Rachel membulatkan matanya tatkala menerima panggilan dari Sehun. Lelaki itu mahu membunuh Hana dengan menolak gadis itu dari atas bangunan.
Cepat-cepat dia menukar pakaiannya lalu segera menuju ke arah tempat yang sudah diberitahu oleh lelaki itu.
Mujur tiada Jinyoung dirumah, jadi dapatlah dia keluar.
"Sehun, jangan buat kerja gila!" Jerit Rachel sebaik sahaja dia sampai dia atas atap bangunan itu.
Sehun tidak mengendahkannya. Amarahnya kian memuncak. Lebih baik gadis itu mati dari terus menjadi orang ketiga di dalam rumahtangga mereka.
"S-Sehun.. please.. jangan bunuh aku.. k-kau nak aku terima cinta kau, kan? Dengar Sehun, aku cintakan kau. Tolong jangan buat aku macam ni.." ucap Hana namun Sehun hanya tertawa kecil.
"Ada apa-apa lagi?" Soal Sehun apabila gadis itu tidak berhenti merayu.
"Sehun jangan jadi gila!" Jerit Rachel lagi.
"Say goodbye, bitch.." kata Sehun lalu tubuh Hana ditolak.
Sadis! Sebaik sahaja gadis itu mendarat di atas lantai, darah mula mengalir keluar. Walaupun dari atas, dapat Sehun lihat mata gadis itu terbuka luas. Yang pasti gadis itu sudah pun mati. Dia ketawa sinis sebelum dia memandang ke arah Rachel.
Rachel ketakutan. Setapak demi setapak dia melangkah ke belakang.
"Kalau kau bagitau pihak polis yang aku pembunuh sebenarnya, aku tak teragak-agak untuk buat benda yang sama pada Jinyoung!" Kata Sehun lalu segera beredar dari situ.
Rachel jatuh terduduk. Ujian apakah lagi?
🌤️🌤️🌤️
Surat yang baru sahaja selesai dibacanya, dicampak tepat ke arah wajah Rachel. Dada Jinyoung berombak-ombak menahan marah.
Rachel hanya mampu menundukkan wajahnya.
"Kalau kau benci sangat kat dia, perlu ke sampai bunuh dia!?" Mata Jinyoung sudah mula kemerahan. Dia juga tidak percaya yang Rachel sanggup membunuh gadis itu.
Rachel menggeleng laju. Tak! Bukan dia yang bunuh tapi Sehun!
"Jinyoung, saya tak..."
"Tak apa!? Dah terang lagi bersuluh Hana cakap dalam surat tu kau yang bunuh dia!!" Herdik Jinyoung membuatkan bahu gadis itu terhinjut.
"Kau buat aku semakin benci dengan kau!!" Marah Jinyoung lalu beredar dari situ.
Dah agak, pasti Sehun yang berbuat demikian.
Airmata dilap menggunakan hujung bajunya. Sedih, sakit, semuanya bercampur baur.
Dia yakin Jinyoung pasti akan melaporkan kepada pihak polis tentang pembunuhan itu.
Nafas diatur sebaik mungkin. Kalaulah betul lelaki itu melaporkan kepada pihak polis, dia sanggup untuk dipenjarakan. Mungkin di dalam penjara itu nanti akan membuatkan dia lebih tenang.
Sebiji pil ubat dikeluarkan dari botol itu sebelum dibawa masuk kedalam mulut. Kini hidupnya bergantung kepada ubat itu. Sudah beberapa kali dia cuba mencari penderma buah pinggang untuknya namun tetap sahaja tidak ada yang sesuai. Akhirnya dia memilih untuk tidak mencarinya lagi. Mungkin dah tiba masanya untuk dia pergi meninggalkan mereka semua.
Bunyi daun pintu sedikit menyentakkan lamunan Rachel. Lantas ubat tadi disimpan didalam laci.
"Ubat apa tu?" Soal Jinyoung.
Rachel hanya tersenyum.
"Ubat untuk tambah darah je. Doktor kata saya kurang darah merah." Tipu Rachel manakala Jinyoung hanya mengangguk.
Sebuah fail yang berada di atas meja diambil lalu dia segera keluar.
🌤️🌤️🌤️
Wajah tegang Jinyoung dipandang oleh inspektor Vernon dengan bibir yang mengukir senyuman.
Kalau dah degil tetaplah degil.
"Tak, sekarang ni untuk dua atau tiga hari tahan dia dalam lokap tak kan ada?" Soal Jinyoung lagi. Lelaki itu tidak mahu berputus asa. Dia tetap mahukan yang Rachel ditahan atas tuduhan membunuh. Untuk dua atau tiga hari pun jadilah, asalkan hatinya puas.
"Pihak kami dah cuba sebaik mungkin. Namun bukti yang sudah kami kumpulkan tidak mencukupi dan tidak cukup kuat untuk kami tahan isteri encik." Balas lelaki itu lagi.
"Takkan sikit pun tak ada!?" Suara Jinyoung mula naik seoktaf.
"Maafkan kami, encik. Lagipun dia isteri encik, takkan sedikit pun encik tak nak perbetulkan semua ini? Dan kami tak yakin yang puan Rachel dalang disebalik kejadian ini."
Jinyoung terdiam. Ya dia mengaku jika gadis ini pasti tidak akan melakukan sesuatu hal yang diluar jangkaan, namun dia mahu hatinya puas kerana dia masih belum puas untuk membuatkan gadis itu menderita.
Tidak mengapa jika Rachel tidak dapat ditahan, dia akan jadikan rumahnya sebagai 'penjara' untuk Rachel.
Sudut bibirnya terangkat sebelum wajah inspektor Vernon itu dipandang.
"Terima kasih." Ucap Jinyoung lalu punggungnya terus diangkat dan segera beredar dari situ.
Inspektor Vernon hanya mampu mengeluh. Pelik dengan suami zaman sekarang. Orang lain sibuk pertahankan rumahtangga masing-masing. Tapi dia, datang untuk menyuruh menahan isterinya tanpa sebarang bukti yang kukuh. Kepala digelengkan beberapa kali disertai dengan senyuman yang terukir dibibirnya sebelum sebuah fail dibuka lalu dibelek-beleknya.
🌤️🌤️🌤️
"Syukur, puan. Kami dah jumpa penderma yang sesuai untuk puan." Ucap doktor itu.
Bibir Rachel menguntum senyum sebelum dia turut merasa lega.
"Cuma kami belum tentukan tarikhnya. Sebaiknya pembedahan ini dilakukan secepat mungkin supaya tidak menjejaskan kesihatan puan." Tambah doktor itu lagi.
"Baik, doktor. Pasal itu, saya akan bincang dengan suami saya." Balas Rachel lalu meminta diri untuk pulang.
Pulang sahaja dia ke rumah, tangannya ditarik kasar oleh Jinyoung membuatkan Rachel hanya mampu meringis sakit.
"Kau pakai guna-guna eh untuk sabotaj pihak polis!?" Marah Jinyoung membuatkan Rachel mengerutkan dahinya.
Guna-guna? Sabotaj? Apa semua ni?
"M-maksud awak?" Soal Rachel.
Jinyoung hanya menggulingkan biji matanya.
"Kau tu pembunuh! Tapi kenapa susah sangat diorang nak masukkan kau dalam lokap!?" Jerkah Jinyoung.
"J-Jinyoung.." Rachel tidak percaya. Wajah lelaki itu dipandang sebelum airmatanya jatuh.
"Percayakan saya... Saya tak bunuh dia..." Ucap Rachel perlahan.
Jinyoung tidak menghiraukan kata-kata gadis itu. Tubuh mungilnya ditolak kasar sehingga dia jatuh terduduk di atas lantai.
Tanpa berfikir panjang, pancuran air sejuk dari air paip itu dihalakan ke arah Rachel.
Sudahlah suhu badannya sudah sejuk, ditambah lagi dengan air sejuk itu semakin membuatkan badan itu menggigil-gigil kesejukan. Sejuknya tidak terkata, terasa bagaikan tulangnya dicucuk-cucuk.
"Kau dengar sini eh.. mulai sekarang rumah ni bukan lagi syurga kau, tapi penjara bagaikan neraka!" Ucap Jinyoung lalu menghempas kasar paip itu ke tubuh Rachel.
Shower dibuka lalu gadis itu ditinggalkan sendirian di bawah pancuran air itu. Pintu juga tidak lupa dikuncinya.
Gadis itu pula sudah terbaring lemah diatas lantai. Cuba untuk bangkit tetapi sedikit pun tidak berhasil. Akhirnya keadaan mula menjadi gelap-gelita.
Sad ending?
Or
Happy ending?
Jap kemana pulak perginya cheese leleh?
Btw jangan lupa vomment tau 😉😘
Sayang korang 💖💖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro