Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

01

BANG!

BANG!

BANG!

"Mati kau orang tua tak sedar diri! Dasar bodoh!" teriak Hadith dengan kuat.

Dia merenung dua mayat sudah berkelumuran darah itu. Dia mengukir senyuman puas. Ya, kepuasan tak terduga.

Dia berjalan ke arah singki. Topeng muka masih lengkap. Paip air dibuka dan mula membasuh tangan yang kotor tadi. Dia melihat dirinya ke dalam pantulan cermin.

Zip baju hoodie dibuka dan terserlah tatu burung helang di dada bidangnya. Baginya tatu itu membawa tuah padanya. Diusap tatu itu seperti usap kepala bayi.

5 minit sebelumnya...

Ammara memakirkan kereta ditempat parking. Dia mengerut kening tatkala banglo dua tingkat itu gelap gelita. Seperti tiada orang. Barangkali mungkin sudah tidur, fikirnya. Tanpa berlengah masa lagi terus dia masuk ke dalam rumah.

Kakinya ibaratkan dirantai besi di situ bila melihat dua tubuh sudah berlumuran darah. Menggigil satu badan. Lantas dia menghampiri dan melutut di hadapan mayat tersebut.

"Mak Abah?" digerak tubuh itu. Namun tiada apa-apa. Deras air mata mengalir.

Dia berpaling pada ruang dapur bila terasa seseorang ada di situ. Dia kembali berdiri dan secara perlahan dia menghampiri ke ruang dapur. Dia menelan air liur dengan kesat tatkala melihat seorang lelaki berdiri di singki sambil mengusap dada bidangnya. Matanya kini fokus pada tatu helang itu sahaja.

Dia mengundur ke belakang beberapa tapak untuk pergi. Namun tidak tahu bagaimana tersilap langkah, dia menjatuhkan pasu bunga di sebelahnya. Lantas dia menjerit kuat bila lelaki bertopeng itu berpaling ke arahnya dan menghampiri.

"Hei!" teriak Hadith.

Ammara terus melarikan diri. Sempat dia menoleh ke belakang lalu lajukan lagi lariannya bila lelaki bertopeng itu mengejarnya.

"Sial!"

Hadith terus berlari mendapatkan Ammara. Dia mendengus geram dan menyepak pagar besi itu kerana gadis itu sudah berjaya melarikan diri dengan menaiki teksi.

"Apasal aku bodoh sangat, huh? Kalau aku bawa pistol tadi sudah tentu dapat perempuan tu!" Hadith mula menyalahi diri sendiri.

"Tak apa. Next time, aku akan dapatkan kau, perempuan. Malaysia ni terlalu kecil kau nak lari" ujar Hadith dan kembali menuju ke arah rumah itu.

Dia perlu mengurus mayat orang tua itu supaya tidak ketahui oleh orang lain atau pun pihak polis.

Kejadian 8 tahun yang lepas masih segar di ingatan. Dia bersyukur kerana terselamat daripada lelaki bertopeng itu. Kalau tak, entah hidup atau mati dia sekarang ini.

"MARA!"

Ammara terkejut dengan sergahan daripada Harith. Dia menjeling maut buat anak muda itu dan mengurut dada perlahan. Dicubit kuat pada bahunya. Harith berdesis sakit dan menggosok bahunya.

"Sakit tahu tak?" Harith membalas kembali.

Ammara hanya menunjuk riak selamba. Dia menjelir lidah pada Harith.

"Kau sergah aku tu ingat tak sakit? Aku terkejut tahu tak!" Ammara mula memarahi Harith.

"Yalah. Aku minta maaf. Kau tu, asyik mengelamun sahaja aku tengok. Panggil pun tak sahut. Kau ada masalah ke? Kongsilah dengan aku" Harith menghulurkan botol minuman coklat padanya.

Ammara mengambil huluran itu dan lantas membuka penutup botol lalu meneguk dengan rakus sekali. Dia senyum kecil dan melentokkan kepala pada bahu Harith.

"Pasal pembunuh Mak Abah akulah. Aku masih terfikir siapa pembunuh tu. Malam tu aku sempat tengok tatu tu sahaja. Muka dia sedikit pun tak nampak" Ammara meluahkan apa difikirkan tu.

Harith senyum dan mengusap kepala kawannya. Dia tumpang simpati terhadap Ammara atas kehilangan Mak Abahnya.

"Aku tahu kau sedih, Mara. Aku pun tumpang simpati. Kalau boleh aku tahu, tatu tu apa corak dia?" Harith bertanya.

"Tatu burung helang" Ammara menjawab.

Harith mengangguk perlahan.

"Mara. Kau jangan sedih macam ni. Aku sentiasa ada dengan kau. Kau kawan aku selamanya" Harith memberikan kata semangat.

"Okay Harith. Aku sayang kau. Kau seorang yang faham perasaan aku. Aku tak kisah mereka nak cakap aku guna kau sebab kekayaan. Mereka tak tahu apa niat hati aku sebenarnya. Aku ikhlas berkawan dengan kau" Ammara senyum manis pada Harith dan memeluk erat pada lengan sasanya.

Memang benar, dia sering mendengar orang mengutuknya cakap bahawa dia memilih kawan dan pergunakan Harith untuk berfoya-foya.

Harith tergelak kuat. Bukan dia tidak dengar kutukan tersebut. Dia sahaja malas mahu melayan. Mereka hanya berkawan, bukan bercinta ataupun buat perkara tidak senonoh.

"Sudahlah Mara. Biarkan mereka. Itu cerita murah sangat. Aku pun sayang kan kau. Kita berkawan dah lama kan? Kau tahu perangai aku macam mana, dan aku tahu perangai kau macam mana juga" Harith membalas senyuman Ammara.

Dia meraih lembut tangan Ammara. Dia baru teringat pasal semalam.

"Mara. Keluarga aku ada buat majlis birthday anak saudara aku. Lepas tu Mummy aku ada ajak kau datang sekali. Dia nak berjumpa dengan kau" Harith memberitahu pasal semalam.

"Aku seganlah Harith. Keluarga kau tu kaya. Aku kaya juga tapi tu dulu. Sekarang dah miskin. Aku rasa tak layak. Maafkan aku okay" Ammara menolak pelawaan Harith.

"Apa kau merepek ni? Kita dah berkawan lama tahu tak? Tak payah buat segan kau tu. Petang esok kita tak ada kelas. Aku ambil kau kita pergi rumah aku. Oh lupa, jangan lupa pakai baju warna purple okay. Baru sedondon sikit" Harith tertawa perlahan.

"Hm. Baiklah" Ammara membalas.

•••

Tepat pukul 3:00 pagi, pintu diketuk beberapa kali bersama jeritan yang sangat memekikkan. Hadith berdecit geram bila pintu masih lagi tertutup rapat.

"Hoi! Bukalah pintu ni!" Hadith teriak kuat. Pintu diketuk kuat bagaikan mahu roboh sahaja.

"Hei! Buka! Buka! Buka!"

TOK!

TOK!

TOK!

KLAK!

Pintu dibuka dari dalam. Dia tertawa terbahak-bahak bila melihat diri Harith dari atas hingga bawah. Harith mengerut kening dan melihat dirinya juga. Tiada apa-apa yang lawak. Dia mengenakan baju T-shirt putih bersama kain pelikat. Tidak lama kemudian, dia baru teringat kopiah di atas kepala. Ya, dia baru sahaja habis menunaikan solat tahajjud.

"Kau asal pakai macam ni? Berlagak alim, huh?" Hadith masih ketawa terbahak-bahak.

"Okay sikit daripada kau tu abang. Tak pernah pula aku tengok kau pakai macam aku ni depan Mummy Daddy" Harith memerli abangnya.

Hadith terus diam dari ketawa tadi dan bertukar serius. Dia dekatkan pada telinga adiknya lalu berbisik.

"Depan Mummy Daddy lainlah kiralah bro. Ada otak tu fikir-fikirlah sikit. Guna otak bukan guna lutut" Hadith berbisik dan melanggar bahu Harith lalu masuk ke dalam.

Harith tertawa sinis. Dia menutup pintu dan memusing menghadap abangnya kembali.

"Jangan nak jadi munafik depan Mummy dengan Daddy. Kau tu dah besar bang. Aku hormat kau sebab kau tu abang aku. Depan mereka kau bolehlah tunjuk malaikat kau tu. Tapi depan Allah, kau tak boleh lari. Dia maha mengetahui segalanya. Dia ak-"

"Diam! Aku tak nak dengar ceramah murahan kau tu. Dengar sini, kau beritahu pada mereka sekali pun tentang perangai aku, mereka tak akan percaya. Aku anak harapan mereka. Kau tak ada hak nak masuk campur urusan aku, budak" Hadith menghadiahkan senyuman sinis padanya sebelum naik ke atas.

"Aku berharap kau akan kembali ke jalan yang benar. Nasib baik Mummy dan Daddy dah tidur. Kalau mereka dengar dan tengok perangai anak harapan dia ni, mesti dah kena serangan jantung" Harith mengomel sambil mendaki anak tangga.

OKAY TAK? NAK TERUS ATAU TIDAK?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro