Lapan
Double update!!!
Rachel membuka matanya perlahan-lahan. Wajah Jinyoung yang masih diulit mimpi itu dipandangnya seketika. Airmatanya menitis keluar tatkala teringatkan kejadian malam tadi.
Rasa sakit seluruh tubuhnya menyukarkannya untuk bergerak. Tangan Jinyoung yang masih melingkar pada pinggangnya dialihkan dengan berhati-hati supaya tidak mengganggu tidur lelaki itu.
Perlahan-lahan dia bangun lalu selimut kecil diambil untuk membaluti tubuhnya. Baju-bajunya dan juga baju Jinyoung yang berterabur di atas lantai dikutip lalu dia segera menapak keluar dari bilik lelaki itu.
Seusai membersihkan dirinya, dia terus turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan pagi.
"Jinyoung, saya dah siapkan sarapan untuk awak. Makanlah dulu." Ucap Rachel.
Tanpa menjawab, lelaki itu terus duduk diatas kerusi lalu menjamah makanan itu.
"Hari ni aku balik lambat. Jangan tunggu aku." Kata Jinyoung lalu telur keluar dari rumah itu apabila selesai menjamah makanannya.
Rachel hanya melepaskan keluhan kecil. Kepalanya diletakkan diatas meja buat seketika.
Rasa perit akibat diperlakukan secara kasar malam tadi masih tidak lari dari fikirannya. Setiap kali dia cuba melupakannya, pasti tidak berhasil. Diketuk-ketuk kepalanya beberapa kali sebelum dia menggelengkan kepalanya.
Setelah itu dia bangun dan meja makan dikemaskan sebelum dia beralih ke ruang tamu untuk menonton televisyen.
Namun tiada sebarang yang menarik. Keluhan dilepaskan lagi.
TING!!
Loceng rumahnya ditekan oleh seseorang. Dia bingkas bangun lalu pintu rumah itu dibukanya.
"Morning my honey!!" Jerit Liya lalu tubuh gadis itu dipeluk. Rachel terkejut lalu cuba membalas pelukan itu.
"M-maaflah, Jinyoung baru je keluar. Jadi dia tak ada kat rumah." Ucap Rachel mbuatkan Liya ketawa.
"Aku bukan nak jumpa dia lah. Yang aku nak jumpa, kau. Aku nak jumpa kau." Balas Liya membuatkan Rachel pelik.
"Saya?"
"Ya lah. Buat apa nak jumpa mamat tu. Aku nak ajak kau jalan-jalan. Kau nak tak?"
Rachel menggaru lehernya.
"Boleh, tapi jap saya bagitahu Jinyoung dulu. Awak masuklah dulu." Kata Rachel lalu berjalan menuju ke arah meja dimana terletaknya telefon dia.
"Jap, kenapa kau jalan macam tu?" Soal Liya apabila melihat Rachel yang terhinjut-hinjut.
"S-saya... S-sakit..."
"Oh aku faham. Kalau camtu tak payahlah keluar. Kita borak-borak dalam rumah je."
Rachel berfikir sejenak sebelum dia menganggukkan kepalanya. Liya yang sudah duduk di atas sofa dihampirinya.
"Awak tak buat apa-apa ke?" Soal Rachel.
Liya mencebikkan mulutnya apabila disoal begitu.
"B-bukan saya nak halau awak, saya tanya awak, je?"
Liya tersenyum lalu tangan Rachel dicapai. Dia mengelus perlahan tangan itu sebelum wajah Rachel dipandang.
"Untung kan? Jinyoung dapat isteri macam kau. Baik, cantik." Ucap Liya.
"Awak pun cantik dan baik juga." Balas Rachel membuatkan Liya ketawa.
"Kenapa awak tak nak jumpa Jinyoung?" Soal Rachel pelik.
"Ish, kau ni. Aku dengan dia kawan jelah. Tak lebih pun. Tapi Jinyoung tu yang suka lebih-lebih sejak aku rapat dengan dia." Ujar Liya.
"Maksudnya kau? Tapi waktu kat mall tu kan kau cakap..."
"Aku gurau jelah. Memang Jinyoung sekarang kaki perempuan sejak dia kena tinggal dengan teman wanita dia, tapi aku tak tersenarai dalam kaki perempuan dia itu. Aku cuma nak uji kau je, takut-takut kau cemburu lepastu tarik rambut aku ke pukul aku ke." Balas Liya lalu ketawa.
"Jadi awak dah lama kenal dia?"
Liya mengangguk.
"Haah, masa tu saya tak sengaja terlanggar dia, lepastu dari situ kami mula berkawan. Dan segala apa masalah kami suka berkongsi bersama. Jinyoung ada juga cerita pasal bekas teman wanita dia tu. Jap nama apa ehh?"
Sedang dia asyik sibuk memerah otaknya, tiba-tiba wajah Rachel dipandang dengan terkejut.
"Jangan cakap yang kau...."
Perlahan-lahan Rachel mengangguk.
"So sweet. Cinta korang berdua sungguh kuat sampai korang berjumpa semula." Kata Liya.
"Tapi dia tak macam dulu. Sekarang dia jauh berubah." Ucap Rachel lalu menyeka air matanya yang hampir jatuh.
"It's okay, dear. Ambil sebanyak masa untuk dapatkan hati dia balik. Biasalah lelaki kalau dah kena macam tu, memang hati batu lah." Ujar Liya.
Wajah Liya dipandangnya.
"Awak cintakan dia?" Soal Rachel lagi manakala Liya mengukir senyuman.
"Tipulah kalau tak cintakan dia. Tapi sekarang aku anggap sebagai kawan je. Tak lebih dari itu."
"Maafkan saya."
"Jangan salahkan diri kau. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku yakin suatu hari nanti, walau apa pun yang terjadi, Jinyoung pasti akan terima kau balik. Percayalah cakap aku."
"Thanks Liya."
"Kalau camtu apakata mulai sekarang, kita kawan?" Ucap Liya lalu tersenyum.
Perlahan-lahan Rachel mengangguk. Sikap Liya yang mesra itu membuatkan hatinya yakin bahawa Liya seorang yang baik. Dari percakapan gadis itu dia sudah mengagak bahawa gadis itu bukan jenis seorang yang suka melakukan hal yang bukan-bukan.
"Yeah!!! I have a new friend!!!" Jerit Liya lalu memeluk tubuh gadis itu dengan erat.
Setelah itu mereka mula bergelak ketawa.
Bosan kan?
Ahaks!
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro