05
Malam itu, Ammara memandu kereta secara perlahan. Dia ingin pulang ke rumah Mak Abahnya. Dia yakin, lelaki bertopeng itu sudah tidak mencarinya lagi. Sudah 8 tahun berlalu, sudah pasti tidak menjejakinya lagi. Signal diberi lalu membelok ke kanan. Dia memakir kereta di garaj.
Matanya meliar sekeliling rumah. Terlihat banyak rumput menjalar tinggi kerana tidak dijaga. Tanpa berkata apa lagi, terus dia keluar dari perut kereta dan berjalan mendekati pintu rumah.
Dia meloloskan diri ke dalam lalu menutup kembali pintu. Dia melihat sekeliling ruang. Masih terbayang kedua orang tuanya terbaring kaku di depan matanya dengan berlumuran darah. Tanpa sedari, air mata berjujuran keluar. Pantas dia menyeka dan senyum.
Bersih seperti ada yang jaga. Semua barangan di situ ditutupi oleh kain putih. Dia berfikir mungkin lelaki bertopeng itu yang buat semua ini. Dia berjalan mendekati singki di ruang dapur. Masih teringat tatu lelaki bertopeng itu sedang mengusap dada bidangnya.
Hadith melihat Ammara masuk ke dalam rumah itu tersenyum. Ini adalah peluang untuk membongkar segalanya. Dia melihat ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada sesiapa lalu lalang di situ. Dia melangkah masuk ke dalam kawasan rumah dan mendekati pintu utama.
Dia meloloskan diri ke dalam rumah lalu mengunci. Dia lengkap mengenakan hoodie sama seperti membunuh kedua orang tua gadis itu. Sempat dia memakai topeng muka sebelum mencari figura Ammara.
Ammara rasa seram sejuk sahaja tatkala terasa seseorang ada di belakangnya. Secara perlahan dia memusing ke belakang dan terbuntang matanya bila figura lelaki bertopeng itu berdiri tegak di hadapannya. Lantas dia menapak ke belakang setiap kali lelaki bertopeng itu menghampirinya.
"Awak siapa?" Ammara tutur dengan gagap. Jantung semakin laju berdegup.
Dia melihat dirinya sudah merapati dinding dapur itu. Tiada lagi ruang untuk dia lari. Dia menelan air liur dengan kesat. Secara perlahan dia melutut di hadapan lelaki topeng itu.
"Tolong jangan lakukan apa-apa pada saya. Saya tak tahu apa masalah awak dengan family saya sampai awak buat macam ni. Kalau mereka ada buat salah, saya minta maaf atas pihak mereka" terketar-ketar Ammara menyentuh kaki lelaki bertopeng itu.
Hadith ketawa terbahak-bahak. Dia suka dengar rayuan gadis itu. Ammara mengerut dahi. Sepertinya suara itu familiar sekali. Tapi dia tidak tahu siapa.
"Pandang aku" Ammara mendongak ke atas memandangnya.
"Kau nak tahu siapa aku sebenar?" laju Ammara mengangguk.
Perlahan sahaja Hadith membuka zip baju dan terserlah tatu burung helang itu. Baju tadi dilucut ke bawah. Ammara mula bernafas tidak teratur. Dia hanya ingin mengetahui identiti lelaki itu sahaja.
Hadith membuka topeng dan campak ke arah lain. Dia menayangkan senyuman sinis dan meraup rambut ke belakang.
"Baby..."
Ammara tergamam. Tubuh mula mengigil hebat. Jantungnya bagaikan mahu terkeluar sahaja. Bermakna lelaki bunuh Mak Abahnya adalah abang kepada kawannya sendiri?
"Hadith? Awak?" Ammara menggeleng laju. Patut lelaki itu memandangnya lain macam pada majlis hari tu.
Hadith duduk bercangkung dan membelai pipi milik Ammara. Ammara tidak menghalang. Dia masih terkejut apa berlaku sekarang ini.
"Kau tahu tak, aku yang bunuh Mak Abah kau tu. Dan ya... Malam tu aku bodoh. Bodoh sebab tak bawa pistol tu bersama. Kalau tak, dah lama aku dapat kau, baby" Hadith semakin kuat membelai pipi Ammara dan...
PANG!
"Ini balasan kau tampar aku hari tu depan tetamu!"
PANG!
"Ini pula sebab kau bermesraan dengan adik aku! Kau tahu tak aku cemburu!" naik turun dadanya menahan amarah.
Ammara memegang pipi ditampar itu dan menangis. Dia pandang mata Hadith bersama dendam.
"Awak dah bunuh Mak Abah saya kan?" Ammara menyoal.
"Yes. Kenapa? Kau nak bunuh aku balik, heh?" Hadith ketawa kuat.
"Kenapa Hadith? Kenapa awak sanggup bunuh mereka? Apa salah mereka, hah!" Ammara mula mengamuk.
Dia tumbuk pada bahu Hadith berulang kali. Dia melepaskan kemarahannya di situ. Hadith tergelak sahaja. Setakat tangan kecil macam tu nak tumbuk dia, baik tak perlu.
"Hei!" kedua belah tangan Ammara dipegang dan mencerlung tajam padanya.
"Kau jangan buat gila dekat sini boleh tak? Aku tak ada masa sekarang ni. Satu sahaja aku nak warning kau, jangan berani beritahu pada sesiapa pun pasal ni. Kalau aku tahu kau beritahu pada Harith siap kau. Aku bunuh kau lebih kejam daripada orang tua tu!" Hadith melepaskan pegangan itu dan memakai kembali hoodie tadi lalu beredar pergi.
Ammara semakin galak menangis. Dia tidak sangka Hadith adalah pembunuh Mak Abahnya sendiri. Lebih berat lagi, adiknya adalah Harith. Kawannya.
"Aku kena diam kan perkara ni. Dia tak boleh dibuat main. Aku akan rahsiakan pengetahuan ini daripada orang lain" Ammara mengesat kasar air mata dan berdiri. Dia menuju ke pintu utama dan pergi.
•••
Harith keluar dari bilik dan ingin ke dapur kerana haus. Dia terserempak dengan abangnya, Hadith. Dia melihat Hadith dari atas hingga bawah. Berpakaian hoodie serba serbi hitam.
"Kau dari mana ni? Macam baru lepas bunuh orang pakai macam ni" Harith menegur.
Hadith ingin membuka pintu biliknya itu terhenti. Dia memusing ke belakang dan memberikan senyuman menyenget.
"Apa masalah kau? Aku dari mana pun bukan urusan kau. Oh sebelum aku lupa, jangan nak dekat sangat dengan perempuan tu. Dia tak layak untuk kau. Tak kira kawan atau kekasih" Hadith berpesan sebelum masuk ke dalam bilik.
Harith terdiam. Masalah apa pula kali ni abangnya buat? Jangan cakap lelaki itu ada buat sesuatu luar jangkaan. Dia malas mahu memikir, terus menuruni tangga.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro