetahuan ni dari kau, Harith. Kau kena terimalah kenyataan, kawan kau tu bakal isteri aku" Hadith berpaling pada adiknya yang tengah pula, Haneesa.
"Angah... Kau tak nak ajar adik kesayangan kau ni nak hormat aku dan bakal isteri aku? Atau... Nak aku ajar kau cara nak didik adik dengan betul?" terangkat kening ke atas bersama senyuman.
Haneesa terus diam. Dia alihkan pandangan ke arah lain. Dalam hati mengempang laju.
"Hadith. Aku tahu ka-"
"Harith sudah! Anggap sahajalah itu jodoh abang kamu! Sekarang kita pergi makan. Makanan atas meja tu dah lama sejuk" cantas Tuan Rahman laju. Dia menuju ke arah meja dibuntuti oleh isterinya, Puan Halma.
Hadith tersenyum menang.
"Kau kalah lagi..." terus Hadith menuju ke arah meja makan.
"Maafkan aku, Harith" Ammara meninggalkan dia seorang diri.
"Harith. Jomlah kita pergi. Nanti kita bincang balik" Haneesa menarik lengannya.
SAYA NAK GUNA KUASA VOTE BOLEH? TAK BANYAK PUN. 30 JE HEHEHE
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro