Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

09

Hadith terus meluru masuk ke dalam bilik Harith. Dia perlu berbicara dengan adiknya. Harith melihat Hadith masuk ke dalam biliknya itu hanya buat-buat tidak tahu sahaja. Malas mahu mengambil tahu.

"Harith, aku nak cakap dengan kau sedikit" Hadith memandangnya.

"Habis itu, kau bercakap ni siapa? Hantu?" Harith memerli.

"Kenapa kau benci sangat pada aku? Kenapa kau sibuk dalam hal aku? Kenapa kau cuba nak bongkar rahsia aku?" Hadith menyoal bertubi-tubi.

Dia berpeluk tubuh dan senyum.

"Baru sekarang ke kau nak soal? Aku tak benci kau, bang. Aku benci perangai kau. Tolong berubah. Cukup-cukuplah dengan dosa kau buat tu. Ingat, Allah tu maha pengampun. Kita hidup ni sekejap sahaja. Entah aku ke atau kau yang pergi dulu kita tak tahu. Aku sayang kau, Hadith. Kau satu-satunya abang yang aku ada" Harith menasihati abangnya supaya berubah.

Hadith menggosok kasar telinga dan berdecit geram.

"Kau tahu tak, telinga aku ni boleh bernanah apabila dengar ceramah percuma kau tu. Kalau nak ceramah bukan dekat sini, tapi dekat masjid"

"Ya aku mengaku. Memang aku buat semua tu. Aku jejak kaki dekat kelab, aku langgan pelacur di situ sampai aku puas. Pada malam tu juga, memang niat aku nak rogol Angah. Kau tahu sebab apa? Sebab aku tak dapat perempuan tu! Tapi kau yang dah hancur segalanya" naik turun dada Hadith. Dia mengaku semuanya.

Harith diam dan memandangnya dengan pandangan kosong.

"Kenapa kau mengaku depan aku, huh? Kenapa kau tak mengaku depan Mummy Daddy? Biar mereka tahu perangai sebenar anak harapannya ni" Harith berkata.

Dia meraup rambut ke belakang dengan kasar. Kedua belah bahu Harith dipegang kuat dengan memandang lunak ke dalam anak adiknya.

"Kau tahu tak aku terkongkong dengan Mummy Daddy? Aku buat semua itu sebab mereka. Zaman aku kecil hingga remaja tak pernah sesekali dapat kebebasan macam kau! Asyik belajar, belajar sahaja"

Harith mendengar sahaja luahannya itu dengan tekun sekali.

"Aku teringin juga mahu kebebasan. Kau tak ada dekat tempat aku, kau tak akan faham apa yang aku lalui. Semasa aku belajar dekat UK, aku pernah terikut kawan aku pergi kelab dan tidur dengan perempuan. Sejak hari tu aku jadi ketagih dan dapat rasa satu kepuasan, kenikmatan tak terduga. Aku terpaksa berlakon depan mereka sebab tak nak mereka kecewa dengan perangai aku yang sebenar" Hadith meluahkan perasaannya.

Harith memegang bahunya dan senyum tipis.

"Manusia tidak boleh lari dari buat kesilapan. Kau terkongkong ke, terseksa ke bukan satu alasan kau boleh buat macam tu. Sampai bila kau nak buat macam ni? Tak lama nanti kau dah nak berkahwin kan? Tak akan nak tunjuk contoh sama pada anak-anak  kau nanti, bang?" Harith cuba menasihati abangnya sekali lagi.

Dia menepis kuat lengan Harith dan senyum menyenget. Dia berpeluk tubuh dan pandang atas hingga bawah adiknya itu.

"Tak perlu nak nasihat aku. Nasihat dekat diri kau tu dulu. Kau tak akan faham apa aku rasa. Lagi satu, buat kau sakit hati sahaja beritahu pada Mummy dan Daddy. Mereka tak akan percaya kan kau sampai bila-bila. Aku kan anak harapan mereka, sudah pasti percaya kan aku" Hadith memusing ke belakang dan mendekati pintu.

Dia memusing ke belakang semula dan pandang Harith.

"Malam minggu depan, kau jangan nak pergi mana-mana. Aku ada surprise kan kau dengan bakal kakak ipar kau" terus Hadith keluar dari bilik itu.

Harith senyum tipis dan mengeluarkan satu keluhan kecil.

•••

Hadith masuk ke dalam kawasan rumah Ammara. Dia mendekati pintu dan mengetuk beberapa kali dengan kuat. Dia berdecit geram tatkala pintu masih lagi tertutup. Tombol dipulas, namun berkunci. Terus dia mengetuk lagi dan lagi.

Ammara membuang earphone apabila kedengaran pintu diketuk kuat. Jantung mengempang laju, lantas dia menuruni katil. Secara perlahan dia menyelak langsir mengintip di luar. Terlihat Hadith sedang mengetuk pintu. Pantas dia menutup langsir dengan kasar bila Hadith memandang tajam ke arahnya. Terus dia menuruni anak tangga dengan laju.

KLAK!

"Ap-"

DUM!

Dirinya terdorong ke belakang bila Hadith menolaknya masuk ke dalam. Pintu dihempas kuat dan mengunci. Dia berpaling pada Ammara sedang mengundur ke belakang beberapa tapak.

"Aku tak suruh kau berginjak ke belakang pun kan? Datang sini" Hadith mengarah tegas.

Mahu atau tidak, dia terpaksa menuruti.

"Kau ada beritahu pada Harith pasal perkahwinan tu?" Hadith menyoal.

"Tak. Saya tak ada beritahu apa pun" Ammara membalas.

"Good. Malam minggu depan, aku bawa kau jumpa Mummy Daddy. Aku nak kau bersiap sedia apa yang bakal terjadi dalam hidup kau selepas kita berkahwin nanti, Baby..." Hadith menyimpulkan senyuman.

Dia menelan air liur dengan kesat. Terasa seram sejuk sahaja. Terus kepala ditunduk ke bawah bila lelaki itu mendekatkan jarak antara mereka berdua.

"Kau tak takut nak hidup bersama pembunuh Mak Abah kau? Tak apa... Jangan risau. Aku tak akan sakitkan kau apabila kau ikut segala cakap aku" tangan Hadith membelai pipinya dengan lembut.

"Awak buat apa ni? Lepas. Saya tak suka" Ammara menepis lembut tangannya.

Terus berubah riak wajahnya. Dia tergelak halus.

"Adik aku, boleh sahaja kau peluk cium. Kenapa aku susah sangat nak sentuh kau? Apa Harith dah bagi sampai kau tolak setiap sentuhan aku?" sengaja Hadith berkata begitu.

"Awak pergi balik sekarang" Ammara menghalau Hadith untuk pergi.

"Aku sentuh kau pada hari ni, okay juga kan? Kalau kau mengandung sekali pun tak apa. Nanti kita akan kahwin juga kan?" Hadith merapati dada bidangnya pada Ammara.

Ammara cuba untuk lari, namun tidak berjaya tatkala Hadith memegang kuat lengannya. Dia berteriak kuat sambil meminta pertolongan.

"Buat apa kau nak takut? Nanti kita akan jadi suami isteri juga. Aku dah lama geram tengok kau ni, Baby" Hadith mengunci pergerakkannya.

Dia menggeleng laju apabila Hadith membuka satu persatu butang bajunya. Dia tidak rela jika diperlakukan seperti ini.

"Tolong lepas! Saya bukan pelacur yang selalu awak langgan tu! Lepas! Lepas! Lepas!" Ammara meronta-ronta minta dilepaskan.

Rontaan Ammara sedikit pun tidak menganggu apa yang ingin dia lakukan. Sekali rentapan, baju gadis itu sudah terkoyak. Dia menjilat bibirnya secara perlahan.

"Beautiful and perfect"Hadith menyembam muka ke leher Ammara.

KRING!

Pantas dia mengangkat kembali muka apabila panggilan masuk. Dia menekup mulut Ammara dari menjerit. Dia mendengus geram bila nama Tuan Rahman dipanggilan.

"Menyusahkan aku betulah orang tua ni! kacau kerja aku!" sempat Hadith berkata sebelum menjawab panggilan itu. Matanya pandang ke arah Ammara sedang menangis teresak itu.

"Assalammulaikum, Daddy. Kenapa telefon Hadith? Ada apa-apa ke?" Hadith bertanya di dalam talian.

"Siapa yang datang?" Hadith bertanya lagi.

"Okay baiklah. Hadith balik sekarang"

TIT!

Dia melepaskan tekupan itu dan berdiri semula dari menindih tubuh kecil itu. Dia membetulkan rambut dan juga bajunya.

Lantas Ammara menutup bahagian terdedah tadi dengan menunduk ke bawah.

"Hari ini kau bernasib baik. Tunggu malam tu nanti. Aku akan tuntut 'hak' aku sampai dapat" Hadith terus mengatur langkah ke arah pintu dan beredar pergi.

Ammara mengucap bersyukur kerana maruahnya masih dapat diselamatkan daripada lelaki jahanam itu.

KORANG STREES SANGAT KE PASAL  HUBUNGAN KELUARGA HADITH TU? HAHA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro