08
"Macam mana Harith nak hormat kalau dimata korang semuanya salah Harith? Yang betulnya abang munafik tu! Semua nak belahi dia tanpa siasat latar belakang syaitan dia tu!"
"HARITH!"
PANG!
KLAK!
Pintu utama dibuka, dan Hadith masuk ke dalam. Dia pandang tajam pada Harith seolah memberi amaran. Bukan dia tidak dengar pengaduhan mereka tadi.
"Ha... Balik pun kau. Sini!" lengan Hadith ditarik.
"Daddy tanyalah kenapa balik lewat? Tanya seperti mana Daddy tanya Harith tadi" Harith memaksa Tuan Rahman untuk bertanya seperti mana ditanya olehnya tadi.
Diam.
"Tanyalah!" Harith tinggikan suara.
"Harith..." Hadith menegur.
Dia berpaling pada abangnya dan senyum menyenget.
"Asal? Takut kalau terbongkar sisi syaitan kau tu, huh?" Harith bertatap dengan Hadith.
"Apa kau cakap ni? Aku tak faham" Harith bertanya dengan suara lembut. Tak mahulah kantoi lakonan tersebut.
"Kau ingat aku tak tahu ke? Belakang mereka kau tu munafik. Kau jejak kaki dekat kelab, dengan tenguk air kencing syaitan. Lepas tu kau langgan pelacur dalam kelab tu kan? Beritahu pada aku sekarang, berapa ramai perempuan kau dah hamil? Setiap kali mereka datang sini mengaku anak kau, memang mereka dah tak kembali lagi. Kau buat apa? Beri duit? Bunuh?
"Aku tak sangka ada abang macam kau, Hadith. Kenapa kau tak tunjuk sahaja perangai sebenar daripada munafik, huh? Aku dah berbuih mulut nak nasihat kau. Tapi kau langsung tak dengar. Kau pergi mana selama ini, selalu pulang lewat malam?" Harith ceritakan perangai sebenar abangnya.
Tuan Rahman dan Puan Halma terkejut. Masing-masing berpandangan. Tidak tahu mahu percaya atau tidak.
Hadith hanya menayangkan riak kosong. Dia tahu Mummy Daddynya berpihak padanya. Dia memandang mereka sambil mengeluarkan air mata.
"Hadith minta maaf kalau buat Mummy Daddy sedih. Apa yang Harith katakan itu, langsung tak betul. Hadith bersusah-payah nak banggakan korang dan bangunankan Syarikat yang banyak hingga ke luar negara. Hadith tak sangka, kemunculan Hadith, membuat korang bergaduh besar" Hadith mengesat air mata berjujuran keluar itu. Dia berpaling pada adiknya semula.
Harith jeling menyampah dengan lakonan abangnya itu. Ingat dia tertipulah dengan air mata palsu itu?
"Kalau kau tak suka aku, cakap. Tapi jangan buat fitnah dan tuduh aku perkara yang aku tak buat. Aku hanya insan biasa ingin hidup seperti orang lain juga. Kau nak aku keluar dari rumah ni? Aku boleh keluarlah. Aku sayang kan kau sebab kau tu adik kandung aku, Harith" Hadith mengesat air mata secara perlahan.
"Apa kau merepek ni, sial? Kau boleh butakan mata mereka, tapi bukan mata aku. Langsung aku tak tertipu dengan lakonan palsu kau tu. Andai ada anugerah pelakon terbaik, memang kaulah aku beri. Hidup tu jadi diri sendiri!" Harith mengherdik.
PANG!
Sekali lagi pipinya ditampar oleh Tuan Rahman. Hadith menyimpul senyuman dalam diam.
"Berhenti kamu buat fitnah, Harith. Pergi naik atas dan cerminkan diri kamu dengan Hadith. Dia lebih elok dari kamu. Entah apa yang kamu cakap tu, kamu sendiri yang lakukan. Kalau abang kamu keluar dari rumah ni kerana kamu, Daddy akan halau dan ambil semua kemewahan pernah Daddy berikan pada kamu" Tuan Rahman pertahankan Hadith.
"Okay Daddy. Silakan. Satu sahaja Harith nak pesan. Kalau dah tahu nanti perangai sebenar anak harapan korang ni, jangan terkejut pula okay. Takut terkena serangan jantung dan terus meninggal" Harith terus mendaki anak tangga dengan laju tanpa menghiraukan panggilan Tuan Rahman. Cukup untuk malam ini, dia sakit hati.
•••
Ammara mendekati Harith. Sayu sahaja hatinya melihat keadaan kawannya itu. Mata lebam dan sembab. Mungkin tidak tidur. Sejak mengambil dia pagi tadi, Harith tidak berhenti mengalirkan air mata.
"Harith..." Ammara memanggil.
Lantas Harith memeluknya dengan erat sekali. Dia menggosok belakang lelaki itu dan senyum kecil.
"Kenapa ni, Harith? Kau ada masalah ke? Cerita dekat aku. Aku sentiasa setia menjadi pendengaran kau" Ammara menyoal.
Dia mengesat air mata sambil menganggukkan kepala. Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan bicara.
"Semalam Daddy tanya aku kenapa balik lewat. Aku cakaplah pergi beli barang. Lepas tu, dia terus bandingkan aku dengan Hadith. Aku pertahankan diri aku dengan cerita perangai sebenar abang aku macam mana. Terus dia tampar aku. Tamparan tu sangat terasa. Terasa sampai ke hati. Apa yang buat sakit hati, Hadith dengan lakonan dia tu berjaya buat mereka butakan semua kesalahan apa dia dah lakukan"
"Aku tak tahu lagi nak cakap apa dah. Semua salah aku. Daddy aku cakap, kalau Hadith keluar dari rumah tu disebabkan aku, dia akan halau aku dan tarik semua kemewahan dia beri pada aku. Kau rasa tak apa yang aku rasa? Kalau boleh, aku nak berambus sahajalah dari rumah tu. Cuma aku tak cukup duit nak tampung hidup" Harith meluahkan masalahnya.
Ammara tumpang kesedihan dilalui oleh kawannya itu. Lagi rasa bersalah kalau beritahu padanya pasal pembunuhan itu. Sudah tentu Harith akan mengamuk dan dia akan dihalau dari rumah itu. Tak mahulah kerana dia, keluarga lelaki itu berpecah belah.
"Sabar, Harith. Aku nak cakap pun tak tahu. Aku harap abang kau sedar dengan kesalahan dan kesilapan dia lakukan. Dan aku berharap juga, agar dia mengaku semua itu" Ammara senyum hambar.
"Satu lagi aku nak beritahu pada kau. Sebelum pergaduhan itu berlaku, aku ada curi dengar bualan Mummy dengan Daddy aku. Daddy cakap yang Hadith nak kahwin. Kau rasa siapa perempuan yang dia bawa?" Harith memikirkan siapa gadis malang itu.
Ammara tersentak. Jari jemarinya berlaga satu sama lain. Dia mengemam bibirnya. Harith perasan perubahan kawannya itu lantas mencuit bahu.
"Kau kenapa?" Harith bertanya.
"Tak ada apa-apa. Entahlah aku. Siapa yang abang kau bawa" Ammara menjawab.
Mereka diam dan mengelamun jauh.
YANG BETUL JAWAB PASAL SEBAB APA HADITH BUNUH MAK ABAH AMMARA TU ADALAH ___dyna DIA JAWAB 'DENDAM' AND YES, MEMANG BETUL. DENDAM APA? SECRET! HAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro