Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

dua belas


Jari jemari milik Jinyoung ligat menari di atas papan kekunci komputer itu. Matanya tidak lepas dari memandang ke arah skrin itu.

Semakin berkembang projek, Semail berkembanglah juga sibuknya.

Cawan yang berada disebelahnya diambil lalu dihirup. Namun kerutan di dahi terukir apabila air itu langsung tidak membasahi tekaknya.

"Lahh dah habis rupanya." Ucap Jinyoung setelah melihat isi cawan itu. Fokus sangat pada kerja sehingga air yang habis pun tidak sedar.

Baru sahaja dia hendak bangun, seorang wanita tiba-tiba sahaja muncul lalu melanggarnya. Habis basah baju lelaki itu dek air milik perempuan itu tumpah ke atas badannya.

"Kau memang..."

Kata-kata lelaki itu terhenti apabila terpandangkan anak mata milik gadis itu. Cantik. Dan gadis itu turut melakukan hal yang sama.

Lama mereka berpandangan sebelum gadis itu sendiri yang tersedar.

"Maaf encik, saya tak sengaja. Saya betul-betul tak sengaja." Ucap gadis itu sambil menundukkan badannya beberapa kali.

"T-tak apa. Salah saya juga." Balas Jinyoung lalu gadis itu kembali berdiri. Raup wajah gadis itu jelas kelihatan cemas.

"Maafkan saya sekali lagi. Kalau macam tu saya pergi dulu. Saya sedang kejar masa sebab saya dah terlambat."

Jinyoung mengangguk namun dia kembali memanggil gadis itu membuatkan langkah gadis itu terhenti.

"Aku jinyoung, park Jinyoung. CEO SYARIKAT PARK'S HOLDINGS." Ucap Jinyoung lalu tangannya dihulurkan kepada gadis itu.

Tanpa apa-apa, gadis itu menyambut huluran tangan lelaki itu.

"Hana. Kwon Hana."

Hana tersenyum sebelum gadis itu beredar dari situ.

"Cantik."

🌀🌀🌀

Rachel tersedar dari tidurnya secara terkejut. Badan gadis itu turut berpeluh. Nafas yang tidak teratur jelas kedengaran. Dadanya yang berombak-ombak segera dipegang. Lantas kepalanya digelengkan beberapa kali.

Mimpi yang aneh. Mimpi dimana dia cuba untuk mendekati Jinyoung, namun sedikit pun tidak berhasil. Satu langkah dia melangkah ke hadapan, satu langkah itu juga lah Jinyoung mengundurkan dirinya.

"Jinyoung tak tinggalkan aku, kan? Dia tak buat yang bukan-bukan kat sana, kan?"

Berbagai-bagai soalan bermain di fikirannya. Sejak lelaki itu berangkat ke luar negara, hatinya sering dikuasai perasaan cemas.

"Rachel? Kau tak tidur lagi?" Soal Liya sambil menggosok kan matanya.

Rachel tetap dengan dirinya. Badan gadis itu semakin berpeluh. Terus sahaja Liya bangun dari baringnya.

"Rachel kau ok? Kenapa peluh ni? Rachel pandang aku!" Liya semakin cemas melihatkan Rachel yang sedang menutup kedua-dua telinganya sambil menundukkan wajahnya.

"Rachel! Ini aku, Liya! Rachel!" Jerit Liya apabila Rachel mula meracau.

Tanpa berlengah, Liya terus sahaja menghubungi Youngjae. Dan kini gadis itu sudah tidak sedarkan dirinya.

🌀🌀🌀

"Keadaan puan Rachel sangat lemah. Tapi jangan risau, kami dah suntikkan dia dengan ubat untuk membantu tubuh puan Rachel kembali normal. Tapi dari hasil rawatan yang kami lakukan tadi, puan Rachel mengalami sedikit masalah pada bahagian mentalnya. Tapi itu pun jangan risau, sebab tahap mental puan Rachel masih boleh dikawal. Jadi saya sarankan agar jangan biarkan dia sendiri atau mengalami tekanan perasaan."

Liya mengangguk lalu doktor itu pun meminta diri untuk beredar.

Pipi Rachel diusap perlahan. Mungkin gadis itu banyak memendamkan perasaannya seorang diri.

Satu keluhan berat dilepaskan. Masih berbaki 2 minggu untuk Jinyoung pulang. Dan hal ini sangat membimbangkan Liya, bagaimana kalau Rachel kembali tertekan? Yang pasti dia sangat takut kalau hal itu terjadi.

🌀🌀🌀

Sedar tak sedar, masih ada 1 minggu dia di kota London ini. Kini Jinyoung dan Hana sedang bergelak ketawa disebuah cafe yang menjadi tempat pertama mereka bertemu.

Bang jin tak ingat bini eh?

"Babe, u kan dah ada isteri. So apakata kalau i jadi kawan u je. Lagipun taknaklah jadi orang ketiga yang merosakkan rumah tangga u." Ucap gadis itu seraya memegang tangan lelaki itu.

Jinyoung ketawa.

"Come on, u cakap sayang i tapi tiba-tiba ajak kawan. Lagipun abaikan je isteri i tu. Dia takkan dapat buat apa-apa pun."

"Memanglah i sayang u, tapi kita baru seminggu kenal, tak terasa awal ke?"

"Awal ke tak awal yang penting u sayang i kan?"

"Mestilah. Tapi kalau i ikut u balik Korea, mana i nak tinggal? I bukannya ada sesiapa pun kat sana."

"Itu jangan risau. Rumah i kan ada. U boleh duduk rumah i."

"Betul ni?"

Jinyoung mengangguk sebelum tangan gadis itu dikucup.

"Yes! Ini masanya aku lari dari lelaki tak guna tu! Aku cakap aku tak suka dia, tetap nak kejar aku!"






















































Nampaknya ada serangga perosak lah😢cer bau sikit siapa tu? Muehehehe!!!

Tiga patah perkataan untuk Hana?

Btw jangan lupa vomment tau 😉😘

Vomment anda amatlah dihargai 😍😘

Sayang korang 💖💖💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro