Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10

Hadith memakir keretanya di garaj. Dia menutup kuat pintu dan berlari ke arah rumahnya. Dia meloloskan diri ke dalam lalu melihat semua berkumpul di situ. Dia mendengus geram dalam hati tatkala melihat seorang perempuan dia kenal. Kaki diatur ke ruang tamu.

"Hadith. Duduk sini" Tuan Rahman bersuara tegas.

Hadith melabuhkan punggung ke atas sofa. Sempat dia mengerling kepada Harith sedang senyum padanya itu. Senyuman itu seolah-olah mengejek dia.

"Ada apa Daddy? Siapa pula perempuan ni? Tetamu ke?" Hadith menyoal buat-buat tidak tahu.

"Perempuan kaulah. Siapa lagi" Harith mencelah. Dalam hati berharap agar kebenaran terbongkar secepat mungkin di hadapan Mummy dan Daddynya.

"Harith. Kamu boleh diam tak? Kalau nak cari gaduh, naik ke atas" Puan Halma memandang tajam pada Harith. Dia buat tidak tahu sahaja.

"Betul ke apa dia cakap?" Tuan Rahman menanyakan padanya.

Dia mengerutkan dahi dan memandang semula pada Tuan Rahman.

"Betul apa? Hadith tak tahu apa-apa. Daddy juga nak suruh Hadith balik kan?" Hadith menipu. Dia sudah tahu apa yang bakal terjadi nanti.

"Betul ke, kamu hamil kan anak orang? Bercakap jujur, Hadith" Puan Halma bersuara.

Hadith tergelak kecil. Dia meraih lembut kedua belah tangan Puan Halma dan senyum.

"Hadith anak Mummy. Mummy mesti kenal perangai anak Mummy macam mana kan? Hadith tak pernah buat perkara terkutuk itu. Hadith masih tahu pahala dan dosa" Hadith cuba untuk menyakinkan Puan Halma.

"Kau tipulah bang! Aku kenal kau macam manalah! Kalau dah munafik tu, buat cara munafik sudahlah!"

"HARITH!"

"Daddy!"

Hadith sempat menghalangi Tuan Rahman dari tampar adiknya. Dia harus mantapkan lagi lakonan ini. Harith diam dan menjeling padanya. Nak berlagak herolah tu.

"Kau siapa datang sini, mengaku hamil kan anak aku? Aku tak pernah sentuh sesiapa pun" Hadith memandang tajam pada perempuan dikenali sebagai Keisha itu.

Keisha menggeleng laju dan melutut di hadapannya bersama menangis teresak-esak.

"Kenapa You buat I macam ni? I hamil kan anak You, Hadith. You orang last dengan I. Tolong bertanggungjawab ke atas I" Keisha merayu.

Semua menonton drama tidak berbayar itu.

"Aku tak kenal kau pun. Mungkin orang yang dah hamil kan kau tu serupa dengan aku. Aku tak pernah kenal kau. Sekarang pergi balik. Atau kau nak duit? Aku boleh bagi" Hadith segera mengeluarkan dompet dan mengambil beberapa keping duit bernilai RM 50 ringgit.

"No! I tak nak duit You! I nak You bertanggungjawab, Hadith! Betul cakap adik You tu, You memang munafik!" Keisha mengherdik.

Hadith mengetap gigi. Geram sahaja dengan mulut perempuan di hadapannya itu.

"Sudah! Kamu ambil duit tu dan pergi dari rumah ni. Anak kami tak pernah hamil kan sesiapa pun. Kami kenal anak kami macam mana" Tuan Rahman menghalau Keisha.

Keisha berdiri semula sambil mengesat air mata dengan kasar. Dia menunding jari pada Tuan Rahman.

"Kalau korang tahu perangai anak korang tu macam mana, mesti korang akan terkejut! Dia tu lebih dari syaitan!" terus Keisha pergi tanpa mengutip duit tersebut.

Hadith mengeluh lemah sambil meraup muka. Dia mengeluarkan air mata dengan laju. Puan Halma menggosok belakangnya secara lembut.

"Kenapa semua orang benci kan, Hadith? Hadith tak pernah buat apa-apalah pada orang lain. Salah ke, hadith nak hidup bahagia macam orang lain? Tak lama nanti Hadith dah nak kahwin. Hadith akan cari kebahagiaan Hadith bersama isteri Hadith" Hadith meluahkan rasa seolah-olah dia sedang dianiaya.

Harith melihat dan mendengar itu menguling mata ke atas, menyampah. Tanpa berkata apa-apa lagi, terus dia menaik tangga menuju ke bilik.

"Hadith anak Mummy. Hadith kuat harungi ujian ini. Mummy dengan Daddy tak akan percaya cakap orang lain. Kamu anak harapan kami. Mummy sayang kan kamu" Puan Halma memberikan kata semangat untuk anaknya.

"Betul cakap Mummy kamu tu. Walaupun adik kamu sendiri buat fitnah pada kamu, kami tak akan percaya. Kami yang jaga kamu dari kecil hingga besar. Sudah, sekarang kamu fikirkan masa hadapan kamu bersama isteri kamu nanti" Tuan Rahman menyokong.

"Baiklah. Terima kasih selalu ada dengan Hadith. Hadith sayang kan Mummy Daddy. Hadith minta maaf banyak menyusahkan korang" dalam diam Hadith menguntumkan senyuman.

•••

"Bodoh punya abang!" Harith menghenyak punggung ke atas katil sambil meraup muka dengan kasar.

Dia menggeleng kepala bila mengingati kejadian tadi. Macam mana Mummy dan Daddynya boleh terpedaya dengan lakonan abangnya sebentar tadi itu?

"Kau terkongkong ke, terseksa ke, atau apa sahajalah, tak semestinya boleh buat sesuka hati! Kau dah rosak anak orang lepas tu tak nak mengaku pula. Memang dasar munafik betul!" Harith mendengus geram.

"Mummy dengan Daddy pula satu hal. Tak akan tak boleh berfikir perkara tu benar atau salah. Atau mereka dah kena sihir dengan Hadith?" cepat-cepat Harith beristighfar apabila terlebih cakap.

"Tak mungkin abang aku buat sampai macam tu sekali. Aku tahu, dia cuma anak harapan. Sebab itu selalu menang di mata mereka" Harith cuba berfikir positif.

KLAK!

Pantas dia berpaling ke arah pintu dan menjeling bila melihat Hadith sedang menghampirinya itu.

BUK!

"Kau memang kurang ajar betulah! Kau sengaja nak Mummy dan Daddy tahu perangai sebenar aku kan?" Hadith menyoal.

Harith mengesat darah mengalir dihujung bibirnya itu dan tertawa kecil. Tajam sahaja dia memandang pada abangnya.

"Apa aku dah buat kali ni, abang sayang?" sengaja Harith menaikkan lagi darahnya.

Dia mencengkam rahang Harith dengan kuat hingga mendongak kepadanya.

"Kau saja nak naik darah aku kan? Kau yang suruh perempuan tu datang sini dan mengaku aku yang hamil kan dia kan?" Hadith menyoal lagi.

"Tak. Aku yang buka pintu bila ada orang datang. Tetiba perempuan tu cakap nak jumpa Mummy, Daddy dan kau" Harith mengatakan perkara sebenar.

"Bodoh! Kau jangan ingat aku tak tahulah rancangan kau tu!"

BUK!

Kini giliran Harith pula menumbuk perut abangnya. Hadith jatuh ke atas lantai sambil mengerang kesakitan. Bajunya dicengkam kuat hingga tercabut beberapa butang. Lantas dia menolak Harith ke belakang tatkala adiknya itu melihat tepat ke arah dada bidangnya. Dia tidak mahu kantoi tentang tatu itu.

Harith mengerutkan dahi. Dia sempat melihat sedikit sahaja. Dia pandang semula pada abangnya itu.

"Kau buat apa dekat dada kau tu?" Harith bertanya tegas.

"Kau bukan sesiapalah nak masuk campur dalam urusan aku!" lantas Hadith berdiri semula dan keluar dari bilik itu.

"Kau siapa sebenarnya, Hadith?" Harith mula memikirkan sesuatu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro