07
"Okay dah sampai. Esok ak-" kata-kata Harith terhenti tatkala memandang Ammara sedang tidur itu. Dia tertawa kecil bila mendengar dengkuran halus dari gadis itu.
"Kalau aku dapat tahu siapa pembunuh Mak Abah kau, akan aku balas balik perbuatan lelaki tu" Harith mengusap kepala Ammara sedang tidur itu.
"Mara bangun. Hei bangunlah. Dah sampai ni" Harith menggocangkan tubuhnya.
Kelopak matanya dibuka perlahan. Dia menguap sambil mengeliat kecil. Dia pandang Harith disebelah dan tersengih hingga menampakkan barisan gigi.
"Dah sampai ek? Sorry, aku tak teman kau drive tadi. Thank you hantar aku balik" Harith mengangguk perlahan.
"Tak apa. Kau penat teman aku cari barang tadi kan? Esok aku ambil kau lagi okay. Kereta kau lambat lagi siap" Harith senyum.
Tayar keretanya bocor dan masih lagi berada di bengkel. Oleh kerana itu dia terpaksa menyusahkan Harith. Nasib lelaki itu tidak berkira langsung.
"Okay. Aku pergi dulu. Nak tidur, mengantuk" pamit Ammara dan keluar dari kereta.
POM!
Dia mengangkat tangan ke atas. Dia telah menguncikan pagar sebelum mendekati pintu rumah. Kasut dibuka lalu diletak ke atas rak tersusun kemas itu.
"Gelapnya rumah. Sekejap, masa aku nak keluar aku tekan suis lampu kan? Kenapa tetiba terpadam? Mungkin aku yang tak perasan kot" Ammara mengomel sendirian. Dia naik tangga tanpa membuka lampu.
KLAK!
Daun pintu dibuka dari luar lalu dia meloloskan diri ke dalam. Dia menekan suis lampu dan terkaku. Seluruh tubuh mengigil perlahan tatkala melihat figura sedang terbaring di atas katilnya itu.
"Baby..." Hadith memanggil secara meleret. Dia menuruni katil dan menghampiri gadis itu. Kedua belah tangan dimasuk ke dalam poket seluar.
Ammara mengundur ke belakang beberapa tapak dan ingin melarikan diri.
BANG!
"ARGH!" Ammara duduk ke atas lantai sambil menekup kedua belah telinganya.
Hadith tersenyum sinis dan mendekatinya. Dia sudah agak apa Ammara ingin lakukan.
"Kau fikir boleh ke lari dari aku, huh?" Hadith menyoal.
"Tak" Ammara membalas perlahan.
"Kalau tahu, kenapa kaki kau tu cuba nak lari dari aku juga? Atau... Nak aku ikat sampai tak boleh lari lagi? Nak?" sengaja Hadith berkata begitu.
Laju Ammara menggeleng laju. Dia pandang mata Hadith.
"Macam mana awak boleh masuk ke dalam rumah saya?" Ammara bertanya.
Hadith dekatkan mukanya. Jarak antara mereka kini tinggal satu inci sahaja lagi.
"Kau rasa? Aku Hadith Dazyen. Apa sahaja nak, pasti akan dapat" Hadith menjawab.
Ammara diam. Sudah tiada apa lagi mahu berkata. Dia tahu kekuatan lelaki itu.
Dia terkejut bila Hadith bertindak ganas dengan mencengkam lengan supaya bangun. Dia terpaksa mengikuti lelaki itu. Tubuhnya ditolak kasar ke atas katil. Hadith merangkak naik dengan senyuman menyeramkan sekali.
"Baby... Kau tahu tak, dari petang tadi aku tunggu kau tau. Tapi langsung tak nampak bayangan kau. Baru lepas balik luangkan masa bersama adik aku ya? Kau tahu tak, aku penat tunggu kau berjam-jam" Hadith bersuara lembut.
"Siapa suruh awak tunggu saya? Saya tak tahu apa masalah awak sampai bunuh Mak Abah saya dan sekarang, awak ganggu saya pula? Awak nak apa sebenarnya ni?" Ammara beranikan diri berkata-kata di hadapannya.
Dia pejamkan mata beberapa saat dan kembali membuka. Rambut terjuntai itu diselit ke belakang telinga.
"Kenapa aku bunuh Mak Abah kau, tak perlu tahu. Sekarang aku nak kau. Aku perlukan kau dalam hidup aku" Hadith berkata.
Ammara menggeleng lagi. Mana mungkin dia buat bodoh sahaja bila lelaki di depannya ini bunuh Mak Abahnya.
"Tak perlu tahu? Awak tahu tak, yang awak bunuh tu Mak Abah saya! Mereka adalah nyawa dan syurga saya!" Ammara menengking lantang.
"HEI!" Hadith mencekik kuat leher Ammara dengan merenung tajam.
"Kau siapa nak tinggikan suara pada aku? Aku tak suka. Nyawa kau ke, syurga kau ke, apa aku kisah? Langsung tak kisah!" Hadith melepas cengkaman itu dengan kasar.
Ammara terbatuk sambil memegang lehernya. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Dia mengalirkan air mata dengan laju.
"Aku nak kau kahwin dengan aku" Hadith meluahkan hasratnya.
Ammara memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Tak mungkin dia akan kahwin dengan pembunuh.
"Saya tak nak"
"Siapa tanya persetujuan kau?"
Jeda.
Lantas Ammara mengenggam kedua belah tangan Hadith lalu lekatkan pada dahi. Dia menangis teresak-esak.
"Saya merayu pada awak, Hadith. Jangan paksa saya macam ni. Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya janji tak beritahu pada sesiapa pun pasal pembunuhan tu. Saya akan ikut cakap awak" Ammara merayu.
"Heh!" lantas Hadith menyembam kepala Ammara ke atas tilam. Dia tolak kuat lagi.
Ammara menepuk lengan sasanya dengan kuat. Dia sudah tersesak nafas. Boleh mati jikalau begini.
"Kahwin dengan aku atau aku bunuh kau seperti mana aku bunuh orang tu kau tu! Pilih cepat!" Hadith memaksa.
Dia sudah tiada pilihan lain lagi.
"Saya terima!" Ammara berkata dalam nafas tidak teratur.
Hadith melepaskannya. Ammara menghirup udara dengan banyak. Dia ingat sudah meninggal.
"Bagus Baby... Nanti aku beritahu bila kita nak kahwin. I love you so much!" Hadith mencium bibir kemerahan Ammara itu dengan lama.
Ammara menolak dada bidangnya dengan kuat. Pantas dia mengesat bibirnya dengan kasar.
"See you again" sempat Hadith memberikan flying kiss padanya sebelum keluar daripada bilik itu dengan hati yang cukup puas.
•••
Puan Halma meletakkan dulang minuman kopi ke atas meja. Dia memandang suaminya dengan pelik. Dari tadi asyik senyum seorang diri.
"Abang dah kenapa senyum sorang-sorang tu? Jangan cakap jumpa dengan bakal madu saya sudah" Puan Halma menyoal.
Tuan Rahman ketawa perlahan. Dia meletakkan telefon ke atas meja dan kembali memandang isterinya sudah menunjukkan riak cemburu itu.
"Mana ada abang jumpa madu. Ma seorang sahaja dihati abang ni" Tuan Rahman membalas.
"Habis itu, kenapa senyum sorang-sorang?" sekali lagi Puan Halma menyoal.
"Pasal anak kita. Hadith" Tuan Rahman membalas.
Harith baru sahaja sampai itu mencuri dengar perbualan Mummy Daddynya bila petik nama abangnya, Hadith. Dia lekatkan pada pintu rumah.
"Kenapa dengan Hadith? Dia sakit ke? Atau berlaku apa-apa?" Puan Halma mula risaukan keadaan anaknya.
Tuan Rahman menggeleng kepala. Ada-ada sahaja isterinya itu.
"Hadith nak bawa bakal menantu jumpa dengan kita nanti. Abang saja usik dia, tak sangka pula dia cakap macam tu. Itu tak sabar sebenarnya abang nak tengok menantu kita. Mesti okay, pilihan Hadith kan? Nak harapkan si Harith tu, sampai bila-bila tak jalan" sempat Tuan Rahman memetik namanya.
Harith senyum nipis. Selalu berkata begitu. Dalam fikirannya mula memikir apa dikatakan oleh Daddynya itu.
'Kau nak kahwin? Siapa pula yang kau bawa nanti, Hadith. Apa pun aku doakan yang baik-baik sahaja. Harap bakal isteri kau tu dapat ubah kau untuk berubah' getus hati Harith.
Terus menolak daun pintu dan melangkah masuk ke dalam. Dia berpaling sekilas pada mereka berdua sebelum menaiki tangga.
"Harith. Datang sini sekejap" Tuan Rahman menegur, tegas.
Dia memusing ke belakang dan menghampiri mereka. Dia menunggu sahaja apa ingin diperkatakan oleh Daddynya.
"Kamu pergi mana, sekarang baru balik? Pergi Kolej ke atau ke mana?" Tuan Rahman menyoal.
Puan Halma diam. Tiada niat ingin mencelah.
"Pergi kole-"
"Tak akan Kolej kamu sampai malam?" cantas Tuan Rahman dengan laju.
Dia pandang ke arah Puan Halma untuk membelahinya, namun Puan Halma buat tidak tahu. Dia pejamkan mata seketika dan hembuskan nafas lemah.
"Daddy... Sekarang baru pukul 10:30 malam. Ya, kelas Harith habis awal. Tak akan Harith tak boleh nak pergi mana-mana dah selepas itu. Nak pergi beli barang pun tak boleh?" Harith pertahankan diri sendiri.
"Cuba kamu jadi macam abang kamu tu, Hadith. Kamu harus ikut contoh Hadith. Tak pernah buangkan masa untuk perkara tak penting" Tuan Rahman mula membandingkan antara dia dengan Hadith.
Harith tergelak sinis sambil menepuk tangan beberapa kali.
"Daddy, Harith nak tanya sikit boleh? Kenapa Daddy selalu bandingkan kami? Apa kesalahan yang ada pada diri Harith, sampai semuanya salah? Tak akan satu pun tak ada yang elok?" Harith bertentangan mata dengan Tuan Rahman.
"Harith. Hormat Daddy kamu tu" Puan Halma mencelah.
"Macam mana Harith nak hormat kalau dimata korang semuanya salah Harith? Yang betulnya abang munafik tu! Semua nak belahi dia tanpa siasat latar belakang syaitan dia tu!"
"HARITH!"
PANG!
KLAK!
KORANG AGAK HADITH NI GILA ATAU PSIKO?😂 SIAPA BOLEH TEKA SEBAB APA HADITH BUNUH MAK ABAH AMMARA?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro