Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Tiga puluh

3 minggu kemudian...

Belakang leher diurut perlahan kerana lenguh. Rachel melepaskan keluhan buat seketika apabila selesai mengemas rumah.

Jam dinding dipandang sebelum bibir bawahnya digigit. Lagi beberapa minit si suami akan pulang ke rumah.

Meja makan dituju. Sudut bibirnya terangkat apabila melihat makan malam sudah tersedia.

"Walaupun dia masih bencikan aku, sekurang-kurangnya dia dah nak makan dengan aku sekali." Ucap Rachel.

Loceng berbunyi menandakan lelaki itu sudah pulang. Pintu utama segera dihampiri lalu dibuka.

Baru sahaja tangannya bergerak hendak mengambil kot lelaki itu, Jinyoung sudah menghalang.

"Makanan dah siap?" Soalan pertama yang membuatkan gadis itu mengerutkan dahinya.

"Aku tanya ni.. kenapa diam?" Rachel menggelengkan kepalanya.

"D-dah... Awak mandilah dulu.. saya dah siapkan baju awak atas katil." Balas Rachel.

"Malas, aku lapar. Nak tengok laki kau mati kelaparan ke?" Soal Jinyoung lalu segera menghampiri meja makan.

Rachel hanya tersenyum.

"Kenapa tak makan?" Soal Jinyoung lagi apabila gadis itu hanya meminum susu.

Rachel hanya tersenyum. Dia bukannya tidak lapar, cuma tiada selera untuk makan. Cukuplah melihat suaminya makan bersamanya membuatkan dia sudah gembira.

Mana tahu dapat jadikan kenangan manis bila dia dah tiada.

"Saya tak ada selera nak makan. Awak makanlah." Balas Rachel membuatkan sudut bibir Jinyoung terangkat.

"Tak ada selera atau tunggu nak mati? Kau ingat dengan kau tak makan kau boleh mati? Daripada kau tak makan baik kau berdiri tengah jalan sampai kereta langgar kau. Mati terus!" Kata Jinyoung.

Rachel hanya mampu menundukkan wajahnya. Kata-kata lelaki itu sedikit sebanyak sangat menyakitkan hatinya. Namun dia kena kuat. Jangka hidupnya kini tidak lama.

Esok? Lusa? Atau sekejap lagi?

Rachel tersenyum. Jinyoung pula hanya mengabaikan gadis itu.

💮💮💮

"Puan Rachel, boleh kami minta puan segera datang ke hospital? Ada beberapa perkara yang perlu saya bincang dengan puan berkaitan dengan penderma. Kalau boleh segera."

"Baik doktor. Saya akan sampai secepatnya."

Talian dimatikan. Beg tangan segera dicapai lalu dia melangkah keluar dari bilik itu.

Jinyoung yang berada diruang tamu tidak dihiraukan.

"Nak ke mana?" Tanya Jinyoung membuatkan langkah gadis itu terhenti.

"Bukan urusan awak." Balas Rachel lalu segera keluar dari rumah itu.

Kerana rasa ingin tahu, Jinyoung segera mencapai kunci keretanya lalu mengikuti gadis itu senyap-senyap.

💮💮💮

"Saya harap awak segera berbincang dengan suami awak. Saya tak nak penyakit awak makin serius. Lagipun kita dah ada penderma. Tunggu masa untuk jalankan pembedahan sahaja." Ucap Doktor Jackson.

Rachel hanya tersenyum. Bukan dia tidak mahu, tetapi mungkin ini jalan yang terbaik untuk buat lelaki berubah?

"Baik doktor. Saya akan segera berbincang dengan suami saya." Balas Rachel.

Setelah itu dia pun meminta izin untuk pulang.

Sebaik sahaja Rachel keluar, Jinyoung segera menyerbu masuk ke dalam bilik itu.

"Doktor, boleh saya tahu perempuan tadi tu sakit apa?" Tanya Jinyoung.

"Maaf, sebelum tu boleh saya tahu tuan ni siapa?"

"Saya Jinyoung. Suami Rachel."

Jackson sekadar mengeluh sebelum wajah lelaki itu dipandang.

"Macam nilah tuan, sebaiknya tuan balik, tuan tanya sendiri apa penyakit puan Rachel. Sebagai doktor, saya tak berani nak ceritakan perihal peribadi pesakit. Lagipun puan Rachel tu isteri tuan sendiri."

Jinyoung mengangguk lalu tangan doktor itu dipegang.

"Eh korona." Ucap Jinyoung lalu segera bangun dan beredar dari situ.

💮💮💮

Rachel yang sedang sibuk menguruskan pakaiannya didalam almari terkejut apabila Jinyoung yang tiba-tiba sahaja meluru masuk ke dalam biliknya.

Laci meja digeledah mencari sesuatu. Habis kesemua barang Rachel yang berada didalam laci itu dikeluarkan.

"Yakk! Saya baru je kemas tadi! Janganlah sepahkan lagi!" Marah Rachel.

Jinyoung tidak menghiraukan gadis itu. Tangannya terus sibuk mencari sesuatu didalam sana.

Akhirnya barang yang dicari, sudah pun terjumpa. Sebiji botol yang dipenuhi dengan ubat pil dicapai lalu ditunjukkan kepada Rachel.

"Apa ni? Ubat apa ni?" Soal Jinyoung. Entah mengapa hatinya tiba-tiba sahaja terasa cemas.

"I-itukan ubat tambah darah s-saya. Awak pun dah tahu kan?" Balas Rachel namun Jinyoung menggelengkan kepalanya.

"Tipu! Jangan bodohkan aku, Rachel! Jawab ni ubat apa!?"

Rachel memandang wajah lelaki itu lalu bibirnya mengukir senyuman. Dengan berani, pipi lelaki itu cuba diusapnya.

"Bukan ini yang awak tunggu? Awak tunggu kematian saya kan? Awak nak saya mati. Awak dah dapat apa yang awak nak selama ini, Jinyoung." Balas Rachel.

Mata Jinyoung membulat. Tak disangka gadis itu betul-betul sedang menghampiri kematiannya.

"Bodoh! Kenapa kau buat semua ni!?" Marah Jinyoung sambil kedua tangannya memegang bahu gadis itu. Airmata gadis itu jatuh.

"Awak masih ingat Sehun? Lelaki yang tergilakan Hana?"

Jinyoung mengangguk.

"Dia yang bunuh Hana."

"T-tapi surat tu..."

"Surat tu Sehun yang buat. Dia gunakan saya untuk tutup kesalahan dia."

"Bodoh." Ucap Sehun.

"Tapi kenapa dia perlu bunuh Hana? Hana dah selamatkan aku! Dia tak perlu mati!" Jerit Jinyoung.

"J-Jinyoung..." Panggil Rachel sambil menyelak sedikit bajunya menampakkan kesan parut hasil pembedahannya.

Mata Jinyoung membulat sebelum kepalanya digelengkan.

"Jangan cakap kau..."

Rachel mengangguk. Patutlah setiap kali dia cuba mengelak baju gadis itu, Rachel laju menghalangnya.

Dan Hana pula tiada kesan parut mahupun kesan pembedahan.

"Bodoh.. kenapa kau buat semua ni??"

Tubuh gadis itu segera dibawa ke dalam pelukannya sebelum lelaki itu memeluknya dengan erat.

"Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Saya yang minta dengan mama supaya kita tak bercerai. Supaya saya dapat habiskan masa terakhir saya dengan awak."

Jinyoung menangis.

"Bodoh. Kau dah tinggalkan aku selama 2 tahun, sekarang kau nak pergi untuk selamanya?"

Rachel hanya tersenyum.

"Jika itu takdirnya..."

"Tak... Kau jangan risau, esok juga kita pergi hospital. Kau setuju ok untuk buat pembedahan?"

Jinyoung memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu mengharapkan gadis itu bersetuju. Kini dia betul-betul sedar, dia telah menyiakan gadis itu.

"Bukan awak nak saya mati?"

"Bodoh, Aku sayangkan kau dan aku cintakan kau. Tolong jangan tinggalkan aku lagi."

Tubuh Rachel dipeluk erat. Dagunya dilabuhkan pada bahu gadis itu. Jelas kedengaran di telinga Rachel yang lelaki itu sedang menangis teresak-esak.

Perlahan-lahan tangannya bergerak mengusap belakang lelaki itu.

"J-Jinyoung..."

"Tolong jangan tinggalkan aku. Tolong maafkan aku, Rachel. Aku bersalah pada kau selama ini. Tolong jangan tinggalkan aku lagi." Ucap Jinyoung diselangi dengan tangisnya.

Rachel tersenyum lalu pelukan itu dileraikan. Wajah Jinyoung yang menunduk itu dipandangnya.

"Dah lewat malam, esok awak ada kerja. Pergilah tidur, saya nak kemas balik bilik ni."

Jinyoung menggeleng lalu tangan gadis itu ditarik menuju ke arah katil.

"Aku nak tidur dengan kau malam ni dan hari-hari yang seterusnya, esok ikut aku pergi hospital. Tiada bantahan." Kata Jinyoung sambil membaringkan tubuhnya diatas katil sebelum dia menarik gadis itu ke dalam dakapannya.

Rachel hanya tersenyum lalu memeluk tubuh lelaki itu. Dahi Rachel berkerut tatkala terasa perutnya diusap-usap. Lantas wajah Jinyoung dipandang.

"Kalau bukan aku yang bodoh, mesti anak kita masih ada, kan?" Soal Jinyoung sebelum dahi gadis itu dikucup lembut.

Rachel tersenyum.

"Awak tak bodoh, mungkin bukan rezeki kita lagi untuk ada anak." Balas Rachel.

"Maafkan aku, sayang." Ucap Jinyoung lagi.

Rachel menganggukkan kepalanya lalu mengajak lelaki itu tidur.














































































Let's kill this love!!! Ram pang pang prang pang pang!!!

Btw thanks for support 😘

Jangan lupa vomment tau 😗✨

Satu chapter lagi bakal berlabuhnya tirai fanfic nii..

Jadi sebelum nak labuhnya tirai nii.. suggestkanlah sikit kat Sya nak buat cerita baru 🌝😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro