Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

tiga


2 tahun kemudian...

Rachel menundukkan wajahnya sambil menahan tangis. Proses penceraian yang memakan masa hampir berjam-jam itu membuatkan hatinya bertambah sakit.

Ya, gadis itu telah pun bercerai bersama lelaki pilihan keluarganya. Mahligai yang dibina dan tidak bersandarkan pada cinta memang perit untuk dilaluinya selama dua tahun itu.

Itu satu. Yang lebih memeritkan lagi, suaminya mempunyai perempuan lain dibelakangnya. Mereka saling tidak mencintai antara satu sama lain jadi wajarlah jika suaminya mempunyai perempuan lain.

Akhirnya mereka memilih untuk bercerai dan telah pun dipersetujui oleh kedua-dua belah keluarga.

"Rachel, ok?" Soal puan Kim sambil mengusap lembut bahu anak gadisnya itu.

Perlahan-lahan Rachel mengangguk lalu tangisnya tumpah membuatkan puan Kim panik melihat anak gadisnya itu.

"Rachel? Kenapa ni, sayang?" Soal puan Kim lagi.

"Ibu... Rachel rindu dia.. Rachel rindukan Jinyoung, ibu.. Rachel nak jumpa dia." Luah si gadis itu. Cukup dua tahun dia memendamkan perasaan itu sendiri. Kali ini dia sudah tidak mampu lagi. Dia betul-betul rindukan lelaki yang bernama Park Jinyoung itu.

Puan Kim hanya diam. Dia tidak tahu mahu berkata apa pada anak gadisnya itu. Hatinya cukup sedih dan menyesal atas apa yang mereka lakukan pada Rachel 2 tahun yang lepas.

Ya, mereka pentingkan pangkat dan harta sehingga anak mereka yang menjadi mangsa. Namun setelah mengetahui yang Rachel cukup menderita atas apa yang mereka lakukan, barulah mereka sedar bahawa pangkat dan harta itu tidak penting sama sekali.

Andai masa boleh diputar kembali, pasti Rachel sudah bahagia bersama dengan lelaki pilihannya.

"Ibu, Rachel nak jumpa Jinyoung." Kata Rachel. Dari tadi dia asyik mengulang perkataan yang sama namun puan Kim hanya diam. Dia buntu.

"Rachel..." Panggil Tuan Kim lalu tubuh anak gadisnya dipeluk.

"Maafkan papa, nak. Semua salah papa. Kalau kami tak pentingkan diri, pasti Rachel tak akan lalui semua ini." Ucap Tuan Kim.

Airmata Rachel tumpah lagi. Hatinya cukup sakit. Tidak semudah 123 untuk dia memaafkan segala kesalahan orangtuanya. Namun setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesalahan, dan dia perlu memaafkan orang tuanya.

Perlahan-lahan tangannya memegang tangan tuan Kim lalu bibirnya mengukir senyuman manis.

"Tak apa, papa. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan Rachel tak pernah salahkan ibu dan papa." Ucap Rachel.

"Rachel masih cintakan dia?" Soal tuan Kim.

Rachel mengangguk lalu airmatanya dilap oleh tuan Kim.

"Pergilah cari dia. Mulai sekarang papa dan ibu akan hormat segala apa keputusan Rachel selepas ini." Ucap tuan Kim lalu tersenyum.

Rachel ketawa kecil.

"Terima kasih papa, ibu." Balas Rachel lalu tubuhnya dipeluk oleh kedua-dua orang tuanya.

****

2 tahun cukup membuatkan dia menjadi seorang yang sangat liar.

Park Jinyoung, lelaki itu sudah jauh berbeza dari sebelumnya. Jika dulu dia anti minuman keras, tetapi sekarang tidak lagi. Bahkan minuman itu sudah menjadi kegemarannya. Jika dulu  dia terkenal dengan sifat yang sangat baik dikalangan kawan-kawannya, tetapi sekarang dia lah yang paling nakal diantara kawan-kawannya yang lain. Setiap hari pasti ada sahaja wanita yang ditidurinya ataupun dibawa pulang ke rumahnya.

Perwatakannya dan juga cara percakapannya sudah jauh berubah sehingga keluarganya sendiri sudah buntu dan tidak tahu mahu berbuat apa lagi untuk merubah lelaki itu kembali seperti dulu.








































































Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro