Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐀𝐍𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐅𝐈𝐐 | 9

MALAM Itu, keluarga Rafiq menerima kunjungan mengejut dari Tuan Fattah. Setelah hampir tiga minggu berada di Pulau Pinang kerana mengemas rumah lamanya, dia terus pulang ke Kuala Lumpur apabila mendapat tahu yang Rafiq sakit.

"Apa jadi Zahran." Soal Tuan Fattah risau, disebabkan terlalu risau akan anak saudaranya itu, rambutnya yang putih itu pun tak sempat disikat.

Seluar pun tak sempat ditukar, dia datang situ pun pakai kain pelekat. Sebab masa Tuan Zahran telefon, dia berada di masjid nak bersiap sedia sembahyang tarawih.

"Irfan cakap, Rafiq pengsan sebab terlalu penat," balas Puan Marissa mewakili suaminya.

"Kenapa sampai macam tu? Dia sakit apa-apa ke?" Tuan Fattah duduk sekejap di sofa untuk menenangkan diri.

"Tak tahulah kami, rasanya pagi tadi Irfan datang sihat je Rafiq. Lepas mereka keluar, diaorang balik ke, Irfan bawa masuk Rafiq ke dalam. Dia cakap Rafiq pengsan."

"Kenapa tak dibawa ke hospital, manalah tahu sakitnya tu serius."

"Puas dah kami pujuk, tapi Irfan tak benarkan. Dia cakap, Rafiq yang suruh dia jangan bawa pergi hospital masa dalam keadaan lemah tadi." Tuan Zahran dan Puan Marissa juga turut sama merisaukan anaknya.

Apa tidaknya, selama hampir sebulan ini, mereka tidak pula mendengar apa-apa masalah yang dihadapi Rafiq. Sampaikan pengsan begini. Kalaulah mereka tahu yang Rafiq ada masalah, mesti mereka akan cuba bantu walaupun terpaksa berkorban nyawa.

"Tak apalah...benda pun sudah jadi, kita janganlah terlalu risau. Harapnya Rafiq ok lah nanti." Tuan Firdaus yang turut berada di situ berusaha menjernihkan keadaan yang agak suram itu.

"Haih...memang Rafiq tak ada cerita apa pada korang ke? Takkanlah dia senyap je walaupun dia ada masalah?" Tanya Tuan Fattah lagi pada pasangan suami isteri itu.

Mereka sekali lagi menggeleng dengan wajah yang sedih, kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Yang mereka mampu hanyalah berdoa.

❀❀

Irfan yang tengah menyelesaikan solat tahajud di tengah malam tergerak hati hendak memeriksa keadaan Rafiq yang sedang tidur di katil belakangnya.

Pandangan diperluaskan ke belakang dan Irfan senyum melihat Rafiq sudah membuka mata, dia sudah mula sedar.

"Fiq...kau dah bangun?" Irfan tidaklah mahu mengusutkan fikiran Rafiq. Jadi dia cuma bertanya dengan cara yang ringkas.

"Erm...okay. Cuma rasa pening kepala sikit."

"Kau kenapa Fiq...tiba-tiba je pengsan."

"Entahlah, aku pun tak tahu. Mungkin sebab aku marah tadi kot. Aku mana pernah semarah itu sebelum ni. Kalau ada pun tak adalah teruk..."

"Haih, nak aku bawa kau pergi hospital tak?" Risau pula Irfan mendengar luahan Rafiq tentang sakitnya itu.

Terus kepala lelaki itu tergeleng-geleng kiri dan kanan, nampak sangat yang dia tidak mahu berjumpa doktor.

"Tak nak...takut jarum."

"Ish! Orang tengah risau pasal dia, sempat pula fikir jarum doktor tu." Irfan membuat muka sebelum bibirnya disengetkan. Menyampah!

"Kau ni...siapa yang sakit? Aku atau kau, nampak macam kau pula yang mengada-ngada." Selamba je Rafiq nak membakar Irfan, walaupun tengah sakit, mulut masih on.

Makin panjanglah muncung Irfan bila dirinya dibahan. Sempat juga Rafiq ni buat perangai, aduh!

"Assalamualaikum, Rafiq, boleh Pak Long masuk?" Pintu bilik Rafiq itu kemudian diketuk perlahan.

Rafiq memang sudah kenal dengan sang empunya diri yang bersuara disebalik pintu.

"Masuklah Pak Long," ujar Rafiq sebelum pintu dibuka Tuan Fattah memerhatikan anak saudaranya yang sudah kurus lebih dari bentuk tubuhnya yang selalu dilihat selama ini.

"Allah, Rafiq...kenapa tak bagitau Pak Long yang kamu sakit." Hiba suara Tuan Fattah ketika mendekati. Irfan menyalam tangan bapa saudaranya itu, termasuk juga Rafiq.

"Sikit je-"

"Apa sikit? Kalau dah sampai pengsan, itu bukannya sikit. Kamu kenapa Fiq, ada masalah ke? Cuba cerita dengan Pak Long."

Ini sudah kali ketiga soalan itu ditanya. Sebelum ini, Puan Marissa dan Irfan juga bertanya soalan yang sama. Tetapi dia sedaya cuba menyorokkannya, tetapi dengan Tuan Fattah. Tiada apa-apa yang boleh disorok, sebelum Tuan Fattah sendiri mencari tahu asal usul masalah itu, lebih baik dia menceritakannya sendiri.

Maka bercerita lah Rafiq kepada Tuan Fattah tentang semua perkara yang telah membuatkan hatinya terasa. Selama dua puluh minit tanpa henti.

"Astaghfirullahal'azim...Faris buat macam itu pada kamu?" Tuan Fattah tidak dapat mengelak dari bersimpati dengan nasib yang menimpa Rafiq.

Dahi yang tidak gatal sengaja digaru Irfan. Dia sendiri pun buntu.

"Tapi, Rafiq tak mahu salahkan Faris. Sebab bukannya salah dia pun. Salah Fiq, sebab Fiq tak pernah beritahu dia apa-apa. Sebab itulah, dia salah faham-"

"Faris pun salah Fiq. Walaupun dia berhak salah faham, tetapi sepatutnya dia siasat dulu betul-betul dan tidak menghukum seseorang begitu sahaja tanpa peduli akibatnya. Kamu cuma nak berikan kejutan pada Faris dan kamu dengan Aishah pergi belikan hadiah sahaja. Kamu tak buat apa-apa benda tak senonoh."

Penjelasan Tuan Fattah itu sedikit sebanyak berjaya juga menyenangkan hati Rafiq, sekurang-kurangnya dia kurang sedikit rasa bersalah.

"Ini semua kerana cemburu buta. Pak Long tak naklah apa-apa...tapi orang yang kita kenal bertahun-tahun pun tak dapat nak kenal kita dengan elok. Apatah lagi orang yang kita baru je kenal."

"Fiq sayangkan persahabatan kami Pak Long...Fiq tak sampai...sampai hati nak tengok semua ni berakhir..."

Teresak-esak Rafiq menangis dengan air mata mengalir laju, Tuan Fattah segera menadah tangannya, dan lantas merangkul Rafiq ke dalam pelukan hangatnya.

"Istighfar nak...inilah sahaja jalan yang kita ada. Doakan semoga persahabatan kamu tidak akan tergugat. Allah itu Maha Berkuasa dari-Nya."

"Kenapa...kenapa nasib Fiq macam ni Pak Long..." tanya Rafiq dengan nada yang teresak-esak.

"Ini dugaan yang diberi Allah untuk menguji hambanya. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan kepada kita...tabahkan hati kamu, insya-Allah  semuanya akan berlalu pergi dan kamu akan mendapat nikmat kebahagiaan yang sangat luas nikmatnya." Tangan Tuan Fattah perlahan-lahan mengusap kepala Rafiq.

"Jangan nangis nak... ramai orang sayangkan kamu. Mama, Papa, Irfan, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Long semuanya sayangkan kamu," pujuk Tuan Fattah dengan suara perlahan dan lembutnya.

Pujukan itu berlangsung sehinggalah Rafiq tertidur dengan sendirinya.

Tuan Fattah menyelimutkan tubuh Rafiq dan mengajak Irfan keluar dari bilik tidur.

"Biarkan dulu Rafiq berehat. Dia penat sangat nampaknya tu, muka dia pucat." Tuan Fattah membawa Irfan ke halaman rumah, berhampiran kolam renang.

"Pak Long tak sangka pula...disebabkan hanya cemburu buta, persahabatan kamu semua jadi sampai begini sekali. Sedih betul aku dengar." Tuan Fattah duduk bersebelahan Irfan meluahkan rasa yang tersimpan.

"Irfan pun tak jangka benda ni nak berlaku."

"Bulan Ramadan, bulan yang mulia kali ini, memang dugaan yang sangat berat untuk Rafiq...semoga Allah menghapuskan segala dosanya dengan dugaan ini."

"Aamiin." Irfan mengaminkan doa Tuan Fattah dengan linangan air mata. Semoga Rafiq tabah menghadapi ujian ini.

Jangan pernah berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan kepada kita.

1084 Words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro