enam belas
Sehelai gaun merah dibaling kasar oleh Jinyoung ke arah Rachel yang sedang menyelubungi dirinya didalam selimut. Gadis itu masih dengan masih dengan tangisnya.
Usai menyarungkan pakaian pada tubuhnya, Jinyoung segera menghampiri gadis itu. Rambut gadis itu diusap perlahan sebelum sudut bibirnya terangkat.
"Sakit ke?" Soal Jinyoung sambil jari-jemarinya ligat bermain pada wajah gadis itu. Rachel diam. Gadis itu sekadar memejamkan matanya. Kejadian malam tadi terus sahaja bermain-main di fikirannya. Disetubuhi tidak ubah seperti dirogol secara kasar.
"Bangun dan mandi. Lepastu kita balik. Tapi sebelum tu kita gi makan dulu. Ok?"
Rachel masih diam. Kesakitan yang dialami pada seluruh tubuhnya, membuatkan gadis itu tidak mahu membuka matanya.
"Bangun. Sebelum aku ubah fikiran." Tambah Jinyoung lagi.
Rachel membuka matanya perlahan-lahan. Gadis itu bangun sambil meringis sakit. Lantas gaun merah tadi diambil lalu dia segera menuju masuk ke dalam bilik air.
🌤️🌤️🌤️
Pankek yang sudah lama dipesan hanya dipandang kosong. Rachel hanya bermain-main dengan jarinya sambil menundukkan wajahnya. Bukan kerana tidak berselera, tetapi kerana mulutnya yang sakit membuatkan dia susah untuk membuka mulut.
"Kenapa tak makan? Nak aku suap?" Soal Jinyoung.
Rachel menggeleng.
"Saya tiada selera." Tipu Rachel.
"Jangan nak tipu aku. Aku tahu mulut kau sakit. Makan sebelum aku paksa kau."
Rachel akur. Lantas pankek itu dipotong kecil lalu disuakan ke dalam mulutnya. Gadis itu sedikit meringis sakit tatkala cuba memasukkan makanan itu ke dalam mulutnya walaupun sudah dipotong kecil.
Makan sikit rasa apa?
Jinyoung tersenyum sinis. Biar gadis itu rasa apa yang dia rasa selama ini.
"Jinyoung? Rachel?"
Susuk tubuh si empunya pemanggil dipandang. Liya hanya tersenyum. Sejuk hatinya melihat pasangan itu sedang berdua-duaan tetapi dalam masa yang sama, dia juga aneh kerana Jinyoung jarang membawa gadis itu keluar apatah lagi makan bersama.
"Liya." Ucap Jinyoung lalu dia berdehem. Sejak dia mendapat tahu yang Liya akan bertunang dengan Youngjae yang merupakan pekerjanya, jarang sekali dia bersua muka dengan gadis itu. Lagipun dia sudah tidak kisah, dia sudah mendapatkan Hana. Jadi gadis itu dibiarkan sahaja mahu membuat apa.
Rachel pula cepat-cepat menundukkan wajahnya. Takut Jika Liya melihat karya yang dihasilkan oleh Jinyoung pada wajahnya.
"Perempuan, kau masuk kereta dulu." Arah Jinyoung pada Rachel. Lantas Rachel mengangguk lalu segera beredar dari situ.
Kini Liya mengambil alih tempat duduk gadis itu. Wajah Jinyoung dipandang manakala lelaki itu hanya memandang ke arah lain.
"Kenapa susah sangat kau terima dia balik? Tadi masa aku singgah rumah kau sekejap, kenapa ada perempuan lain? Ouh maybe she's your maid?" Berbagai-bagai soalan yang diajukan kepada lelaki itu.
"Antara aku dengan perempuan itu, bukan urusan kau. And for your information, she's not my maid. But she's my girl."
Mata Liya terbuntang.
"Wow!! Perempuan ke berapa tu? Hebat kau ya!"
Jinyoung mengangkat bahunya sambil mulutnya dicebikkan.
"It's me, Park Jinyoung. Dan harapan aku, berhentilah dari terus berhubung dengan Rachel."
Liya menggaru keningnya sambil sudut bibirnya terangkat.
"Antara kau dengan Rachel, memang bukan urusan aku. Tapi antara aku dan Rachel adalah urusan aku! Kalau aku tahu apa-apa yang berlaku pada Rachel, bersiaplah kau!" Marah Liya lalu dia bangun dan segera beredar dari situ.
Lelaki itu betul-betul tidak sedarkan diri. Apa dia ingat Rachel tu patung yang boleh dimainkan sesuka hati? Lagipun Rachel dah minta maaf dari dia. Susah sangat ke nak terima dia balik?
Jinyoung mengetap rahangnya menahan geram. Tangannya turut dikepalkan.
Lelaki itu sempat memukul meja sebelum dia juga bangun dan beredar dari situ.
🌤️🌤️🌤️
Liya berjalan dengan mundar-mandir. Sekejap dia bangun sekejap dia berdiri. Dah macam cacing kepanasan Youngjae melihat gadis itu.
"Awak kenapa? Pening saya dibuat awak."
Liya berdecit perlahan sebelum dia melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu.
"Saya risaukan Rachel, lah. Saya betul-betul kasihankan dia. Kalau boleh saya nak bawa Rachel tinggal dengan saya."
Youngjae tersenyum.
"Awak, Rachel tu dah jadi isteri orang. Hak dia ada pada suami dia. Awak tak boleh buat dia sesuka hati awak je."
"Tapi saya takut kalau apa-apa berlaku pada dia. Dia yang bantu saya selama ni. Sekarang saya lah pula yang bantu dia. Saya takut je kalau tiba-tiba Jinyoung dera dia ke, pukul dia ke. Dan yang paling menakutkan, entah-entah dia bunuh Rachel."
"Awak... Cuba fikir yang baik-baik sikit. Ni tak, dari tadi asyik negatif je."
"Tengoklah lelaki semua sama sahaja. Langsung tiada perasaan kat perempuan."
"Kalau saya tiada perasaan kat perempuan, kenapa kita bercinta? Kenapa saya ajak awak kahwin dengan saya? Kalau macam tu kita batalkan pertunangan kita, dan saya cari pasangan yang sejenis dengan saya, nak?"
Liya diam. Mulutnya ditepuk-tepuk beberapa kali.
"Alaa ok-ok maafkan saya. Saya cuma risaukan Rachel je."
"Dah lebih baik awak pergi mandi, tenangkan diri awak. Jangan risau, tiada apa-apa yang akan berlaku."
Wajah Youngjae dipandang tajam sebelum gadis itu mengangguk. Lantas dia bangun lalu terus menuju ke biliknya.
S
udah bersediakah anda dengan pengakhiran cerita ini? Tapi jangan risau , pengakhiran cerita ni masih panjang 😢
Btw masih terhibur dengan ff ni?
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro