Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Enam


Rachel mengurut bahunya yang lenguh. Gila tak sakit kalau semua kerja rumah lelaki itu, dia yang selesaikan. Namun kerana dia ingin kemaafan dari lelaki itu dia sanggup walaupun sudah beberapa kali dia mengemaskan ruangan yang sama kerana Jinyoung sengaja menyepahkannya.

"Eh perempuan, cepat siap. Aku nak bawa kau pergi beli cincin." Arah Jinyoung dingin.

Rachel menghela nafas.

"Awak..." Panggil Rachel lalu tangan Jinyoung cuba disentuhnya tetapi cepat-cepat lelaki itu menepis.

"Sampai bila awak nak macam ni? Takkan tak ada langsung peluang kedua untuk saya?" Soal Rachel apabila lelaki itu masih bersikap dingin terhadap dirinya.

"Eh, perempuan. Lepas apa yang kau dah buat pada aku, ingat senang ke untuk aku maafkan kau? Dalam mimpilah kalau nak aku maafkan kau." Ucap Jinyoung.

"Tapi susah sangat ke awak nak sebut nama saya? Panggil nama saya dengan baik?"

Jinyoung menggulingkan biji matanya.

"For your information, nama kau dah jijik untuk aku keluarkan dari mulut aku. Dan segala apa yang ada pada kau, adalah J. I. J. I. K." Balas Jinyoung lalu dia segera menapak keluar dari rumah itu.

Dada Rachel berombak-ombak menahan sebak. Sakit hatinya mendengar kata-kata lelaki itu.

"Cepat! Lambat kau memang kena dengan aku!" Jerit Jinyoung dari arah luar.

Airmata yang hampir jatuh segera diseka. Lalu dia segera bergegas masuk ke dalam bilik untuk bersiap.

SKIP

MALL CITY CENTRE...

Rachel berlari mengejar langkah Jinyoung yang semakin menjauh. Tahulah kaki panjang, tetapi janganlah sampai ditinggalkan.

"Awak, tunggulah saya! Janganlah laju sangat!" Jerit Rachel yang masih cuba mengejar langkah lelaki itu.

Jinyoung berdecit geram.

"Dahlah gemuk, pendek pula tu!" Perli Jinyoung. Eh hello, badan Rachel yang ramping dan menawan itu, kau kata gemuk? Tinggi dia nak melebihi kau pun, kau kata dia pendek? Bukalah mata itu wahai park Jinyoung.

"Tak baik mengata orang." Ucap Rachel apabila dia sudah berjaya menyamai langkahnya bersama dengan langkah lelaki itu. Nafasnya yang tercungap-cungap itu diaturkan kembali.

"Aku mengata pakai mulut aku bukan mulut kau." Balas Jinyoung.

"Tapi awak mengata saya." Kata Rachel manakala Jinyoung terdiam.

"Dahlah! Cepat pilih cincin lepastu aku nak balik! Rimas!" Kata Jinyoung lalu berpeluk tubuh.

Dalam diam Rachel tersenyum. Sungguh dia rindu hendak bergurau senda dengan lelaki itu lagi.

Sedang dia asyik memilih cincin itu, tiba-tiba sahaja datang seorang perempuan lalu memeluk erat lengan Jinyoung membuatkan Rachel terkejut.

"Hi baby! What are you doing here?" Soal gadis itu dengan nada yang ceria.

"Nothing. Just cari cincin kahwin untuk pernikahan i bulan hadapan." Jawab Jinyoung sambil membiarkan sahaja lengannya dipeluk erat oleh gadis itu. Tidakkah mereka sedar bahawa Rachel sedang memerhatikan mereka?

"Ouh, really? So, where is your future wife?" Soal gadis itu lalu mencari-cari dimanakah keberadaan bakal isteri lelaki itu.

Jinyoung hanya tersenyum lalu tubuh Rachel ditarik dan dipeluk bahu gadis itu.

"She is my future wife." Balas Jinyoung. Manakala gadis itu memandang ke arah Rachel dengan pandangan teruja.

"Hi, i'm Liya. Girl Jinyoung yang kelima. Right, baby?" Ucap Liya lagi. Tangannya dihulurkan kepada Rachel manakala matanya galak memandang ke arah Jinyoung disertai oleh senyuman yang terukir di bibirnya.

' Apa!? Kelima? Maknanya masih banyak lagi perempuan simpanan dia?" Bisik hati Rachel seakan-akan tidak percaya.

Jinyoung hanya mengangguk.

Rachel blur. Secara perlahan-lahan dia menyambut huluran tangan gadis itu lalu bibirnya mengukir senyuman tawar.

"Rachel, Kim Rachel."

"Cantik nama macam tuan dia. By then way, nice to meet you." Puji Liya. Rachel? Gadis itu masih bingung.

"Oklah, i pun banyak kerja yang nak kena selesaikan. Nanti i datang wedding korang berdua tau. Bye baby! See you next month!" Kata Liya lalu mengucup sekilas pipi lelaki itu.

"Rachel, pasal rumah tangga u, jangan risau. I takkan kacau sebab i tahu Jinyoung lelaki yang adil dan baik. That's why i like him." Kata Liya lalu matanya dikenyitkan ke arah lelaki itu.

Setelah itu, dia beredar meninggalkan pasangan itu.

Wajah Jinyoung dipandang hairan. Tetapi lelaki itu hanya mengangkat bahu lalu kembali memilih cincin kahwin mereka.




































































Eheks!

Jangan lupa vomment tau 😉😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro