BAB 31
Alisa membawa masuk dua palstik karipap daging yang telah dipaket ke dalam saiz yang kecil yang dibeli tadi ke dalam rumah. Kecur air liur dibuatnya.
"Apa benda yang kamu pegang tu Alisa?" soal Mak Temah sambil matanya memandang ke arah plastik makanan yang dipegang oleh Alisa.
"Karipap daging. Bau dia...fuhh mengancam. Mak cik duduklah dulu. Saya naik atas kejap nak panggil Aisyah turun makan sekali," jawab Alisa. Belum sempat Alisa melangkah pergi, Mak Temah sudah menghalang terlebih dahulu.
"Eh tak payah. Aisyah tak boleh makan daging. Dia alergik dengan daging," maklum Mak Temah.
"Ouh ye ke? Saya tak tahu lah pula. Kalau dia tersalah makan, apa jadi mak cik?" celah Alisa sambil meletakkan karipap daging tadi ke dalam pinggan.
"Badan dia nanti mulalah naik tompok-tompok merah. Kadang-kadang sampai penuh satu badan. Pernah juga dulu dia ada tersilap makan daging waktu dia belajar di sekolah menengah. Balik dari sekolah, dia mengadu susah nak bernafas. Badan dia masa itu penuh dengan tompok-tompok merah. Lepas mak cik bawa di ke klinik, doktor yang rawat dia bagitau yang Aisyah sebenarnya ada alergik dengan daging," jelas Mak Temah. Rasanya kalau waktu itu dia tidak membawa Aisyah ke klinik, sampai ke hari ini dia takkan tahu yang Aisyah alergik dengan daging.
Aisyah merenung perbualan di aplikasi whatsapp. Last seen Syafiq ialah dua hari lepas.
Hati-hati
Hanya itu sahaja ayat yang dihantar kepadanya. Sudah berpuluh kali dia cuba menghubungi Syafiq namun semuanya tidak dijawab. Risau. Hanya perkataan itu yang dapat mengambarkan perasaannya ketika ini. Dia takut andai apa yang berada di fikirannya benar-benar terjadi. Syafiq ada pada waktu kejadian tiga tahun lepas dan ada kemungkinan Wani akan berbuat sesuatu kepada Syafiq sama seperti apa yang dia alami.
Ting
Bunyi mesej yang masuk menghentikan lamunan Aisyah. Matanya bersinar tatkala melihat ada satu mesej yang masuk dan dihantar oleh Syafiq.
Malam ni aku datang rumah kau
Jangan keluar pergi mana-mana
Pesanan dari Syafiq dia baca. Biasanya Syafiq takkan hantar mesej yang serius macam ni. Tangannya ligat menaip sesuatu.
Kenapa?
Kalau aku keluar juga kau nak buat apa?
Mesej berbaur usikan itu hanya bertanda bluetick tapi tidak dibalas. "Agaknya dia sibuk kot. Tunggu je lah malam ni. Mungkin ada hal mustahak yang dia nak bagitau kau," katanya pada diri sendiri. Untuk menyedapkan diri sendiri sebenarnya.
Aisyah setia menanti kedatangan Syafiq di ruang tamu. Jam di dinding sudah menunjukkan jam sepuluh malam. Ibu dan Alisa awal-awal lagi sudah masuk ke kamar untuk tidur. Mungkin mereka berdua penat terpaksa menjaganya. Sebenarnya, dia ada rasa ragu-ragu terhadap mesej daripada aplikasi whatsapp petang tadi. Mujurlah ada Haidar yang sedang melindunginya dari luar rumah. Kalau ada perkara buruk yang berlaku dia yakin Haidar tidak akan berdiam diri. Ketukan di pintu bertalu-talu menyentakkan Aisyah. Kaki melangkah ke pintu dan sebaik saja pintu dibuka, matanya membesar.
Belum sempat dia hendak menutup pintu, kaki figura yang bertandang ke rumahnya sudah menyekat pintu menyebabkan daun pintu tidak dapat ditutup. Aisyah lantas memusingkan badan ingin berlari masuk ke dalam rumah tetapi tidak sempat kerana terhidu bau kloroform dan dia pengsan di situ.
Aisyah membuka matanya perlahan-lahan.
"Aku kat mana?" tanyanya sambil memerhatikan keadaan sekeliling yang gelap gelita. Kepalanya terasa pening kesan daripada kloroform semalam. Kaki dan tangganya terikat menyukarkan dia untuk bergerak.
Crack
Pintu dibuka dari luar. Suis lampu dibuka dan seluruh bilik itu menjadi terang benderang. Matanya ditutup untuk menahan silau dari pancaran lampu. Matanya dibuka perlahan-lahan dan seorang wanita menapak ke arahnya sambil tersenyum sinis.
"Wani," getus hatinya.
"Miss me?" soal Wani sambil matanya tidak lepas daripada memandang Aisyah. Aisyah menelan air liur yang terasa kelat.
Tidak lama selepas itu, matanya menangkap sekujur badan yang sedang terbaring di atas lantai di satu sudut di dalam bilik itu. Muka lelaki itu penuh dengan kesan lebam-lebam. Bibir yang dahulunya merah bertukar menjadi pucat, kering dan mengelupas. Baju t-shirt bewarna putih yang dipakai penuh dengan tompokan darah dan kotoran debu-debu.
"Ya Allah, Syafiq!" jeritnya kuat. Air mata mula mengalir laju melihat keadaan Syafiq.
Pang
Terteleng wajah Aisyah ke tepi menahan tamparan dari Wani. Bibirnya terasa perit.
"Sakit? Itu baru sikit. Kau cuba tengok kawan kau kat sana tu. Aku akan pastikan kau pun jadi macam dia jugak," ujar Wani sambil mencengkam kasar rambut Aisyah yang berselindung di sebalik tudung sarung yang dipakai memaksa gadis itu memandang ke arah Syafiq. Jeritan dari Aisyah tidak sekalipun dia hiraukan. Puas? Sudah tentu. Inilah saat yang paling dia tunggu-tunggu.
"Lepaskan dia. Kau boleh seksa aku tapi bukan dia. Tolonglah, aku merayu," rayu Aisyah sambil menghamburkan air mata. Pandangannya mula kabur dengan air mata yang semakin lebat mengalir.
"Lepaskan dia? Boleh. Aku cuma akan lepaskan mayat dia," sebut Wani di tepi telinga Aisyah. Pistol dibawa keluar dan dilarikan ke atas wajah Aisyah. Dengan serta merta, tangisan Aisyah tidak kedengaran. Hanya tinggal sisa air mata yang tidak diseka.
"Kenapa? Kau takut? Janganlah takut. Sebelum aku bunuh kau, aku akan bunuh mamat tu dulu. Selepas itu baru aku akan bunuh kau. Sabar tau," ugut Wani dan disusuli dengan ketawa jahat. Usai berkata-kata, Aisyah ditinggalkan di situ bersama Syafiq.
"Syafiq! Bangun, tolonglah bangun," laung Aisyah. Air mata sekali lagi mengkhianatinya. Wajah yang tadi sudah kering dengan air mata kini basah semula. Tiada sahutan yang diterima daripada Syafiq. Dengan bersusah payah, Aisyah mengesot ke arah Syafiq. Hanya itu sahaja cara yang boleh dia fikirkan pada saat ini. Peristiwa Dian meninggal di depan matanya tiga tahun lepas kembali telayar di mindanya. "Jangan biarkan aku mengalaminya sekali lagi, Ya Allah," doanya di dalam hati.
Badan Haidar bergerak saat mendengar ketukan bertalu-talu dari cermin tingkap kereta.
"Siapa pula kacau aku tidur ni?" ujarnya geram. Matanya dibuka perlahan-lahan dan ternampak kelibat Alisa yang sedang masih setia mengetuk cermin. "Apa lagi lah minah ni tak puas hati? Silap hari bulan boleh pecah cermin kereta aku disebabkan minah ni," getus hatinya.
Pintu kereta dibuka dari dalam dan dia keluar sambil membetulkan urat-urat badan yang terasa sengal. Wajah suram Alisa yang bersisa dengan air mata menimbulkan tanda tanya.
"Kau apahal? Takkan aku lambat buka pintu kau boleh menangis?" tanyanya pelik.
"Haidar, Aisyah..." jeda. Air mata kembali menuruni lekuk pipi Alisa.
"Kenapa dengan Aisyah?" tanyanya kebingungan.
"Aisyah kena culik," tangis Alisa.
"Apa! " soal Haidar tidak percaya.
Rayyan duduk di bangku yang disediakan di balai polis. Selepas dia mendapat info yang Aisyah diculik, tanpa berfikir panjang, terus dia datang ke sini. Mukanya diraup kasar dengan telapak tangan. Dia nak sangat selamatkan Aisyah tapi bagaimana caranya?
"Encik Rayyan?" tegur seorang anggota polis.
"Ya saya?" balasnya sambil memandang ke arah anggota polis yang menegurnya.
"Kami dah dapat info tentang keberadaan Aisyah," jawab anggota polis itu.
Dua buah kereta polis dan sebuah kereta yang dipandu oleh Rayyan memasuki perkarangan sekolah. Kereta diparkir di kawasan yang lebih terlindung. Alisa mengikuti langkah Haidar dan Rayyan.
"Kau nak pergi mana?" tanya Haidar.
"Nak ikut selamatkan Aisyah lah. Takkan nak pergi menonton wayang pula," balas Alisa kegeraman.
"Tak payah. Ini tugas orang lelaki. Nanti tak pasal-pasal satu hal pula kitorang semua nak kena selamatkan kau," tukas Haidar. Bullet proof jacket disarung ke badan. Begitu juga dengan Rayyan.
"Mana aci macam tu. Aku datang sini sebab nak tolong Aisyah bukannya nak tunggu kat sini macam tunggul kayu," bantah Alisa sambil menyilangkan tangan ke dada tanda protes. Agaknya lelaki yang sedang menghalangnya ini lupa bahawa dulu dia hampir dibelasah dengan teruk oleh Alisa.
"Aci kat India. Kau jangan nak acah kebal sangat. Wani ada pistol. Kemungkinan besar semua anak buah juga dibekalkan pistol. By hook or by crook, aku nak kau stay sini, arah Haidar. Alisa diam tidak membalas. Arahan keras daripada Haidar tidak dipedulikan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia akan menyelinap masuk selepas mereka semua masuk ke dalam. Tengoklah nanti.
Akan datang,
Alisa terdiam apabila dimarahi oleh Haidar.
"Kau memang nak mati ke? Dah banyak sangat buat amal kebaikan?" marah Haidar. Nasib baik dia sempat selamatkan gadis itu.
#seperti biasa jgn lupa vote dan komen klau story ni kena dgn citarasa anda 🙈
#kepada adik2 yg dh kena masuk asrama harini goodluck in your study.. Kat sana nnti jaga diri elok2..jgn lupa akak kat sini ahaksss 🤣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro