Lima
"NO!!!"
Kata-kata puan park dibantah sekeras-kerasnya oleh Jinyoung. Rachel yang berada di sebelah puan park dipandang tajam manakala gadis itu hanya menundukkan wajahnya kerana takut akan lelaki itu.
"Mommy dah lupa ke apa yang dia buat pada Jinyoung dulu?" Soal Jinyoung.
"Mommy ingat, sebab tu mommy nak kamu kahwin dengan Rachel." Jawab puan park.
Jinyoung mengepal tangannya menahan geram.
"Mommy, Jinyoung dah tak cintakan dia. Dan Jinyoung masih muda untuk berumah tangga." Kata Jinyoung.
"Ini untuk kebaikan kamu juga. Mommy penat tengok watak kamu yang sekarang ni. Sekurang-kurangnya, Rachel dah menyesal atas apa yang dia lakukan pada kamu dulu dan dia nak menebus balik segala kesalahan dia. Lagipun mommy dah dengar semua penjelasan dia." Ujar Puan park.
Jinyoung berdecit geram.
"Setakat dengar penjelasan, mommy nak suruh Jinyoung kahwin dengan dia? Tak. Jinyoung tak nak kahwin dengan dia."
"Ok, jawatan CEO yang mommy janjikan untuk diberikan kepada kamu, mommy akan serahkan pada sepupu kamu, Eric." Kata puan park membuatkan Jinyoung membulatkan matanya tanda terkejut.
"No! No! Eric tak boleh dapatkan jawatan tu." Ucap Jinyoung sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Kalau macam tu, kahwin dengan Rachel dan jawatan tu mommy akan serahkan pada kamu." Balas puan park.
Jinyoung menyerabutkan rambutnya.
"Mommy tinggalkan kami. Jinyoung nak bercakap sekejap dengan perempuan ni." Kata Jinyoung lalu puan park bangun dan terus beredar dari situ.
"Kau dengar sini perempuan. Aku akan kahwin dengan kau sebab aku nakkan jawatan tu sahaja. Dan jangan ingat perkahwinan kita akan bahagia seperti orang lain." Kata Jinyoung.
Wajah Jinyoung dipandang dengan pandangan terkejut.
"Takkan sikit pun awak taknak beri saya peluang?"
Jinyoung tersenyum sinis.
"Eh, perempuan. Lepas apa kau dah buat pada aku dulu, ingat senang-senang je aku nak maafkan kau? Huh! Dalam mimpi jelah."
"Awak..."
Jinyoung mengangkat tangannya menyuruh gadis itu diam.
"Itu baru sikit aku nak bagitahu kau. Selebihnya aku akan beritahu selepas kita sah menjadi suami isteri." Ucap Jinyoung lalu bangun dan turut beredar dari situ. Perkataan 'sah' ditekankan sedikit oleh Jinyoung menyebabkan mulut gadis itu terlopong.
Dia tidak percaya lelaki itu berubah sedemikian rupa dalam masa 2 tahun.
Perlahan-lahan airmatanya jatuh. Hatinya sebak dan pedih teringatkan kata-kata lelaki itu tadi.
Eheks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Thanks for support!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro