PANG!!
Amarah tuan park sudah tidak dapat dibendung lagi. Pipi anak lelakinya ditampar sebaik sahaja lelaki itu menjejakkan kakinya masuk kedalam rumah agam itu.
Kepala Jinyoung terteleng ke kiri akibat tamparan itu. Matanya turut membulat kerana terkejut.
"Papa tak minta banyak dari kamu! Papa minta untuk kamu berubah saja! Itu pun susah sangat ke?" Tengking tuan Kim.
Jinyoung merengus kasar. Kini segalanya sudah terbongkar dan dia tidak boleh lagi untuk menipu.
"Ya! Susah! Selama ini papa dan mama langsung tak faham perasaan Jinyoung macam mana! Hati Jinyoung terluka! Dan Jinyoung nak perempuan tu rasa juga macam mana sakitnya hati Jinyoung!" Balas Jinyoung.
Satu tamparan hinggap lagi dipipinya.
"Tak cukup lagi dengan apa yang kamu dah buat pada dia? Tak cukup lagi kamu dah dera dia? Rachel dah gugur dua kali pun masih tak cukup?" Soal Tuan Kim bertubi-tubi.
Puan Kim, wanita itu masih belum sedarkan diri dari pengsannya setelah mendapat khabar berita itu.
"Baguslah dia gugur. Itu tandanya bukan anak Jinyoung tapi dari anak yang dia lacurkan badan dia kat lelaki lain." Balas Jinyoung lagi.
Tuan Kim mengetap rahangnya.
"Rachel gadis yang baik. Papa yakin yang dia tak buat semua tu. Sekarang ni papa nak kamu balik dan selesaikan masalah ni dengan sebaik-baiknya. Berubahlah Jinyoung. Rachel sangat cintakan kamu." Ujar Tuan Kim.
"Tak nak. Jinyoung dah buat keputusan. Jinyoung akan ceraikan dia."
Tuan Kim tidak terkejut malah lelaki tua itu kelihatan tenang. Wajah anak lelaki dipandang sebelum bibirnya mengukir senyuman.
"Ceraikanlah dia kalau itu yang terbaik untuk kamu. Tapi ingat, setelah kamu menceraikan dia maka kamu pun akan bercerai dengan apa yang kamu ada sekarang ni." Ujar Tuan Kim.
Jinyoung membulatkan matanya.
"Kekayaan kamu, rumah kamu, harta yang akan diwariskan kepada kamu, papa akan tarik semuanya. Termasuk juga jawatan yang kamu sedang pegang." Tambah Tuan Kim lagi.
Jinyoung menjerit frustasi lalu dia keluar dari rumah itu. Nampaknya dia perlu lagi menghadap muka gadis itu.
Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang ni. Buntu. Dia sungguh buntu menyebabkan author pun turut buntu.😢😂
Kereta dipecut laju membelah kegelapan malam. Hanya satu yang dapat menenangkan dirinya, arak. Ya, di perlukan minuman itu.
🌤️🌤️🌤️
Rachel duduk diatas katil sambil memeluk lututnya. Mukanya turut disembamkan pada lututnya. Jelas kedengaran bahawa gadis itu sedang menangis.
"Rachel, sayang jom makan.. dah seharian Rachel berkurung dalam bilik." Ucap Puan Kim sambil pintu bilik gadis itu diketuk beberapa kali.
Rachel diam. Dia lapar tetapi dia tidak berselera untuk makan.
"Rachel sayang..." Panggil puan Kim lagi.
Rachel mengeluh perlahan lalu dia turun dari katilnya. Beg tangan dicapai sebelum dia membuka pintu bilik itu untuk keluar.
"Rachel nak pergi mana?" Soal puan Kim apabila melihat Rachel yang sudah siap sedia untuk keluar.
"Rachel nak balik. Kasihan Jinyoung tak ada sesiapa yang masakkan dia untuk makan malam." Balas Rachel.
"Rachel, boleh tak ibu minta tolong dengan Rachel? Lepasni tolong lupakan dia. Esok ikut ibu pergi pejabat untuk uruskan penceraian korang."
Rachel terus membulatkan matanya kerana terkejut. Cerai? No, dia tidak mahu bercerai dengan lelaki itu. Dia masih sayangkan lelaki itu.
"Tak! Rachel tak nak!"
"Rachel dengar cakap ibu.. ibu buat semua ini untuk kebaikan kamu juga.. ibu tak nak kamu terluka lagi.." ujar puan Kim.
Sehun yang datang juga turut menyampuk.
"Kau!? Kalau kau tak cerita semuanya, benda ni takkan berlaku!" Marah Rachel.
"Aku buat benda yang betul. Aku pun tak nak tengok kau terluka lagi. Kau tak sedih tengok mak kau?" Balas Sehun.
Deringan telefon bimbit milik Rachel berdering membatalkan niat Rachel yang hendak membuka mulutnya.
"J-Jinyoung masuk hospital? B-buah pinggang dia rosak? Perlukan penderma? Ok, saya ke sana sekarang.."
Belum sempat kakinya hendak melangkah, tangannya ditarik oleh Sehun.
"Jangan pergi." Ucap Sehun namun tangannya ditepis kasar oleh gadis itu.
"Kau tiada hak untuk halang aku." Balas Rachel lalu segera beredar dari situ.
"Mak ngah.."
"Tak apa.. biarkan dia.. Hun tolong ikut dia. Pastikan semuanya baik-baik sahaja." Kata puan Kim.
Sehun mengangguk lalu turut beredar dari situ.
🌤️🌤️🌤️
Sehelai kertas diberikan secara kasar kepada Rachel. Surat itu adalah surat persetujuan untuk mendermakan buah pinggang kepada Jinyoung.
"Tandatangan surat itu. Kau isteri dia kan? Jadi kau sendiri lah yang dermakan ginjal kau pada dia. Aku masih nak hidup lama." Ucap Hana dengan sombong.
Sehun mengetap rahangnya lalu membantah sekeras-kerasnya agar Rachel tidak mendermakan buah pinggangnya pada lelaki itu.
"Saya isteri dia. Tanggungjawab saya untuk membantu dia." Balas Rachel lalu segera menandatangani surat itu.
Setelah itu dia segera mengikuti langkah doktor yang akan menjalani pembedahan padanya.
"Kau memang tak berhati perut,kan?" Soal Sehun apabila Rachel sudah hilang dari pandangan mereka.
Hana tersenyum sinis.
"Mestilah kena tak berhati perut. Baru life ni enjoy sikit." Balas Hana.
"Kau dengar sini eh.. aku tak teragak-agak untuk buat kau menyesal nanti. Kau tunggu Hana." Kata Sehun dengan nada yang sedikit menekan. Setelah itu dia turut beredar dari situ.
"Aku tak takut. Lagipun aku yakin yang kau takkan mampu buat apa-apa pun pada aku." Ucap Hana.
Hana tidak takut. Mungkin gadis itu tidak tahu yang lelaki itu bukan seperti dulu lagi.
CHAK!!
HOPEFULLY UOLLS TERHIBUR!!
BTW JANGAN LUPA VOMMENT TAU 😘😍 THANKS FOR VOMMENT 💕💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro