BAB 12
Seorang lelaki melangkah masuk ke dalam restoran masakan Thai itu. Apabila ternampak kelibat bos, dia segera melangkah ke arah meja yang diduduki bosnya.
''Sorry bos, aku lambat." Dia meminta maaf. Traffic jam gara-gara ada kemalangan yang berlaku.
''Ada maklumat terbaru pasal perempuan tu?'' tanya satu figura yang duduk bertentangan dengan Haidar.
''Ada bos,'' jawabnya. Sebuah sampul surat diletak atas meja dan ditolak kepada bosnya.
Pantas tangan itu mengambil dan membuka sampul tersebut. Beberapa saat kemudian, senyuman tanda berpuas hati tersungging di bibir.
''Bagus. Nah, ni upah kau. Aku nak kau terus perhatikan dia dan cari semua maklumat berkenaan orang-orang yang rapat dengan dia.'' Sebuah sampul berisi duit ditolak ke arah Haidar. Haidar tersenyum suka. Gila tak suka dapat duit.
''Baki aku akan bagi kalau kau dapat cari apa yang aku nak,'' sambungnya lagi.
Setelah selesai urusan antara mereka, Haidar melangkah pergi. Tinggallah dia di situ keseorangan.
''Tak lama lagi dendam aku akan terbalas Aisyah. Just wait and see,'' ujar dia. Beberapa gambar Aisyah yang diambil secara senyap diperhatikan dengan penuh minat. Akhirnya penantiannya selama ini akan terbalas.
Hari ini dah genap dua bulan aku bekerja di rumah banglo ini. Alhamdulillah. Dapat lah juga dia kumpul duit. Sekarang ni aku dah pindah duduk kat rumah sewa. Lagipun Tengku Rayyan dah tinggal semula di banglo itu. Tak manis jika mereka duduk serumah walaupun ada Adib dan Tengku Aminah.
''Eh, tak pergi kerja lagi?'' sapa Alisa merangkap teman serumah Aisyah.
''Nak gerak dah ni. Nanti jangan lupa kunci pintu tau. Aku gerak dulu. Assalamualaikum,'' ucap Aisyah.
Alisa merupakan seorang guru tadika. Waktu dia pindah masuk ke sini, Alisa yang banyak menolongnya memindahkan barang-barang.
Aisyah menghulurkan duit grab kepada pemandu grab itu. Setelah mengucapkan terima kasih, dia melangkah keluar dari kereta itu.
''Lambat sampai. Nak curi tulang lagi ke?'' Sinis saja kata-kata itu menyapa halwa pendengarannya. Siapa lagi kalau bukan bapak singa tu.
''Maaf, Tengku Rayyan. Susah nak dapat grab tadi. Sebab itu lah saya lambat.'' Dia memberikan alasan.
Lelaki di depannya itu sedang mengelap peluh di dahi. Sudah menjadi rutin Rayyan akan berjoging tiga kali dalam seminggu.
''Ada aku kisah?'' balas Rayyan sambil tersenyum mengejek.
Aisyah sudah mati kata.
''Kan dah cakap. Mana pernah nak menang.'' Dia menggomel sendirian.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu. Semalam Tengku Aminah berpesan supaya hari ini dia cuma perlu menjaga Adib sahaja kerana hari ini dia ke Shah Alam. Ada kenduri kahwin anak kawannya di sana.
Aisyah naik ke atas tatkala melihat ruang tamu di rumah itu kosong. Kaki dihayun ke tingkat atas. Pintu bilik milik Adib dibuka perlahan. Dia tersenyum melihat kanak-kanak itu masih enak tidur.
''Adib, bangun sayang. Dah lewat ni,'' kejutnya. Adib mengeliat kecil bila ada tangan yang cuba mengejutkan dia bangun dan menyambung semula tidurnya. Aisyah pelik. Biasa Adib jenis yang mudah bangun. Sekali kejut dah jalan.
Tangan nya dibawa menyentuh dahi Adib.
''Ya Allah, panas. Demam rupanya.''
Selimut yang sedikit terselak dia betulkan. Lantas, pintu bilik milik Rayyan dituju. Pintu itu diketuk berkali-kali.
Pintu dibuka dari dalam. Raut wajah lelaki itu menyapa wajahnya.
Sesaat
Dua saat
Tiga saat
Dia terus berpaling ke belakang. Agaknya lelaki itu baru sudah mandi. Dengan rambut yang masih basah dan hanya bertuala. Bapak seksi. Nasib baik tuala dililit atas dari pusat. Kalau tak mesti dah dapat dosa free.
''Kau apahal? Dah tak ada kerja ke ketuk bilik aku?'' Dia bertanya dengan nada kasar.
Kelakuannya untuk memakai baju terhenti dek terdengar bunyi ketukan dari arah pintu.
''Sa.. saya nak min.. mintak tolong tengku bawak Adib ke hospital. Badan dia panas.'' Tergagap-gagap dia menjawab. Kesan dari terkejut tadi.
Tanpa sebarang pamitan, dia merempuh tubuh gadis itu dan melangkah laju ke bilik Adib. Nasib baiklah Aisyah sempat memegang bucu meja. Kalau tak, mesti dah terjatuh di situ.
Rayyan masuk memeriksa keadaan Adib. Aisyah hanya mengikut dari belakang. Dia punya sayang kat Adib sampai tak sempat nak pakai baju.
''Kau siapkan barang-barang untuk ke hospital. Nanti dah siap jumpa kat bawah,'' arah Rayyan.
Aisyah hanya menganguk.
Selepas pulang dari hospital, Aisyah meminta izin untuk menyediakan bubur untuk Adib. Alhamdulillah, syukur kerana anak kecil itu hanya demam biasa. Rayyan pula masuk dengan mendukung anak terunanya ke bilik. Usai meletakkan Adib di katil, dia turun ke bawah. Dahaga pulak rasanya.
Aisyah yang sedang memasak masih tidak menyedari kelibat Rayyan di situ.
''Kau lambat lagi ke?'' tanya Rayyan.
''Ouh mak kau meletop,'' latah Aisyah sehingga terketuk kepala Rayyan dengan sudip yang diguna untuk mengacau bubur. Mulut yang terlopong dengan kelakuan sendiri ditekup dengan tangan.
''Hoi, kau ni dah kenapa! Kau ingat aku tak bayar zakat?'' marah Rayyan sambil megusap perlahan kepalanya yang diketuk. Dah lah sakit.
''Ya Allah, saya minta maaf tengku. Saya tak sengaja. Saya mintak maaf sesangat.'' Dua telapak tangan dicantumkan dan bersungguh dia meminta maaf.
''Dah la kau. Cepat sikit siapkan bubur tu. Lambat betul,'' rungut Rayyan.
Dia beredar dari situ dengan memegang kepala yang sakit. Niat untuk mengusik gadis itu alih-alih dia pulak yang kena ketuk. Nasib baik sudip, kalau pisau, mesti dah arwah.
Aisyah mencebik. Siapa suruh terkejutkan dia.
''Dia yang terkejutkan kita. Kita pulak yang kena.'' Aisyah mengomel sendiri dan meneruskan aktiviti memasak tadi.
Mangkuk bubur diletakkan di tepi katil. Adib yang sedang lena itu diusap penuh simpati. Usapan di pipi itu menganggu lena Adib.
Terkesan dengan usapan itu, Adib bersuara.
''Mama...'' Adib mengumam perlahan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro