Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

empat belas


PRANG!!!

Cawan kaca yang dipegang oleh Rachel terlepas tatkala Hana cuba merampas kasar dari tangannya.

Aduh, takkan baru sehari dah nak berperang?

Hana menjeling tajam ke arah Rachel. Gadis yang berhati tisu itu hanya menundukkan wajahnya. Dengan geram, Hana menunjal kepala gadis itu.

"Patutlah laki kau tak suka kau kan? Hidup sering menyusahkan orang!" Marah Hana manakala Rachel hanya diam.

"SAYANG!!"

Suara jeritan dari Jinyoung membuatkan Hana tersenyum sinis. Lantas kakinya memijak kaca yang pecah itu sehingga darah mengalir keluar. Mata Rachel membulat.

Terus sahaja dia menjerit kesakitan membuatkan Jinyoung datang dengan tergesa-gesa.

"Sayang!? Kenapa ni!?" Ucap Jinyoung sambil mendekati Hana.

Airmata yang mengalir keluar dilap sebelum dia memandang lelaki itu.

"Dia tolak i sampai terpijak kaca tu. I cuma nak tolong dia je. Tapi dia tak bagi lepastu dia tolak i." Balas Hana.

Mata Rachel makin membulat dan terkejut. Sejak bila pula dia tolak? Bukan ke gadis itu sendiri yang memijak kaca itu?

Baru sahaja Rachel hendak membuka suara, satu tamparan hebat hinggap di pipi mulusnya.

"AKU DAH BAGI AMARAN KAT KAU!! JANGAN SESEKALI KAU SENTUH DIA ATAU SAKITI DIA!! KAU MEMANG NAK CARI PASAL, KAN!?"

Bahu Rachel terhinjut sambil tangannya memegang pipi yang ditampar tadi. Airmata mengalir jua.

"Sini kau rasa macam mana sakitnya apa yang dia rasa!" Tambah Jinyoung lalu serpihan kaca itu diambil. Tangan gadis itu turut dicapai.

Lantas tapak tangan gadis itu diguriskan tanpa belas kasihan. Rachel meringis kesakitan. Airmatanya laju mengalir. Darah juga semakin kuat mengalir keluar.

Hana mengukir senyuman sinis dalam diam.

"Rasakan!" Ucap Jinyoung.

Tubuh Hana segera diangkat lalu terus beredar dari situ.

Rachel mengetap bibirnya menahan sakit. Serpihan-serpihan kaca yang pecah itu dikutip lalu dibuang ke dalam tong sampah. Setelah itu, dengan langkah yang berat Rachel bangun lalu menuju ke biliknya.

🌤️🌤️🌤️

Puan Kim memandang berat ke arah gambar Rachel yang tergantung kemas pada dinding bilik gadis itu.

Sudah 7 bulan, anak gadisnya bergelar seorang isteri. Rasa rindu pada Rachel semakin membuak-buak. Keadaannya yang sibuk membuatkan dia belum dapat melawat anaknya.

"Rachel, apa khabar? Ibu rindukan Rachel. Maafkan Ibu sebab tak dapat nak jumpa Rachel lagi. Tapi ibu janji bila ada masa yang terluang nanti, ibu pergi lawat Rachel, ok?"

Bibirnya menguntum senyum. Satu-satunya anak tunggal, pastilah dia sangat merindui gadis itu.

"Hanum?" Panggil si suami lantas punggung dilabuhkan di sebelah si isteri.

"Kenapa? Rindu Rachel?" Soal Tuan Kim kepada isterinya.

"Macam mana tak rindu, bang. Satu-satunya anak kita. Rasa macam tak percaya yang Rachel dah jadi isteri orang." Balas puan Kim.

"Bersabarlah. Doakan yang terbaik untuk anak kita. Saya yakin yang dia pasti tengah bahagia dengan suami dia. Lagipun Jinyoung boleh jaga dia dengan baik."

Puan Kim mengangguk. Pelukan dari si suami dibalas. Satu kucupan sempat dihadiahkan pada dahi wanita itu.

🌤️🌤️🌤️

Selesai membuat bayaran dikaunter, Hana segera mencari keberadaan suaminya. Eh silap kekasihnya. Sekeliling tempat itu dipandang namun kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan.

Satu keluhan lega dilepaskan tatkala merasai tangannya dipegang. Lantas badannya dipusingkan.

"Jin... S-Sehun?"

Sehun tersenyum sinis sebaik sahaja menanggalkan penutup separuh mukanya. Nampaknya lelaki itu tidak berputus asa.

"Jodoh kita kuat. Bukti? Kita masih berjumpa sampai sekarang." Ucap Sehun.

Kini lelaki itu bukan seperti dahulu. Kini dia datang bersama watak yang baharu, iaitu psiko. Dari normal, dia disahkan mengidap penyakit itu kerana gadis itu sendiri. Dia betul-betul gilakan gadis itu.

"Menjauhlah dari aku! Kenapa susah sangat kau nak faham?" Balas Hana namun mengundang tawa sinis dari lelaki itu.

"Sampai mati pun aku takkan lepaskan kau. Ingat Ahn Hana, sekali kau dah curi hati aku tapi kau taknak balas, kau tunggulah apa yang akan berlaku." Kata Sehun lalu segera meninggalkan gadis itu yang sedang menundukkan wajahnya kerana takut. Badannya juga sedikit menggigil.

"Hana?"

Lantas Hana segera memandang ke arah lelaki itu. Nafas dihela perlahan cuba menenangkan dirinya.

"Kenapa nampak takut ni?" Soal Jinyoung lalu Hana menggeleng.

"Tak ada apa-apa. I cuma penat. Jom balik, i nak rehat." Tipu Hana.

Jinyoung mengangguk lalu tubuh gadis itu dipapah perlahan.

"Itu bukan Jinyoung, ke?"

























































Chak! Ha! Agak-agak siapa tu? Muehehehehe!!!

Jangan lupa vomment tau 😉😘

Vomment anda amatlah dihargai 😍😘

Sayang korang 💖💖💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro