Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2. Angel

[Wiya POV]

"Pendek! Pendek! Pendek!"

Ali, Jali dan Adam mengejek budak baru itu. Kecik besar je aku tengok tiga orang ni!

"Hoi! Jangan kacau dialah!"

Aku mendekati budak lelaki yang diejek itu.

"Kau kawan dia ke?" Soal Jali.

"Bukan tapi dia kawan kita semualah! Kita kat sini semua kawan. Mana ada musuh. Tak baik tau buat dia macam ni. Dahlah dia budak baru."

Geram aku dengan kawan-kawan aku ni. Tak patut betul mereka bersikap macam ni!

"Sorry. Tapi dia memang pendek pun. Lagi pendek daripada kita semua."

"Biarlah dia pendek sekalipun. Tak boleh ejek. Bunda dah ajar, tak boleh ejek orang. Kita kena kawan dengan dia."

Selepas itu, Ali, Jali dan Adam mendekati budak lelaki itu.

"Kami minta maaf tau. Takda niat pun nak ejek kau."

"Takpa..."

"Nama kau apa?"

"Abadi."

◇◇◇

Aku masuk ke dalam bilik bunda. Ada hal yang aku nak tahu. Hihihi!

"Bunda!"

"Eh pocot tong gas meletop!"

Aku mengekek ketawakan bunda.

"Adawiyah! Terkejutlah bunda!"

Aku tayang riak tak kisah. Seronok kenakan bunda seperti itu. Aku menambil tempat di hadapan bunda.

"Ada apa datang sini?"

"Nak tanya pasal budak baru tu."

"Budak baru mana?"

"Alah! Budak yang baru masuk tulah. Apa ek nama dia? Adabi? Adiba?"

Sejurus itu, tawa bunda meletus. Terbahak-bahak bunda ketawa sampai terkeluar air mata. Dah kenapa? Ada yang lawak ke?

"Bunda! Kenapa gelak? Wiya ada buat kelakar ke?"

"Mahu bunda tak gelak! Adabi tu jenama bahan masak! Nama budak baru tu, Abadi."

"Ha, Abadi! Apa kisah dia, bunda?"

"Kisah dia? Kenapa Wiya nak tahu?"

"Sajalah. Tadi trio nakal bunda tu kacau Adabi tu."

"Abadi, wahai Wiyaku sayang. A-B-A-D-I."

Aku mencebik.

"Apa –apa jelah, bunda. Wiya nak tahu ni."

Bunda menutup failnya dan kaca mata dicabut. Bunda memandang aku dengan wjah yang tekun.

"Abadi tu baru kehilangan mak ayah dia bulan lepas. Nak diikutkan, dia masih ada keluarga lain. Makcik dia hidup lagi. Tapi, makcik dia tak nak jaga Abadi tu sebab dia rasa Abadi tu menyusahkan. Maklumlah, family Abadi tu orang susah. Takda harta yang ditinggalkan. Rumah pun kena sita. Sebab tulah dia ke sini. Makcik dia yang telefon, nak hantar dia ke sini."

Aku menganggukkan kepala sebagai tanda aku mengerti. Tapi, kenapa aku rasa macam itu bukan kisahnya? Mata Abadi tadi kelihatan seribu kali ganda sedihnya berbanding apa yang diceritakan bunda.

"Bunda, umur dia berapa?"

"Tua dua tahun daripada kamu."

Aku mencongak dalam kepala. Kalau dua tahun tua daripada aku...

"Dia dah tingkatan dua?"

Bunda menganggukkan kepalanya. Aku berfikir sejenak. Ada betulnya apa yang trio nakal tu cakap tadi. Abadi agak rendak untuk usianya. Ali, Jali dengan Hamid tu setahun muda daripada Abadi pun agak tinggi.

"Kalau macam tu, Wiya nak ke dapur dululah. Nak tengok Mak Timah masak apa. Bye, bunda!"

Aku keluar daripada kamar kerja bunda a.k.a pengurus rumah anak yatim Baina itu. Yup! Aku pun anak yatim piatu. Bezanya, aku tidak pernah tahu siapa ibu, siapa ayah. Adakah aku mempunyai adik-beradik yang lain atau tidak? Yang aku tahu, aku hanya seorang anak yang agak tidak bernasib baik kerana tidak pernah melihat wajah ibu bapa kandungku. Bunda cakap, mak kandung aku meninggal sewaktu melahirkan aku. Ayah kandung aku pula dikatakan sudah lama meninggal. Jadi, aku hidup di rumah anak yatim Baina ini daripada aku lahir sehinggalah umurku dua belas tahun sekarang.

Aku memang rapat dengan bunda, Mak Timah yang masakkan untuk kami, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang dekat rumah anak yatim ni. Maklumlah, terlebih mesra dan teruja punya manusia aku ni. Nak-nak bila ada orang baru.

"Mak Timah! Masak apa tu?"

"Harini ayam masak merah dengan sayur campur. Kenapa?"

"Yeay! Sedapnya! Oh ya. Aiskrim ada lagi?"

"Ada. Dalam peti beku tu. kenapa?"

Aku berjalan ke peti beku dan mengambil dua batang aiskrim kon.

"Harini ada budak baru masuk. Wiya nak bagi dia ni. Mana tahu boleh berkawan. Nanti Wiya masuk dapur tolong Mak Timah susun pinggan, okay?"

"Ha, yelah. Pergilah jumpa kawan baru tu."

Aku keluar daripada dapur dan mencari kelibat Abadi.

"Mana dia ni?"

Sedang aku mencari Abadi, aku terdengar satu jeritan yang sangat kuat daripada sungai belakang rumah. Terus aku menuju ke sungai itu.

"Bukan! Bukan salah aku! Tolong! Tolong!"

Aiskrim yang aku pegang itu terpaksa aku campakkan ke tanah dan menuju ke arah dia yang sedang menjerit itu.

"Abadi!"

Kedua-dua tangannya yang menutup telinga itu aku tarik dan bahunya aku pegang.

"Kenapa ni? Kau okay tak?"

Dapat aku lihat matanya sudah merah dan basah. Pasti dia menangis.

"Bukan aku yang salah..."

Secara spontan, dia meletakkan kepalanya di bahu aku dan menangis sepuasnya. Aku tak mampu nak tolak lalu aku hanya mengusap belakangnya.

"Menangis je, okay? Tak elok pendam."

Aku hanya mampu mengusap belakang Abadi. Sepertinya, dia menahan satu luka yang dalam. Melihatnya menangis seperti ini membuatkan aku semakin tertarik untuk mengetahui kisah hidup dia.

Selepas beberapa minit, dia mengangkat wajahnya dan memandang aku.

"Sorry. Habis basah tudung kau."

Aku tersenyum nipis.

"Takpe. Bukannya tak boleh kering. Kau lapar tak?"

Abadi mengerutkan wajahnya.

"Macam mana kau tahu?"

"Mestilah aku tahu. Lepas menangis, mesti lapar. Jom masuk, makan. Masakan mak Timah is the best masakan ever tau!"

Aku memegang tangan Abadi dan menarik dia untuk masuk ke dalam rumah.

◇◇◇

"Abadi."

"Ya?"

"Okay?"

Aku memandang Abadi. Wajahnya jelas masih kelihatan takut walaupun sudah beberapa tahun berlalu. Kemudian, dapat aku lihat senyuman manis terukir di bibirnya.

"Kenapa kau senyum?" Aku bertanya dengan hairan.

"Aku suka bila kau risaukan aku," jawabya jujur. Aku hanya tertawa kecil. 

Emosinya berubah dengan cepat. Wajah Abadi bertukar menjadi sedih. Dahinya berkerut. Mungkin teringatkan apa yang berlaku pada dirinya.

"Kenapa aku tak boleh lupakan apa yang dah jadi, Wiya? Semua ni bukan salah aku tapi kenapa aku yang kena tanggung kesakitan ni? Adil ke untuk aku?"

Lagi. Ayat yang sama dikatakan oleh Abadi sejak dia mengikuti sesi rawatan psikoterapi itu. Walaupun sudah sepuluh tahun berlalu, kenangan buruk itu selalu menghantui dirinya. Sepanjang sepuluh tahun ini jugalah, aku setia di sisinya.

"Keadilan di atas dunia ini tidak akan wujud. Tapi, keadilan Allah terhadap diri kita itu pasti. Allah sifatnya itu Maha Adil. Dia adil pada semua mahkluknya. Kalau kau rasa apa yang berlaku ni tak adil pada dunia, percayalah cakap aku. Semua ni akan adil di sisi Allah."

Aku cuba menenangkan dia. Melihat Abadi dalam keadaan ini membuatkan aku rasa terpukul. Kadang, aku juga selalu berfikir. Kenapa tuduhan sekejam itu dituduh kepada kanak-kanak yang baru sahaja menginjak ke tingkatan satu ketika itu? 

Ibu dan ayah Abadi dibunuh dengan kejam. Abadi saksinya. Hanya kerana dia memegang bukti pisau ketika itu, dia dituduh membunuh oleh keluarganya yang lain. Hidup dalam trauma dan ketakutan bukan satu hal yang mudah. Inikan pula melibatkan keluarga sendiri. 

Walaupun Abadi sudah dibuktikan tidak bersalah, keluarganya yang lain masih menganggap bahawa Abadilah pembunuhnya menyebabkan Abadi tidak pernah berehat daripada mimpi buruk itu. Adegan ibu bapanya dibunuh itu sering kali masuk ke dalam mimpinya. Dalam sepuluh tahun ini, tak pernah sekali aku melihat dia tidur lena. 

"Abadi, kau kuat. Aku percaya tu. Aku akan ada dengan kau sampai bila-bila. Okay?"

"Thank you, Wiya."

◇◇◇

Pulang sahaja daripada tempat kerja, aku terus ke bilik bunda. Penuh barang hantaran yang bertemakan warna ungu.

"Banyaknya, bunda."

"Banyak apanya? Dua belas saja. Abadi yang cakap tujuh berbalas lima. Cukuplah ni." Bunda mencebik apabila melihat aku garu kepala.

"Kamu ni, Wiya. Dah nak jadi isteri orang pun pelupa lagi. Tak bolehlah macam tu. Kesian Abadi nanti."

"Ya, bunda. Wiya bukannya pelupa sampai tak ingat langsung. Kerja dekat pejabat banyak. Itu yang lupa sikit. Hehe."

Aku tersenyum kambing. Bunda hanya menggelengkan kepala.

"Dah tahu tarikh kahwin tak lama, kenapa tak ambil cuti? Bunda tengok, Wiya dengan Abadi sama-sama sibuk dengan kerja sedangkan hari nikah dah tak lama. Kamu berdua ni betul ke nak kahwin?"

"Eh, bunda! Apa yang tak betulnya. Betullah kami nak kahwin."

Tok! Tok!

Pintu ditolak dan aku dapat lihat wajah penyelamat aku.

"Ha, sampai dah budak bertuah ni! Kerja aje yang difikirnya. Hantaran ni tak kisah langsung!"

Ah sudah! Bunda nak bebel lah tu.

"Bunda ni, Abadi kerja sebab sara Wiyalah. Takkan nak bagi Wiya makan pasir."

"Bunda akan cakap sebijik macam bunda bagitahu Wiya tadi. Dah tahu tarikh kahwin tak lama, kenapa tak ambil cuti? Tak reti-reti nak siapkan apa yang patut."

Abadi memandang aku seperti meminta pertolongan. Kalau ikutkan, aku yang nak minta tolong dia. Tapi, kami sama-sama disekolahkan oleh bunda. Aduila!

"Sorry, bunda. Lupa nak bagitahu bunda. Esok Abadi dah mula cuti. Jadi, bunda tak boleh bebel banyak. Hehe!"

"Eh? Awak cuti esok? Kata lusa."

Aku laju mencelah apabila Abadi cakap dia mula cuti esok. Dia hanya anggukkan kepala.

"Kenapa tak cakap? Wiya start cuti lusa tau."

"Takpelah. Awak pergi jelah kerja tu. Biar saya tolong bunda kat rumah."

"Betul ni takpe?" Rasa bersalah pula aku kalau nak biarkan Abadi dan bunda uruskan pelamin dan hantaran. Melihat Abadi tersenyum, aku rasa lega.

"Ya, Wiya. Saya okay."

"Kamu berdua ni. Mujur dah nak kahwin. Bunda sukalah tengok Wiya dengan Abadi macam ni." Bunda tiba-tiba berkata. Serentak aku dan Abadi memandang bunda.

"Berkat doa bunda jugak," kata Abadi dengan senyuman di bibirnya. 

◇◇◇


Abadi berdiri lama di hadapan pintu putih itu. Dapat aku lihat dahinya mula merembeskan peluh. Aku memegang tangan suamiku.

"Abang, kenapa ni?"

"Saya... Takut..."

Aku tersenyum nipis. Setiap kali ingin melakukan sesi terapi, rasa takut itu pasti singgah di hatinya. 

"Janganlah takut. Wiya kan ada."

Abadi memandang aku. Wajah itu sudah kelihatan sedikit lega. 

"Macam nilah. Senyum okay? Abang boleh."

Aku cuba memberikan dia semangat. Aku tahu, bukan mudah untuk melawan trauma yang sudah lama menghantui diri.

Aku hanya menunggu di luar bilik itu. Tak henti-henti aku berzikir, berdoa mengharapkan Abadi mampu melawan. Kata doktor, Abadi sebenarnya sudah menunjukkan beberapa kesan positif sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi, sesi ini hanyalah sebagai follow up doktor bersama pesakit.

Lama aku menunggu. Hampir tiga jam. Apa agaknya yang Abadi ceritakan. Dia seorang lelaki yang kuat. Mata hitamnya itu jelas menunjukkan dia menyimpan luka yang sangat dalam. Aku harap Abadi akan mampu untuk melawan sakit itu.

◇◇◇

"Sayang, jom makan."

Aku memandang Abadi di muka pintu bilik tidur kami.

"Eh? Wiya tak masak lagi. Nak makan apa?"

Abadi tersenyum lalu mendekati aku.

"Abang dah masak tadi."

Aku memandang Abadi. Wajahnya jelas ceria. Kesakitan yang sering aku nampak daripada matanya itu sudah tidak kelihatan. Seakan-akan Abadi ini adalah orang yang baru.

"Wiya suka tengok abang macam ni."

Abadi tersenyum nipis. Kemudian, tangan kecilku dipegang.

"Terima kasih sebab Wiya tak pernah putus asa dengan abang. Sebenarnya, abang selalu rasa takut. Takut kalau Wiya tinggalkan abang."

"Wiya takkan tinggalkan abang. Untuk apa Wiya ada di sisi abang dulu kalau Wiya nak pergi sekarang? Cinta Wiya hanya untuk abang. Macam nama abang sendiri. Abadi. Cinta yang Allah kirimkan ini abadi untuk seorang lelaki yang Wiya gelar sebagai suami sampai ke syurga."

Dahiku dikucup lama. Aku hanya menghayati ciuman itu. Siapa sangka budak lelaki yang pernah aku tolong dahulu adalah jodoh aku? Selama ini, aku dan dia hanya bersahabat. Namun, Allah tetapkan bahawa dialah pelengkap hidup aku dan aku yang ditetapkan untuk dia melawan ketakutannya.

Aku gembira kerana aku mampu melihat Abadi tidur lena setelah sekian lama. Melihat dia tersenyum gembira tanpa kelihatan dukanya. Dia menunjukkan perubahan yang sangat positif dalam melawan traumanya itu. Setiap kali aku mengangkat tangan berdoa kepada Maha Mendengar, aku mendoakan kebahagiaan yang abadi untuk suamiku.

Semoga kita bertemu di syurga, sayangku.

◇◇◇

[Abadi pov]

"Papa! Radwa dah siap."

Aku melihat wajah anakku yang sama persis orang yang aku cinta.  Dah tiga tahun berlalu.

"Cantiknya anak papa. Kalau dah siap, jom kita pergi sekarang."

Radwa kelihatan gembira. Setiap kali tempat ini dituju, Radwa selalu tersenyum ceria.

Sampai sahaja di destinasi, aku dan Radwa turun daripada kereta. Tikar dan sebotol air bersih juga aku bawa.

Dibentangnya tikar itu di hadapan pusara seorang wanita yang sangat aku rindu.

Isteriku.

Surah Yaasiin dibaca. Radwa juga mampu mengikut dengan baik walaupun usianya baru sepuluh tahun. Selepas bacaan Yaasiin, Radwa menyiram pusara itu. Kemudian, dia berkata sesuatu.

"Mesti mama seronok kan dekat syurga. Macam keadaan dekat sana, mama? Radwa dengan papa nak sangat jumpa mama kat syurga. Mama tunggu Radwa dengan papa kat sana tau."

Aku hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata Radwa. Jujur, aku kagum dengan cara didikan Wiya. Dia mendidik Radwa menjadi seorang yang sangat kuat sehinggakan anak kecil ini mampu tersenyum nipis ketika tahu bahawa ibunya sudah tiada. Radwa tidak meraung dan tidak berduka terlalu lama. Dia sangat kuat semangat seperti Wiya, ibunya.

Masih segar di ingatan aku senyuman yang Wiya ukirkan ketika matanya tertutup rapat. Senyuman bahagia ingin bertemu tuhan.

"Sebelum kita balik, kita baca Al-Fatihah dulu untuk mama, okay."

Radwa Atifah.

Itu amanah yang Wiya tinggalkan untuk aku jaga sampai hujung nyawa. Radwa itu bukti cinta aku dan Wiya. Harta yang paling berharga dan aku akan jaga sampai bila-bila.

Melawan perasaan trauma yang menyakitkan sendirian bukan hal yang mudah. Malah, terlalu perit untuk menjalani sendirian.

Tapi, Allah hadirkan dia dalam hidup aku. Seorang wanita yang terlalu setia. Seorang wanita yang penuh dengan semangat.

Ya rabb, terima kasih kerana mewujudkan seorang wanita yang terlalu indah akhlaknya. Perginya dia membuatkan cinta yang ada semakin utuh.

Dia, bidadari yang Engkau kirimkan untuk mengubah hidupku.

Rabia'tul adawiyah.



















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro