Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

sembilan belas

Tubuh Hana menggigil kesejukan. Sudah lebih dua jam gadis itu berada dibawah pancuran air yang sejuk ditambah lagi dengan kedinginan malam.

Sudut bibir Jinyoung terangkat sambil memandang tajam ke arah gadis itu sebelum air arak ditangannya diteguk rakus.

"Sejuk? Kesian... Siapa suruh melawan cakap , kan dah kena." Ucap Jinyoung. Tangannya bergerak mengusap lembut kepala gadis itu.

Rachel hanya diam. Kini dia betul-betul sudah tidak berdaya. Sudahlah dia masih dalam tempoh berpantang, tetapi sedikit pun lelaki itu tidak mahu memberi gadis itu rehat.

Wajah Rachel dipandang sebelum jarinya bergerak mengusap bibir Rachel yang sudah pucat itu.

Bunyi ketukan pintu mematikan niat Jinyoung untuk mencium bibir gadis itu. Lantas matanya digulingkan.

"Tuan, maaf.. puan Hana cari tuan. Dia baru balik."

"Tch! Kacaulah! Cakap kat dia tunggu dalam bilik!"

Diam.

Jinyoung mendengus geram lalu wajah Rachel dipandang semula.

"T-tolong j-jangan apa-apakan saya..." Rayu Rachel tatkala melihat lelaki itu cuba menanggalkan bajunya.

Jinyoung hanya tertawa sinis. Tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukannya sebelum bibir gadis itu dikucup beberapa kali.

Rachel hanya berpeluk tubuh. Sedaya upaya menghalang Jinyoung yang hendak menanggalkan pakaiannya.

Sekali lagi dia mendengus geram. Ketukan pada pintu membuatkan dia geram.

"TAK FAHAM BAHASA KE!?"

"Jinyoung? Ni ibu.. Jinyoung dan Rachel kat dalam ke?"

Mata Jinyoung terbuntang buat seketika sebelum dia menelan air liur dengan payah.

Lantas dia bangun lalu pintu dibuka sedikit. Bibirnya mengukir senyuman.

"Ibu. Bila sampai?"

"Ibu ada projek kat sini. Alang-alang tu singgah lah sekejap. Rachel mana? Buat apa dua-dua dalam bilik air?"

"Rachel... Dia demam. Ha demam. Jinyoung suruh mandi tapi dia tak nak. Tu yang jinyoung mandikan dia." Tipu Jinyoung.

"Lahh, demam.. Kalau macam tu selesaikanlah dia. Ibu tunggu kat bawah. Ok?"

"Baik, ibu." Pintu ditutup kembali lalu gadis itu segera dihampiri.

"Dengar sini, aku nak kau kunci mulut kau. Kalau sampai ibu tahu, aku tak teragak-agak untuk bunuh kau! Faham!?"

Rachel hanya mengangguk perlahan. Setelah itu tubuh gadis itu segera diangkat dan dibawa keluar.

🌤️🌤️🌤️

Selimut yang tebal digunakan untuk menyelimuti tubuh Rachel.  Gadis itu masih menggigil kesejukan.

"Teruknya demam anak ibu ni.. dah pergi klinik, belum?"

Baru sahaja Rachel hendak membuka mulut, Jinyoung laju memotong.

"Ibu, takkan ibu tak kenal anak ibu? Rachel kan tak suka bau ubat-ubatan. Tu yang Jinyoung tak bawa dia tu. Lagipun Jinyoung dah panggil doktor tadi, kan sayang?" Balas Jinyoung sambil memeluk erat gadis itu.

Senyuman nipis terukir pada bibir Rachel sebelum dia mengangguk perlahan.

"Tapi papa tengok macam bukan demam je." Ucap Tuan Kim sambil mengamati wajah anak gadisnya itu.

Air muka Jinyoung berubah. Tetapi cepat-cepat dia mengawalnya.

"Akh..."

Rachel meringis perlahan tatkala perutnya tiba-tiba sahaja sakit.

"Sayang? Kenapa ni?" Soal Jinyoung lembut. Tangan gadis itu dicengkam kuat tanpa disedari oleh kedua-dua mertuanya.

"T-tak ada apa-apa. C-cuma perut sakit.." Balas Rachel membuatkan lelaki itu tertawa kecil.

"Oh ni mesti tak makan lagi kan? Ibu kenal sangat anak ibu ni.. demam je susah nak makan."

"Betul tu, ibu. Tak apa kejap lagi saya suapkan dia makan."

"Oklah kalau macam tu. Ibu dan papa dah lambat. Rachel, maafkan ibu sebab tak dapat nak lama-lama."

"Baik ibu. Papa, hati-hati bawa kereta."

Hilang sahaja kedua orang tua itu dari pandangan mereka, satu tamparan hebat hinggap di pipi mulus gadis itu.

"Dasar anak cengeng! Sikit-sikit manja! Sekarang kau bangun, pergi dapur dan makan! Tak kuasa aku nak suap kau!" Ucap Jinyoung lalu bangun.

"Bibik! Bibik!" Jerit Jinyoung. Mak Andam segera datang dengan terburu-buru.

"Hana mana? Tadi kata dia dah balik?" Soal Jinyoung.

"P-puan Hana dah keluar balik sebelum tuan Kim dan isteri dia sampai."

Jinyoung mengangguk sebelum dia menjeling ke arah Rachel yang masih berselimut.

"Perempuan tu, jangan lupa bagi makan. Aku nak keluar cari Hana. Ubat dia ada dalam laci meja dalam bilik aku. Jangan lupa, nanti mati menyusahkan pula." Kata Jinyoung lalu kunci kereta dicapai sebelum dia melangkah keluar.

Mak Andam hanya mengangguk lalu segera menghampiri Rachel yang sudah separuh nazak. K joking. Hahahaha..

Gadis itu dipapah perlahan-lahan dan dibawa masuk ke dalam bilik.






























































Chak!

Muehehehehe!!

Jangan lupa vomment tau 😉😘

Sayang korang 💖💖💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro