dua puluh dua
Beg bagasi ditarik perlahan oleh Rachel. Ya, gadis itu itu sedang melarikan diri dari Jinyoung. Antara tahan dengan tidak tahan, dia sendiri tidak tahu. Dia masih cintakan lelaki itu. Tapi dalam masa yang sama dia perlukan waktu untuk tenangkan dirinya. Mungkin Jinyoung akan berubah. Tidak sekarang tapi nanti.
Nafas dihela panjang sebaik sahaja kakinya tepat berdiri dihadapan pintu masuk rumah ibu dan ayahnya.
"Rachel?"
Puan Kim segera memeluk anak perempuannya itu. Mata gadis itu jelas kelihatan merah dan sembap akibat menangis.
"Anak ibu, kenapa ni? Dengan bagasi lagi?" Soal puan Kim masih tidak faham akan kedatangan anak gadisnya itu.
Rachel hanya diam. Gadis itu masih dengan tangisnya.
"Rachel, kamu gaduh dengan Jinyoung?" Soal puan Kim lagi namun tetap sahaja dia diam.
"Oklah... Oklah... Jom masuk.." kata Puan Kim yang sudah mengalah dengan sikap anak gadisnya itu.
Setelah itu, dia membawa masuk anaknya ke dalam.
🌤️🌤️🌤️
"MAK ANDAM!!"
"MAK ANDAM!!"
"MAK ANDAM!!"
Jeritan Jinyoung membuatkan Mak Andam segera datang dengan tergesa-gesa. Wajah hanya ditundukkan tatkala jelingan tajam diberikan kepadanya.
"Mana perempuan itu?" Soal Jinyoung sambil tangannya ligat membetulkan tali lehernya.
"Maaf, tuan. Saya tak tahu." Jawab mak andam ketakutan.
Jinyoung terhenti seketika lalu mak Andam dipandang.
"Bukan selalunya pagi-pagi macam ni dia dengan mak andam ke?"
Mak Andam mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Ya, tapi mak andam ingatkan Puan Rachel masih tidur. Dari tadi saya tak nampak dia." Kata mak Andam.
Jinyoung hanya mengerutkan dahinya.
"Panggil semua sekarang! Eee perempuan tak guna tu memang nak kena!" Marah Jinyoung.
"B-baik, tuan." Balas mak Andam lalu segera memanggil kesemua pembantu rumah lelaki itu.
"Felix, kau periksa sekarang semua CCTV yang ada kat rumah ni!" Felix selaku pemeriksa CCTV segera mengikut arahan. Lantas dia segera beredar dari situ.
"Lucas, kau kat mana masa perempuan tu keluar?" Soal Jinyoung kepada Lucas yang selaku pengawal keselamatan rumah lelaki itu.
"S-saya kat halaman belakang masa tu. Sebab saya dengar ada bunyi bising." Jawab Lucas dengan wajah yang ditundukkan.
"Pak habib mana?" Soal Jinyoung lagi apabila teringatkan pak habib yang menjaga halaman belakang.
"Pak habib kan cuti sebab anak dia sakit." Balas Lucas.
"T-tuan..." Panggil Felix. Jinyoung segera menoleh ke arah lelaki itu.
"Cctv dalam masalah. Semuanya tertutup." Ujar Felix. Gelisah.
Jinyoung tersenyum sinis. Ternyata gadis itu pandai dalam nak melarikan diri darinya. Sehingga Cctv pun sanggup ditutup supaya jejaknya tidak terkesan.
"Dah! Sambung kerja!"
Semua yang ada disitu mengangguk lalu segera beredar dari situ.
"Larilah sejauh mana kau nak, sayang. Aku akan kejar kau sebab aku tak puas nak seksa hidup kau lagi. Jangan ingat aku tak tahu yang kau pergi rumah orang tua kau. Pft! Dasar anak manja!" Kata Jinyoung lalu briefcase diambil.
Baru sahaja dia hendak melangkah keluar dari rumah itu, kelibat Hana datang menghentikan langkahnya.
"Baby, jom teman i shopping.. i bosanlah.." ucap Hana lalu memeluk lengan lelaki itu.
Jinyoung berdecit lalu melepaskan pelukan itu.
"I ada kerja jadi tak boleh nak teman u." Balas Jinyoung.
"U ni!! Sikit-sikit kerja! Sikit-sikit kerja! Masa dengan i bila pulak!?" Rajuk Hana.
"Jangan annoying boleh tak? Kad ATM i yang u pegang mana? Dah habis?"
Hana mencebikkan mulutnya lalu kepalanya dianggukkan perlahan.
"Berjimatlah sikit. Jangan nak boros sangat." Ucap Jinyoung lalu kad ATM yang baru dikeluarkan dan diberikan kepada gadis itu.
Hana tersenyum lebar. Kad ATM itu diambil lalu pipi lelaki itu dicium sekilas.
"Thanks baby!" Ucap Hana lalu beredar dari situ. Jinyoung hanya menjeling sebelum membawa tubuhnya masuk ke dalam perut kereta.
🌤️🌤️🌤️
Rachel termenung jauh sambil jarinya mengusap lembut cincin yang masih tersarung kemas pada jari manisnya.
"Rachel?"
Puan Kim mendekati anaknya lalu bahu gadis itu dipegang membuatkan Rachel tersentak.
"Ibu..."
"Kenapa ni, hmm?"
"Tak ada apa-apa lah. Rachel cuma terfikirkan Jinyoung." Kata Rachel lalu tersenyum.
"Cuba jujur dengan ibu apa sebenarnya yang berlaku? Tadi ibu call Jinyoung, dia pun terkejut dapat tahu yang kamu lari dari rumah." Ujar puan Kim.
Rachel membulatkan matanya. Ibu call Jinyoung?
"Ibu kenapa call dia?"
"Yalah.. dia kan suami kamu. Dia patut tahu kat mana kamu berada. Ingat Rachel, kamu masih isteri dia yang sah. Tak baik tau buat macam ni kat suami. Lagi-lagi sampai lari rumah macam ni."
Rachel hanya mencebikkan mulutnya.
"Rachel cuma nak tenangkan diri je. Nanti dah ok, Rachel baliklah." Jawab Rachel santai sedangkan dia sudah dalam ketakutan.
Habislah dia kalau Jinyoung dah tahu.. mungkinkah selepas ini Jinyoung akan betul-betul menceraikannya? Atau mungkin ajalnya sudah berada ditangan lelaki itu?
"Nanti esok atau lusa dia datang ambil kamu. Ingat cakap ibu, kena dengar cakap suami. Nak tak nak balik, Rachel tetap kena ikut suami."
"Ya, Rachel tahu."
"Dah cepat siap. Kita ada tetamu kejap lagi. Yang pasti Rachel kenal sangat dia." Ucap puan Kim lalu keluar dari bilik itu.
Rachel hanya mengerutkan dahinya. Tetamu? Dia kenal? Tapi siapa?
Tidak lama selepas itu, dia pun bangun lalu terus menuju masuk ke dalam bilik air.
Hayukkk!!! Siapakah tetamu itu?
Muehehehehe!!
Btw jangan lupa vomment tau 😉😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro