Bab 1
Rawan jua hati seorang lelaki,
andainya cinta itu datang dan pergi,
berkali-kali...
DEDAUN waktu berguguran lagi. Persis kuntum-kuntum sakura pada musim luruh. Musim silih berganti. Kitar usia juga pantas berpusing. Hari baru muncul sekali lagi.
Dani bangkit dari lena yang panjang. Sambil mengurut muka sembapnya, satu hela nafas dihembus tak bermaya. Perlahan-lahan dia bangun dan menapak ke jendela. Langsir diselak lalu pandangannya dilemparkan ke sekeliling. Jalur-jalur cahaya mentari mula jingga di kaki langit. Bunyi bising enjin dan roda kereta api menyusup ke liang telinganya tatkala melintasi sebuah kereta api yang membawa berpuluh-puluh gerabak panjang di atas landasan di sebelah Apartmen Komuter Raya itu.
Dia termenung seketika di jendela itu. Dedaun waktu disedarinya kian bersilih. Kitarannya juga dirasakan pantas sekali. Satu lagi hari yang baru. Namun, untuknya hari itu tetap suatu hari yang kosong dan sepi.
Perlahan-lahan tubuhnya dipusingkan. Dia menapak ke arah penyidai tuala. Sehelai tuala tebal dicapainya dan dililit ke pinggang. Langkah kemudian diaturnya ke arah ruang tamu apartmen yang baru seminggu diinapnya itu. Suis sebuah radio antik yang dibeli di pasar karat Shah Alam semalam dipetiknya. Omelan Halim Othman, Fizi dan Zulin kemudian menguasai ruang itu. Apa yang dicelotehkan tiga DJ itu sekadar menyusup sepintas lalu ke liang telinganya. Langkah kaki membawanya masuk ke bilik air.
Dia memandang kosong ke arah cermin yang terlekat di dinding di atas singki. Wajah cengkung dan lesunya terpantul di cermin itu. Rambutnya yang kian menjurai ke bahu juga kusut-masai. Sudah sekian lama tidak diuruskan dengan baik. Rerambut kasar juga sudah mula lebat dan liar di pinggir pipinya berselerak hingga ke bawah dagu. Hanya rerambut di bahagian atas bibirnya sahaja sedikit nipis. Tubuhnya juga semakin hari semakin susut. Lamunnya bertambah sepi. Sudah banyak yang berubah tentang dirinya.
Tangannya perlahan-lahan mencapai berus gigi. Cukup jelas perilaku seorang yang patah semangat. Dibubuh sedikit ubat gigi pada berus itu sebelum perlahan-lahan menyental giginya. Seketika, dia berkumur. Berus itu diletak semula ke dalam gelas di atas singki.
Tuala yang melilit pinggang ditanggalkan dan disangkut pada penyangkut yang terpaku di belakang pintu bilik air. Gerinya seperti anak sekolah yang malas membasah tubuh pada pagi hari. Segala-gala tentang hidupnya kini seolah-olah bergerak perlahan.
Pili paip diputar sehabis takuk. Air dingin kemudian terjun menjirus setiap inci tubuhnya. Dari hujung rambut ke hujung kaki. Kesejukan menyerap ke ulu hati. Lama juga dia membiarkan air paip itu membilas tubuhnya. Fikirannya sungguh kosong.
Lagu Yesterday dendangan The Beatles sayup-sayup kedengaran dari corong radio ketika dia keluar melewati pintu bilik air. Sehelai kemeja coklat berjalur kecil berjenama Padini kemudian dikenakan ke badannya dan dipadankan dengan slek cerah jenama Industrial. Seketika dia merapikan sedikit rambutnya di hadapan cermin sebelum menuju ke ruang dapur.
Sisa kopi malam tadi dihirup dua tiga teguk untuk membasahkan tekaknya. Rasa kelat sedikit payah untuk ditelannya. Selepas bendalir pahit hitam pekat dan berkeladak itu terjun ke perut, dia menggalas beg sandangnya. Sepatu New Balance hitam pekat disarungkan ke kaki. Sebelum melewati pintu, dia mencapai sebuah topi keledar yang rupanya seakan-akan cangkerang seekor kura-kura dari atas rak kasut.
Beberapa ketika kemudian, Vespa LX150 berwarna jingga yang baru beberapa hari dibeli membawanya meluncur ke tempat kerja dengan menyusuri Lebuhraya Persekutuan yang mula disesakkan dengan ratusan kenderaan yang satu hala tujuan, menuju ke ibu kota Kuala Lumpur.
Hari ini merupakan hari pertama dia bertugas di Yellow House, iaitu sebuah syarikat pengiklanan yang terletak di Bangsar South. Dia sebenarnya sudah ditawarkan jawatan di syarikat itu sejak dia berada di Tokyo lagi atas usaha rakan karibnya, Hafifi yang terlebih dahulu pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian di Jepun.
Hafifi merupakan kenalan kepada adik pemilik syarikat itu. Sebenarnya juga tidak susah pemilik syarikat itu untuk menawarkan jawatan kepada Dani di situ selepas melihat resume Dani yang pernah membina kerjaya di sebuah firma pengiklanan terkenal sewaktu di Tokyo. Hafifi juga bertanggungjawab menguruskan pembelian apartmen yang diinapnya kini. Usaha-usaha Hafifi itu adalah bertujuan untuk memujuknya pulang ke Malaysia.
Tiba di bangunan Yellow House yang dicat serba kuning, Amira di kaunter penyambut tetamu menyambut kedatangannya. Amira kemudian membawanya berjumpa dengan Miss Janet, iaitu pengurus dan pemilik syarikat pengiklanan itu.
Miss Janet, wanita berusia lewat 40-an kemudian memperkenalkan Dani kepada staf-staf yang lain sebelum dibawa ke bilik pejabatnya. Bilik itu sememangnya dikhaskan kepadanya memandangkan dia perlu lebih ketenangan dan bebas daripada sebarang gangguan ketika berkarya.
Dani telah diberikan satu projek iklan pada hari itu oleh Miss Janet. Miss Janet mahu dia menguruskan sebuah projek iklan daripada sebuah syarikat pengeluar kereta. Miss Janet mahu Dani menggunakan kepakarannya dalam mempengaruhi syarikat itu memandangkan projek iklan itu masih dalam peringkat perbincangan dan jika Dani berjaya meyakinkan syarikat itu, pasti akan membawa keuntungan yang besar kepada Yellow House.
Dani mula tekun dengan tugasnya. Sesekali dia meneliti butiran yang diberi oleh Miss Janet. Tangannya mula sibuk melakar konsep iklan itu pada kertas A3 sebelum dipindahkan ke komputer di meja kerjanya.
Seketika tugasnya terhenti bila ada satu butiran yang tidak difahaminya. Lantas dia mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada Miss Janet. Ketika dia mahu mengetuk pintu bilik Miss Janet, terjongol keluar seorang perempuan muda dari bilik itu bersama Miss Janet.
"Hah Dani, panjang umur kamu! Baru saya nak bawa Cik June ini berjumpa dengan kamu. Saya kenalkan Cik June Yasmine Kamaruddin dari Japan Motors," ujar Miss Janet tatkala melihatnya di depan pintu.
"Hi, nice to meet you," ucap perempuan muda bernama June itu sambil tersenyum.
"Hai, Danial Putra," balas Dani memperkenalkan namanya sambil menyambut salam yang dihulur oleh June walaupun sedikit segan.
"Cik June ini datang untuk membuat janji temu meeting bersama dengan bosnya, Mr. Yamaguchi iaitu Pengurus Pemasaran Japan Motors pada minggu hadapan," jelas Miss Janet.
Dani sekadar memberi respons dengan mengangguk sedikit kepalanya.
"Cik June, sebenarnya ini hari pertama Encik Danial bertugas di Yellow House. Encik Danial ini jugalah yang akan membuat perbentangan tentang konsep iklan pada meeting minggu depan itu nanti," jelas Miss Janet lagi.
"Oh ya ke? Tak sabar nak bekerjasama dengan Encik Danial nanti. Okeylah Miss Janet, Encik Danial, saya perlu minta diri dulu untuk pulang ke pejabat saya," pinta June kemudian.
Mereka sekali lagi bersalam sebelum June meninggalkan Yellow House. Dani kemudian berbincang seketika tentang butiran yang tidak difahaminya tadi di bilik Miss Janet sebelum kembali semula ke bilik pejabatnya.
Begitulah rutin baru hidup Danial Putra bin Ikmal Sani, seorang pemuda yang berusia 27 tahun, yang patah hati dan cuba membina kehidupan baru di tanah air sendiri. Kota Tokyo sudah jauh beribu batu dari pandangan matanya. Selain berjawatan sebagai pereka grafik, dia sebenarnya juga telah dilantik sebagai perunding kreatif di Yellow House dan bertugas di bahagian iklan televisyen.
Walaupun sedang membina kehidupan baru, yang nyata kini variasi rutin hariannya seakan-akan lenyap. Tiada lagi warna-warni seperti dahulu. Kini, setiap hari dia hanya menjalani kehidupan yang sama. Awal pagi keluar ke pejabat dan lewat petang kembali semula ke apartmen yang diinap bersendirian itu.
Ruang legar hidupnya hari demi hari kian sempit. Tiada lagi senyuman tulen terukir di bibir dan tiada lagi erti keriangan di wajahnya. Perkataan gembira seakan-akan sudah hilang dalam kamus hidupnya dan tertinggal di kota Tokyo, kota metropolis yang pernah memasyhurkan namanya.
Tujuh tahun dia membina kehidupan di kota itu. Lima tahun mengejar segulung ijazah dan dua tahun di alam kerjaya. Tujuh tahun itu juga, dia menikmati kemasyhuran dunia hiburan rock Jepun sebagai seorang komposer dan pemuzik. Namun, kini banyak waktunya hanya dihabiskan di apartmen bersebelahan landasan kereta api itu sahaja. Dia terkurung dan dibelenggu kisah-kisah silam. Kisah-kisah itu seakan-akan mengekori setiap hela nafasnya.Rawan jua hati seorang lelaki,

Tujuh tahun dia membina kehidupan di kota itu. Lima tahun mengejar segulung ijazah dan dua tahun di alam kerjaya. Tujuh tahun itu juga, dia menikmati kemasyhuran dunia hiburan rock Jepun sebagai seorang komposer dan pemuzik. Namun, kini banyak waktunya hanya dihabiskan di apartmen bersebelahan landasan kereta api itu sahaja. Dia terkurung dan dibelenggu kisah-kisah silam. Kisah-kisah itu seakan-akan mengekori setiap hela nafasnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro