Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 23

Terkocoh-kocoh Alisa dan Aisyah berlari ke rumah sewa. Pintu pagar dikunci dengan menggunakan mangga sambil kepala menoleh ke kiri dan kanan memandang jika ada kelibat yang mengikuti mereka. Lantas kaki melangkah masuk ke dalam rumah sewa dan Aisyah terus mengunci pintu utama. Alisa berlalu ke ruang dapur untuk mengambil air manakala dia pula melepaskan lelah di atas sofa.

"Nak air?" Alisa menghulurkan segelas air suam kepadanya.

"Terima kasih." Aisyah menyambut gelas air yang dihulur. Air itu diteguk perlahan. Lega rasanya.

"Cuba kau cerita kat aku apa yang dah jadi sebenarnya? Siapa diorang tu? Kenapa sampai nak bunuh? Kau ada pinjam dengan ah long ke?" Bertubi-tubi soalan yang ditanya.

"Kau tengok muka aku ni macam sengkek sangat ke sampai nak bahayakan diri meminjam dengan diorang?" tanya Aisyah tidak berpuas hati.

"Tak delah. Kalau bukan ah long habis siapa? Kau ada bermusuh dengan siapa-siapa ke?" Tanya Alisa lagi.

Aisyah menghela nafas perlahan. Hanya ibu dan Syafiq sahaja yang mengetahui siapa dirinya. Pada Tengku Aminah pula, dia cuma mengkhabarkan bahawa dia hanya seorang insan pendosa yang ingin berhijrah ke arah yang lebih baik.

Liur diteguk perlahan. Nafas disedut dan dihembus sekali lagi sebelum menceritakan perkara yang sebenar.

"Alisa, aku tak salahkan kau kalau kau tak nak kawan dengan aku lagi dah lepas ni. Kalau kau nak aku keluar dari rumah ni pun aku sanggup tapi tolong bagi aku masa untuk cari rumah sewa lain." Mukadimah dimulakan terlebih dahulu. Bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan

"Wait, wait...Apa yang kau cuba sampaikan ni? Aku tak faham," soal Alisa sambil mengerutkan kening.

"Kesalahan apa yang kau buat sampai kau ingat yang aku akan suruh kau pindah rumah? Takkan lah kau pernah bunuh orang pulak? Muka baik macam ni kalau cakap pembunuh mana lah ada orang yang percaya," luah Alisa secara tak sengaja.

Dia nampak perubahan pada raut wajah Aisyah. Seperti sedang menanggung beban yang sangat besar.

"Ak...aku pembunuh," ujar Aisyah.

Bicara Aisyah itu ternyata membuatkan Alisa terdiam sendiri.

"Kau apa?" soal Alisa tidak percaya.

Dia menekup mulutnya. Mulut aku masin sangat ke?

"Aku pembunuh. Aku jahat. Ak...aku tak layak pun nak berkaw..." Kata-katanya terhenti sebaik sahaja tubuhnya berada dalam dakapan Alisa.

"Shhh, kalau kau dah bersedia, kau bagitau aku apa yang dah jadi. Stop judge yourself. Aku pun tak baik tapi aku berharap aku boleh ada dengan kau pada waktu susah dan senang kau," pintas Alisa laju.

Tangannya naik mengusap perlahan belakang badan Aisyah. Tidak lama kemudian, dia terdengar ada esakan halus.

"Ya Allah, aku rindukan Dian. Sungguh aku rindukan dia," rintih Aisyah. Kalau dulu waktu mereka berkawan rapat, dia selalu memeluk Dian jika gadis itu berdepan dengan masalah keluarga. Walaupun dia hanyalah seorang pendengar, tapi itulah yang membuatkan persahabatan mereka menjadi semakin akrab.

Sampai ke saat ini, dia tidak tahu di mana tempat Dian dikebumikan. Hanya doa yang dipanjatkan. Semoga sahabatnya itu ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman.



"Weh, dah sejam kita tunggu kat sini. Takkan lah diorang tak habis makan lagi? Datang makan ke masak makanan?" Ihsan menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

"Kau sabar boleh tak? Aku pun penat jugak." Haidar merenggus geram. Macamlah dia je yang menunggu dari tadi.

"Dah aku nak keluar. Nak pergi tengok ada ke tak lagi perempuan tu. Entah-entah dah berambus pun," putus Ihsan.

Kalau Aisyah sudah keluar dari kedai itu, sia-sia aja lah mereka menunggu dari tadi. Ingatkan kalau letak kereta dari jauh senang lah nak memerhati, tapi lagi menambah masalah adalah. Bijak pulak minah tu makan kat bahagian dalam.

"Menyusahkan betullah perempuan ni. Nasib baiklah bos bagi upah mahal. Kalau tak dah lama aku cabut. " Ihsan membebel sendiri sambil kaki diatur ke arah kedai makan yang Aisyah masuk tadi.

Haidar mendail nombor seseorang setelah memastikan keaadaan benar-benar selamat.

"Hello, tuan. Saya nak laporkan yang Aisyah dalam bahaya. Mereka rancang untuk langgar dia dan jadikan sebagai kes langgar lari. Saya risau tuan tak sempat selamatkan dia kali ni," ujar Haidar.

Entah kenapa dia rasa tak sedap hati dengan misi kali ini. Sesekali matanya mengerling ke arah luar. Takut jika terkantoi nanti. Undercover seperti dia perlu sentiasa berhati-hati. Musuh ada di mana-mana sahaja.

"Okey and thanks for the info. Aku nak kau hati-hati. Kau pun dalam bahaya," pesan suara di hujung sana.

"Noted tuan." Dia menekan butang di skrin untuk menamatkan panggilan.

Beberapa minit kemudian, Ihsan masuk ke dalam kereta.Wajah lelaki itu kelihatannya bengang. Haidar sebenarnya sudah tahu yang Aisyah menyedari kehadiran mereka tapi dia hanya berdiam diri. Bukan dia tak nampak wajah pucat Aisyah tadi.

"Tak guna betul. Aku ingatkan dia tu lurus bendul. Boleh pulak dia terlepas." Ihsan melepaskan geramnya dengan menghentak stereng. Kuat pulak tu.

"Rileks la bro. Esok kan ada lagi." Haidar bersuara selamba.

Ihsan mencengkam kuat baju Haidar.

"Rileks kau kata? Apa kita nak jawab kalau bos tanya?"

Haidar menepis kasar tangan yang mencengkam bajunya tapi tidak berjaya.

"Dia tu perempuan lah. Apa sangat yang boleh buat? Paling tak pun, sepahkan barang-barang dan pecahkan pasu-pasu kat markas kita tu. Hmmphh perempuan sama je." Haidar sengaja mengutuk bos di hadapan Ihsan. Hendak mengapi-apikan lelaki itu.

"Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau tu siapa sebenarnya. Kau ingat kalau kau tipu bos, kau boleh tipu aku?" matanya mencerlung tajam ke arah Haidar. Namun, sedikit pun tiada rasa gentar pada lelaki itu.

"Apa yang kau tahu pasal aku?" sindir Haidar. Sikit je lagi.

"Kau spy kan? Sebab tu kau tak culik je perempuan tu sedangkan malam tu kau dah masuk pun bilik dia. Kau ingat aku percaya dengan pembohongan kau tu?"

"Gotcha. Jadi betullah tekaan aku yang Ihsan memang dah tahu tentang identiti aku yang sebenar," bisik Haidar di dalam hati.

"So, kau tunggu apa lagi? Bagitau je lah bos siapa aku yang sebenarnya. Kan senang?" cabar Haidar lagi.

"Kau ingat bos nak percaya ke kalau takde bukti? Kau ingat dia tu bodoh?" Tangan yang mencengkam baju lelaki itu dilepaskan. Enjin kereta di start dan pedal minyak ditekan.

Haidar hanya mendiamkan diri. Selepas ini, dia perlu lebih berhati-hati. Jahanam semua plan nanti kalau identitinya sampai ke pengetahuan bos. Silap-silap haribulan, nyawanya yang melayang.


Seminggu kemudian

Dalam waktu seminggu ini, tiada apa-apa yang berlaku. Aisyah juga sudah berani keluar dari rumah. Itupun hendak ke surau sahaja.

Aisyah menyarung telekung ke tubuh. Setelah siap, dia membelek wajahnya di hadapan cermin. Takut jika ada anak rambut yang terkeluar.

Semasa melintasi ruang tamu, dia ternampak kelibat Alisa yang sedang berbaring mengerekot di atas sofa.

"Kau okey tak ni?" tanya Aisyah. Risau dia dengan keadaan kawannya itu.

"Aku period pain lah wei. Kau okey ke pergi surau sorang-sorang?" tanyanya sambil menekan perut. Sesekali mukanya berkerut menahan kesakitan.

"In Shaa Allah aku okey. Kau tu okey ke tak? Dah makan ubat belum?"

"Dah. Nanti lega lah sakit ni. Kau tu hati-hati. Kalau ada orang bagi coklat jangan ambik pulak" nasihatnya bercampur gurauan.

"Kau ingat aku budak-budak? In Shaa Allah tak de apa-apa lah. Okeylah aku pergi dulu. Jangan lupa nanti kunci pintu. Aku dah bawak kunci." pesannya sambil menyarung selipar.

"Okey," balas Alisa.

"Bismillahi tawakaltu alallah, walaa haula wala quwata illa billah
(Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya)." Dia memulakan langkah untuk ke masjid usai membaca doa keluar dari rumah.





Mak Temah menyenduk nasi ke dalam pinggan. Lauk pauk yang terhidang di atas meja hanya dipandang sepi. Rindunya dengan Aisyah padahal baru semalam Aisyah menghubungi dia. Semasa hendak menyenduk ayam masak merah ke dalam pinggan, entah macam mana Mak Temah tidak sengaja menjatuhkan gelas yang berisi air bandung.

Prangg

Gelas itu pecah dan kaca berterabur di atas lantai. Serentak itu, dadanya diurut perlahan.

"Astaghfirullah hal' azim, kenapa aku rasa tak sedap hati ni Ya Allah?" Tiba-tiba rasa tidak sedap hati. Seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

Doa dipanjatkan kepada Sang Pencipta. Semoga dia dan anaknya dilindungi dari perkara-perkara yang buruk.




Aisyah berjalan dengan laju. Hendak cepat sampai ke rumah. Lagipun malam ini dia bersendirian. Jemaah yang lain sudah lama pulang ke rumah. Ralit sangat dia bersembang dengan ahli jawatankuasa surau berkenaan dengan satu program ke rumah anak yatim bulan depan. Dalam tak sedar, jam telah pun menunjukkan jam 10 malam. Langkah dipercepatkan. Dah la jalan yang dia nak lalu sunyi. Nasib baiklah ada lampu jalan.

Ihsan tersenyum sinis melihat Aisyah yang sudah masuk ke perangkap. Dia mengerling Haidar yang sudah mabuk di ruang penumpang di sebelahnya. Pedal minyak laju ditekan dan sasarannya dikunci.

Aisyah rasa tubuhnya dilanggar dengan kuat dari arah belakang dan kepalanya terhantuk pada jalan tar. Darah mengalir keluar dari kepala, hidung dan mulut. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

"Allah." Hanya kalimah suci itu yang sempat disebut sebelum pandangannya menjadi gelap.






Haidar membuka matanya perlahan-lahan tatkala telinganya menangkap bunyi ketukan.

"Encik, bangun. Encik," jerit satu suara dari luar sambil mengetuk cermin kereta.

"Kenapa ramai sangat ni?" gumamnya perlahan. Dia pelik melihat orang ramai yang sedang berkerumun di tepi dan depan keretanya. Kepalanya berpinar-pinar. Langsung dia tak ingat apa yang sudah terjadi. Sedar-sedar je dah ada dalam kereta.

"Wait, kereta? Bila masa pulak aku bawak kereta?" tanyanya pada diri sendiri. Ketukan di cermin kereta memaksa dia melangkah keluar. Dia keluar dengan perasaan yang berdebar-debar.

"Apa yang dah jadi ni?" tanyanya pada lelaki yang mengetuk cermin kereta.

Bau arak yang kuat membuatkan orang awam yang berada di situ naik berang.

"Dasar pemabuk! Kau sedar tak yang kau dah langgar perempuan tu?" tengking lelaki itu sambil menunjuk ke arah Aisyah yang sudah diangkat oleh petugas dari hospital.

Matanya membesar sebelum kepalanya digeleng perlahan-lahan.

"Tak bukan aku yang langgar dia. Bukan aku." Pintu kereta dibuka dengan kalut. Haidar cuba melarikan diri dari situ. Dia tak bersalah. Bukan dia yang memandu. Bukan dia yang langgar Aisyah.

"Pegang dia. Jangan sampai dia larikan diri. Kita bawak je ke balai. Dah tahu mabuk yang pergi memandu jugak apasal?" salah seorang dari situ menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

#Alhamdulillah.. 1629 words.. Perghh bab plg pnjang penah tulis
#macam mana dgn bab ni?
#siapa sebenarnya Haidar dan betul ka dia yg langgar Aisyah? 😧
#jgn lupa vote dan komen.. 😚
#nak gi sambung buat report jap.. Tq sudi baca😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro