Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

02

Hadith keluar dari bilik lalu menjenguk sedikit ke bawah untuk melihat keadaan. Dia mendengus perlahan dan menghembuskan nafas lemah. Dia paling benci suasana ramai orang. Baginya itu hanya membuang masa sahaja. Dia baru sahaja ingin masuk ke dalam bilik semula namun di tegur oleh seseorang.

"Hadith, kamu tak nak turun ke?" Tuan Rahman bertanya padanya.

Hadith senyum menyimpul senyuman paling manis.

"Nak turun dah ni, Daddy. Hadith nak kunci pintu ni ha. Takut juga kalau budak-budak masuk kan?" Hadith membalas dengan nada lembut dan sopan.

Tuan Rahman mengangguk sahaja. Dia berpaling pula pada pintu bilik anak bongsunya, Harith. Terlihat Harith segak mengenakan baju kemeja berwarna purple bersama seluar warna hitam. Lengan baju disinsing hingga ke paras lengan menambah lagi kekacakkan tersebut.

"Ha kamu ni pula, Harith. Kacak ke main lagi Daddy tengok. Macam nak sambut birthday kamu pula ya" Tuan Rahman menegur Harith.

Hadith membuat muka loya bila mendengar pujian dari Tuan Rahman. Kacak apa macam tu? Kacak badut lagi adalah. Kutuk Hadith dalam hati.

"Harith nak pergi ambil kawan sebentar. Mummy yang jemput dia datang sini" Harith membalas dengan sopan sekali.

Sekali lagi Tuan Rahman mengangguk dan menurun tangga terlebih dahulu.

"Kau ingat kau tu kacak ke, huh?" Hadith mula tidak berpuas hati.

Harith tertawa halus. Apa abang dia sedang merepek ni?

"Kau nak cemburu dah kenapa? Daddy yang puji, bukan aku pun yang suruh" Harith sengaja membuat abangnya naik angin dan terus menurun tangga dengan menghiraukan maki Hadith berbakul-bakul padanya itu.

•••

POM!

Harith menekan hon dan senyum pada Ammara sedang mengunci pagar itu. Terlihat gadis itu sungguh cantik dan ayu. Dia mengenakan blouse warna purple separas lutut. Rambut dilepaskan begitu sahaja.

"Cantik tak? Okay tak lagi? Atau tukar baju yang lain? Mekaup aku macam mana ni? Tebal sangat ke?" Ammara menyoal bertubi-tubi. Sebijik macam polis siasat penjenayah.

"Aku rasa tak okaylah. Dahlah mekaup tebal gila. Lepas tu kan baju kau tu langsung tak sesuai. Mummy aku tak suka kalau mekaup dan pakai macam ni" Harith menahan tawa. Sengaja dia mengusik Ammara.

Ammara terus berubah gelabah. Dia menilik pakaiannya. Kamera telefon dibuka dan melihat mekaupnya itu.

"Aku tak nak pergilah" Ammara ingin membuka pintu namun ditahan oleh Harith.

"Aku gurau sahajalah. Mana ada kau tak lawa. Kau selalu lawalah" akhirnya pecah jua ketawa Harith.

Suka mengenakan gadis itu.

"HARITH DANIEL!" Ammara menjerit kuat.

"Okay dah. Kita pergi sekarang. Muka tu jangan nak mencuka sangat. Nanti semua budak lari tengok kau" Harith mula memandu.

•••

Mata Ammara mula meliar sekeliling. Dia menelan air liur dengan kesat. Memandang rumah banglo tiga tingkat itu cukup membuat dia kecut perut. Dengan ramai orang dan kanak-kanak kecil. Itu baru meraikan birthday, belum lagi meraikan perkahwinan. Sudah tentu mewah.

"Mara" Harith memanggilnya.

Dia memandang Harith sudah berada di luar. Dia tersengih seperti kerang busuk dan keluar daripada perut kereta. Dia menghampiri Harith.

"Aku takut" Ammara mengadu.

"Tak perlu takut. Mummy aku tak makan orang pun" Harith cuba membuang perasaan takut padanya.

Mereka melangkah masuk ke dalam dan mencari Puan Halma. Harith memandang sekeliling untuk mencari susuk tubuh Puan Halma. Kemudian dia menahan lengan kakaknya, Haneesa.

"Kau dah kenapa?" Haneesa menyoal.

"Angah, kau tahu tak mana Mummy? Aku tak jumpalah" Harith membalas.

"Dekat dapur dengan Along. Mereka bersembang apa entah. Aku malas nak dengar sebab Along ada" Haneesa memandang pada Ammara dan senyum.

"Siapa ni? Awek kau ke?" Haneesa memandang kecil sahaja adik bongsunya itu.

"Eh tak adalah, Angah eh! Akak. Kita cuma berkawan sahaja" Ammara mencelah. Dia menggaru kening tidak gatal itu. Tidak tahu apa panggilan mahu dipanggil.

"Panggil saya Angah sahaja. Angah nak ke depan dulu okay" Haneesa berlalu pergi.

"Jom ikut aku pergi dapur" lengan Ammara ditarik dan menuju ke ruang dapur.

Terlihat Puan Halma sedang berborak mesra bersama Hadith. Kekadang dia bosan dengan lakonan abangnya itu. Munafik tak pernah habis.

EHEM!

Harith berdehem kecil bagi menyedari kehadirannya itu. Puan Halma memandang pada mereka berdua dan senyum.

"Ha, sampai pun korang. Ini mesti Mara yang Harith beritahu pada Mummy tu kan?" Puan Halma menghulurkan tangan. Ammara menyalami tangannya penuh hormat dan sopan.

Hadith memusing ke belakang untuk melihat perempuan dibawa oleh adiknya itu. Dia terkaku. Itu adalah gadis dicari olehnya selama ini. 8 tahun telah berlalu, kini muncul di depan mata tanpa dipinta. Dalam diam, bibir menguntum senyuman sinis.

Dia yakin gadis itu tidak mengecam dia pada malam itu. Sudah tiba rancangan dimulakan semula. Dalam fikiran sudah banyak memikir plan untuk dapatkan gadis itu kembali.

"Auntie apa khabar?" Ammara menanyakan khabar.

"Apa pula Auntie ni? Panggil Mummy sudahlah. Mana tahu boleh jadi menantu Mummy kan?" mata Puan Halma menyinggah pada Harith.

Harith buat-buat tidak tahu. Mana mungkin dia akan berkahwin atau pun bercinta dengan Ammara. Dia sudah menganggap gadis itu seperti keluarganya sendiri.

"Mara, duduklah dulu dekat sini. Mummy nak buatkan air sekejap. Sebelum tu, Mummy nak kenalkan anak sulung Mummy ni. Hadith Dazyen" Puan Halma senyum dan pergi buatkan air.

Ammara duduk berhadapan dengan Hadith. Dia memegang tangan Harith dibawah meja bagi hilangkan rasa gugup. Dia senyum pada Hadith dan alihkan pandangan ke arah lain. Takut juga bersua muka dengan lelaki itu. Entah mengapa dia rasa ada sesuatu tidak kena.

Harith perasan perubahan pada Ammara bila ditenung oleh Hadith. Lantas dia sepak kaki Hadith dibawah meja dan memberi satu amaran. Hadith senyum menyenget dan biarkan sahaja.

"Nama kau apa?" Hadith memulakan bicaranya.

"Mara" Ammara balas ringkas.

Hadith tertawa kecil.

"Tak akan nama kau pendek macam tu sahaja. Nama penuhlah. Tak akan kedekut juga nak tahu nama penuh" Hadith senyum sahaja melihat wajah cantik itu.

"Ammara Dahlia" Ammara terus memberitahu nama penuh.

"Cantik... Macam orangnya juga" Hadith memuji dengan ada maksud lain.

Sejak pertama kali dia melihat wajah Ammara pada malam itu, jujur akui dia jatuh cinta. Selama 8 tahun dia mencari keberadaan gadis itu namun tidak jumpai. Pernah sekali dia membunuh anak buahnya kerana gagal menjejaki gadis itu. Tanpanya hidup menjadi tidak keruan.

Puan Halma meletakkan dulang minuman dan labuhkan punggung ke atas kerusi.

"Dah lama ke kenal dengan Harith?" Puan Halma mencelah.

"Dah lama. Mara berkawan dengan Harith sejak masuk Kolej lagi" Ammara membalas.

Hadith melihat pada Harith, tidak sangka adiknya itu boleh rapat dengan gadis pujaan. Nasib baik kawan sahaja. Kalau tak, dia sanggup membunuh adiknya sendiri demi gadis itu menjadi miliknya.

"Mak Ayah Mara kerja apa? Mana tahu Mummy kenal ke? Bolehlah berbesan nanti" Puan Halma tertawa kecil.

"Mummy" Harith menarik lengan Puan Halma.

"Kenapa Harith?" Puan Halma bertanya.

Harith diam dan memandang Ammara. Jelas kelihatan mendung wajah kawannya.

"Mak Abah Mara dah meninggal" Ammara senyum kecil. Dia menunduk ke bawah.

Puan Halma menumpang simpati ke atas nasib anak muda itu.

"Kalau boleh Mummy tahu, sakit apa ya mereka meninggal?" Puan Halma bertanya lagi.

"Mereka dibunuh. Mara tak tahu pembunuh tu siapa. Dan Mara tak tahu apa motif dia bunuh Mak Abah Mara" Ammara meluahkan rasa.

Hadith mendengar itu tersenyum. Suka kerana gadis itu masih mengingati kejadian pada malam itu.

"Ya Allah. Kejamnya pembunuh tu. Mummy harap dia dapat dihukum. Mummy tumpang sedih ya. Mara jangan risau. Mara anggap sahaja keluarga kami seperti keluarga Mara sendiri okay" Puan Halma memeluknya dan menggosok belakangnya.

Dia mengangguk laju dan senyum. Sekurangnya dapat dia merasakan pelukkan seorang ibu walaupun bukan ibu kandung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro