Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

04

Ammara menghenyakkan punggungnya atas katil. Dia mendengus geram tatkala dari tadi telefon berdering menandakan panggilan masuk. Dia menolak panggilan dari Harith lalu terus block nombor tersebut.

"Sebab abang kau tu lah, aku benci kau Harith. Dia memang tak ada adab ke? Kenapa, kalau aku bersentuhan dengan adik kau tu terus ingat aku pelacurlah? Aku tak pernah lapar duit kau tu!"

"ARGH! Streesnya aku!" Ammara baringkan tubuh ke atas katil semula.

Dia memandang siling putih itu dan memikirkan sesuatu. Dia meletakkan jari pada dagu dan mengetuk perlahan.

"Tapi kenapa abang dia macam tu? Kenapa aku rasa pernah dengar suara tu ek? Tapi dekat mana. Apa nama dia. Hadith Dazyen kan?" Ammara menggeleng laju.

"Malas aku nak fikir pasal dia. Lebih baik tidur lagi sedap" terus Ammara mencapai patung beruang lalu memeluk erat dan pejamkan mata.

•••

"Jawablah Mara!" Harith terus menghubungi Ammara. Namun tiada satu pun panggilan dijawab.

"ARGH!"

Telefon dicampak ke arah lain. Dia menekup muka dan menghamburkan tangisan. Dia tak sanggup kalau memutuskan persahabatannya itu.

"Kenapa kau buat aku macam ni? Aku sayang kan persahabatan kita, Mara. Kenapa kau block nombor aku?" Harith menggumam perlahan.

KREK...

Lantas dia mengangkat kepala dan memandang kakaknya, Haneesa masuk ke dalam biliknya. Dia mengesat air mata itu dengan cepat dan berdehem kecil. Dia mengesot ke tepi sedikit bagi memberikan ruang pada Haneesa untuk duduk.

Haneesa senyum tipis bila melihat keadaan adik bongsunya begitu. Dia mengusap kepala Harith dan menggelengkan perlahan.

"Angah percayakan kau, Harith. Biarlah Mummy Daddy tak percaya, tapi aku percaya. Aku nampak dan dengar sendiri apa Along dah lakukan. Aku tak beritahu pada Daddy sebab mereka tak akan percaya. Mereka terlalu taksud dengan lakonan Along"

"Kau sayang Mara kerana dia adalah kawan yang betul-betul ikhlas kan? Aku nampak dia pun dah tahu. Dia ikhlas kawan dengan kau. Susah nak cari persahabatan macam korang ni. Langsung tak ada cinta. Pasal Daddy dengan Mummy tu, kau buat-buat tak tahu sudahlah. Aku pun pernah kena. Semuanya ada dekat Along. Mereka nampak Along sahaja, kita mereka tak nampak. Maklumlah anak harapan" Haneesa memeluk Harith dan senyum.

"Entahlah Angah. Aku nak cakap pun tak tahu lagi. Dia nak cakap apa pun pada aku, silakan. Tapi jangan nak ganggu Mara. Mara tu kawan aku. Aku tahu Mara tu jenis tak suka lelaki. Aku kiranya beruntung kerana dia nak kawan dengan aku. Tapi kenapa Hadith selalu kacau sesiapa yang berkaitan dengan aku? Itu yang aku tak faham"

"Pasal Mummy dengan Daddy pula, mereka tahu tak yang anak harapan mereka tu syaitan? Selalu sahaja aku yang salah dimata mereka. Dari kecil sampai besar asyik Hadith dibanggakan. Aku buat salah sikit terus menunding jari. Anak mereka tu tak nampak pula. Atau aku ni anak angkat sahaja?" Harith meluah rasa kesal, kecewa dan seangkatannya.

"Aku syaklah yang Along tu suka kan Mara. Dia nak try tapi Mara tak layan. Tu yang bertindak agresif semacam" dari tadi Haneesa memerhati pandangan Alongnya pada Ammara.

"Kalau suka pun, boleh sahaja guna cari elok. Ni tak, Mara tu dah benci lelaki lepas tu dia tambah lagi benci tu pada Mara. Sekarang macam mana aku nak pujuk Mara" Harith mengepal penumbuk. Tidak puas hati.

"Kau pujuklah Mara. Hantar dia bunga ke? Coklat? Bear?" Haneesa memberi cadangan.

Harith tergelak kuat mendengar cadangan kakaknya itu.

"Angah. Kau tahu tak Mara tu lain sikit. Dia bukan macam perempuan dekat luar sana tu. Dia paling tak suka orang beri bunga ke, coklat ke. Dia akan buang. Membazir duit aku sahajalah" Harith memikir cara bagaimana mahu memujuk Ammara.

"Wow. Sejuta dalam satu ek? Bagus. Itu baru perempuan yang susah nak cari" Haneesa memuji sambil anggukkan kepalanya.

Biasa perempuan merajuk bagi bunga terus okay. Ini tak. Lain macam aura dia.

"Yes. Sebab itu aku suka kawan dengan dia" Harith membalas.

Hadith mendengar itu tersenyum sinis.

'Memang satu dalam sejuta. Kau nak lari sejauh mana pun tak boleh. Selagi aku bernafas di atas bumi ini, kau tak akan aku lepaskan. Aku akan buat kau masuk perangkap aku, seperti orang tua tu masuk' getus hati Hadith.

•••

Pagi itu Harith menuruni anak tangga dengan perlahan. Matanya melihat Hadith berbual mesra serta sopan santun bersama keluarga mereka. Dia menjuih bibir, menyampah lakonan munafik itu. Dia lajukan lagi turun tangga.

"Harith. Kamu nak pergi mana? Duduk sini sarapan dengan kami sekali" Puan Halma menegur anak terunanya itu untuk bersarapan sekali.

Langkahnya terhenti dan memusing kebelakang semula. Dia berpeluk tubuh dan menayangkan riak kosong.

"Tak nak. Tak ada selera nak bersarapan dengan orang munafik. Ops, sorry. Bukan munafik, tapi anak harapan" Harith senyum puas bila berjaya hangatkan suasana.

Hadith mengetap gigi dan pandang adiknya dengan tajam. Sengaja ingin membangkit kemarahan semalam.

"Harith. Kau nak marah aku boleh. Tapi hormat sikit. Depan ni rezeki. Kau duduk sini sarapan sekali" Hadith cuba mengawal suaranya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia belasah adiknya sehingga lunyai. Tapi depan keluarga haruslah berlagak baik. Baru mantap lagi lakonan tersebut.

"Tak mengapalah abang sayang. Aku nak sarapan dengan perempuan tampar kau semalam. Okay bye. Assalammulaikum" Harith memerli lagi dan terus menuju ke pintu utama.

"Harith!" panggil Tuan Rahman. Namun panggilan tersebut seperti dibawa angin berlalu.

"Tak apa, Daddy. Biasalah Harith tu" Hadith senyum pada Tuan Rahman dan menyambung makan.

"Tak guna betul punya anak" Tuan Rahman mendengus geram.

"Sudah abang. Makan" Puan Halma menggosok belakang suaminya supaya reda sedikit kemarahan itu.

•••

Ammara menguling mata ke atas bila melihat Harith sedang berlari ke arahnya itu. Dia terus memusing ke belakang semula dan berjalan.

"I get you!" lengan Ammara dipegang kuat.

"Apa? Lepas" Ammara menyoal.

Harith menggeleng kepala laju. Dia masih tidak lepaskan pegangan itu. Dia harus baiki semula hubungan persahabatan mereka.

"Lepaskan aku, Harith. Jangan nak jadi macam abang kau tu" sempat Ammara perli.

Lantas pegangan itu dileraikan. Dia mengangkat kedua belah tangan ke atas, tanda menyerah.

"Tolong jangan buat aku macam ni, Mara. Kau buka balik block tu. Jangan disebabkan abang aku, terus kau putuskan persahabatan kita" Harith mula merayu. Andai perlu melutut dia sanggup lakukan.

"Harith. Kau tahu kan apa dah jadi dalam hidup aku dan aku tak suka lelaki macam abang kau tu. Aku minta maaf kalau kau fikir perkara tu remeh. Aku tak suka orang nak bandingkan aku dengan pelacur diluar sana. Mak Abah aku tak nak pernah ajar semua tu" Harith diam. Tidak tahu bagaimana lagi mahu memujuk.

"Tolong jangan benci aku. Aku tahu semuanya salah abang aku. Aku minta maaf bagi pihak dia. Aku sayang persahabatan kita. Tolong jangan jadi macam ni" Harith masih lagi mencuba.

Lama dia mendiamkan diri. Dia pandang lunak ke dalam anak mata Harith. Jelas kelihatan ikhlas.

"Aku terima persahabatan kita kembali. Aku minta maaf sebab terlampau emosi semalam. Mungkin disebabkan aku, majlis tu rosak kan?" Ammara senyum nipis.

"Tak adalah. Sekarang kita tak perlu lagi nak bahaskan perkara ni. Terima kasih kerana masih beri peluang untuk persahabatan kita" Harith memeluk erat Ammara.

"Yalah. Sekarang, kau belanja aku makan" Ammara membalas pelukkan itu.

"Okay. Jom!" Harith memaut bahunya dan pergi.

Hadith melihat dari dalam kereta itu, menghentak stereng dengan kuat. Rasa cemburu semakin melonjak naik.

"Dengan adik aku, kemain lagi siap berpelukkan ek? Aku pegang sikit, kau tampar? Tak apa... Waktu tu tak lama pun. Aku pastikan kau terseksa!" terus Hadith menekan pedal minyak kereta.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro