Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝓔𝓹𝓲𝓵𝓸𝓰𝓾𝓮

Hari Raya Aidilfitri

KHALISHA duduk di sisi katil Rafiq yang tidak berpenghuni, sedih dia melihat katil itu. Terkenang pada si abang yang disayangi.

"Abang Rafiq..." katanya perlahan. Sedih sungguh nada suaranya.

"Hei budak, buat apa tu?" Rafiq tersenyum sebelum menolak sendiri kerusi rodanya masuk ke dalam bilik tidur itu.

"Abang Fiq? Macam mana abang boleh naik sini, ini kan tingkat atas." Soal Khalisha terkejut.

"Mamat ni lah tolong." Rafiq menunjuk ke arah Irfan yang sedang tersengih di belakang, "Rindu abang eh."

Khalisha cepat-cepat usap air mata yang hampir mengalir, "Mana ada!"

"Eleh nak tipu sangatlah tu! Ingat kita tak tahu ke hah?"

Suasana sunyi kerana Khalisha tidak berani menambah apa-apa, memang betul dia menangis dan abangnya sudah melihat segala-galanya. Susah nak disorok lagi.

"Haih adik abang ni, Isha janganlah nangis lagi. Abang kau ni dah sihat, cuma nak berjalan je lemah sikit. Selain daripada tu, semuanya ok!" Irfan mencelah, serba sedikit mengurangkan beban di hati gadis remaja itu.

"Hmm." Khalisha mengangguk perlahan.

"Semua orang dah tunggu. Marilah kita turun." Rafiq menarik perlahan tangan Khalisha sebelum mereka semua turun ke bawah.

Di bawah, kesemua mereka sedang bersedia untuk beraya, semua ahli keluarga sudah pun berkumpul. Tuan Fattah dari malam tadi lagi sudah bersedia dengan buluh lemang manakala Tuan Firdaus sibuk menganyam ketupat dengan Puan Maziah.

Tuan Zahran dengan Puan Marissa pula sudah tentunya menghias rumah, habis rumah itu berkilau dipenuhi lampu kelip-kelip. Pagar yang berkarat semuanya dicat baru, memang nampaklah kerjasama antara suami isteri dan keluarga.

"Rafiq mari nak, perlahan sikit turunnya tu." Tuan Fattah segera meluru ke arah tangga dan meraih tangan Rafiq untuk membantu dia menuruni tangga.

Semua mata memandang ke arah Rafiq, semuanya tersenyum manis membuatkan Rafiq lega. Tetapi kurang lengkap, kerana tiada seorang lagi orang penting dalam hidupnya tidak kunjung tiba.

"Fiq...teringatkan Faris ye," soal Aishah yang memandang anak mata Rafiq, dapat dia lihat raut wajah pemuda itu nampak sedih.

"Aku dah call tapi dia tak angkat. Tak apalah Fiq, kalau dia ingat kau, dia datanglah. Bukan salah kau dia jadi macam tu," terang Aishah dengan senyum nipis, puas Aishah menghubungi Faris malam tadi, tapi satu panggilan pun tidak diangkat.

"Marilah kita semua makan! Apa tunggu lagi, lepas ni kita bermaaf-maafan eh." Suara Tuan Firdaus memecah keheningan suasana menjadi keadaan riuh semula.

Hari itu memang meriah sangat.

"Abah! Lemang hangus ni!" Kedengaran suara cemas datang Alif, menantu Tuan Fattah,

"Ya Allah." Tuan Fattah terus berlari keluar dengan cemas, seisi rumah terus ketawa kecil dengan telatah mereka anak beranak.

Dapat dilihat dari sudut tingkap, Tuan Fattah sedang memarahi anaknya,

"Aku pesan dah dekat hang Lia...lemang ni kena alih-alihkan dia. Mana boleh tinggal lagu tu saja!" Tuan Fattah memarahi Aulia, anak perempuannya sekaligus isteri Alif.

Lepas itu kedengaran seseorang mengaduh kesakitan kerana telinganya ditarik.

"Sorry abah! Sorry!"

Haih, dah tua pun masih kena tarik telinga dengan abah. Itulah buat hal lagi.

Kesemua mereka di situ terhibur, sesi raya pun bermula. Masing-masing sibuk dengan makanan dan berbual sesama sendiri.

Manakala Rafiq, Irfan dan Aishah sedang makan di meja batu luar rumah. Kata mereka nak layan udara segar dengan keindahan alam. Ceh!

Sedang mereka seronok makan, Rafiq terperasan dari ekor mata, terlihat kelibat Faris di hadapan pagar rumah mereka. Nampak teragak-agak nak masuk dalam.

Dengan semangat, Rafiq cekalkan diri untuk bangun dari kerusi roda dan berjalan ke arah Faris. Walaupun tak berapa nak seimbang, tetapi dia tetap cekalkan diri. Sudah dihalang oleh Irfan untuk jangan berjalan terus, tetapi tidak dihiraukan.

Faris mahu saja pergi dari situ, tetapi melihat Rafiq yang bersusah payah berjalan nak bertemu dengannya, tidak sampai pula hati.

"Faris..." terketar-ketar tangan Rafiq memegang lengan Faris.

Dia mendiamkan diri, tidak berani nak berkata apa-apa.

"Marilah masuk...jangan berdiri di sini. Kesian kau nak makan tapi tak ada peneman kan? Marilah," ajak Rafiq dengan senyuman manis.

Faris terkesima, dia menangis. Air mata laju mengalir keluar dari matanya.

"Ya Allah, kenapa kau nangis ni Faris.." Rafiq perlahan-lahan mengelap air matanya.

"Aku malu Fiq! Aku malu! Kita dah lama tak berjumpa...tapi aku musnahkan persahabatan kita dengan seksa kau sampai macam ni. Manusia apa aku ni!"

Faris sampai tunduk pada Rafiq kerana rasa bersalahnya yang amat mendalam, "Ampunkan aku Fiq...ampunkan aku.."

Rafiq sekali lagi tersenyum sebelum tangannya memegang bahu Faris dan menaikkan tubuhnya menjadi sama paras dengan Rafiq. Kemudian dipandang anak mata Faris dalam-dalam,

"Semua kesalahan kau dari dulu sampailah sekarang sentiasa aku maafkan. Kosong-kosong ok?"

Faris melihat wajah Rafiq, ikhlas sangat memaafkan dirinya. Sedangkan kesalahan yang dilakukan sudah dirasakan sebesar gunung, tetapi semudah itu saja Rafiq mengampuninya kesalahan itu.

'Ya Allah, mulianya hati dia... kenapalah aku tidak sedar dengan semua ini lebih awal..'

"Kami pun maafkan kau." Irfan dan Aishah yang baru tiba melihat Faris dengan reaksi tidak sampai hati.

"Tapi awak kena ingat, jangan lagi ulang kesalahan yang sama. Saya takkan putuskan pertunangan kita." Senyuman Aishah menjadikan Faris sedikit lega.

"T-terima kasih.."

"Jom makan. Tak baik tetamu dibiar lapar di sini." Rafiq menarik tangan Faris masuk ke dalam.

Irfan dan Aishah mengikuti jejak langkah mereka, semuanya telah menjadi baik dan damai semula seperti dahulu.

Tiada lagi pergaduhan, semuanya telah diselesaikan.

Kau berhak untuk bahagia Rafiq.

Bahagia Sesudah Derita.

Di rumah berbunga di musim raya,
Keluarga berkumpul dalam suasana gembira;
Kita bersama-sama merayakan hari raya,
Maaf dipinta, rasa kasih dijiwa.


887 Words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro