Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

06


Harith labuhkan punggung ke atas kerusi batu itu. Dia mengetik jari beberapa kali bagi menyedari hadirannya. Ammara masih mengelamun jauh.

"Mara" digoncang tubuh Ammara.

"Apa?" Ammara bertanya.

"Kau fikir apa? Pasal pembunuh Mak Abah kau? Tak apa, nanti kau akan tahu juga siapa pembunuh tu. Jangan fikirkan sangat okay" Harith memberikan senyuman manis padanya.

Ammara tersentak. Dia angguk perlahan dan alihkan mata ke arah lain. Andai lelaki itu tahu abangnya adalah seorang pembunuh, adakah dia boleh menerima?

"Harith. Aku nak tanya sesuatu pada kau, boleh? Berkaitan dengan abang kau" sebaik sahaja nama abangnya dipetik, lantas Harith memegang kedua belah tangannya.

"Abang aku ada buat apa-apa ke pada kau? Dia sakitkan kau? Atau dia ugut apa-apa?" Harith menyoal bertubi-tubi.

"Tak. Aku cuma nak tanya... Kau pernah tengok tak badan abang kau?" Harith mengerut dahi. Apa soalan ni?

"Tak pernah. Dulu, aku ada masuk dalam bilik dia nak pinjam komputer. Dia tak pakai baju, bila tengok aku terus dia pusing ke belakang dan cepat-cepat pakai baju balik. Sekejap, kau dah kenapa tanya macam tu?" Harith mula curiga dengannya.

"Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Aku saja tanya. Dahlah. Lupakan" Ammara menggeleng laju.

Dia mula memikir. Patutlah Harith tak terkejut masa beritahu dia pasal tatu burung helang tu, fikir Ammara.

"Boleh aku tanya sekali lagi pasal abang kau?" Harith mengangguk laju.

"Kenapa aku tengok kau macam tak suka abang kau sahaja? Kalau rasa aku menyibuk urusan keluarga kau, aku minta maaf" Ammara berharap agar Harith cerita tentang abangnya itu.

"Aku tak suka dia sebab dia tu munafik. Depan Mummy dengan Daddy, dia berlagak alim, baik, bercakap pun sopan santun. Belakang mereka, hanya aku dengan Angah sahaja yang tahu. Mummy Daddy aku terlalu percayakan dia. Dia kan belajar sampai luar negara dan berjaya bangunkan beberapa Syarikat. Sebab itulah dia anak harapan. Apa yang aku nak marah sangat, belakang family aku, dia buat perkara tak senonoh. Dia jejak kaki dekat kelab malam dan langgan pelacur di situ. Setiap kali ada perempuan datang rumah aku mengaku anak dia, tak akan kembali lagi"

"Aku syak dia tu bunuh semua perempuan-perempuan yang dia hamil kan tu. Aku cuba beritahu pada mereka, tapi tak percaya. Satu malam tu aku pernah gaduh besar dengan dia. Kau bayangkanlah dia nak rogol adik dia sendiri, Angah. Nasib baik aku datang tepat waktunya. Selepas itu terus Angah kahwin dan pindah rumah. Dan malam tu juga aku kena pukul dengan Daddy aku sebab buat fitnah pada anak dia tu. Sampai hari ni aku tak pernah nak berbaik dengan mereka. Berbaik pun hanya sementara, nanti ada juga selisih faham. Siapa yang kena? Aku juga" Harith bercerita dengan penuh geram. Geram dengan sikap abangnya tak pernah berubah itu.

Ammara diam. Begitu teruk perangai lelaki itu. Dia menunduk ke bawah sambil mengemam bibir. Rasa berbelah bagi antara Harith dan Hadith. Kalau dia beritahu perkara sebenar, nanti Harith juga yang kena. Lebih baik dia diamkan sahaja. Nanti tepat waktu, dia akan cerita segalanya.

"Aku minta maaf atas kelakuan abang aku pada kau hari tu. Aku tak tahu kenapa mesti dia ganggu orang yang rapat dengan aku. Dan aku berharap agar dia berubah sebelum terlambat" Harith mengesat air mata yang jatuh itu dan tergelak kecil.

Dia sudah penat dengan semua ini. Selalu sahaja dia yang disalahkan dan dimarah dalam keluarga itu. Biar pun jelas terang bersuluh abangnya salah, namun dimata orang tuanya tetap tak salah. Dulu, dia selalu berkongsi masalah dengan kakaknya, Haneesa. Sejak kejadian itu kakaknya sudah jarang pulang ke rumah. Pulang pun ada hal penting sahaja atau sebarang majlis. Ditambah pula sudah menikah dan mempunyai seorang anak.

Ammara memaut bahunya dan menggosok perlahan pada bahunya. Dia memberikan senyuman manis padanya.

"Aku dan kau sama-sama rasa sakit tu. Aku ada kau, kau ada aku. Lepaskan semua kesedihan dalam hati kau tu. Kita lupakan" Ammara senyum tipis dan berpaling ke arah hadapan.

•••

Hadith mengeluarkan kotak kecil. Di dalam kotak itu dipenuhi oleh gambar Ammara. Dia mengambil satu keping dan mengusap perlahan. Tidak lama kemudian dia dekatkan pada bibirnya dan cium lembut.

"Cantik... Cantik sangat... Bila aku dapat miliki kau sepenuhnya?" Hadith mula memikirkan sesuatu.

"Perkahwinan... Kalau aku mengikat dia dengan perkahwinan, sudah tentu dia tidak boleh lari mana-mana. Setiap hari aku boleh tatap dia, kan?" kepala diangguk perlahan.

"Macam mana kalau dia tak setuju? Apa susah sangat, huh? Paksa sampai dia setuju. Setakat perempuan lemah macam tu tak perlu risau" Hadith tergelak kuat. Dia mencampak gambar itu ke tepi dan berdiri tegak.

Kaki diatur ke arah Almari. Dibuka pintu dan melihat satu persatu pakaiannya. Dia mencapai T-shirt warna hitam. Baju dipakai olehnya itu dibuang dengan menggantikan T-shirt hitam tadi. Dia mendekati ke cermin pula. Botol minyak wangi diambil dan menyembur ke seluruh tubuh.

"Handsome. Nak jumpa bakal isteri kena handsome dan wangi. Baby tunggu I datang" sempat dia memakai topi hitam sebelum keluar dari bilik.

Tuan Rahman sedang membaca surat khabar diruang tamu itu terhenti bila melihat Hadith sedang menurun tangga. Dia membuka cermin mata dan meletak ke atas meja.

"Hadith. Nak pergi mana tu?" Tuan Rahman menyapa.

Sempat Hadith menggumam perlahan sebelum menghampiri sang bapa. Dia senyum manis dan duduk ke atas sofa.

"Hadith nak keluar sekejap. Daddy ada nak kirim apa-apa ke?" Hadith membalas dengan sopan.

"Tak ada. Nak keluar dengan bakal menantu Daddy ke tu?" Tuan Rahman menyakat.

'Pandai pula orang tua ni teka. Aku nak keluar dengan sesiapa pun, bukan masalah kau'

"Tak adalah Daddy. Hadith nak keluar beli barang sahaja" Hadith menafikan.

"Tapi apa salahnya kalau kamu bawa bakal isteri kamu jumpa Daddy kan? Nak harapkan adik kamu tu? Sampai bila-bila tak bawa. Daddy pun nak rasa juga ada cucu. Angah pula sekali sekala sahaja balik ke sini, tak boleh nak luangkan masa sangat dengan anak dia"  Tuan Rahman sengaja beri line hijau. 

Hadith senyum.

"Kalau macam tu baiklah. Hadith akan bawa bakal isteri Hadith jumpa Daddy dengan Mummy" Hadith membalas.

Tuan Rahman sedikit terkejut. Dia memandang anaknya tidak percaya. Betul ke apa dia katakan itu.

"Betul ke, Hadith? Alhamduliah. Tak sabar Daddy nak beritahu pada Mummy kamu" Tuan Rahman ketawa teruja.

"Betul Daddy. Nanti Hadith bawa. Hadith pergi dulu ya" Hadith meminta diri dan beredar pergi.

OKAY LAGI KE SETAKAT NI? NAK SAMBUNG?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro