dua puluh enam
Seminggu kemudian...
Jinyoung membuka matanya perlahan-lahan sebelum dia melihat keadaan di sekelilingnya. Bau ubat-ubatan menusuk sehingga ke rongga hidungnya.
"U dah bangun?" Soal Hana sambil menolong lelaki itu bangun.
Jinyoung hanya mengangguk. Segelas air diberikan kepada lelaki itu sebelum dia melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu. Tangan Jinyoung diusap perlahan.
"Rachel mana? Waktu i belum sedar, dia ada datang jenguk i tak?" Soal Jinyoung. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dirinya teringatkan gadis itu.
Bibir Hana mengukir senyuman sinis.
"Perempuan itu? Tch! Batang hidung dia pun i tak pernah nampak tau. U tau tak yang dermakan ginjal untuk u bukan dia tau tapi i. Dia ada cakap kat i yang dia tak sanggup nak dermakan ginjal dia untuk u. Sedangkan dia isteri u. Dahlah dia paksa-paksa i untuk jadi penderma." Balas Hana.
"Tch, dah agak. Selama ini dia bukannya kisah pun pasal aku." Kata Jinyoung. Hana hanya tersenyum. Padan muka kau, Rachel.
"Dah-dah, jangan fikirkan sangat pasal dia. Sekarang ni u rehat dan i nak balik sekejap. Badan i dah melekit. Boleh, sayang?"
Jinyoung tersenyum lalu mengangguk perlahan.
Sementara itu....
"Perempuan itu? Tch! Batang hidung dia pun i tak pernah nampak tau. U tau tak yang dermakan ginjal untuk u bukan dia tau tapi i. Dia ada cakap kat i yang dia tak sanggup nak dermakan ginjal dia untuk u. Sedangkan dia isteri u. Dahlah dia paksa-paksa i untuk jadi penderma."
Rachel yang baru sahaja hendak membuka pintu bilik itu terbatal apabila terdengar perbualan antara dua insan itu.
Segala bait-bait perkataan yang keluar dari mulut mereka berdua jelas didengari oleh Rachel.
Serta-merta gadis itu mengalirkan airmatanya. Sedih? Siapa yang tidak sedih kalau dikata begitu.
Rachel menutup pintu itu kembali lalu segera menuju ke dalam biliknya semula. Biarlah Jinyoung anggap yang Hana telah mendermakan buah pinggang kepadanya. Asalkan Jinyoung baik-baik sahaja.
🌤️🌤️🌤️
Airmata yang jatuh segera dilap tatkala melihat kedua-dua orang mertuanya masuk ke dalam bilik yang didiami olehnya.
Lantas Rachel mengukir senyuman.
"Hai menantu mama.." ucap Puan Park lalu dahi gadis itu dikucup sekilas.
"Rachel, betul ni tak nak beritahu Jinyoung yang kami dermakan buah pinggang kamu pada dia?" Soal Tuan park meminta kepastian.
Rachel hanya mengangguk.
"Biarlah rahsia, papa. Jinyoung mesti tak suka kalau dia dapat tahu yang Rachel sebenarnya mendermakan buah pinggang pada dia." Balas Rachel perlahan.
"Maafkan mama bagi pihak anak mama, ok?"
"Mama tak salah lah. Lagipun Rachel sendiri yang nak."
"Oh ya Rachel, segala dokumen tentang penceraian kamu dan Jinyoung, papa dah siapkan." Ucap Tuan park serentak membuatkan Rachel terkejut.
Rachel menggeleng perlahan sebelum airmatanya tumpah.
"R-Rachel taknak berpisah dengan Jinyoung.." ucap Rachel.
Bahu gadis itu diusap perlahan oleh puan park sebelum wajah gadis itu dipandang.
"Semuanya demi kebaikan Rachel. Mama taknak Rachel menderita lagi disebabkan perbuatan Jinyoung."
"T-tapi mama... Please untuk kali terakhir.. izinkan Rachel menghabiskan hari-hari terakhir Rachel bersama dia.."
Puan park mengeluh seketika.
"Tapi mama taknak Rachel menderita lagi. Lagipun siapa tu, Sehun.. ha lelaki itu boleh bahagiakan Rachel. Dan Jinyoung pun dah bahagia dengan perempuan pilihan dia."
Sakit? Ya hati Rachel sangat sakit. Satu-satunya perempuan pilihan Jinyoung adalah dia! Tak akan ada perempuan lain walaupun Jinyoung sudah membencinya.
"Please ma.. untuk kali terakhir. Rachel nak jadikan kenangan terakhir buat Rachel."
Keluhan dilepaskan lagi. Kalau dah degil, memang tak boleh nak buat apa.
"Baiklah kalau macam tu. Segala apa keputusan Rachel mama akan tetap sokong. Rachel banyakkan bersabar, ok?" Ucap puan park.
Rachel tersenyum lalu mengangguk.
"Terima kasih mama, papa."
Tidak lama setelah itu, kelibat seseorang yang amat dikenali oleh Rachel datang.
"My baby! How are you?? Ops ada aunty.. hehehe sorry.." ucap Liya apa terlebih masuk air.
Puan park hanya ketawa kecil.
"Liya, kan? Kawan Jinyoung?" Soal puan park. Liya mengangguk.
"Oh kalau macam tu mama dan papa balik dulu? Nanti kalau ada apa-apa, bagitahu ok?"
Liya dan Rachel segera mengangguk. Setelah itu tuan park dan isterinya keluar. Hilang sahaja daripada pandangan mereka berdua, teruk sahaja mereka berpeluk.
"Aigoo.. ada babybump lah.. makin tembam.." ucap Rachel seraya mengusap perut Liya yang sudah sedikit memboyot.
Liya hanya memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
"Dahlah majlis tunang tak datang, lepastu majlis kahwin pun tak datang." Ujar Liya sedikit merajuk.
"Maaf..." balas Rachel lalu wajahnya ditundukkan.
Liya yang melihat perubahan airmuka gadis itu segera tersenyum.
"Alaaa babe gurau je lah.. tak apa aku faham.. hadiah yang kau bagi kat aku tu pun dah cukup." Kata Liya sambil mengusap-usap lembut perutnya.
Perut Liya dipandang sebelum bibirnya mengukir senyuman.
Tiba-tiba sahaja teringatkan sewaktu dia disahkan mengandung. Namun takdir sudah ditetapkan. Mungkin belum masanya lagi untuk dia mendapatkan cahaya mata.
"Babe, nampaknya selepas ini kita dah tak dapat jumpa kot.. sebab aku kena ikut suami aku pergi Morocco." Ucap Liya sebelum wajahnya ditundukkan.
Sedih sangat sebab harus berpisah dengan kawan baik. Satu-satunya kawan baik yang berjaya mengubah hidupnya.
Rachel tersenyum.
"Tak apa. Aku baik-baik sahaja. Nanti kalau ada rezeki lagi kita boleh jumpa." Balas Rachel membuatkan Liya tertawa.
"Ni makin sayang ni. Dah jom makan, aku suapkan. Aku ada bawa makanan kegemaran Jinyoung tadi. Ingatkan nak bagi dia tapi nampak dia bahagia je dengan minah sewel tu, tak jadi pulak." Ujar Liya. Mata digulingkan tanda menyampah.
"Baguslah kalau dia bahagia. Aku pun tumpang bahagia."
Liya hanya mencebikkan mulutnya. Sikit pun dia tidak pernah melihat gadis yang begitu kuat seperti Rachel.
Kalau dia berada di tempat Rachel, pasti tidak akan sekuatnya.
Macam mana dengan chapter kali ini? Ok?
Jangan lupa vomment tau 😉😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro