Special Part 1
Aisyah dan Adib menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh Rayyan. Pada ketika ini, Tengku Aminah dan Mak Temah sedang berada di Mekah untuk menunaikan umrah.
"Amin." Kedua-dua belah tangan diraup ke muka. Rayyan memalingkan badannya ke belakang dan menghulurkan tangan kanan. Aisyah menyambut huluran itu dan menghadiahkan satu senyuman manis.
"Aisyah nak minta maaf dengan abang kalau sepanjang perkahwinan kita abang ada terasa hati dengan kelakuan Aisyah. Aisyah berjanji akan cuba jadi seorang isteri dan ummi yang baik pada Adib," ujar Aisyah ikhlas.
"Abang maafkan. Abang pun nak minta maaf andai sepanjang abang menjadi suami kepada Aisyah, abang bukan seorang suami yang baik," balas Rayyan sambil memandang ke dalam mata Aisyah.
Tangganya masih setia mengusap lembut kepala Aisyah yang dibaluti telekung.
"Abang dah jadi suami yang terbaik buat Aisyah dan papa yang terbaik buat Adib," lafaz Aisyah sebak.
"Papa, ummi, lambat lagi ke? Adib laparlah," rengek Adib memandang Rayyan dan Aisyah. Lama sudah dia memerhati kelakuan Aisyah dan Rayyan.
"Ala anak papa lapar. Salam papa dengan ummi dulu. Lepastu, kita turun bawah tolong ummi hidangkan makanan. Okey?" ujar Rayyan kepada Adib. Terlupa pula dengan Adib yang berada di situ.
Adib menurut arahan dan menyalam kedua mereka. Pipi Aisyah dan Rayyan dicium sekilas dan pipinya juga turut dicium mereka berdua. Usai melipat sejadah dan telekung, Aisyah dan Adib turun ke dapur terlebih dahulu.
Ting
Bagi saya peluang untuk betulkan semua ni
Saya sayangkan awak dan anak kita
Mesej itu dibiarkan sepi sebelum dia menghela nafas berat. Kenapa baru sekarang Rania muncul untuk bertanggungjawab? Kononya untuk betulkan semua kesalahan yang telah dia lakukan.
Sebenarnya, pada hari kenduri arwah di rumah mertuanya, dia lambat pulang ke kampung kerana terpaksa bertemu empat mata dengan Rania. Bekas isterinya itu tidak berhenti mengucapkan kata maaf.
Pintu bilik diketuk dari luar mematikan lamunan Rayyan. Tidak lama selepas itu, tersembul wajah Adib di sebalik pintu.
"Papa, ummi panggil makan," ujar Adib kepada Rayyan.
"Okey. Jom," balas Rayyan dan menapak ke arah Adib. Timbul rasa bersalah di dalam diri kerana tidak menolong Aisyah dan Adib untuk menghidangkan makan malam.
*******************
Aisyah mencium dahi Adib yang sedang nyenyak tidur. Suis lampu bilik dimatikan dan dia menutup daun pintu bilik Adib. Dia dan Rayyan bersepakat untuk menghantar Adib ke tadika semula. Urusan mereka menjadi lebih mudah apabila Adib langsung tidak menolak.
Pintu bilik dikuak perlahan dan Aisyah masuk ke dalam bilik tidur utama. Kelihatan Rayyan sedang fokus menaip sesuatu di telefon bimbit.
Aisyah lantas menuju ke bilik air untuk mencuci muka, menggosok gigi dan mengambil wuduk sebelum tidur. Rutin harian sebelum dia tidur.
Lebih kurang sepuluh minit kemudian, dia masuk dan dan menuju ke katil. Rayyan juga kelihatannya sudah meletakkan telefon ke atas meja dan menepuk-nepuk bantal. Sekali dengan bantal Aisyah dia tepuk sekali.
Aisyah hanya membiarkan sambil matanya memerhatikan Rayyan. Siapa sangka selepas berkahwin, semakin banyak sisi baik lelaki itu yang dia tidak ketahui. Sungguh berbeza dengan Rayyan yang dulu.
"Meh sini tidur," ajak Rayyan setelah usai menepuk bantal sekaligus mematikan lamunannya. Aisyah tergelak kecil dengan kelakuan Rayyan dan dia memanjat naik ke atas katil.
"Selamat malam abang," ucap Aisyah setelah berada dalam posisi berbaring sambil mengiring menghadap suaminya.
"Ala nak tidur dah ke?" tanya Rayyan hampa apabila terpandang wajah penat Aisyah.
"Penat sikit hari ni. Kenapa abang?" soal Aisyah pelik. Mata pun dah kuyu semacam. Terasa berat kelopak mata ketika ini.
"Saja. Kesian isteri abang," ujar Rayyan sambil melarikan jari di atas wajah Aisyah yang bemula dari kening hingga ke dagu dan diulang berkali-kali sehingga penat.
Setiap malam sebelum tidur, itulah rutinnya dan Aisyah langsung tidak menghalang. Rayyan menahan gelak apabila kedengaran dengkuran halus Aisyah. Penat tak boleh bawa bincang.
Flashback
"Abang, Aisyah kan macam tak percaya yang sekarang ni kita dah kahwin. Masa abang luah tentang perasaan abang pada Aisyah dulu, sebenarnya Aisyah teringin nak tanya macam mana abang boleh jatuh cinta dengan Aisyah?" soal Aisyah sambil menatap wajah Rayyan.
"Kenapa sayang tak tanya waktu tu?" Rayyan memulangkan soalan kepada pertanyaan Aisyah.
"Aisyah malu la nak tanya waktu tu. Lagipun, selama ni abang bukan anti ke dengan Aisyah? Pantang nampak Aisyah depan mata mulalah nak jadi hulk," rungut Aisyah.
Mulutnya muncung sedepa dan dia melarikan mata daripada terus memandang wajah Rayyan. Rayyan tergelak kecil mendengar bicara dari Aisyah.
"Ingat lagi tak dulu abang pernah cakap dekat Aisyah yang abang nak makan Aisyah? Ala yang masa Aisyah nak ambil air sejuk kat dalam peti. Siap pakai kain telekung lagi," tutur Rayyan senada dan berjaya menarik perhatian Aisyah yang sedang memandang lantai.
Aisyah lantas mengangguk. Sampai sekarang kenangan itu masih melekat di dalam mindanya.
"Masa tu kalau Aisyah nak tahu, abang nampak Aisyah lain sangat. Aisyah nampak cantik bila pakai telekung. Tapi, abang tak nak lah mengaku yang abang dah terjatuh suka pada Aisyah. Jatuhlah saham abang nanti," ujar Rayyan sambil menarik hidung Aisyah sehingga terjerit kecil Aisyah dibuatnya.
"Boleh percaya ke? Entah-entah abang saja nak sedapkan hati Aisyah," usik Aisyah sambil mengecilkan matanya. Jari telunjuk digerakkan di hadapan wajah Rayyan.
"Ya Allah, kesitu pula. Betul la apa yang abang cakap. Takkan Aisyah tak pelik bila lepas abang balik dari Kelantan abang dah mula berubah? Dah tak marah macam dulu lagi," tanya Rayyan kepada Aisyah.
"Eh ye lah abang. Kenapa abang dah tak marah macam dulu-dulu?" tanya Aisyah polos.
"Sebab abang sukakan awak la sayang. Ya Allah, kenapalah sayang ni lambat tangkap? Abang cuba bagi hint pada Aisyah tapi satu pun tak berhasil. Tapi, Aisyah nak tahu sesuatu tak? Kenyataan yang paling menyakitkan ialah Aisyah tak pernah sukakan abang," jawab Rayyan dan kemudiannya mengeluh kecil.
"Macam mana abang tahu yang Aisyah tak sukakan abang?" duga Aisyah pula. Wajah mendung Rayyan membuatkan dia geli hati. Nada bicara lelaki itu juga sudah mulai mengendur.
"Dan siapa cakap Aisyah tak pernah sukakan abang?" sambung Aisyah lagi sambil tersenyum.
Terkejut Rayyan mendengar pertuturan Aisyah. Kedua-dua belah kaki disilangkan ke paha. Matanya tidak lepas memandang wajah isteri untuk meminta penjelasan.
"Aisyah pernah sukakan abang? Tapi macam mana? Kan abang selalu layan Aisyah dengan teruk," soal Rayyan tidak percaya. Bertubi-tubi soalan yang ditanya.
"Aisyah sebenarnya mula suka pada abang bila abang bahasakan diri abang Ayyan depan Mak Mah dengan Pak Mat. Masa tu, Aisyah seolah-olah nampak sisi abang yang lain," terang Aisyah sambil tersenyum sendiri.
"Serius?" tanya Rayyan sambil membesarkan biji matanya. Anggukan dari Aisyah dia kira sebagai satu jawapan. Siapa sangka selama ini rupa-rupanya dia tidak bertepuk sebelah tangan.
End Flashback
"Selamat malam sayang. Jangan pernah tinggalkan abang," tutur Rayyan penuh berharap dan satu ciuman dilabuhkan ke ubun-ubun Aisyah. Selimut diperbetulkan dan dia juga melelapkan mata selepas membaca doa tidur.
*******************
Rayyan menarik kerusi yang bertentangan dengan kedudukan Rania. Keadaan di dalam restoran itu kelihatannya lenggang kerana hanya terdapat beberapa orang pengunjung yang tinggal. Mungkin kerana jam sekarang sudah menginjak ke jam tiga petang. Rania tersenyum senang apabila melihat Rayyan yang sudah berada di depannya.
"Mana Adib?" tanya Rania pelik apabila hanya Rayyan yang datang berjumpa dengannya. Tiada kelibat kanak-kanak lelaki yang mengikuti langkah bekas suaminya. Dia terlalu rindukan Adib.
"Dia tak dapat datang. Ada kat rumah dengan ummi dia. Kau nak jumpa aku kenapa?" soal Rayyan dingin. Tiada sebarang senyuman mahupun perkataan lembut yang dituturkan kepada Rania.
Dia tahu Rania terkesan dengan percakapannya tapi dia sudah tidak mampu memberikan layanan seperti suatu masa dahulu. Masa telah merubah segalanya.
"Ummi? Awak dah kahwin ke?" tanya Rania ingin tahu. Masakan Rayyan sudah tawar hati dengannya.
"Untuk pengetahuan kau, ya aku dah berkahwin dan aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Ada isteri yang penyayang dan aku yakin Aisyah boleh jaga Adib macam anak kandung dia sendiri. So, kau tak perlu nak bimbang tentang kebajikan Adib. Kenapa kau nak jumpa aku?" ulang Rayyan untuk kali yang ke dua.
Dia tidak betah hendak berlama di sini. Masih banyak urusan pejabat yang perlu diselesaikan.
"Dalam hati awak langsung tak ada cinta buat saya ke Rayyan?"
"Cinta? Kau tengah buat lawak ke?" tanya Rayyan dengan nada sinis. Kedua-dua belah tangannya disilangkan ke dada. Belakang badan disandarkan pada kerusi.
"Tak. Saya masih cintakan awak. Saya tak kisah untuk jadi isteri kedua awak asalkan kita boleh hidup bahagia macam dulu-dulu," pujuk Rania dengan bersungguh-sungguh. Dia sangat menyesal apabila memaksa Rayyan untuk menceraikannya dulu.
Rayyan ketawa mengejek sambil memandang tepat ke arah Rania. Terasa lucu dengan permintaan bekas isterinya itu.
"Bahagia? Kau yakin kalau aku kahwin semula dengan kau kita akan bahagia? Aku rasa kau kena belajar balik soal jodoh kot. Antara kau dan aku hanya tinggal kenangan. Aku dah bahagia dengan keluarga yang aku ada sekarang. Berhenti kacau keluarga kau. Ingat kata-kata aku sampai bila-bila. Aku pergi dulu. Assalamualaikum," Rayyan terus melangkah pergi meninggalkan Rania yang tidak henti-henti memanggil namanya.
Kenapa di saat dia ingin merasa bahagia Rania muncul semula?
****************
Aisyah ligat mengacau kuah laksa di dapur. Sudu diambil dan dia mencedok sedikit kuah dan ditiup perlahan sebelum disua ke mulut untuk merasa. Garam ditambahkan sedikit ke dalam kuah laksa untuk menghilangkan rasa tawar.
Selepas kuah yang dimasak sudah mendidih, dia menutup api dan periuk itu. Kaki dilangkah ke arah meja yang menempatkan bahan hiasan untuk ditabur di atas laksa seperti timun, telur, cili hijau, bawang dan salad. Belum sempat punggungnya dilabuhkan di atas kerusi, kedengaran derauan enjin kereta milik Rayyan memasuki perkarangan rumah.
Berkerut dahi Aisyah dan dia memandang jam yang tergantung di dinding. Baru pukul tiga lebih. Awal pula suaminya balik dari kerja.
Aisyah lantas bangun dan bergerak ke pintu utama. Pintu dikuak dari dalam dan Aisyah menghadiahkan satu senyuman manis buat Rayyan. Belum sempat dia hendak menyalami Rayyan, tubuhnya dipeluk erat. Pelik Aisyah dibuatnya.
"Abang," panggil Aisyah lembut.
"Sekejap je," jawab Rayyan sambil mengemaskan pelukan. Dia rasa selesa begini.
Tangan Aisyah mengusap perlahan belakang badan Rayyan. Lama mereka berkeadaan seperti itu sehinggalah Rayyan sendiri yang melonggarkan pelukan.
"Abang okey?" tanya Aisyah prihatin. Telapak tangannya naik mengusap pipi Rayyan.
"Aisyah tolong janji dengan abang walau apapun yang berlaku jangan tinggalkan abang dengan Adib. Please," rayu Rayyan sambil memandang tepat ke dalam mata hazel Aisyah.
Meskipun pelik dengan sikap Rayyan, Aisyah hanya mengangguk. Pasti suaminya itu sedang berdepan dengan masalah.
"Insya-Allah, selagi Aisyah diizinkan untuk mejadi isteri abang, Aisyah takkan pergi jauh dari hidup abang. Kalau abang ada masalah tolong bagitau Aisyah. Aisyah tak nak abang sedih macam ni," luah Aisyah dan membalas renungan Rayyan.
Dia dapat merasakan yang suaminya sedang menanggung beban seorang diri. Dan ternyata nalurinya benar apabila Rayyan sendiri meluahkan.
"Terima kasih," lafaz Rayyan ikhlas. Dia takut jika Aisyah akan meninggalkannya sama seperti apa yang pernah dilakukan oleh Rania. Sungguh dia tidak kuat untuk menghadapinya sekali lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro