11
Sejak kejadian itu, Ammara sering mengurungkan dirinya dalam bilik sahaja. Panggilan Harith, langsung dia tidak menjawab. Dia trauma dengan perbuatan itu. Rasa cengkaman masih terasa lagi. Dia bersyukur apabila Hadith sudah tidak datang ke rumahnya lagi.
KRING!
Dia melihat nama Harith dipanggilan. Dia hiraukan sahaja. Beberapa saat kemudian, telefonnya berbunyi lagi menandakan masuk message.
Dia ambil dan membaca apa isi di dalam. Dia memikir beberapa minit. Diluar, kelihatan Harith sedang menunggu. Keluhan kecil dilepaskan.
Harith memanjangkan leher melihat Ammara di rumahnya, namun tidak kelihatan. Baru sahaja dia ingin memusing ke belakang, figura Ammara muncul. Dia menghadiahkan senyuman paling manis pada gadis itu.
"Kau buat apa datang sini?" Ammara bertanya.
Harith mengerutkan dahi.
"Kenapa kau jadi macam ni?" soalan dibalas dengan soalan.
"Saja" Ammara balas dengan ringkas.
Harith menggeleng laju. Dia kenal perangai kawannya itu. Lengan Ammara ditarik supaya mendekatinya.
"Aku tahu kau ada masalah kan? Beritahu aku apa dah jadi? Aku boleh tolong" Harith senyum sambil mengusap kepalanya.
Ammara diam. Andai dia dapat beritahu segalanya, sudah tentu dah lama dia beritahu.
'Abang kau tu punca masalah aku. Aku nak sangat beritahu kau pasal dia, tapi aku tak nak disebabkan aku, nanti kau kena bergaduh dengan keluarga kau' kata Ammara di dalam hati.
"Hei... Dah seminggu kau jadi macam ni? Dah lah tak jawab panggilan aku. Kau buat aku risau adalah" Harith memegang kedua belah bahunya.
"Pasal lelaki bertopeng tu lagi?" laju Ammara menggeleng.
"Tak. Aku datang bulan. Sebab itu mood aku tak tentu. Harap kau faham, okay" Ammara terpaksa membohongi kawannya itu.
Harith mengangguk perlahan.
"Okay, aku faham. Kau nak tahu sesuatu tak?" Harith memulakan bicaranya.
"Apa?" Ammara menunggu apa ingin diperkatakan oleh lelaki itu.
"Mummy Daddy aku tengah sibuk siapkan makanan untuk bakal menantu mereka datang malam ni. Aku terasa sangat. Dulu, aku pernah bawa girlfriend sebelum jumpa kau ke rumah aku. Mereka tak hiraukan pun. Malahan keluar macam tu sahaja. Tapi tak apalah. Lagi pun kami dah lama putus" Harith meluahkan rasa.
Benar, sekarang ex nya itu hilang ke mana entah, selepas berjumpa dengan abangnya, Hadith.
Ammara terus diam. Masalahnya, bakal menantu dalam rumah tu adalah dia!
"Harith..." Ammara memegang kedua belah tangannya bersama senyuman tipis.
"Aku minta maaf. Aku tak boleh. Kau jangan benci aku okay. Aku sayang kan kau macam abang sendiri. Tolong pertahankan aku walau apa pun terjadi" terus Ammara memeluk erat Harith sambil menghamburkan segala tangisan dalam dakapan itu.
Harith membalas pelukkan itu dan mengerut dahi, tidak faham apa berlaku sekarang ini.
"Walau apa pun berlaku, aku tetap akan sokong kau, Ammara. Kenapa kau cakap macam ni? Kau nak tinggal aku ke?" Harith juga menitiskan air mata dengan deras.
Dia terlalu sayang kan persahabatan mereka. Ammara mengesat air mata dengan laju dan senyum.
"Tak ada apa-apa pun, Harith. Kau baliklah dulu, mana tahu ada apa yang patut kena tolong kan? Abaikan sahaja apa aku cakap tadi" Ammara menyeka air matanya dan senyum.
"Baiklah. Jaga diri kau" Harith terus masuk kembali ke dalam kereta dan beredar pergi.
Sebaik sahaja kereta Harith sudah menjauh dari pandangan, dia memusing ke belakang untuk masuk semula ke dalam. Dia terkaku bila ada suara garau menegurnya.
"Suka berpeluk mesra dengan adik aku, huh?" sebelah kening diangkat ke atas. Hadith menghadiahkan senyuman sinis padanya.
Diam. Dia menunduk ke bawah.
"Aku bagi kau masa untuk berpeluk bercakap dengan Harith sampai hari kita berkahwin. Selepas itu, jangan harap nak jumpa dengan dia lagi. Kau kena ingat, dia tu bakal adik ipar kau, bukan kawan lagi" Ammara mengepal penumbuk. Geram dengan kata-kata lelaki itu. Dia memandang tajam pada Hadith.
"Awak siapa nak halang saya dari terus berjumpa dengan Harith, huh?" Ammara menyoal, berani.
Hadith tertawa kecil.
"Kau tanya aku siapa? Bakal suami kau, Baby... Aku ada hak untuk halang atau buat apa sahaja ke atas kau" Hadith membalas sinis.
"Semua itu tak bermakna sesuka hati awak boleh halang saya nak berjumpa dengan dia! Saya kenal Harith dah lama daripada awak ni, Hadith! Awak memang suka paksa orang ke apa?" Ammara bengang.
"Hei! Aku dulu jumpa kau. Dan ya, aku memang suka paksa orang. Lebih lagi orang tu, aku cinta" Hadith berkata.
Laju Ammara menggelengkan kepalanya.
"Apa awak merepek ni? Saya jumpa awak pun selepas awak bunuh Mak Abah saya! Awak dah cinta kan saya? Semua tu tipu sahaja" Ammara memusing ke belakang untuk pergi.
"Ingat! Malam ni tepat pukul 8:00, aku dah ada dekat sini" Hadith berpesan.
Dia hanya buat tidak dengar sahaja. Malas mahu bergaduh.
•••
Suasana dalam kereta diam sepi hanya bertemankan bunyi deruan enjin sahaja. Radio tidak dipasang kerana Hadith tidak mahu menganggu mereka berdua. Dia berpaling ke tepi saat menunggu traffic light. Dia melihat gadis itu sedang termenung diluar tingkap. Satu senyuman diukirkan. Diraih lembut tangan Ammara dan mencium pada kekuranya.
PANG!
Dia mendengus geram tatkala pipinya ditampar kuat oleh Ammara. Lidah ditolak ke tepi sambil merenung tajam pada gadis itu. Mahu sahaja dia memukulnya sampai lunyai, tapi tak mahulah orang lain nampak. Semua itu akan berlaku, selepas pernikahan selesai.
"Why?" Hadith menyoal tegas. Dia menggosok lembut pipinya itu.
"Awak tu dah kenapa? Jangan sentuh saya sesuka hati awak. Saya tak suka" Ammara membalas dingin.
Dia tertawa halus dan anggukkan kepalanya beberapa kali.
"Si Hari-"
"Boleh tak awak stop bawa nama Harith dalam masalah ni? Dia tak tahu apa-apa pun. Ya! Dia sangat special bagi saya. Puas?" Ammara mendengus geram lalu melemparkan pandangan ke luar tingkap.
"Okay Baby. Aku rasa dah tak sabar nak kahwin dengan kau ni. Dah pandai tinggikan suara pada aku sangat kan? Tunggu kau. Masa tu tak lama pun" terus Hadith menekan pedal minyak kereta dengan kuat.
TAK SABAR NAK TENGOK REAKSI HARITH BILA AMMARA DATANG RUMAH HAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro