Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝐀𝐍𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐅𝐈𝐐 | 6

16 Ramadan

MALAM esoknya, kesemua mereka berkumpul di restoran yang telah ditetapkan semalam.

"Hmm, tak nak tunggu Faris dulu ke?" Rafiq melihat-lihat sekitar, manalah tahu kalau Faris datang.

"Nak buat apa tunggu dia? Dah malu sangat sampai nak ajak makan pun tak nak ikut, biar je lah," balas Irfan dengan selambanya tanpa mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku antara Rafiq dengan Faris.

"Entahnya, kalau malu dengan kita, tak apalah juga. Malu dengan korang apahal," balas Aishah yang turut juga menyokong Irfan.

Sekilas Irfan memandang Rafiq, nampak dia tak begitu ceria macam selalu.

"Fiq? Kau ni dari semalam termenung je. Ada masalah ke bro?"

"Tak ada apalah, saja je tunggu Faris. Aku kalau boleh nak dia ada sekali dengan kita."

"Fiq...tak apa, nanti kita carilah masa lain ajak dia datang sini. Tak tahulah aku kenapa sifat malu-malu dia tu datang waktu macam ni. Dah lah bukan selalu nak jumpa," terangkat kening Irfan memikirkan sifat Faris yang agak pelik ketika membalas chat semalam.

Aishah tidak mahu Rafiq fikir yang bukan-bukan, jadi dia terus meletakkan lauk ke dalam pinggan Rafiq. Kebetulan pesanan makanan mereka sampai, ketika itulah dah masuk waktu berbuka puasa.

"Sudahlah Fiq, nanti fikir. Sekarang makan dulu, tak baik kita melewatkan waktu berbuka," ujar Aishah dengan senyum sebelum meminta Irfan membacakan doa.

Doa dibaca dan diaminkan, kemudian mereka pun mula menjamu selera. Rafiq yang tadinya wajah sedikit muram dah senyum sikit. Lega Irfan dengan Aishah melihat.

'Dah pandai tolong letak lauk dalam pinggan dia pula...kau ni memang tak pernah serik Rafiq...makin aku larang makin liar kau dengan Aishah ye.'

Genggaman tangan Faris semakin kuat apabila melihat gelak tawa kemesraan Rafiq, Aishah dan Irfan bersama.

Sakit hatinya bila melihat mereka seolah-olah tidak menghiraukan ketidakhadiran Faris. Dia merasa cemburu, tidak tahulah mengapa dia berasa sedemikian.

Terus dia pergi dari situ tanpa menoleh ke belakang. Hatinya akan menjadi semakin sakit ketika dia menoleh belakang.

❀❀

Selepas habis berzikir dalam solatnya, Rafiq memandang ke arah langit gelap malam. Hatinya terasa lapang seketika, walaupun ada yang masih menganggu fikiran.

Masih lagi teringat bagaimana Faris terus mengucapkan kata-kata tajam bak pedang dua hari lepas. Tiada langsung nada menyesal ataupun serba salah yang Rafiq lihat pada Faris ketika itu.

'Ya Allah...kenapa Engkau menduga aku begini...kau tahu yang aku tidak sanggup melihat sahabatku membenci aku...kenapa Ya Allah,

Sebegitu berdosakah aku, sehinggakan aku disuruh untuk jangan mendekati sahabatku sendiri Ya Allah...'

Air mata mencurah-curah keluar dari mata Rafiq membasahi sejadah yang digunakannya. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaannya ketika ini,

Mungkin orang akan ingat yang Rafiq senang rasa sedih. Tetapi jangan lupa, Rafiq pernah mempunyai sejarah hitam tiga tahun yang lalu. Hal itu menjadikan dia seorang yang lembut hatinya tetapi besar jiwanya.

'Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...mampukah aku bahagia sama seperti orang lain. Disaat mereka bahagia bersama sahabat dan ibu bapa yang penyayang, aku disisihkan sahabatku sendiri. Ya Ghaffar, ampuni dosaku sekiranya aku mempunyai dosa dengan-Mu,

Selamatkanlah persahabatan kami, janganlah Engkau musnahkannya Ya Allah. Tetapi sekiranya itu yang terbaik bagi-Mu, aku reda.'

Makin banyak air mata Rafiq yang mengalir keluar, seumpama sungai yang banjir. Begitu laju air mata keluar sehingga Rafiq tidak sempat mahu mengelapnya.

Banyak yang bermain di fikiran, adakah dia punca segala-galanya berlaku?

Sedihnya dia sekarang...sedih.

❀❀

"Assalamualaikum Atok, Atok dengan Opah sihat ke?" Rafiq senyum sambil memandang dengan pandangan sayu

"Pak Long pernah cerita yang arwah Atok dan Opahnya orang yang sangat baik hatinya. Jadi Fiq datang sini...sengaja nak mengadu pada Atok dan Opah." Pandangannya lekat pada empat batu nisan yang berada di posisi sebelah menyebelah.

Ya, Rafiq sanggup memandu kereta dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang semata-mata nak menziarahi pusara Atok dan Opahnya yang telah meninggal lebih puluhan tahun yang lalu.

"Fiq tahu...sesiapa yang telah meninggal, maka terputuslah ikatannya dengan dunia Fana ini, hanya amalan sahaja yang dibawa bersama,

Tapi...Fiq tetap nak mengadu. Boleh ye?"

Senyap, Rafiq tersenyum seolah-olah ada yang membalas 'ya'

"Fiq sebenarnya sedih Atok...sahabat Fiq. Nama dia Faris, dia sahabat Fiq dunia dan akhirat. Sama macam Irfan dan juga Aishah. Kitaorang selalu bersama tak kira apa jua berlaku. Cumanya, tiga tahun kebelakangan ini mereka kena sambung belajar di luar negara. Jadi kitaorang terpisah selama tiga tahun,

Tapi lepas diaorang balik, Fiq gembira tau!" Wajah Rafiq seketika gembira dengan senyum semangatnya ketika rancak bercerita.

"Diaorang semangat betul nak balik Malaysia, nak jumpa Fiq dengan Irfan. Memang masa tu saat yang paling gembira dalam hidup Fiq. Kepulangan sahabat yang telah lama dinanti kedatangan mereka. Seronok!

Tetapi, ada salah faham berlaku antara Fiq dengan Faris. Jadi...sampai sekarang dia masih menjauhkan diri dari Fiq. Sebenarnya Fiq tak mahu nak ceritakan perkara ini kepada sesiapa, termasuklah Irfan dan juga Aishah. Fiq tak nak hubungan persahabatan Aishah, Irfan dengan Faris dilanda masalah."

Rafiq termenung dalam kesedihan yang teramat sangat. Cumanya kali ini tiada air mata yang keluar, cuma perasaan yang sedih.

"Jadi sampai sekarang, Faris asyik mengelak je dari jumpa dengan Fiq. Rasanya, muka Fiq pun kalau boleh dia tak mahu tengok."

Tangan Rafiq mengusap batu nisan yang berwarna putih kepunyaan arwah Atoknya, tidak ada perkataan yang terucap keluar. Hanyalah air mata yang menemani.

"Berdosakah Fiq...jahat sangatkah Fiq sampaikan Faris sanggup buat macam ni."

Tangisan Rafiq kekal selama beberapa minit sebelum dilap dengan pantas dan senyumannya terbit semula.

"Tapi Rafiq tahu...Allah nak uji Fiq supaya kuat dengan semua ujian ini kan. Fiq mesti boleh punyalah!" Rafiq mengeluarkan buku Surah Yaasin dari poket seluarnya dan mula membaca surah yang merupakan jantung Al-Quran itu.

❀❀

"Assalamualaikum! Mak Su!" Irfan mengetuk pintu rumah Rafiq dengan tiga kali ketukan.

Puan Marissa terus tersenyum melihat kelibat anak saudaranya itu, "Oh Irfan rupanya, ada apa nak?"

"Hehe, ini mama ada suruh kirimkan makanan sikit. Rendang daging," kata Irfan sebelum menyerahkan mangkuk tingkat besi itu kepada Puan Marissa.

"Terima kasihlah banyak-banyak Irfan. Mak Su kebetulan ada buat ayam masak merah. Kejap eh Mak Su pergi ganti bekas." Puan Marissa berjalan ke dalam tidak lupa juga mempelawa Irfan untuk duduk.

"Ha ini dia bekasnya, lauk semua ada dalam tu." Puan Marissa yang sentiasa dengan senyuman manisnya menghulurkan semula mangkuk tingkat itu kepada Irfan.

"Terima kasih Mak Su. Hmm...mana Rafiq? Tak nampak pun dia, bukan ke selalunya dia yang sambut tetamu," ujar Irfan dengan nada berseloroh. Dia memang suka bergurau dengan semua orang, termasuklah juga dengan bapa dan ibu saudaranya sendiri.

"Oh, dia pergi Pulau Pinang sekejap. Nak ziarah kubur arwah Atok dengan Opah. Nanti malam baliklah, Mak Su dah pesan suruh ajak Irfan ikut sekali, tapi dia tak mahu. Dia cakap dia nak bersendirian. Mak Su pun tak tahulah."

Irfan mengangkat keningnya, pelik, kebelakangan ini memang sikap Rafiq agak berbeza dengan selalunya. Seolah-olah itu bukanlah diri Rafiq yang sebenar.

"Mak Su, Irfan nak tanya sikit. Ada tak Mak Su perasan tentang kejanggalan diri Rafiq kebelakangan ini?"

Puan Marissa berfikir sejenak, "Sebenarnya memang Mak Su ada nampak perubahan pada Rafiq. Dia asyik termenung je sekarang. Melainkan kalau Mak Su tegur dia, dia akan jadi ceria semula. Tapi lepas itu, terus dia termenung balik. Mak Su ada juga cuba bertanya, tapi dia tak nak jawab. Macam ada rahsia yang dia sorokkan."

Irfan memetik jari, memang ada sesuatu yang aneh dengan Rafiq. Kalau dah sampai ibu Rafiq sendiri pun perasan, ini memang sesuatu yang ketara.

"Ok Mak Su, Irfan nak balik dulu, Assalamualaikum!" Irfan mencium tangan Puan Marissa sebelum berlalu pergi dengan menaiki motosikalnya.

1234 Words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro