03
Ammara menuju ke ruangan makan. Matanya melihat satu persatu makanan terhidang di situ. Dia lebih tertarik pada cupcake vanilla sahaja. Cupcake vanilla tadi diletak ke atas pinggan dan kembali menuju ke arah meja tadi.
"Sikitnya kau makan?" Harith menyoal.
Dia mendekatkan muka pada telinga Harith. Dibisik perlahan supaya tak ada yang dengar.
"Aku diet. Nanti gemuk susahlah pula nak turun" Ammara membisik dan tergelak kecil.
Harith menarik telinganya dengan kuat. Dia berdesis sakit sambil menggosok telinga kemerahan akibat perbuatan lelaki itu. Dia menampar lengan Harith kuat.
"Mengada! Kau tu mana ada gemuk. Dahlah macam sepapan. Kau tunggu sini sekejap, biar aku ambilkan makanan untuk kau" Harith sempat memerli Ammara sebelum pergi ke meja makanan.
"Harith!" terus Ammara diam. Belum sempat dia ingin menghalang, Harith sudah pergi. Dia biarkan sahaja.
Sementara menunggu Harith mengambil makanan, dia bermain dengan telefon bimbitnya terlebih dahulu.
EHEM!
Lantas dia mengangkat kepala dan pandang gerangan berdehem tadi. Dia menelan air liur beberapa kali dan senyum kecil. Terasa janggal pula bila ada Hadith di hadapannya itu.
"Betul ke kau cuma berkawan dengan Harith?" Hadith menyoal, seolah tidak berpuas hati.
Yalah, dari tadi tidak henti dia memerhati tingkah laku mereka berdua. Mesra dia tak ubah macam pasangan bercinta. Rasa cemburu membuak-buak dalam diri.
"Ya memang betul. Saya hanya berkawan de-"
"Kenapa kau mesra macam bercinta sahaja?" cantas Hadith dengan laju.
"Awak dah kenapa? Saya hanya berkawan sahaja. Tak akan itu salah juga? Kami mesra sebagai kawan bukan bercinta" Ammara membalas dengan nada marah.
Geram dengan lelaki itu. Apa masalah dia sebenarnya?
"Heh? Kalau macam tu... Bolehlah aku berkawan mesra macam adik aku juga kan?" Hadith memegang lengan Ammara.
Ammara terkejut dengan tindakkan itu cuba untuk menepis namun tak boleh. Pegangan itu terlalu kuat.
"Lepaslah!" Ammara masih lagi cuba untuk merungkai pegangan itu.
"Adik aku boleh pegang sesuka hati, tak akan aku tak boleh kan? Kalau macam tu beritahu sahaja berapa kau nak? Aku sanggup bayar. Asalkan kau layan aku" sebelah kening diangkat ke atas bersama senyuman sinis.
PANG!
Terteleng kepala Hadith ke tepi oleh kerana tamparan padu itu. Dia menolak lidah ke tepi dan memandang tajam pada Ammara. Rahang bergerak-gerak menahan amarah. Suasana menjadi sunyi bila melihat aksi itu.
"Awak jangan nak kurang ajar sangat dengan saya. Awak ingat saya pelacur ke nak bayar bagai? Saya tak nak duit awak tu!" Ammara menengking kuat dan mencapai handbagnya dan berlalu pergi.
"Mara! Tunggu sekejap!" Harith mengejar Ammara sudah pergi itu. Sempat dia mengerling pada abangnya.
Hadith senyum kecil pada tetamu di situ dan terus naik tangga untuk ke biliknya. Dia mengepal penumbuk dan maki pada Ammara dalam hati. Berani dia memalukan dirinya di depan tetamu.
•••
"Mara!" Harith menarik lengan Ammara dari pergi.
"Kau nak apa lagi!" ditolak dada bidang Harith dengan kuat.
Harith memegang kedua belah bahunya dan memandang lunak ke dalam matanya.
"Mara, jangan macam ni. Kau beritahu apa abang aku dah buat" Harith bertanya.
Ammara menepis tangan Harith dan senyum menyenget.
"Kau tanya sendiri apa dia dah buat. Dia ingat aku pelacur ke sesuka hati nak bayar dengan duit dia tu? Tak akan nak cemburu dengan kau disebabkan aku layan kau macam kita ni bercinta? Aku tak kenal dia punlah!" Ammara meluah rasa marah.
Nak sentuh pun agak-agaklah. Bukan secara memaksa begitu. Harith meraup wajah sebentar dan kembali memegang bahunya.
"Ni abang kau bagi. Jujur aku cakap, aku benci lelaki! Tapi aku berkawan dengan kau sebab aku rasa selesa. Aku langsung tak kisah orang cakap aku memilih kawan ke apa. Tapi kau kena ingat, disebabkan abang kau tu, aku benci kau Harith. Aku nak kita putus kawan mulai sekarang. Jangan cari aku lagi. Satu lagi, beritahu pada abang kau tu jangan pandang rendah pada seseorang" selepas menunjukkan kesan lebam pada lengan akibat pegangan kuat dari Hadith tu dan terus beredar pergi. Dia menahan teksi di situ dan pergi.
Harith mendengus geram. Disebabkan perangai abangnya, hubungan persahabatan mereka rentak. Dia masuk kembali ke dalam rumah. Dia mendaki anak tangga dengan laju. Urat hijau mula timbul.
DUM!
Dia mendekati Hadith sedang duduk di balkoni bilik. Kolar leher abangnya dicengkam kuat dan memberikan satu tumbukkan pada rahang. Hadith terjatuh menyembah lantai.
"Hei bodoh! Kau buat apa dekat kawan aku, huh? Dasar abang tak guna!" Harith tumbuk lagi pada rahang Hadith bertubi-tubi sehingga mengeluarkan darah dari mulut.
Hadith tak mahu mengalah. Dia tendang kaki Harith dan berdiri kembali. Dia berikan tumbukkan pada perut adiknya berulang kali.
"Aku nak buat apa pun, siapa kisah, hah! Dia tu mil-"
"Ya Allah! Harith Hadith!" Puan Halma meluru masuk ke dalam bilik bersama Tuan Rahman.
Hadith mendengus kasar dan berpaling ke arah lain. Hujung bibir berdarah itu segera dikesat. Puan Halma tolong Harith berdiri semula. Tuan Rahman menggelengkan kepala tidak suka.
"Kamu semua ini nak jadi apa? Dah besar panjang pun tetap lagi nak bergaduh!" Tuan Rahman memarahi anak-anaknya.
Haneesa di luar bilik itu curi-curi perbualan antara mereka semua.
"Bukan Hadith yang mulai dulu, Daddy. Harith tiba-tiba datang dan terus tumbuk Hadith sampai berdarah ni" Hadith bersuara.
"Hei! Kau tu yang mula dulu!"
"Kaulah!"
"Diam!" oktaf suara Tuan Rahman.
Jeda.
"Harith, beritahu apa dah berlaku? Dan jelaskan apa dah berlaku dekat bawah tadi" Tuan Rahman meminta perjelasan.
"Mara tampar Hadith sebab Hadith dah pegang dia sesuka hati dan sanggup bayar berapa pun asalkan layan dia. Daddy tahu tak, Hadith dah pegang lengan Mara sampai lebam? Selama kami berkawan, Harith tak pernah sakit dia apa lagi nak pukul" Harith menjelaskan perkara sebenar.
Puan Halma menggeleng tidak percaya. Setahunya, anak sulungnya itu tidak pernah melakukan seperti itu pada perempuan.
"Harith tipu Mummy ke? Abang kamu tak pernah buat macam tu. Mummy tak percaya" Puan Halma mencelah.
Harith memusing menghadap Puan Halma dengan perasaan tidak percaya. Sanggup dia membelahi abangnya daripadanya.
"Mummy tak percaya Harith? Harith tak sangka Mummy macam ni" Harith meluah rasa kesal.
"Sudah. Sekarang kamu pula, Hadith. Betul ke apa yang adik kamu cakap tu? Kamu buat macam tu ke? Kalau betul kamu buat, Daddy betul-betul kecewa" Tuan Rahman memandang Hadith.
"Tak. Hadith tak pernah buat macam tu. Hadith cuma tanya dia tinggal mana, dah lama ke berkawan dengan Harith, lepas tu Hadith tersalah pegang lengan dia. Terus dia tampar Hadith dan tuduh bukan-bukan" Hadith galak mereka cerita.
"Apa kau merepek ni, sial? Kau saja reka cerita kan! Abang tak guna! Berapa banyak syaitan dah masuk ke dalam tubuh kau, huh? Sampai mereka cerita bukan-bukan pada Daddy Mummy!"
PANG!
Hadith tersenyum menang tatkala Tuan Rahman tampar Harith dengan kuat. Harith memegang pipi terasa perit itu dan pandang Tuan Rahman kembali.
"Kamu jangan nak buat fitnah pada abang kamu, Harith! Tak akan disebabkan seorang perempuan, kamu sanggup buat fitnah macam ni?" Tuan Rahman menengking lantang.
Harith anggukkan kepala sambil tertawa sinis.
"Korang pertahanlah anak harapan korang ni. Selalu sahaja Harith buat salah dan masalah dalam rumah ni. Jangan sampai suatu hari nanti baru tahu siapa salah siapa betul!" Harith terus keluar dari bilik itu dan menuju ke biliknya.
"Hadith minta maaf atas semua ini. Daddy tak patut tampar Harith. Kesian dia. Tak apalah Daddy. Nanti Hadith betulkan balik keadaan" Hadith pura-pura mengeluh lemah.
"Jangan risau sangat pasal Harith tu. Nanti dia okaylah tu. Biasalah, bila dah jatuh cinta dengan perempuan semua dah buta" Tuan Rahman masih pertahankannya.
Hadith senyum kecil dan anggukkan kepala. Dalam hati, sudah tergelak jahat kerana Daddy dan Mummy sudah terpedaya dengan lakonannya sebentar tadi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro