❤️TAMAT❤️
Pagi yang indah, kena lah mulakan hari dengan keceriaan kan? Begitu juga dengan si gadis yang kini sedang sibuk mengemaskan rumahnya.
Siapa tidak gembira kan kalau apa yang kita mahukan, tercapai?
Bibir Rachel menguntum senyuman tatkala melihat sebingkai gambarnya bersama dengan Jinyoung.
Akhirnya, apa yang dia mahu segalanya tercapai. Perubahan lelaki itu betul-betul menggembirakan hatinya.
Memandangkan pagi masih awal dan Jinyoung pun sudah berangkat ke tempat kerjanya, jadi dia memilih untuk mengemas rumah.
Baru sahaja bakul baju kotor diangkat, deringan telefon bimbit mematikan niatnya. Lantas bakul itu kembali diletakkan di atas lantai.
Telefonnya yang berada diatas meja solek segera diambil dan diangkat.
"J-Jinyoung..." Airmata gadis itu jatuh. Telefon yang berada ditangannya turut terlepas akibat terkejut mendengar berita yang baru disampaikan oleh si pemanggil.
Ya, gadis itu mendapat panggilan dari pihak hospital memberitahu bahawa suaminya telah terlibat dalam sebuah kemalangan sehingga menyebabkan jantung lelaki itu pecah.
Dengan langkah yang berat, Rachel menguatkan dirinya untuk ke hospital.
🌤️🌤️🌤️
Di wad 2209, dimana Jinyoung masih menjalani rawatan. Rachel tidak duduk diam, gadis itu begitu takut jika terjadi apa-apa pada lelaki itu. Puas ibu Jinyoung memujuknya untuk bertenang, namun gadis itu tetap dengan emosinya.
Nasib tidak menyebelahi gadis itu apabila secara tiba-tiba sahaja Rachel rebah di atas lantai lalu pengsan. Habis panik puan park dan suami dibuatnya.
Tanpa berlengah, tubuh gadis itu segera dibawa oleh jururawat yang bertugas ke bilik rawatan yang lain. Mungkin terlalu risau dan takut membuat badan gadis itu lemah dan akhirnya pengsan.
"Puan..."
Puan park menoleh. Sesusuk tubuh milik seorang lelaki dipandang.
"I'm sorry..."
Lelaki itu duduk melutut di atas lantai sambil menundukkan wajahnya.
Kening dikerutkan sebelum wanita itu meneliti setiap inci wajah lelaki itu.
"Kau nak apa? Tak puas lagi nak ganggu rumahtangga anak aku?" Soal puan park. Dingin.
Sehun mengangkat wajahnya. Mata lelaki itu jelas kelihatan merah kerana menangis.
"Saya datang nak serah diri saya. Saya bersalah selama ini, saya tak patut jadikan Rachel mangsa keadaan.."
"Huh, kalau nak serah diri bukan kat hospital tapi kat balai polis. Serah diri kat hospital dapat apa?" Sinis puan park menyindir.
"Kerana mereka, saya datang untuk serahkan diri saya pada pihak hospital. Jinyoung perlukan penderma jantung, puan boleh ambil jantung saya. Rachel, dia perlukan buah pinggang. Puan boleh ambil buah pinggang saya. Saya siap untuk semua ini, saya nak tebus balik apa yang saya dah buat selama ini kat diorang." Balas lelaki itu.
Puan park sedikit terkejut.
"Kau ni gila ke apa? Kalau kau tiada jantung dan buah pinggang, macam mana kau nak hidup?" Soal puan park lagi.
"Saya tak perlukan hidup lagi. Tolong terima permintaan saya. Buat kali terakhir." Jawab Sehun.
Disebelahnya sudah berdirinya seorang doktor yang akan menguruskan pembedahannya nanti. Dia hanya tunggu jawapan dari mulut wanita itu.
Puan park mengeluh.
"Kalau itu yang kau nak, teruskanlah. Pasal kau nanti, aku akan ceritakan kat diorang berdua."
Sehun tersenyum lalu dia berdiri. Badan ditundukkan sedikit tanda hormat sebelum dia beredar dari situ.
🌤️🌤️🌤️
1 minggu kemudian...
Wajah pucat Jinyoung yang masih belum sedar dipandang oleh puan park.
Kedua-duanya masih belum sedar. Sudah seminggu lebih dia mengharapkan yang sama agar kedua-dua permata hatinya sedar.
"Jinyoung?"
Mata dibuka secara perlahan-lahan. Pancaran silau lampu itu menyukarkan Jinyoung untuk membuka matanya namun digagahkan jua.
Puan park tersenyum.
"Jinyoung dah sedar. Lama mama tunggu tau.." ucap wanita itu dengan tangisnya.
"Rachel mana? Dia tak lawat Jinyoung ke?" Soal Jinyoung. Senyuman wanita itu langsung pudar.
Ketika pembedahan gadis itu, ada berlaku sedikit sedikit kesilapan yang boleh meragut nyawa gadis itu. Namun Tuhan masih mengizinkan gadis itu untuk terus hidup. Dan kini gadis itu sedang koma.
"Rachel ada di sini, sayang." Ucap puan park sambil tangannya memegang dada anak lelakinya.
"Mama... Tolong jangan buat Jinyoung takut.. bagitau Jinyoung mana Rachel?" Lelaki itu mula tidak senang.
Betulkah dugaan yang gadis itu akan pergi meninggalkannya buat selama-lamanya? Tak, dia belum bersedia. Dia masih belum bersedia untuk menerimanya..
"Jinyoung jangan risau ok? Sekarang ni anak mama rehat dulu. Nanti kalau dah betul-betul baik, mama bawa Rachel ke sini ok?"
Jinyoung mengangguk walaupun terlalu berat untuk dia bersetuju dengan kata-kata ibunya.
"Rachel please bangun sayang. Mama tak kuat kalau Jinyoung pun tak kuat. Bila Rachel nak bangun? Suami kamu dah bangun sayang.. please bangun... Kami semua rindukan Rachel.. tolong jangan tinggalkan kami.."
🌤️🌤️🌤️
7 tahun kemudian...
Kubur yang tersergam indah itu ditatap oleh Jinyoung. Airmata diseka. Walaupun perit, dia perlu bersyukur masih ada insan seperti dia.
Airmata yang hampir jatuh segera diseka.
"Rehatlah kau dengan tenang. Aku dan keluarga aku akan sentiasa menyayangi dan mendoakan kau. Terima kasih atas pengorbanan kau untuk kami."
Sekuntum bunga mawar merah dihidu seketika sebelum diletakkan diatas pusara indah itu.
Setelah itu, kakinya mula melangkah meninggalkan kawasan perkuburan itu.
Setibanya di rumah, bibirnya mengukir senyum tatkala melihat seorang kanak-kanak lelaki berlari ke arahnya.
"Mommy!! Daddy dah balik!!" Jerit kanak-kanak itu.
Tubuh si kecil diangkat lalu dicium pipi gebu anaknya itu.
"Lambat awak balik? Dah makan?" Soal Rachel sebelum dahinya dikucup lembut oleh Jinyoung.
"Belum. Saya lawat kubur Sehun dan Hana tadi."
Rachel tersenyum.
"Baby macam mana ok? Dah tendang-tendang belum? Soal Jinyoung sambil mengusap lembut perut Rachel yang memboyot itu.
"Aigoo awak ni tak sabar sangat."
Jinyoung hanya ketawa kecil.
"Yalah mana tahu boleh buat yg ketiga pulak."
Tanpa apa-apa, kepala lelaki itu diketuk. Jinyoung hanya mampu mengaduh sakit.
"Ada anak kita kat sini. Jangan nak cemarkan otak anak saya." Balas Rachel lalu melangkah pergi ke arah dapur.
"Sayang, kopi saya jangan lupa!" Jerit Jinyoung yang berada di ruang tamu.
"Sayang, susu saya jangan lupa juga!!" Si anak turut melakukan hal yang sama membuatkan lelaki itu membulatkan matanya.
"Hei mana boleh panggil mama macam tu. Papa je boleh tau."
"Kenapa pulak? Mama kan mama Jin Ra."
"Tapi mama isteri papa." Si ayah tidak mahu mengalah. Seronok betul berperang lidah dengan anak sulungnya itu.
"Tak, mama tu mama JinRa seorang je. Papa tak boleh."
"Aigoo.. jangan bergaduh boy. JinRa naik atas dan mandi. Nanti turun makan sama-sama." Ucap Rachel mematikan pertelingkahan antara dua beranak itu.
"Thanks sayang." Ucap Jinyoung sebaik sahaja gadis itu melabuhkan punggungnya.
"Saya yang sepatutnya ucap terima kasih. Tanpa awak, saya tak kuat macam ni."
"Cuz i'm your babyboy.."
"No.. You are not my babyboy, but you are my daddy such a bad liar."
_TAMAT_
ARGH FINALLY DAH HABIS!!😭😭😭
THANKS UOLLS YANG SENTIASA SUPPORT FF NI EVEN FF NI X BERAPA BAGUS.. THANK YOU SO MUCH 💖💖 I LOVE U GUYS!!😭😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro