BAB 29
Wani melabuhkan duduknya di atas sofa yang terletak bertentangan dengan Tengku Omar. Datuknya yang sudah berumur 65 tahun itu kelihatan masih kuat dan bertenaga.
"Kenapa atuk nak jumpa dengan Wani?" soal Wani. Kuih muih yang terhidang di meja kopi dicapai dan dimasukkan ke dalam mulut.
"Lusa kita balik UK," arah Tengku Omar. Arahan dari Tengku Omar mematikan selera Wani. Kuih yang tidak sempat dihabiskan diletakkan semula di dalam piring. Sehelai tisu diambil lalu dilap jari yang memegang kuih tadi.
"But why? Kenapa baru sekarang atuk nak kita keluar dari Malaysia?" protes Wani tanda tidak puas hati. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja atuk membuat keputusan itu.
"Keadaan kat sini dah tak selamat. Pihak polis dah hidu pasal kegiatan kumpulan kita," terang Tengku Omar.
"Excuse me, atuk. Bukan kumpulan kita tapi atuk seorang je yang terlibat. Lagipun, Wani ada urusan yang belum selesai lagi kat sini. Atuk pergilah. Wani nak tinggal sini," bangkang Wani. Tidak betah hendak berlama di situ, dia bangun lalu meminta diri.
"Dia tak bersalah. Kenapa kamu masih tak puas hati lagi?" tanya Tengku Omar. Pelik betul dengan perangai cucunya seorang itu. Semua pegawai polis dan peguam mahkamah yang terlibat dengan kes perbicaraan Aisyah diberi rasuah untuk menutup hal yang sebenar. Ingatkan dendam si cucu akan berakhir di situ tapi makin menjadi-jadi semenjak Aisyah dilepaskan.
Soalan itu berjaya membuatkan langkah kakinya terhenti.
"Kita sama-sama tahu bukan budak perempuan tu pelakunya. Dian mati dis..."
"Tapi dia puncanya!" Suara ditinggikan untuk mencantas ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulut Tengku Omar. Hilang sudah rasa hormat pada insan yang bergelar atuk itu. Gigi dikertap kuat untuk menahan rasa marah. Selagi dia tak nampak perempuan itu terseksa di depan matanya, selagi itulah dia akan terus menerus menyeksa Aisyah.
Tengku Omar mengeleng kepala. Susahnya hendak melembutkan hati Wani. Selepas kematian Dian, cucunya itu berubah seratus peratus. Akibat dendam, semua tanggungjawab kepada syarikat dilepaskan begitu sahaja.
"Atuk tak payah nak nasihatkan Wani. Kalau atuk tu baik sangat, atuk takkan bagi kami dua beradik makan hasil duit haram syarikat atuk," sindir Wani. Senyuman sinis diberikan. Usai berkata-kata, langkah diatur menuju ke bilik. Dia tidak akan berhenti begitu sahaja.
Ayat terakhir yang meniti keluar dari mulut Wani membuatkan Tengku Omar terhenyak sendiri. Benar kata Wani. Kalaulah daripada dulu dia berfikir panjang, pasti semua ini tidak akan terjadi. Syarikat yang diusahakannya kini berada dalam pemantauan pihak polis. Teguh Holdings pernah mengalami masalah kewangan suatu masa dahulu. Hutang yang ditanggung bukannya sedikit. Tawaran dari sebuah kumpulan kongsi untuk melangsaikan kesemua hutangnya membuatkan pendirian Tengku Omar mulai goyah. Syarikatnya hanya perlu menjadi orang tengah untuk penyeludupan senjata api dari dalam dan luar negara. Tanpa berfikir tentang implikasi buruk pada masa hadapan, dia bersetuju. Namun, entah silapnya di mana, salah seorang dari pekerja mereka merupakan mata-mata polis. Nak menyesal pun sudah tiada gunanya.
Hari ini, Aisyah sudah dibenarkan pulang. Beg pakaian yang dibawa balik dari hospital dibawa oleh Mak Temah ke dalam rumah sewa Aisyah.
Aisyah menjemput Haidar singgah dahulu sementara ibu menghidangkan air di dapur. Alisa yang berada di sebelahnya masam mencuka. Kadang-kadang, dia ternampak Haidar dan Alisa merenung tajam sesama sendiri. Tak ubah seperti orang yang sedang bermusuhan.
"Aku masuk dulu tau Aisyah. Tiba-tiba pulak rasa panas kat luar ni. Sedangkan ada je angin," pinta Alisa. Tapi, bagi Haidar, ayat itu seperti ingin menyindirnya. Lelaki itu dijeling sekilas.
"Okey," balas Aisyah. Pandangannya dialih semula ke arah Haidar.
"Saya nak ucapkan terima kasih kat Encik Haidar sebab sudi jadi bodyguard saya," ujar Aisyah berterima kasih. Senyuman manis dihadiahkan buat lelaki itu.
"Itu memang dah kerja saya. Tak payahlah Aisyah nak berencik bagai. Panggil je saya Haidar. Lagipun, sebelum ni saya pernah siasat satu kes berkaitan dengan keluarga Tengku Syazwani. Dan malam tu pun, memang saya sengaja lepaskan Aisyah sebab saya tahu awak tak bersalah dalam hal ni," terang Haidar.
Kening Aisyah bertaut. "Kalau boleh saya tahu, kenapa Haidar siasat pasal keluarga Tengku Syazwani?" tanya Aisyah kehairanan.
"Syarikat milik keluarga Tengku Syazwani ada terlibat dengan kes penyeludupan senjata bahan api. Dah lama sebenarnya kes ni disiasat tapi pihak polis tak dapat nak kesan kegiatan tu sebab mereka licik. Kebetulan masa tu, saya merupakan undercover yang ditugaskan untuk selesaikan kes tu. Tengku Syazwani kemudiannya tawarkan saya tugas lain iaitu follow ke mana saja Aisyah pergi sebabnya dia nak balas dendam bagi pihak adik dia," jelas Haidar panjang lebar.
"Ouh," ujar Aisyah sambil menganguk tanda faham. Patutlah Haidar lepaskan dia malam tu.
Alisa melangkah keluar dengan menatang dulang yang mengandungi 3 biji gelas dan sepinggan kuih karipap. Jug yang berisi minuman Sunquick itu dituang ke dalam gelas yang telah ditelangkupkan mulutnya ke atas dari dalam rumah lagi. Sebiji gelas diletakkan di hadapan Haidar dan satu senyuman manis dihadiahkan.
"Jemput minum," pelawa Alisa. Dalam fikirannya sudah merencanakan sesuatu yang jahat untuk lelaki itu. Muahaha.
Tanpa mengesyaki apa-apa, gelas itu dicapai. Sebaik saja minuman itu menyapa deria rasa yang terdapat pada lidah, mukanya berkerut. Masin gila! Mata dihalakan ke arah Alisa yang sedang tergelak kecil di sebelah Aisyah.
"Tak guna punya perempuan. Boleh pula dia kenakan aku? Dah lah kesalahan haritu pun dia belum minta maaf lagi," getus hatinya. Aisyah yang tidak perasan akan hal itu kemudiannya meminta diri ke bilik untuk berehat. Tinggallah Alisa dan Haidar di situ.
"Sedap tak air tu? Maaflah, rumah kitorang dah kehabisan gula, tu yang aku pakai garam. Sedap tak?" soal Alisa tanpa sebarang rasa bersalah.
"Sedap gila. Nanti kalau aku datang bolehlah kau buat air macam ni lagi," perli Haidar tidak mahu kalah. Padahal dalam hati sudah berbakul sumpah seranah pada Alisa.
Gelas di hadapan Alisa teguk perlahan. Lega rasa tekak bila dapat minum Sunquick waktu cuaca panas. Sempat lagi dia mempamerkan wajah nikmat apabila air itu melepasi kerongkongnya. Haidar yang memandangnya hanya menayangkan muka menyampah.
"Eh, Dato Siti Nurhaliza lah," tipu Haidar sambil berdiri. Alisa lantas memandang ke belakang. Dahinya berkerut apabila tiada sesiapa di belakang.
Sedari Alisa yang sudah masuk ke perangkapnya, dengan pantas Haidar menuangkan baki air di dalam gelas yang diminum tadi ke dalam gelas Alisa. Ambik kau!
Mukanya dipalingkan semula ke depan.
"Tak de apa-apa pun. Kau saja kan kenakan aku?" marah Alisa sambil menghadiahkan satu renungan tajam ke arah lelaki itu.
"Lah aku tersilap orang kot. Yang kau pergi tengok kenapa?" ejek Haidar sambil memasukkan telefon dan dompet ke dalam poket seluar. Kunci kereta turut dicapai.
"Aku balik dulu. Nanti jangan lupa bagitau Aisyah," arah Haidar kemudiannya melangkah pergi. Alisa mencapai gelas minuman dan baki air diteguk untuk menghilangkan rasa marah.
Puff
Tersembur air yang diminum. Masinnya. "Haidar!" jerit Alisa kegeraman. Kurang asam betul! Dia kenakan aku balik.
Haidar yang berada tidak jauh dari situ ketawa terbahak-bahak. "Padan muka kau. Cari pasal sangat dengan aku. Hahahaha," ketawanya sambil melangkah pergi.
# bila lah dua orang ni nak berbaik 🤣
# ok xchap ni? 🙈klau xok pun bgtau ja tau.. In shaa Allah saya terima apa adanya 😂🌹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro