empat
Kereta jenis sport itu dipandu laju oleh Rachel membelah kegelapan malam itu.
Dia bertekad. Setelah diberikan lampu hijau oleh ayahnya, dia segera bergegas keluar untuk mencari lelaki itu.
2 tahun berpisah cukup membuatkan hatinya sakit dan pedih.
Apa yang diharapkan nya sekarang adalah kemaafan dari lelaki itu. Dia berharap agar lelaki itu mahu memaafkan dirinya.
Kereta yang dipandu dengan semakin laju tidak dihiraukan. Didalam fikirannya sekarang adalah Jinyoung, Jinyoung dan Jinyoung.
Rindu. Dia sangat-sangat merindui lelaki itu.
Tiba-tiba brek ditekan secara mengejut oleh Rachel apabila ternampak sekujur tubuh milik seorang lelaki sedang terbaring lemah diatas jalan raya.
Segera dia keluar lalu mendapatkan lelaki itu.
Bulat mata Rachel apabila mendapati lelaki itu adalah Jinyoung.
"Jinyoung!? Kenapa ni? Awak mabuk?"
Belum sempat lelaki itu hendak membuka mulutnya, dia sudah pengsan membuatkan Rachel panik.
"Jinyoung? Kenapa dengan awak? Kenapa awak boleh jadi macam ni?" Soal Rachel.
Tanpa berfikir panjang, dia terus memapah lelaki itu masuk kedalam kereta lalu dibawa ke hospital.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tuan dan puan park segera menghampiri Rachel yang sedang duduk diruang menunggu itu.
"Rachel?"
"Mommy, Rachel jumpa Jinyoung kat atas jalan tadi. Dia pengsan. Rachel juga ada bau arak pada badan dia. Kenapa dia boleh jadi macam tu?"
Puan park memandang ke arah gadis itu.
"Dia jadi macam ni sebab kamu. Kalau kamu tak tinggalkan dia dulu, dia takkan jadi macam ni." Ujar puan park.
Rachel menekup mulutnya lalu airmatanya tumpah.
"Mommy, maafkan Rachel. Rachel tak berniat nak tinggalkan dia. Tapi mama dan papa ugut Rachel supaya tinggalkan dia. Kalau Rachel tak tinggalkan dia, nyawa Jinyoung dalam bahaya. Rachel tak sanggup nak tengok dia dalam bahaya. Tapi Rachel tak sangka yang dia akan jadi macam ni." Terang Rachel.
Tubuh gadis itu dipeluk erat oleh puan park.
"Mommy tahu Rachel anak yang baik. Mommy tahu yang Rachel pasti akan kembali semula pada Jinyoung." Kata puan park.
"Mommy, maafkan Rachel. Rachel bersalah sangat-sangat." Ucap Rachel.
Belakang gadis itu diusap lembut.
"Mommy dah lama maafkan Rachel. Mommy tak pernah salahkan Rachel. Rachel dah banyak membantu kami dulu." Balas puan park lalu airmata gadis itu dilap.
"Mommy..."
"Rachel masih cintakan anak mommy kan?" Soal puan park.
Perlahan-lahan Rachel mengangguk manakala puan park tersenyum.
"Mommy nak Rachel kahwin dengan dia dan ubah semula dia kembali seperti dulu. Anggaplah sebagai menebus balik apa yang Rachel dah buat pada dia 2 tahun yang lepas. Mommy tahu Rachel kuat. Lagipun dah banyak cara kami pakai untuk ubah sikap dia, tetapi tetap sahaja tidak berhasil." Ujar puan park.
"Baik mommy. Tapi macam mana dengan dia? Dia setuju ke? Rachel tahu mesti sekarang dia benci sangat-sangat kat Rachel."
Tangan Rachel diusap lembut oleh puan park. Rachel sudah menundukkan wajahnya menyembunyikan airmata yang tumpah buat kali kedua.
"Jangan risau. Pasal Jinyoung, mommy tahu nak pujuk dia macam mana." Kata puan park.
Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya lalu mengukir senyuman manis.
Oh ya, puan park sudah dianggap seperti ibu nya sendiri kerana itulah dia sudah terbiasa dengan memanggil puan park dengan gelaran tersebut.
Eheks!
Nak tengok macam mana hanatnya Jinyoung? Nantikan....
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Stay health n strong semua!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro