Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

lapan belas


City mall, Seoul...

Hana melihat keadaan di sekeliling sekitar kawasan itu untuk mencari keberadaan Jinyoung. Sudah lebih satu jam dia tidak melihat susuk tubuh lelaki sejak lelaki itu ke tandas.

Seketika kemudian mata Han terbuntang saat melihat Jinyoung dan Sehun sedang bertumbuk di satu tempat yang sunyi.

"JINYOUNG!! SEHUN!!"

Gadis itu segera berlari ke arah mereka. Tubuh Jinyoung ditarik supaya pergaduhan itu terlerai.

"Sehun! Berapa kali saya nak beritahu awak yang jangan ganggu saya lagi!?"

Sehun mendengus geram.

"Kau!! Selagi aku tak dapat kau, selagi tu aku takkan berhenti ganggu kau!!" Marah Sehun.

"Diam kau!! Dia tak nak kau, terimalah kenyataan!!"

"Kau tu buka sikit mata kau!! Kau dah ada bini!!"

"Hati aku! Suka hati lah!!"

"Cukup!! Cukup!! Sehun sekali lagi saya ulang tolong berhenti ganggu saya!! Ramai lagi wanita yang lebih baik dari saya kat luar sana!!"

"Aku nak kau!! Aku nak kau!!"

BUK!!

"Tak faham bahasa eh? Lepas ni aku taknak tengok muka kau lagi! Jom!" Ucap Jinyoung lalu tangan Hana ditarik kasar beredar dari situ.

"KAU AKAN MENYESAL, BODOH!!"

🌤️🌤️🌤️

Rachel memasukkan segala surat-surat yang sudah disiapkan olehnya kedalam sebuah fail. Setelah itu dia bangun lalu menuju ke dalam bilik pejabat Jinyoung.

Pintu dibuka perlahan. Lantas matanya membulat saat melihat ke arah dua orang insan yang sibuk bercumbu mesra.

Rachel berdehem untuk menghentikan aktiviti mereka itu tetapi langsung tidak diendahkan. Bahkan mereka langsung tidak menyedari akan kehadirannya.

Rachel mengetap bibir perlahan tatkala airmatanya hendak jatuh. Segera fail ditangannya diletakkan di atas meja itu lalu dia keluar dari bilik itu.

Airmata tumpah jua. Rachel berlari keluar dari bilik itu.

"Rachel? Kau nak ke mana?" Soal Liya apabila melihat Rachel seperti itu.

"Tak ada apa-apa. Saya cuma penat. Saya nak balik dulu."

"Tipu. Mesti Jinyoung ada buat sesuatu kat kau sampai jadi macam ni."

Rachel hanya menggelengkan kepalanya lalu keluar.

"RACHEL!!"

Baru sahaja dia hendak mengajak gadis itu balik bersamanya, tiba-tiba sahaja sebuah kereta entah dari mana datang menculik Rachel.

Liya cemas. Cepat-cepat dia kembali masuk ke dalam bangunan itu lalu menuju masuk kedalam bilik pejabat milik Jinyoung.

"JINYOUNG!!!"

🌤️🌤️🌤️

Rachel menangis ketakutan. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja dia diculik.

Sehun menjilat bibir bawahnya sebelum wajah gadis itu dipandang lama.

"Kau cantik tapi kenapa dia tak suka kau ya?"

Rachel hanya diam. Tubuhnya masih menggigil ketakutan.

"Kalau dia tak dapat bahagiakan kau, apakata biarkan aku je? Lagipun dia dah bahagia dengan Hana." Ucap Sehun sambil membelai lembut rambut gadis itu.

"T-tolong jangan apa-apakan saya.. saya merayu.."

Sehun tertawa sinis.

"Tenang.. aku takkan apa-apa kau. Tapi aku cuma nak sedarkan lelaki tak guna tu!" Ucap Sehun lalu cuba menyembamkan mukanya pada leher gadis itu. Tapi Rachel cepat-cepat menghalangnya.

"Saya merayu... Tolong jangan apa-apakan saya.."

"Kalau dia boleh ambil hak aku, kenapa aku tak boleh?" Tambah Sehun.

"Saya merayu... Saya cintakan dia.. saya--- akhh!" Ucapan gadis itu terhenti tatkala perutnya tiba-tiba sahaja sakit.

Rachel tidak berhenti dari menjerit kesakitan membuatkan lelaki itu panik.

"Rachel kau ok?" Soal Sehun namun gadis itu hanya menggelengkan kepalanya.

"Laju! Laju! Pergi hospital! Cepat!" Jerit Sehun kepada pembantunya.

Tanpa berlengah, pembantunya segera menyahut dan terus memecut laju.

Namun malang tidak berbau....

🌤️🌤️🌤️

"JINYOUNG!!"

Liya menjerit sekuat hatinya membuatkan Jinyoung terhenti lalu matanya dipejamkan buat seketika menahan geram.

"What's wrong with you? Kau tahu tak Rachel kena culik!? Semua ni disebabkan kau tau!"

Bukannya panik malah Jinyoung tertawa kecil membuatkan Liya semakin geram.

"Baguslah dia kena culik. Mungkin ada yang berkenan dengan dia." Kata Jinyoung lalu ketawa.

"Kau memang tak berhati perut. Aku..." Belum sempat gadis itu hendak menyambung kata-katanya, terpotong oleh bunyi telefonnya.

"RACHEL KEMALANGAN!? TUBUH DIA HANCUR!? POLIS TENGAH KUTIP SERPIHAN TUBUH DIA!?" Jerit Liya. Mulutnya ditekup. Airmata sedaya upaya ditahan agar tidak jatuh.

Jinyoung yang baru sahaja hendak kembali mencium Hana, terus menolak tubuh gadis itu hingga terjatuh ke lantai.

"Rachel..."

Mata Liya memandang tajam ke arah lelaki itu.

" Apa kau kisah!? Sambung kerja terkutuk kau tu!" Ucap Liya lalu segera beredar dari situ.

Jinyoung menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan. Tangan Hana segera ditarik lalu dia turut menuju ke hospital.

🌤️🌤️🌤️

Rachel yang sedang duduk sambil menyembamkan muka pada lututnya segera dihampiri oleh Liya. Tubuh gadis itu dipeluk erat.

Liya menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya dia terselamat dari kemalangan kecil itu.

Namun yang membuatkan Rachel sedih adalah anaknya. Dia keguguran buat kali kedua tanpa dia sedar ada nyawa yang menghuni rahimnya.

"Saya gugur lagi, Liya... Saya gugur... Jahat sangat ke saya sampai tiada seorang pun yang nak bersama dengan saya?"

Airmata Rachel tidak berhenti mengalir. Tangannya sedari tadi asyik mengusap perutnya.

Sebelum kemalangan kecil itu berlaku tadi, perut Rachel sudah pun sakit. Namun kerana kemalangan itu, membuatkan gadis itu terkejut sekaligus menyebabkan kandungan gadis itu gugur.

Dengan segera tubuh Rachel ditarik ke dalam pelukannya. Cuba menenangkan gadis itu.

"Sabar Rachel.. aku tahu kau kuat.. mungkin Tuhan sedang persiapkan untuk korang yang lebih baik.." ucap Liya sambil mengusap lembut bahu gadis itu.

Rachel hanya mampu menangis.

"Jap, macam mana dengan penculik kau tu?" Soal Liya tatkala teringatkan kejadian tadi.

"Dia dah pergi sebaik saja hantar aku kat sini." Jawab Rachel.

"Hantar kau? Baiknya penculik tu.. tapi apa motif dia nak culik kau, eh? Kau nampak muka dia? Kita buat laporan polis nak?"

"N-nampak.. dia pun ada sebut nama Hana.."

"Kita buat laporan polis!"

Rachel menggeleng laju. Tidak setuju dengan cadangan kawannya.

"J-jangan. Dia takkan ganggu aku lagi.."

"Kau yakin? Benda ni bukan main-main tau.. lagipun ini bukan kali pertama kau gugur tau.. kali kedua kau hilang anak kau." Ujar Liya.

Bunyi tepukan tangan dari seseorang mengejutkan mereka.

"J-Jinyoung?"

Jinyoung tersenyum sinis lalu menghampiri gadis itu. Wajah Rachel dipandang sebelum dia memandang ke arah Liya.

"Keluar. Tinggalkan aku dengan perempuan ni. Kalau boleh, balik terus." Ucap Jinyoung. Dingin.

Liya menghela nafas lalu wajah Rachel dipandang. Rachel hanya mengangguk perlahan. Setelah itu, Liya pun keluar.

"Akh..."

Rachel meringis perlahan tatkala rambutnya ditarik kasar oleh Jinyoung. Jinyoung hanya tersenyum sinis.

"Sakit ke?"

"S-sakit..."

"Tch! Tak puas menjalang sampai buaya darat datang culik kau minta dipuaskan? Berapa eh diorang bayar kau?"

"J-Jinyoung... S-sakit..."

"Apa tadi? Kali kedua kau gugur? Nampak sangat perempuan murahan kat situ kan? Itu menunjukkan bukan anak aku!"

Rachel masih menahan sakitnya.

"Sekarang aku nak kau bangun dan BALIK! Kau lambat, siap sedia untuk terima hidangan 'mantap' malam ni.." kata Jinyoung. Rambut gadis itu dilepas kasar lalu segera beredar dari situ.

Dengan keadaannya yang masih lemah, Rachel segera bangun. Dinding dipegang menahan tubuhnya daripada jatuh.

"J-Jinyoung? Boleh ke kalau saya selesaikan rawatan saya dulu?" Soal Rachel dengan berani. Walaupun takut, dia terpaksa demi kesihatannya.

Jinyoung memandang wajah gadis itu sebelum dia tertawa sinis.

"Sekarang siapa suami? Aku ke kau? Daripada kau selesaikan rawatan kau tu, baik kau selesaikan segala kelengkapan mati kau nanti! Daripada hidup , menyusahkan! Lebih baik mati!!"

Bahu gadis itu terhinjut sedikit akibat terkejut. Wajahnya hanya ditundukkan. Kata-kata lelaki itu sangat menyakitkan hatinya. Walaupun begitu, dia perlu bersabar. Dia perlu mengubah semula lelaki itu. Tetapi sejauh mana dia harus bersabar? Atau mungkinkah dengan kematiannya dapat mengubah semula lelaki itu?






















Sudah bersediakah dengan kematian Rachel?

Muehehehehe 🤣🤣

Jangan lupa vomment tau 😉😘

Happy 1205 patah perkataan 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro