𝐀𝐍𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐅𝐈𝐐 | 11
"Kau..."
"Abang Faris! apa yang dah merasuk kau ni?" Tak disangka, tengah pergaduhan antara Irfan dan Faris. Aishah dan Khalisha juga turut berada di situ.
Kebetulan Irfan meminta mereka datang dengan niat untuk berbincang mengenai perkara lepas dan untuk memberitahu perkara sebenar kepada Khalisha. Tidak elok untuk disorok perkara sebenar.
"Sampai hati abang Faris cakap macam tu dekat abang Rafiq! Apa dosa dia pada abang!"
"Kau jangan nak cakap banyak budak! Abang kau yang paling disayangi sangat tu dah bercinta dengan perempuan ni! Berlakon baik depan aku, rupanya macam syaitan."
Pang!
Khalisha menahan diri dari memaki perkataan yang tidak akan difahami oleh sesiapa pun. Terus wajah Faris ditampar oleh remaja itu.
"Abang jangan melampau. Isha walaupun baru saja berusia lima belas tahu, Isha boleh bezakan yang mana baik dan buruk! Abang tu, harap belajar je di luar negara. Tapi akhir tewas dengan rasa cemburu buta dan nafsu sendiri!" Hambur Khalisha bertubi-tubi.
Pantang dia ada orang yang berani menghina abangnya sendiri, Rafiq ialah manusia yang paling baik di dunia selepas ibu dan ayahnya dan tiada siapa boleh mengetepikan fakta itu.
"Hei...kau pergi baliklah. Kau pergi balik, ceramah dekat abang kau yang tersayang tu. Bukan pada aku, sebab yang buat maksiat dengan tunang orang tu Rafiq! Bukan aku!"
"SUDAH!" Rafiq yang sedari tadi mendengar pertengkaran itu mencelah. Tidak dapat dia tahan lagi mendengar kata hinaan Faris terhadapnya.
"Faris...kenapa. Kenapa kau seksa aku macam ni. Apa dosa aku? Apa dosa aku!" Rafiq menarik kolar baju Faris dengan air mata berlinangan.
"Kau sampai hati tuduh aku sebegitu rupa. Kau dah lupa ke, yang kita ni sahabat selamanya? Sejak dari sekolah kita kenal. Daripada kau tak bertunang dengan Aishah sampailah dah jadi tunang dan nak kahwin! Sampai hati kau..." Rafiq perlahan melepaskan cengkaman di kolar baju Faris.
"Kau memang bodoh Faris! Maksiat sangat ye, meh sini aku nak cerita dekat kau!" Maki Irfan tanpa kias bahasanya.
Irfan terus menarik tangan Faris menuju ke kereta Irfan, pintu dibuka dengan laju dan tangannya mencapai sesuatu di dalam kereta. Terus dihempasnya pintu kereta dan barang yang dipegang Irfan dicampak atas tanah.
"Kau tengok cincin bodoh ni! Kau tengok betul-betul!" Kepala Faris ditunjal Irfan berkali-kali,
"Benda bodoh ni yang dah buatkan kau cemburu buta tak tentu pasal kan! Kau sedar tak? KAU SEDAR KE TAK! Ini cincin siapa? INI CINCIN YANG RAFIQ NAK BERI PADA KAU SUPAYA KAU BOLEH MELAMAR AISHAH!" Hampir habis suara Irfan kerana tidak henti-henti menjerit pada Faris.
Aisha mencelah, "Rafiq ada ajak aku pergi sana. Niatnya nak belikan cincin itu untuk dihadiahkan pada kau supaya boleh melamar aku, jadi dia nak aku cuba saiz cincin yang betul...aku...aku sendiri pun tak tahu Rafiq nak rancang semua tu. Sampailah tadi sebelum datang sini, Irfan dah inform aku cerita sebenar."
Tersedu-sedan Aishah menceritakan perkara sebenar. Tidak sempat dia nak cerita kepada Faris, tetapi Faris telah memulakan perperangan yang mungkin tiada akhirnya.
"Kau memang kejam Faris...kawan kau sendiri, KAWAN KAU SENDIRI KAU TAK BOLEH KENAL!" Maki Irfan lagi pada Faris. Puas dah dia melepaskan segala kata cacian yang disimpan dari hari itu.
"R-Rafiq..." Faris terkesima, dia tak terkata apa-apa. Masih terkejut dengan apa yang diceritakan.
Rupanya selama ini...dia salah faham. Ya Allah tidak tergambar dengan kata-kata bagaimana rasa bersalahnya Faris pada Rafiq. Selama ini...dia cuma menuduh membuta tuli hanya dengan bukti bergambar yang tidak diketahui kesahihannya.
'Ya Allah, berdosanya aku pada Rafiq. Ampunkan aku Rafiq...'
"Rafiq...a-aku-"
"Demi Allah Faris. Selama ini aku memang suka menjaga perasaan orang, aku rela rasa sengsara hanya demi sahabat aku. Aku rela diazab dengan kata cacian dan makian demi sahabat aku...tapi aku tidak boleh terima yang sahabat aku sendiri mengkhianati perasaan aku,
Aku sedih Faris...aku...aku...sedih."
"YA ALLAH RAFIQ!" Mata mereka semua terbuka luas.
Rafiq tersenyum sedih sebelum...dirinya memuntahkan darah. Tubuhnya yang kurus itu semakin lemah longlai dan akhirnya jatuh menyembah tanah.
Irfan serta merta berlari mendapatkan Rafiq yang sedang terbaring, diribanya kepala sang sepupu dan sahabat itu di pahanya.
"Abang! Jangan macam ni! Abang!" Meraung-raung Khalisha menggoncangkan tubuh Rafiq dengan kuat.
"Kena bawa dia pergi hospital!" Suara Aishah dalam keadaan cemas. Irfan mengangguk sebelum tubuh kurus Rafiq dicempung dan diangkat masuk ke dalam kereta.
"Saya...saya tak benci awak disebabkan Rafiq...jika sesuatu berlaku pada Rafiq, saya tak nak melihat muka atau bayangan awak pun di depan mata saya.." Aishah bersuara dengan rasa ralat dan menyesal dengan sikap pentingkan diri Faris.
Kesemua mereka menaiki kereta dan terus menuju ke hospital terdekat. Begitu juga Faris, rasa bersalahnya semakin menebal. Begitu juga rasa risau, tanpa sedar air matanya mengalir ketika sedang memandu.
'Ya Allah, peliharalah Rafiq agar aku sempat meminta maaf kepadanya...'
❀❀
"Tekanan darah Rafiq naik tinggi sangat sampai terjadi pendarahan dalaman. Mungkin Rafiq tertekan dengan sesuatu perkara. Sebab itulah dia muntah darah dan tidak sedarkan diri."
Ayat yang dituturkan doktor itu sudah cukup untuk membuatkan semua orang disitu tergamam dan terkedu. Khalisha sudah menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh Aishah.
Irfan lah orang paling ralat dengan apa yang terjadi, tangannya tidak henti-henti menumbuk dinding hospital dengan perasaan geram dan marah. Marah dengan dirinya sendiri kerana tidak berjaya melindungi Rafiq.
Ibu bapa Rafiq, Tuan Fattah dan Tuan Firdaus baru saja sampai di hospital selepas Irfan menghubungi mereka memberitahu apa yang telah terjadi kepada Rafiq.
"Macam mana Rafiq?" Soal Puan Marissa dengan wajah yang tenang tetapi dapat dilihat kerisauan yang amat pada pandangan matanya.
"Dia tak sedarkan diri buat sementara waktu ini. Tekanan darah dia terlalu tinggi, sampai dia muntah darah," terang Irfan dengan suara serba salah. Dia terlalu malu nak menghadapi bapa dan ibu saudaranya itu.
"Maafkan Irfan Mak Su, Pak Su, Irfan gagal jaga Rafiq..Irfan gagal." Tersedu-sedan suara Irfan menutur kata.
Puan Marissa mengeluarkan senyum halus sambil tangannya mengusap bahu Irfan, "Tidak sayang...Irfan dah buat yang terbaik untuk jaga Rafiq. Mak Su tahu tu semua, jangan salahkan diri ye. Yang penting kita doakan agar Rafiq selamat ye?"
Tuan Zahran juga turut mengangguk, menyetujui isterinya, "Pak Su pun sama Irfan. Kami kadang-kadang tak sempat nak menjaga dia. Irfan lah orang yang paling rapat dan selalu jaga dia, sepatutnya kami yang ucapkan minta maaf kepada kamu."
Tuan Fattah menggenggam tangan Irfan dengan erat, "Jangan menangis. Rafiq kan selalu nak tengok kita senyum dan ceria. Nanti kalau dia sedar, tengok kamu menangis macam ni apa pula yang dia fikir kan? Dah lap air mata tu."
"Doktor bagi kebenaran untuk sesiapa melawat dia ke?" Tuan Firdaus membuka mulut setelah mendiamkan diri sedari tiba tadi.
"Doktor cakap hanya seorang sahaja yang boleh masuk melawat." Irfan membalas dengan nada yang perlahan,
"Isha nak lawat abang Rafiq!"
"Tapi Isha ada seseorang yang lebih penting. Biarkan dia yang lawat Rafiq." Kesemua mata memandang ke arah Tuan Fattah menantikan jawapan siapakah orang itu.
Tuan Fattah dengan tenang berpaling ke belakang. Faris, dia hanya duduk mendiamkan diri. Tidak berani dia bersuara apa-apa kerana dia tahu dialah yang bersalah dan punca semua ini berlaku.
"Faris...Faris dah insaf kan." Tuan Fattah berjalan dengan perlahan ke arah Faris dan memegang kedua belah bahunya,
Faris menganggukkan kepala dengan perlahan, dapat dilihat air mata yang bertakung di matanya, Tuan Fattah tersenyum kecil, "Kalau macam tu, apa kata Faris masuk lawat dia sekarang. Minta maaf dengan dia, InshaAllah, Rafiq mendengar apa yang kamu cakap. Dia hanya tak sedarkan diri, tapi telinga dia boleh mendengar. Pergilah."
Tuan Fattah membantu Faris, berjalan menerusi Irfan yang memandang dia dengan pandangan marah, tetapi niatnya dibatalkan kerana Tuan Fattah menggelengkan kepala tanda tidak setuju Irfan berbuat begitu.
Pintu wad dibuka, "Pergilah Faris. Cakap apa yang kamu hajatkan kepada dia."
Setelah Faris masuk, pintu wad pun ditutup.
1264 Words
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro