Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

dua puluh tiga


Gelak tawa puan Kim dan seorang lelaki yang mungkin sebaya dengan Rachel itu bergema di seluruh ruang tamu itu.

"Itulah.. mak ngah tak sangka kamu masih ingat mak ngah." Kata puan Kim.

"Itulah mak ngah, nasib Hun dapat maklumat dari mendiang ibu Hun sebelum dia meninggal. Kalau tak, mungkin selamanya kita tak dapat berjumpa." Balas lelaki itu.

"Mendiang dulu baik orangnya. Tak sangka dia pergi dulu dari mak ngah." Ucap puan Kim. Hatinya sedikit tersentuh tatkala mendapat tahu bahawa kawan baiknya selaku ibu lelaki itu telah pun meninggal dunia akibat sakit jantung.

Lelaki itu hanya tersenyum.

"Oh ya, Rachel mana? Mesti dia terkejut tengok saya." Kata lelaki itu. Sudut bibirnya sedikit terangkat. Tak sangka dialah orang yang dicari selama ini.

"S-Sehun?"

Ya, lelaki itu adalah Sehun. Lelaki itu ternyata kawan baik Rachel ketika mereka masih kecil. Namun terpisah kerana mengikut haluan keluarga mereka sendiri.

"Hai." Ucap Sehun.

"Wah nampaknya korang dah kenal."

"Apa semua ni ibu?" Soal Rachel.

"Rachel tak ingat? Sehun.. anak Dato' oh tu.. yang ibu jaga masa korang kecil dulu. Korang selalu main bersama." Ujar puan Kim.

Wajah Sehun dipandang sebelum mulutnya terlopong. Ya, dia ingat! Budak lelaki yang hidungnya sentiasa meleleh dengan hingus.

"CHEESE LELEH!!" Ucap Rachel dan Sehun serentak lalu ketawa. Tapi Rachel kembali diam tatkala teringatkan idea gila lelaki itu dan juga kelakuan lelaki itu terhadapnya sehingga dia kehilangan anaknya buat kali kedua.

"Awak tahu dari mana pasal saya?" Soal Rachel sambil melabuhkan punggungnya disebelah ibunya.

"Saya pun baru tahu pasal ni lepas mak ngah cerita pasal awak." Kata Sehun manakala Rachel tersenyum nipis.

"Baguslah kalau macam tu. Ibu pergi dapur jap. Tolong bibik masak. Korang sembang-sembang lah dulu ya." Ucap puan Kim lalu bangun dan terus menuju ke dapur.

Hilang sahaja puan Kim dari pandangan mereka, Rachel terus menundukkan wajahnya tidak mahu melihat lelaki itu. Sehun hanya mengukir senyuman.

"Mana Jinyoung? Ouh saya tahu mesti dia dah ceraikan awak kan? Sebabtu awak kat sini? So dapatlah saya ganti tempat dia, boleh?"

Serta-merta Rachel menjeling tajam ke arah lelaki itu.

"Jaga kata-kata awak! Kalau dia ceraikan saya sekalipun, saya taknak hidup dengan awak! Jangan ingat saya tak tahu yang awak tu jahat! Hati busuk!" Kata Rachel membuatkan lelaki itu ketawa kecil.

"Saya boleh jadi baik asalkan awak sudi terima saya." Tambah Sehun.

"Dalam mimpi!" Balas Rachel.

"Saya tunggu. Saya yakin suatu hari nanti awak pasti akan bersama dengan saya."

"Saya masih cintakan dia. Jadi jangan berharap untuk saya terima awak dalam hidup saya!"

Sehun tersenyum.

"Saya boleh buatkan awak benci dia. Dan dengan itu, awak akan terima saya dalam hidup awak."

Rachel diam. Jika dia membuka suaranya, pasti ada sahaja balasan yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Saya tak kisah yang awak bukan dara lagi. Yang penting saya dapat cinta dan kasih sayang awak sepertimana awak buat pada lelaki itu." Tambah Sehun.

"Diam! Atau saya halau awak balik! Kenapalah kita berjumpa lagi? Kan bagus kalau tak berjumpa!"

"Garang.. bukan ke awak yang nak kita berjumpa semula? Awak nak kita bersatu macam dulu?"

"Tapi sebagai kawan! Bukan sebagai suami isteri! Saya sayangkan awak sebagai kawan sahaja, tak lebih dari itu!"

"Takkan tak ada peluang untuk saya? Saya ikhlas cintakan awak. Lepas saya tahu awak kawan saya dari kecil, saya terus dapat lupakan Hana. Dan cinta saya pada awak makin tebal."

Rachel menghela nafas kasar.

"Cukup Sehun. Simpan sahaja kata-kata awak tu. We're just friend, tak lebih dari itu. Dan saya masih isteri dia yang sah. Tolong hormat sikit." Ujar Rachel.

"Awak banyak berubah, Rachel. Dan jangan terkejut kalau saya pun ikut berubah." Kata Sehun lalu tersenyum sinis.

Rachel diam. Kenapa hidup ni perit sekali? Kenapa dia yang harus lalui semua ini? Masalah dengan suaminya sendiri oun belum selesai. Kini ditambah lagi dengan masalah yang baru.

Dia yakin, lelaki bernama oh Sehun ini tak kan mudah menyerah kalah.

🌤️🌤️🌤️

Beg-beg kertas yang begitu banyak dibawa oleh Hana. Hatinya puas dapat berbelanja sesuka hatinya. Berjimat? Huh, perkataan itu langsung tiada didalam kamus hidupnya.

Asalkan berduit, dia sanggup untuk membuat apa sahaja.

"Korek sampai habis, lepastu kita tinggalkan dia." Ucap Hana lalu ketawa.

BUKK!!

Tanpa sengaja, dia terlanggar seseorang yang cukup dia kenal. Air liur ditelan payah.

"S-Sehun.. a-apa awak buat kat sini?" Soal Hana.

Sehun hanya tersenyum manis. Bukan niatnya mahu berjumpa dengan gadis itu, tapi dia mahu menjalankan rancangannya yang sudah dirancang dulu. Mungkin kini sudah tiba masanya.

"Saya? Oh, saya jalan-jalan kat sini. Tiba-tiba terlanggar awak. Saya minta maaf ya." Balas Sehun. Hana hanya diam. Sejujurnya dia kagum melihat lelaki itu. Jauh berbeza dengan dirinya yang dahulu. Makin segak.

"Jinyoung mana? Tak ikut?" Soal Sehun lagi.

"Ahhh dia... Dia kerja. Jadi tak dapat teman."

Sehun mengangguk.

"Semua ni awak beli? Pakai duit siapa?"

"Haah saya beli. Pakai duit Jinyoung. Tapi tulah sikit je sebab kena berjimat." Ucap Hana.

Sudut bibir Sehun terangkat. Sikit dia kata? Berpuluh-puluh beg pun ditangannya pun masih dikatakan sedikit? Huh, nampak sangat kaki boros!

"Kalau macam tu, saya belanja. Pilih je apa awak nak, saya bayar."

Mata Hana membulat. Lampu hijau lagi? Wow! Kalaulah dari dulu dia terima luahan lelaki itu. Mesti sekarang dia sedang seronok memboros menghabiskan duit lelaki itu. Tetapi dia sudah terlambat. Dan dia cintakan Jinyoung.

"Betul ke? Awak nak belanja saya? Aww thanks Sehun.." ucap Hana. Tanpa sengaja dia memeluk lengan lelaki itu dengan erat. Sehun? Lelaki itu sekadar tersenyum sinis.

Nampaknya rancangannya sudah semakin berhasil.

































































Chak!!

Double update!! Hohoho!!

Muahhh sayang korang 💖💖💖

Btw jangan lupa vomment tau 😉😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro