Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

satu


"TINGGALKAN DIA ATAU HIDUP DIA AKAN MUSNAH!!"

"KALAU KAMU DEGIL, SEMUA YANG ADA PADA KAMU AKAN HILANG DAN PAPA TAK AKAN TERAGAK-AGAK UPAH ORANG-ORANG PAPA UNTUK BUNUH DIA!!!!"

"KAHWIN DENGAN PILIHAN PAPA!! MUKTAMAD!!"

Rachel memejamkan matanya rapat. Kata-kata papanya kembali terngiang-ngiang di telinganya. Airmatanya laju mengalir.

Dia tidak mahu berpisah dengan lelaki itu tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu nyawa lelaki itu dalam keadaan bahaya.

3 tahun dia menjalinkan hubungan itu bersama dengan lelaki dan semudah itu papanya mahu dia memutuskan hubungan dengan lelaki itu.

Dia tidak tahu mahu berbuat apa. Hatinya buntu. Tangannya dihentak-hentakkan pada stereng kereta. Tangisannya pecah tatkala mengingati wajah lelaki yang cukup dia cintai.

Dari jauh dia dapat melihat lelaki itu sedang menunggunya. Airmatanya dilap. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum dihembuskan semula cuba untuk menenangkan dirinya.

Perlahan-lahan dia menapak keluar dari kereta lalu segera menghampiri lelaki itu.

Airmukanya sedaya upaya dikawal supaya tidak kelihatan yang dia sedang menangis.

"Dah lama awak tunggu?" Soal Rachel tanpa memandang ke arah lelaki itu.

"Tak. Tak lama pun. Sayang..."

"Mari kita berpisah." Ucap Rachel.

3 perkataan itu cukup membuatkan lelaki itu tercengang dan terkejut.

Rachel memandang ke arah lelaki itu lalu airmatanya tumpah.

"S-saya tak faham? B-berpisah? A-apa awak cakap ni?"

Bertubi-tubi soalan yang dikeluarkan oleh lelaki itu kepada Rachel namun riak wajah Rachel kelihatan biasa sahaja.

"I'm sorry. I don't love you anymore." Balas Rachel lalu airmatanya dilap kasar.

Park Jinyoung, sekali lagi hatinya remuk. Tangan gadis itu dicapainya. Dia cuba untuk melihat kedalam anak mata gadis itu namun gadis itu berkeras mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Apa salah saya? Apa kurangnya saya? Beritahu saya, saya akan perbetulkan semuanya." Kata Jinyoung dengan penuh mengharap.

Gadis itu menggeleng laju diiringi dengan airmata yang mengalir.

"Tolong lepaskan saya. Dan saya juga akan kahwin dengan pilihan hati saya." Kata Rachel membuatkan lelaki itu cukup terkejut.

"Tak! Tak, Rachel. Jangan tipu saya. Saya tahu awak masih cintakan saya." Ucap Jinyoung.

"Cukup Jinyoung. Awak tak faham apa lagi ke yang saya dah tak cintakan awak." Balas Rachel sambil melepaskan pegangan tangan Jinyoung pada tangannya.

"Rachel, please. 3 tahun dah kita bersama. Takkan semudah itu awak nak putuskan hubungan ni. Tell me, Rachel. What's wrong with you?" Kata Jinyoung lagi.

Tak mungkin semudah 123 dia mahu memutuskan hubungan ini.

"I'm sorry." Ucap Rachel Lau segera beredar dari situ.

"RACHEL! KIM RACHEL!! ANDWAE!!!"

Jinyoung jatuh terduduk di atas lantai itu lalu dia menumbuk sekuat-kuatnya lantai itu.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Saya ikhlaskan cintakan awak. 3 tahun saya pertahankan cinta kita. Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa, kenapa Rachel?" Ujar Jinyoung.

Airmata jantannya keluar. Dia menangis semahu-mahunya. Perit. Sangat perit untuk dia terima semua ini.

3 tahun dia melalui susah senang bersama dengan gadis itu. Kini tiada lagi. Tiada lagi yang akan bergelak ketawa bersamanya, bergurau senda bersamanya.


































Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro