
BAB 16
Lelaki itu merenung Aisyah dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan. Hilang sudah senyuman sinis dan gelak jahat yang boleh membuatkan segala sendi-sendi menjadi lemah. Mukanya juga sudah bertukar ke mood serius.
''Aku cuma nak cakap sekali je. Kau dengar baik-baik. Ada orang cuba nak bunuh kau. Tapi, sebelum tu, dia nak seksa kau dulu. Dia akan buat macam-macam sampai kau rasa pada satu tahap, dia nak kau yang merayu untuk dibunuh. Mulai dari sekarang, make sure kau jangan pergi mana-mana berseorangan. Jangan mudah sangat percaya pada semua orang yang muncul di sekeliling kau," ucap lelaki itu.
Kening Aisyah bertaut. Motif dia bagitau semua tu?
Dia cuba mengumpulkan kekuatan yang ada.
''Ka...kau siapa? Si...siapa yang nak bunuh aku?'' tanya Aisyah tergagap-gagap.
''Orang yang nak bunuh kau tu...'' Belum sempat lelaki itu memberitahu siapa dalang di sebalik semua ini, seorang lagi lelaki yang ditugaskan untuk naik ke tingkat atas berlari turun ke bawah dan berteriak memanggil namanya.
''Haidar, mana kau? Chow, chow!'' teriak lelaki tadi.
Untuk mengelakkan berlakunya kecurigaan, Haidar menyuruh Aisyah menendangnya. Aisyah yang masih blur terpingga-pingga.
''Woi, cepatlah tendang aku. Nanti dia datang, dia culik kau, kau nak?" Separuh menjerit dia berkata tapi masih kedengaran seperti berbisik. Takut pulak rancangannya hancur.
Tanpa berfikir panjang, Aisyah menendang ke celah kelangkang lelaki itu. Membulat mata lelaki itu menerima tendangan maut dari Aisyah.
''Arghhh...'' Haidar mengerang kuat. Gila tak sakit. Raungan Haidar bergema di segenap sudut rumah.
Selepas itu, dia sengaja menjatuhkan badannya ke luar bilik Aisyah. Ihsan yang baru saja turun dari tingkat atas bergegas mendapatkannya.
''Kau okey tak weh?'' tanyanya kalut.
''K...kau ta...tak nampak ke?'' Soalan dibalas soalan. Macam ni punya teruk dia boleh tanya aku okey ke tak?
Kasar betul minah ni. Aku suruh tendang tempat lain, tempat lain yang dia bedal. Habislah kalau aku mandul lepas ni. Huwarghhh...
Tidak mahu terus berada di situ, Ihsan terus memapah Haidar keluar dari situ. Langkah yang dibawa ke pintu depan terhenti tatkala mendengar bunyi siren kereta polis. Terus dia membuka langkah laju ke pintu dapur.
''Weh, kau ni agak-agak lah. Pelan-pelan sikit boleh tak!'' Berkerut mukanya menahan sakit.
''Diam lah kau!'' tengking Ihsan. Dengan pantas Ihsan membuka pintu dapur sebelum kedua-dua mereka bertindak melarikan diri.
Aisyah masih lagi kaku di tempat tadi. Otaknya cuba mencerna apa yang sedang berlaku sebenarnya. Siapa yang nak bunuh dia? Bunyi siren polis yang kedengaran menyentakkannya. Dia terus teringatkan majikan dan cucunya yang sedang beradu di tingkat atas. Lantas kaki diatur ke sana. Dia baru tersedar bahawa bukan dia sahaja yang menghuni rumah itu.
''Ya Allah, lindungilah Tengku dan Adib," doanya. Kaki berlari laju memanjat tangga. Pintu bilik milik Tengku Aminah yang terbuka luas menarik perhatiannya. Terdengar juga suara esakan halus.
''Tok Ma, bangun,'' pinta Adib sambil menangis. Wajahnya dibanjiri dengan air mata.
Aisyah terkejut melihat Tengku Aminah yang sudah terbaring lesu di tepi meja solek dan Adib yang masih setia menangis di sisi sambil menggoncang tubuh Tengku Aminah.
Terus Aisyah meluru masuk dan memangku kepala Tengku Aminah.
''Tengku, bangun Tengku.'' Dia menampar lembut pipi Tengku Aminah. Masih tiada jawapan dari tubuh tua itu. Aisyah merasakan ada cecair hangat yang di ribanya. Matanya terbuntang luas.
Darah?
Syafiq menyuruh Aisyah dan Adib duduk di kerusi hospital. Dia ke kaunter jururawat untuk menguruskan hal pendaftaran Tengku Aminah.
''Adib, jangan nangis. Kita sama-sama doa supaya tok ma selamat eh,'' ujarnya lembut.
Kedua tanganya menyapu lembut muka Adib yang sudah basah dengan air mata.
Adib hanya mengangguk perlahan. Tangan kecil miliknya ditadah.
''Ya Allah, tolong selamatkan tok ma Adib. Adib janji tak nakal dah lepas ni. Adib janji akan selalu dengar cakap tok ma. Amin.'' Tangan naik meraup ke muka.
Aisyah juga turut mengaminkan doa itu. Tubuh kecil Adib ditarik perlahan mendekat ke tubuhnya dan dipeluk. Ubun-ubun Adib dicium penuh kasih. Dia cuba menenangkan anak kecil itu.
Terkocoh-kocoh Rayyan dan Wani menapak masuk ke dalam hospital. Terkejut bukan kepalang apabila dia mendapat berita bahawa mamanya dimasukkan ke hospital. Sampai saja di kaunter, dia terus bertanya.
Setelah mendapat tahu nombor bilik yang didiami oleh mamanya, dia terus berjalan mencari nombor bilik yang disebut jururawat sebentar tadi. Wani yang masih setia mengikutinya dari belakang tidak diendahkan. Hatinya berdoa semoga mama baik-baik saja.
Pintu bilik ditolak kasar. Terbentang kelibat mamanya yang terbaring lesu di atas katil hospital dengan kepala yang berbalut.
''Mama, bangun mama. Rayyan dah balik ni. Mama bangun.'' Dia meluru ke katil yang menempatkan Tengku Aminah. Mata-mata yang sedang memandangnya tidak dihiraukan.
''Encik, bagi ruang untuk mama encik rehat dulu. Alhamdulillah dia dah stabil,'' ujar seorang lelaki yang berdiri di sebelahnya.
''Kau siapa?'' tanyanya kebingungan. Agaknya lelaki ini yang menelefonnya tadi.
''Saya Syafiq, kawan Aisyah.'' Syafiq memperkenalkan diri.
Mendengar nama Aisyah yang menyapa halwa telinganya, mata lantas mencari tuan empunya nama. Dia melihat Aisyah yang sedang merenungnya dan memangku Adib yang sedang tidur di ribanya. Syafiq yang berada di depannya tidak dihiraukan. Kakinya diatur menghampiri mereka berdua. Lega melihat Adib dan Aisyah yang baik-baik saja.Wani yang sedang memerhati dari suatu sudut dilanda perasaan cemburu.
''Inilah Aisyah. Tak adalah lawa mana pun,'' katanya sambil tersenyum mengejek.
Dia melutut di hadapan Aisyah.
''Tengku, maafkan saya. Kalaulah saya...'' Ayat itu terhenti di situ. Aisyah rasa hendak menangis. Disebabkan rasa takutnya, Tengku Aminah tercedera. Kalau lah dari awal dia bertindak menendang lelaki itu, pasti Tengku Aminah takkan tercedera.
''Shhh dah jangan menangis. Aku tak salahkan kau pun. Meh bagi Adib pada aku. Kau mesti dah lengguh kan?'' ujarnya perlahan. Dia sempat menangkap kesan tompokan darah pada baju yang dipakai Aisyah. Mereka berbalas pandangan.
Dua pasang mata yang sedang ralit memandang adegan itu dilanda satu perasaan cemburu. Wani berdeham kuat sehingga menyentakkan kelakuan Rayyan yang leka memerhatikan wajah Aisyah.
Langkah Rayyan diatur mendekati Syafiq yang masih setia berdiri.
''Bro, aku nak mintak tolong kau boleh?'' tanya Rayyan sambil menyentuh bahu Syafiq.
#selamat membaca
#jangan lupa vote
#klau ada yg perlu diperbaiki, drop komen tau 😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro